The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Projek Kemenjadian Murid Keseluruhan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haqeemadam19, 2021-01-04 10:48:22

Laporan Projek Kemenjadian Murid Keseluruhan

Laporan Projek Kemenjadian Murid Keseluruhan

Laporan Projek Kemenjadian Murid
Keseluruhan

Disediakan oleh:
Lembaga Pemimpin Pelajar

Nama Guru:
Puan Putri Noor Kharizah Binti Megat Mohd Aris

Encik Muhammad Shaifullah Bin Ahmad.

Tarikh Tamat:
20 Disember 2020

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Objektif

Sahsiah
● Mengkaji dan menyelidik kemenjadian murid SMSS dalam bidang sahsiah.
● Membantu para pelajar mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah
disiplin.
● Membantu pelajar menjadi lebih berdisiplin.

Akademik
● Mengkaji dan menyelidik kemenjadian murid SMSS dalam bidang akademik.
● Membantu pelajar untuk terus fokus ketika PdPc berlangsung.
● Membantu pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan-peperiksaan yang
dijalankan.

Kokurikulum
● Mengkaji dan menyelidik kemenjadian murid SMSS dalam bidang Kokurikulum
● Membantu pelajar SMSS cakna terhadap aktiviti kokurikulum

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Pengenalan

Bidang Akademik

Kajian tentang masalah akademik pelajar SMSS telah dijalankan untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi pelajar untuk belajar dan membantu pelajar mengatasi masalah yang
dihadapi. Seramai 86 orang pelajar daripada tingkatan 1, 2 dan 3 SMSS terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini telah dilakukan oleh 6 ahli lembaga pemimpin pelajar iaitu Afeef Haqim bin Erwan,
Arash Danial bin Ahmad Zakir, Luth Zafri bin Hafidz, Zhafri Hafizuddin Azhad bin Tammizi,
Nuhana binti Nazli dan Puteri Damia Balqis binti Muhamad Yusri.

Bidang Sahsiah

Kajian Kemenjadian Murid dalam bidang sahsiah ini telah dijalankan untuk menentukan dan
mengatasi masalah-masalah sahsiah yang dihadapi oleh para pelajar Sekolah Menengah Sains
Selangor. Kajian ini berlangsung selama empat hari. Kajian ini dikendalikan oleh 5 orang
pelajar tingkatan dua yang bernama Jannah Faiha Binti Jannaton Ferdaus, Vaishnave A/p
Vishnu, Nur Dania Qistina Binti Asmira, Harris Amsyar Bin Azmi dan Muhammad Umar Yasin
Bin Mohd Rizal dan seorang pelajar tingkatan tiga, Irdina Asyura Binti Rahmat. Seramai 223
pelajar daripada Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 telah memberikan tindak balas terhadap kajian yang telah
dilakukan.

Sahsiah merupakan aspek yang penting dalam membentuk keperibadian diri yang terpuji.
Sahsiah juga amat diperlukan dalam diri seseorang terutama sekali seorang pelajar yang
menuntut ilmu di institusi seperti sekolah. Sahsiah yang terpuji juga dapat membangunkan insan
yang seimbang secara keseluruhan. Sahsiah terdiri daripada kelakuan, adab, etika dan disiplin
yang ditunjukkan oleh pelajar itu sendiri bagi mencerminkan dirinya.

Bidang Kokurikulum

Kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.
Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab
atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang
menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting bagi membentuk
peribadi mulia seorang murid. Penyelarasan kegiatan kokurikulum di sekolah menunjukkan
bahawa perkara ini mampu memberikan impak yang positif dalam diri seseorang murid. Projek
ini dijalankan dengan memberi penekanan terhadap keberkesanan aktiviti yang dirancang di
Sekolah Menengah Sains Selangor. Pendekatan ini melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis, analitik serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada
masalah baharu. Hal ini seterusnya dapat mencari idea dan penyelesaian alternatif. Dalam pada
itu, projek ini mampu menyumbang idea dan perancangan awal terhadap Lembaga Pemimpin

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor supaya dapat membantu guru-guru dalam
menguruskan aktiviti serta pergerakan pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu
merealisasikan kemenjadian pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Sains Selangor.

