The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Projek Kemenjadian Murid Keseluruhan 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haqeemadam19, 2021-01-11 10:25:00

Laporan Projek Kemenjadian Murid Keseluruhan (3)

Laporan Projek Kemenjadian Murid Keseluruhan 2021

Laporan Projek Kemenjadian Murid
Keseluruhan

Disediakan oleh:
Lembaga Pemimpin Pelajar

Nama Guru:
Puan Putri Noor Kharizah Binti Megat Mohd Aris

Encik Muhammad Shaifullah Bin Ahmad.

Tarikh Tamat:
20 Disember 2020



Isi kandungan

1.0 Objektif
2.0 Pengenalan
3.0 Metodologi kajian
4.0 Keputusan kajian
5.0 Dapatan kajian
6.0 Cadangan
7.0 Kesan
8.0 Penutup

Objektif

Sahsiah
● Mengkaji dan menyelidik kemenjadian pelajar SMSS dalam bidang sahsiah.
● Membantu para pelajar mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah
disiplin.
● Membantu pelajar menjadi lebih berdisiplin.

Akademik
● Mengkaji dan menyelidik kemenjadian pelajar SMSS dalam bidang akademik.
● Membantu pelajar untuk terus fokus ketika Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) berlangsung.
● Membantu pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan-peperiksaan yang
dijalankan.

Kokurikulum
● Mengkaji dan menyelidik kemenjadian pelajar SMSS dalam bidang Kokurikulum
● Membantu pelajar SMSS cakna terhadap aktiviti kokurikulum

Pengenalan

Bidang Akademik

Kajian tentang masalah akademik pelajar SMSS telah dijalankan untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi pelajar untuk belajar dan membantu pelajar mengatasi masalah yang
dihadapi. Seramai 86 orang pelajar daripada tingkatan 1, 2 dan 3 SMSS terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini telah dilakukan oleh 6 ahli lembaga pemimpin pelajar iaitu Afeef Haqim bin Erwan,
Arash Danial bin Ahmad Zakir, Luth Zafri bin Hafidz, Zhafri Hafizuddin Azhad bin Tammizi,
Nuhana binti Nazli dan Puteri Damia Balqis binti Muhamad Yusri.

Bidang Sahsiah

Kajian Kemenjadian pelajar dalam bidang sahsiah ini telah dijalankan untuk menentukan dan
mengatasi masalah-masalah sahsiah yang dihadapi oleh para pelajar Sekolah Menengah Sains
Selangor. Kajian ini berlangsung selama empat hari. Kajian ini dikendalikan oleh 5 orang
pelajar tingkatan dua yang bernama Jannah Faiha Binti Jannaton Ferdaus, Vaishnave A/p
Vishnu, Nur Dania Qistina Binti Asmira, Harris Amsyar Bin Azmi dan Muhammad Umar Yasin
Bin Mohd Rizal dan seorang pelajar tingkatan tiga, Irdina Asyura Binti Rahmat. Seramai 223
pelajar daripada Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 telah memberikan tindak balas terhadap kajian yang telah
dilakukan.

Sahsiah merupakan aspek yang penting dalam membentuk keperibadian diri yang terpuji.
Sahsiah juga amat diperlukan dalam diri seseorang terutama sekali seorang pelajar yang
menuntut ilmu di suatu institusi. Sahsiah yang terpuji juga dapat membangunkan insan yang
seimbang secara keseluruhan. Sahsiah terdiri daripada kelakuan, adab, etika dan disiplin yang
ditunjukkan oleh pelajar itu sendiri bagi mencerminkan dirinya.

Bidang Kokurikulum

Kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.
Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, unit beruniform , kelab dan persatuan.
Kegiatan kokurikulum ini mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.
Kegiatan kokurikulum telah dianggap sebagai aktiviti yang penting bagi membentuk peribadi
mulia seorang pelajar. Penyelarasan kegiatan kokurikulum di sekolah menunjukkan bahawa
perkara ini mampu memberikan impak yang positif dalam diri seseorang pelajar. Projek ini
dijalankan dengan memberi penekanan terhadap keberkesanan aktiviti yang dirancang di Sekolah
Menengah Sains Selangor. Pendekatan ini melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis, analitik serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah

baharu. Hal ini seterusnya dapat mencari idea dan penyelesaian alternatif. Dalam pada itu, projek
ini mampu menyumbang idea dan perancangan awal terhadap Lembaga Pemimpin Pelajar
Sekolah Menengah Sains Selangor supaya dapat membantu guru-guru dalam menguruskan
aktiviti serta pergerakan pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu merealisasikan
kemenjadian pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Sains Selangor.

Metodologi Kajian

Bidang Akademik
Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan borang soal selidik dalam talian iaitu Google

Form. Para pelajar telah diminta menyatakan masalah yang dihadapi ketika proses pembelajaran
di sekolah dan di rumah. Isu persediaan menghadapi peperiksaan juga telah dikemukakan bagi
mengetahui tahap persediaan pelajar dalam menduduki peperiksaan dari segi mental dan fizikal.

Bidang Sahsiah
Sampel Kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak yang melibatkan seramai 223 orang
responden iaitu para pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor dari tingkatan 1,2,3,4 dan 5.

Instrumen Kajian
Instrumen adalah proses penyediaan pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan

dengan sikap, tingkah laku dan sahsiah para pelajar. Dalam kajian ini, borang soal selidik
secara dalam talian iaitu penggunaan ‘Google Form’, kaedah perbincangan dan kaedah rujukan
internet digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data penyelesaian.

i) Kaedah Borang Soal Selidik

Kaedah borang soal selidik merupakan instrumen utama dalam perolehan data dalam kajian
ini. Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan
betul. Kami telah mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan
dapat memenuhi objektif kajian. Namun borang soal selidik ini diedarkan menggunakan
platform atas talian oleh disebabkan pandemik yang sedang melanda negara.

Borang ini telah disediakan oleh pengkaji dan diedarkan pada 17 Disember 2020 yang terdiri
daripada dua bahagian iaitu bahagian pemakaian pelajar dan disiplin yang perlu diisi responden.
Soalan yang ditanyakan berkenaan dengan masalah yang kerap berlaku di sekolah.

Kesemua data yang diperoleh daripada kaedah ini dikumpul dan dianalisis secara teliti bagi
menghasilkan laporan kajian. Data yang diterima dianalisis menggunakan kekerapan dan peratus
serta dibentuk menjadi graf.

ii) Kaedah Perbincangan

Kaedah perbincangan ini merupakan kaedah yang memerlukan kerjasama antara ahli
Lembaga Pemimpin Pelajar (LPP) berkongsi dan bertukar pendapat mengenai cara menangani
dan mengelakkan masalah yang sama berulang. Data yang didapati dikumpul dan dirujuk di
internet bagi memasti ketepatan.

iii) Kaedah Rujukan Internet

Kaedah rujukan juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kami bagi mencari
jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Kami merujuk beberapa laman web yang
rasmi di internet.

Bidang Kokurikulum

Kajian ini telah melalui beberapa proses untuk mendapatkan keputusan yang selanjutnya
.Oleh itu terdapat beberapa metodologi atau kaedah kajian yang kami gunakan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan kajian ini.Berikut merupakan kaedah yang kami gunakan:-

(a)Borang soal selidik

Untuk mendapatkan maklumat tentang permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar di
Sekolah Menengah Sains Selangor berkaitan kokurikulum, kami telah menghasilkan beberapa
soalan yang berkaitan dengan kajian ini. Kami telah menggunakan platform Google Form
sebagai borang soal selidik dan memberikannya kepada para pelajar yang terdiri daripada pelajar
tingkatan 4 sehingga tingkatan 1. Masa yang diberikan untuk menjawab adalah bermula dari jam
8 malam sehingga 11 malam iaitu selama 3 jam. Antara soalan-soalan seperti berikut:

● Adakah anda rasa memakai pakaian itu merupakan perkara yang remeh?

● Adakah anda rasa memakai pakaian uniform yang lengkap menampilkan penampilan yang
hebat?

● Adakah pergerakan ketika aktiviti kokurikulum pada masanya tidak penting bagi anda?

(b)Bimbingan guru

Kajian ini dilakukan dengan adanya bimbingan guru dalam memantau dan membimbing
kami untuk meneruskan kajian ini sehingga mencapai objektifnya. Oleh itu, kami telah mendapat

bimbingan guru iaitu daripada Puan Putri Noor Kharizah Binti Megat Mohd Aris dan juga Tuan
Muhammad Shaifullah Bin Ahmad.