Metodologi Kajian

Bidang Akademik
Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan borang soal selidik dalam talian iaitu Google

Form. Para pelajar telah diminta menyatakan masalah yang dihadapi ketika proses pembelajaran
di sekolah dan di rumah. Isu persediaan menghadapi peperiksaan juga telah dikemukakan bagi
mengetahui tahap persediaan pelajar dalam menduduki peperiksaan dari segi mental dan fizikal.

Bidang Sahsiah
Sampel Kajian

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak yang melibatkan seramai 223
orang responden iaitu para pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor daripada kelima-lima
tingkatan.

Instrumen Kajian
Instrumen adalah proses penyediaan pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan

dengan sikap, tingkah laku dan sahsiah para pelajar. Dalam kajian ini, borang soal selidik
secara dalam talian (penggunaan ‘Google Form’), kaedah perbincangan dan kaedah rujukan
internet digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data penyelesaian.

i) Kaedah Borang Soal Selidik

Kaedah borang soal selidik merupakan instrumen utama dalam pemerolehan data dalam
kajian ini. Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat
dan betul. Kami telah mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji
dan dapat memenuhi objektif kajian. Namun borang soal selidik ini diedarkan menggunakan
platform atas talian oleh kerana pandemik yang sedang melanda negara.

Borang ini telah disediakan oleh pengkaji dan diedarkan pada 17 Disember 2020 yang terdiri
daripada dua bahagian iaitu bahagian pemakaian pelajar dan disiplin yang perlu diisi responden.
Soalan yang ditanyakan berkenaan dengan masalah yang kerap berlaku di sekolah.

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Kesemua data yang diperoleh daripada kaedah ini dikumpul dan dianalisis secara teliti bagi
menghasilkan laporan kajian. Data yang diterima dianalisis menggunakan kekerapan dan peratus
serta dibentuk menjadi graf.

ii) Kaedah Perbincangan

Kaedah perbincangan ini merupakan kaedah yang memerlukan kerjasama antara ahli
berkongsi dan bertukar pendapat mengenai cara menangani dan mengelakkan masalah yang
sama berulang. Data yang didapati dikumpul dan dirujuk di internet bagi memasti ketepatan.

iii) Kaedah Rujukan Internet

Kaedah rujukan juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kami bagi mencari
jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Kami merujuk beberapa laman web yang
rasmi di internet.

Bidang Kokurikulum

Kajian ini telah melalui beberapa proses untuk mendapatkan keputusan yang selanjutnya
.Oleh itu terdapat beberapa metodologi atau kaedah kajian yang kami gunakan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan kajian ini.Berikut merupakan kaedah yang kami gunakan:-

(a)Borang soal selidik

Untuk mendapatkan maklumat tentang permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar di
Sekolah Menengah Sains Selangor berkaitan kokurikulum, kami telah menghasilkan beberapa
soalan yang berkaitan dengan kajian ini. Kami telah menggunakan platform Google Form
sebagai borang soal selidik dan memberikannya kepada para pelajar terdiri daripada pelajar
tingkatan empat sehingga tingkatan satu. Masa yang diberikan untuk menjawab adalah bermula
dari jam 8 malam sehingga 11 malam iaitu selama 3 jam. Antara soalan-soalan seperti berikut:

● Adakah anda rasa memakai pakaian itu merupakan perkara yang remeh?

● Adakah anda rasa memakai pakaian uniform yang lengkap menampilkan penampilan yang
hebat?

● Adakah pergerakan ketika aktiviti kokurikulum pada masanya tidak penting bagi anda?

(b)Bimbingan guru

Kajian ini dilakukan dengan adanya bimbingan guru dalam memantau dan membimbing
kami untuk meneruskan kajian ini sehingga mencapai objektifnya. Oleh itu, kami telah mendapat

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

bimbingan guru iaitu daripada Puan Putri Noor Kharizah Binti Megat Mohd Aris dan juga Tuan
Muhammad Shaifullah Bin Ahmad.