Keputusan Kajian

Bidang Akademik

Keputusan kajian telah mendapati bahawa 10.5% pelajar mempunyai masalah pembelajaran di
sekolah manakala 44.2% pelajar mempunyai masalah pembelajaran di rumah. Majoriti masalah
yang dihadapi sewaktu pembelajaran di sekolah adalah mengantuk ketika guru mengajar, sukar

untuk menghafal dalam masa yang singkat dan malu bertanya kepada guru manakala majoriti
masalah yang dihadapi sewaktu pembelajaran di rumah pula adalah tidak memahami akan tajuk
yang dipelajari, gangguan persekitaran dan masa di rumah tidak mencukupi. Akhir sekali,
majoriti masalah pelajar dalam membuat persediaan menduduki peperiksaan adalah tiada
persediaan yang mencukupi, tidak bersemangat dan tiada bahan ulangkaji.

Bidang Sahsiah

Berdasarkan graf, keputusan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar pernah didenda oleh
guru kerana tidak menyiapkan tugasan iaitu sebanyak 61.7% daripada 223 orang pelajar. Selain
itu, pelajar yang pernah menjadi mangsa kecurian pula sebanyak 59% daripada 223 orang
pelajar. Antara barang yang sering dicuri adalah duit, baju berlambang sekolah serta peralatan
mandian.

Bidang Kokurikulum
Keputusan soal selidik ini telah melibatkan seramai 244 responden pelajar Sekolah Menengah

Sains Selangor. Berdasarkan keputusan yang dikaji, kami mendapati segelintir pelajar masih
tidak mengambil berat terhadap aktiviti kokurikulum dan tidak serius walaupun markah yang
diperoleh daripada aktiviti kokurikulum dapat dimasukkan ke dalam Pentaksiran Aktiviti
Jasmani ,Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kami telah sertakan beberapa carta pai sebagai
bahan bukti.

Di sini kami berpendapat bahawa, 14.8% iaitu seramai 36 pelajar mungkin tidak selesa atau
berasa panas dengan pakaiannya kerana diperbuat daripada kain yang tebal dan berat.

Kebanyakan pelajar merasakan diri mereka tampak hebat dengan pemakaian uniform yang
lengkap

Seramai 131 pelajar daripada 243 telah menjawab bahawa aktiviti kokurikulum perlu dijalankan
jika cuaca hujan kerana terdapat beberapa alternatif lain untuk melakukan aktiviti tersebut di
kawasan yang berbumbung seperti di kelas atau di kantin.

Berdasarkan carta pai, kebanyakan aktiviti kelab bergiat aktif kerana setiap minggu terdapat
aktiviti yang telah dirancang dan pelajar tidak membuang masa melakukan hal lain.

Berdasarkan carta pai, pergerakan sebelum dan sewaktu kokurikulum amat penting buat diri
pelajar untuk membuat persediaan sebelum aktiviti dijalankan.Penyelesaian yang terbaik ialah
pelajar perlu berada di kelas setelah makan tengah hari dan bukannya tidur di dalam surau.

Dapatan Kajian

Bidang Sahsiah

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 223 orang daripada tingkatan
1,2,3,4 dan 5. Tinjauan awal kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti masalah disiplin
yang pelajar hadapi ketika di sekolah dan asrama. Borang soal selidik atas talian yang kami
gunakan iaitu Google form telah diedarkan kepada pelajar bagi mengetahui kesalahan yang
pernah dilakukan atau sebaliknya . Dapatan kajian yang dilakukan mendapati adab dan akhlak
para pelajar terhadap guru memuaskan kerana majoriti pelajar berkelakuan baik terhadap guru.
Manakala disiplin pelajar kurang memuaskan kerana kebanyakan pelajar masih ingkar untuk
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Berdasarkan graf, terdapat isu-isu yang kami bincangkan
seperti isu kekemasan diri, kes kecurian, kes membawa barang terlarang seperti membawa
telefon bimbit dan isu tidak menyiapkan kerja sekolah.

Bagi menangani kesalahan tersebut kami telah melakukan perbincangan dalam kumpulan
secara maya melalui telegram dan menggalakkan semua ahli memberikan cadangan
masing-masing.

Bidang Kokurikulum

Borang soal selidik yang diedarkan telah mencatatkan pendapat pelajar Sekolah Menengah Sains
Selangor. Berdasarkan carta pai yang ditunjukkan, majoriti pelajar Sekolah Menengah Sains
Selangor mengambil mudah tentang hal kokurikulum terutamanya dari segi pergerakan ke
tempat perjumpaan ketika aktiviti kokurikulum dijalankan. Berikut menunjukkan peratusan
jawapan pelajar-pelajar berkenaan kokurikulum dari segi pergerakan:-

Selain itu, borang yang diedarkan juga membincangkan hal kokurikulum dari segi pemakaian

dan keaktifan pelajar dalam melakukan aktiviti. Dari segi pemakaian, majoriti pelajar Sekolah
Menengah Sains Selangor berpendapat bahawa pemakaian yang lengkap tidak boleh dipandang
remeh dan menjadikan penampilan pelajar bertambah hebat. Justeru itu, data mencatatkan
bahawa persetujuan pelajar terhadap denda yang dilakukan adalah tidak seimbang. Majoriti
jawapan yang diterima terhadap pelaksanaan denda ialah ya. Berikut menunjukkan data
berkenaan kokurikulum dari segi pemakaian:-

Akhir sekali, hasil dapatan kajian tentang isu kokurikulum ialah dari segi keaktifan
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor ketika menjalani aktiviti kokurikulum.
Mengikut data yang dicatatkan, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor bergiat aktif
dalam aktiviti yang dijalankan oleh unit beruniform, sukan dan permainan mahupun kelab dan
persatuan. Dalam hal ini juga, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor juga
menyatakan pendapat berkenaan pergerakan dan aktiviti semasa cuaca yang tidak mengizinkan.

Majoriti pelajarberpendapat bahawa aktiviti kokurikulum perlu digantikan dengan kelas prep di
kelas masing-masing. Berikut menunjukkan data berkenaan hal kokurikulum dari segi aktiviti.



Cadangan

Bidang Akademik
Isu Pembelajaran di Sekolah

Isu Pembelajaran di Rumah

Isu Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Bidang Sahsiah
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terdapat beberapa isu yang perlu dibincangkan dan

diberikan solusi demi membentuk jati diri para pelajar. Antaranya adalah:

1. Isu kekemasan diri

Para pelajar diingatkan untuk memakai pakaian yang lengkap mengikut hari yang
betul. Bagi pelajar lelaki, pemakaian tali leher perlulah disertai dengan pin tali leher.
Bagi pelajar perempuan pula, pemakaian anak tudung berwarna hitam sahaja yang
dibenarkan. Stokin hendaklah berwarna hitam dan melebihi paras buku lali. Nametag
dan lencana adalah wajib pada pakaian mengikut kedudukan yang betul.
Pelajar hendaklah memastikan kuku sentiasa dipotong, tidak menggayakan rambut dan
memastikan mereka berada di tapak perhimpunan pada masa yang betul. Pengawas
haruslah menegaskan para pelajar supaya berjalan dengan pantas dan tidak berlengah.

Pengawas berperanan untuk membuat pemeriksaan pada waktu pagi sebelum ke kelas.
Pengawas yang bertugas akan mengambil tindakan seperti menulis nama bagi pelajar
yang tidak mematuhi kepada arahan-arahan yang dinyatakan. Nama yang ditulis akan
menyebabkan markah rumah ditolak atau dipanggil sebagai demerit.

2. Isu kecurian dan kehilangan barang

Untuk meminimumkan kes kecurian yang berlaku di sekolah dan asrama, kesemua
pelajar perlulah menepati masa. Contohnya, para pelajar perlu turun tepat pada
waktunya seperti ke kelas persediaan supaya kes kecurian di dorm dapat dihalang.

Bagi mengelakkan daripada barangan berharga hilang seperti kehilangan wang saku,
pelajar boleh meminta bantuan daripada warden untuk tolong menyimpankannya. Para
pelajar juga diingatkan untuk mengunci loker setiap masa dan menulis nama pada
setiap barang seperti botol air dan pakaian.

Pengawas berperanan untuk memberitahu masalah kecurian yang berlaku kepada guru
atau warden bertugas. Pengawas juga berperanan untuk membantu mangsa kecurian
untuk mencari barangan yang telah hilang. Pelajar yang ditangkap mencuri akan
dibawa berjumpa guru disiplin untuk diambil tindakan.

3. Isu membawa barang terlarang ke sekolah

Para pelajar dilarang sama sekali untuk membawa barangan terlarang ke sekolah
kerana tindakan tersebut adalah salah disisi undang-undang sekolah. Antaranya ialah
telefon bimbit, komputer riba, tablet, Mp4 dan lain-lain lagi.