Keputusan Kajian

Bidang Akademik

Keputusan kajian telah mendapati bahawa 10.5% pelajar mempunyai masalah pembelajaran di
sekolah manakala 44.2% pelajar mempunyai masalah pembelajaran di rumah. Majoriti masalah
yang dihadapi sewaktu pembelajaran di sekolah ialah mengantuk ketika guru mengajar, sukar

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

untuk menghafal dalam masa yang singkat dan malu bertanya kepada guru manakala majoriti
masalah yang dihadapi sewaktu pembelajaran di rumah pula ialah tidak memahami akan tajuk
yang dipelajari, gangguan persekitaran dan masa di rumah tidak mencukupi. Akhir sekali,
majoriti masalah pelajar dalam membuat persediaan menduduki peperiksaan ialah tiada
persediaan yang mencukupi, tidak bersemangat dan tiada bahan ulangkaji.

Bidang Sahsiah

Berdasarkan graf, keputusan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar pernah didenda oleh
guru kerana tidak menyiapkan tugasan iaitu sebanyak 61.7% daripada 223 orang pelajar. Selain
itu, pelajar yang pernah menjadi mangsa kecurian pula sebanyak 59% daripada 223 orang
pelajar. Antara barang yang sering dicuri ialah duit, baju berlambang sekolah serta peralatan
mandian.

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Bidang Kokurikulum
Keputusan soal selidik ini telah melibatkan seramai 244 responden pelajar Sekolah Menengah

Sains Selangor. Berdasarkan keputusan yang dikaji, saya mendapati segelintir pelajar masih
tidak mengambil aktiviti kokurikulum sebagai perkara yang serius sebagaimana ia membantu
menaikkan markah PAJSK. Di sini saya sertakan beberapa carta pai sebagai bahan bukti untuk
apa yang saya sebut :-

Di sini saya berpendapat, 14.8% iaitu seramai 36 pelajar itu memakai pakaian yang agak rumit
seperti Unit PKBM. Pelajar ini mungkin tidak selesa atau panas dengan pakaiannya atas material
kain yang tebal dan berat.

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Pelajar yang menjawab tidak seramai 7 orang itu tidak ada semangat uniform yang kuat dalam
diri. Malah pelajar ini berasa leceh dengan pakaian yang dipakai pada hari Rabu.

Seramai 131 pelajar daripada 243 telah menjawab tidak bermakna kita tidak perlu meneruskan
aktiviti kokurikulum. Sebaliknya, pelajar digalakkan melakukan aktiviti berfaedah di kelas
masing-masing.

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Di sini saya mahu fokuskan pada pelajar yang menjawab tidak. Pengerusi kelab ini mungkin
bergoyang kaki dengan jawatan yang ada dan tidak mengambil serius langsung tentang ahli
kelabnya. Secara ringkasnya, apabila pengerusi tidak main peranan sama juga dengan ahlinya

Kita akan pandang pada masalah yang ada pada carta pai ini. Seramai 42 pelajar iaitu 17.3%
masih tidak menghargai masa walaupun duduk di asrama. Pelajar ini perlu dibimbing untuk
menepati masa dengan tepat. Selain itu, ramai pelajar masih keliru dengan masa aktiviti
kokurikulum dan tempat berkumpul sebelum kokurikulum dijalankan.

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Dapatan Kajian

Bidang Sahsiah

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 223 orang daripada semua
tingkatan Sekolah Menengah Sains Selangor. Tinjauan awal kajian ini dilakukan adalah untuk
mengenal pasti masalah disiplin dan akhlak yang pelajar hadapi ketika di sekolah dan asrama.
Google form telah diedarkan kepada pelajar bagi mengetahui kesalahan yang pernah dilakukan
atau tidak pernah. Dapatan kajian yang dilakukan mendapati akhlak atau kesopanan para pelajar
terhadap guru memuaskan kerana majoriti pelajar berkelakuan baik terhadap guru. Manakala
disiplin pelajar kurang memuaskan kerana kebanyakan pelajar masih ingkar untuk mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Berdasarkan graf, terdapat isu-isu yang kami bincangkan seperti isu
kekemasan diri, kes kecurian, kes membawa barang terlarang (telefon bimbit) dan isu tidak
menyiapkan kerja sekolah.

Bagi menangani kesalahan tersebut kami telah melakukan perbincangan dalam kumpulan
secara maya melalui telegram dan menggalakkan semua ahli memberikan cadangan
masing-masing.