Gajet yang dibenarkan untuk dibawa ke sekolah hanyalah yang diluluskan oleh guru
yang bertanggungjawab dan mempunyai pelekat yang mempunyai lambang sekolah.
Pelajar yang membawa gajet secara haram dan tanpa kebenaran tidak boleh sama
sekali.

Bagi mengelakkan isu ini daripada berterusan, pengawas berperanan untuk melaporkan
perkara berkenaan kepada guru disiplin dan tindakan selanjutnya akan diserahkan
kepada guru disiplin untuk mengambil tindakan.

4. Isu tidak menyiapkan kerja sekolah

Para pelajar dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh
guru-guru mata pelajaran. Sekolah Menengah Sains Selangor memprioritikan prestasi
akademik yang terbaik. Jika pelajar tidak mengambil berat terhadap pembelajaran
mereka, prestasi akademik sekolah tidak dapat ditingkatkan dan sukar mencapai gred
purata sekolah yang disasarkan oleh pihak sekolah.

Pelajar telah diberikan waktu lapang untuk menyiapkan kerja rumah iaitu ketika kelas
persediaan malam. Di asrama juga terdapat bilik belajar yang disediakan untuk para
pelajar menyiapkan tugasan mereka. Hal ini bergantung kepada pelajar itu sendiri
untuk mengurus masanya sendiri.

Pengawas berperanan untuk menasihati rakan-rakan supaya tidak melakukan perkara
yang tidak berfaedah dan mengatur masa dengan baik. Pengawas hendaklah
menunjukkan contoh yang baik terhadap rakan-rakan yang lain. Misalnya ,pengawas
boleh mempengaruhi pelajar lain untuk menyiapkan kerja bersama-sama. Oleh itu,
kerja sekolah tidak akan tertangguh dan dapat disiapkan.

Bidang Kokurikulum

Setelah selesai menjalankan kajian ini, kami mendapati bahawa terdapat beberapa saranan atau
solusi yang boleh digunakan dalam memastikan setiap pelajar mematuhi peraturan-peraturan
ketika aktiviti kokurikulum berlangsung. Antaranya adalah :

1) Isu pakaian

● Ahli-ahli Lembaga Pemimpin Pelajar perlu memberi informasi dan maklumat terperinci
dengan lebih awal supaya para pelajar boleh membuat persiapan sebelum aktiviti kokurikulum
bermula.

● Jika minggu tersebut adalah minggu pulang bermalam, ahli Lembaga Pemimpin Pelajar perlu
mengingatkan pelajar untuk melengkapkan pakaian kokurikulum mereka sebelum pulang ke
sekolah.

2) Isu aktiviti

● Pengawas bertugas pada minggu tersebut akan membantu guru penyelaras atau pengerusi
dengan memberikan informasi dalam bentuk pengumuman sebelum aktiviti kokurikulum
dijalankan.Perubahan tempat dan lokasi yang telah ditetapkan pada setiap unit uniform,kelab
dan persatuan akan diberitahu melalui pengumuman tersebut.

● .Memastikan pergerakan pelajar-pelajar ke tempat yang ditetapkan berjalan dengan lancar

● Ahli organisasi boleh membuat kelainan pada hari rabu iaitu penambahan pengawas
bertugas supaya persediaan awal jika berlaku masalah yang tidak dapat dielakkan.
pengawas bertugas tersebut akan dibahagikan kepada dua tugasan iaitu mendapatkan
maklumat dan tugasan kedua adalah memastikan keselamatan pelajar selamat sampai ke
lokasi perjumpaan.

● Mewujudkan lebih interaksi antara pengawas dan pelajar dengan menggalakkan
perbincangan untuk mengenal pasti masalah dan tidak mempunyai sebarang salah faham
dari aspek lokasi dan masa.

● Menjadi pengaruh kepada para pelajar untuk menarik mereka supaya menyertai
aktiviti-aktiviti kokurikulum.

3) Isu pergerakan
● Pengawas yang bertugas pada hari Rabu perlu membuat pengumuman sebelum bermulanya
aktiviti kokurikulum.

Kesan

Akademik
● Para pelajar dapat meningkatkan prestasi dalam bidang akademik sekaligus
meningkatkan prestasi sekolah dan mengharumkan nama sekolah.
● Para pelajar akan sentiasa bersedia dengan ujian yang diberi oleh guru.
● Masalah stres dikalangan para pelajar dapat dikurangkan.

Sahsiah
● Disiplin para pelajar akan menjadi lebih berkualiti.
● Kadar masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan.
● Isu disiplin di sekolah dapat ditangani dengan baik.
● Akhlak dan perilaku pelajar terhadap warga sekolah menjadi baik.

Kokurikulum
● Pelajar dapat menggunakan masa dengan bijak sebelum atau sewaktu aktiviti
kokurikulum sebaik sahaja dijalankan.
● Pergerakan pelajar ke lokasi perjumpaan tidak akan menjadi isu lagi
● Aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan lebih lancar

Penutup

Bidang Akademik

Projek ini dapat membantu pihak sekolah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
pelajar SMSS dalam aspek akademik. Sehubungan dengan itu, kami dapat mencari solusi bagi
setiap masalah yang dihadapi. Matlamat kami adalah untuk membantu pelajar yang menghadapi
masalah dalam aspek akademik dan meningkatkan kemenjadian pelajar SMSS tercapai dengan
melalui projek ini. Harapan kami adalah supaya pelajar memberi komitmen dan kerjasama dalam
menangani masalah yang mereka hadapi supaya semua pelajar SMSS memperoleh kejayaan
dalam aspek akademik dan dapat mengharumkan nama sekolah.

Bidang Sahsiah

Konklusinya, masalah sahsiah pelajar ini perlu diberi perhatian kerana pelajar merupakan aset
utama negara pada masa akan datang. Sahsiah pelajar juga merupakan imej sekolah yang perlu
dijaga agar orang luar memandang tinggi Sahsiah pelajar dari Sekolah Menengah Sains
Selangor. Pihak sekolah perlu mengenal pasti pelajar yang bermasalah untuk dikenakan
tindakan sebagai pengajaran kepada mereka atas kesalahan yang dilakukan. Namun begitu,
peranan ibu bapa penting dalam membentuk sahsiah anak mereka kerana mereka
bertanggungjawab untuk mencorakkan disiplin pelajar dari rumah. Hal ini kerana mereka
merupakan individu yang paling berkesan untuk mempengaruhi anak. Selain itu, pengaruh rakan
sebaya juga memainkan peranan dalam membentuk sahsiah pelajar. Rakan yang baik boleh
mendorong rakannya mencapai kejayaan dan sebaliknya boleh membawa kemudaratan kepada
rakannya dan menyebabkan kes disiplin meningkat. Pemilihan rakan yang baik dapat menangani
masalah disiplin.

Pelbagai cadangan tindakan disiplin yang dikemukakan untuk membantu pihak sekolah
mengurangkan masalah disiplin pelajar sekaligus dapat membentuk sahsiah diri dan akhlak
mulia pelajar untuk mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan. Sesetengah cadangan yang
dikemukakan mungkin memerlukan beberapa kali ulangan untuk menampakkan kesan terhadap
tingkah laku disiplin pelajar. Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak perlu diwujudkan
untuk membuahkan hasil. Tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk melahirkan pelajar
yang bersahsiah tinggi akan menjadi sia-sia.

Bidang Kokurikulum

Daripada hasil kajian didapati bahawa penglibatan pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor
dalam aktiviti kokurikulum perlu ditambah baik. Aktiviti kokurikulum merupakan satu daripada
elemen yang terdapat dalam pendidikan di sekolah. Dengan itu , Lembaga Pemimpin Pelajar
Sekolah Menengah Sains Selangor telah mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh
memulihkan kualiti kokurikulum di Sekolah Menengah Sains Selangor .

Hal ini dikatakan demikian kerana , semua pelajar yang mengikuti projek ini akan lebih
bergiat aktif dan mengambil berat terhadap kegiatan kokurikulum.Dalam pada itu, Kegiatan
kokurikulum di sekolah dapat membentuk disiplin pelajar dan memupuk nilai murni dalam
diri.Contohnya,sikap bekerjasama dalam pasukan, bantu-membantu dan hormat-menghormati
antara satu sama lain.Sehubungan dengan itu,pelajar dapat menepati masa,berpakaian kemas dan
seragam serta di samping mematuhi peraturan sekolah. Contohnya,sikap bekerjasama dalam
pasukan, bantu-membantu dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Akhir sekali, kami berharap dengan berjalannya projek ini , para pelajar dapat mengambil
sebanyak pengetahuan yang diperoleh dan menjadi pelajar yang lebih berketerampilan.


Click to View FlipBook Version