Bidang Kokurikulum

Borang soal selidik yang diedarkan telah mencatat jawapan dan data murid-murid Sekolah
Menengah Sains Selangor. Mengikut carta pai yang ditunjukkan hasil daripada jawapan
murid-murid yang menjawab borang tersebut, majoriti murid-murid Sekolah Menengah Sains
Selangor mengambil mudah tentang hal kokurikulum terutamanya dari segi pergerakan ke
tempat perjumpaan ketika aktiviti kokurikulum dijalankan. Berikut menunjukkan peratusan
jawapan murid-murid berkenaan kokurikulum dari segi pergerakan:-

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Selain itu, borang yang diedarkan juga telah dikaitkan tentang hal kokurikulum dari segi
pemakaian dan keaktifan murid dalam melakukan aktiviti. Dari segi pemakaian, majoriti
murid-murid Sekolah Menengah Sains Selangor percaya dan yakin bahawa pemakaian yang
lengkap tidak remeh dan menampilkan penampilan yang hebat. Justeru itu, data mencatatkan
bahawa persetujuan murid terhadap denda yang dilakukan adalah tidak seimbang. Majoriti
jawapan yang diterima terhadap pelaksanaan denda ialah ya. Berikut menunjukkan data
berkenaan kokurikulum dari segi pemakaian:-

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Akhir sekali, hasil dapatan kajian tentang hal kokurikulum ialah dari segi keaktifan murid-murid
Sekolah Menengah Sains Selangor ketika menjalani aktiviti kokurikulum. Mengikut data yang
dicatatkan, murid-murid Sekolah Menengah Sains Selangor bergiat aktif dalam aktiviti yang
dijalankan oleh unit beruniform, sukan dan permainan mahupun kelab dan persatuan. Dalam hal
ini juga, murid-murid Sekolah Menengah Sains Selangor juga menyatakan pendapat berkenaan
pergerakan dan aktiviti semasa cuaca yang tidak mengizinkan. Majoriti pendapat yang
dinyatakan ialah menggantikan aktiviti kokurikulum dengan aktiviti prep di kelas
masing-masing. Berikut menunjukkan data berkenaan hal kokurikulum dari segi aktiviti.

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Cadangan

Bidang Akademik
Isu Pembelajaran di Sekolah

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Isu Pembelajaran di Rumah

Isu Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Bidang Sahsiah
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terdapat beberapa isu yang perlu dibincangkan dan

diberikan solusi demi membentuk jati diri para pelajar. Antaranya ialah :

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

1. Isu kekemasan diri

Para pelajar diingatkan untuk memakai pakaian yang lengkap mengikut hari yang
betul. Bagi pelajar lelaki, pemakaian tali leher perlulah disertai dengan tie pin. Bagi
pelajar perempuan pula, pemakaian anak tudung berwarna hitam sahaja yang
dibenarkan. Stokin hendaklah berwarna hitam dan melebihi paras buku lali. Nametag
dan lencana adalah wajib pada pakaian mengikut kedudukan yang betul.
Pelajar hendaklah memastikan kuku sentiasa dipotong, tidak menggayakan rambut dan
memastikan mereka berada di tapak perhimpunan pada masa yang betul. Pengawas
haruslah menegaskan para pelajar supaya berjalan dengan pantas dan tidak berlengah.

Pengawas berperanan untuk membuat pemeriksaan pada waktu pagi sebelum ke kelas.
Pengawas yang bertugas akan mengambil tindakan seperti menulis nama bagi pelajar
yang tidak mematuhi kepada arahan-arahan seperti yang dinyatakan. Nama yang
ditulis akan menyebabkan markah rumah ditolak atau dipanggil sebagai demerit.

2. Isu kecurian dan kehilangan barang

Untuk meminimumkan kes kecurian yang berlaku di sekolah dan asrama, kesemua
pelajar perlulah menepati masa. Contohnya, para pelajar perlu turun tepat pada
waktunya seperti ke kelas persediaan supaya kes kecurian di dorm dapat dihalang.

Bagi mengelakkan daripada barangan berharga hilang seperti wang saku yang banyak,
pelajar boleh meminta bantuan daripada warden untuk tolong menyimpankannya. Para
pelajar juga diingatkan untuk mengunci loker setiap masa dan menulis nama pada
setiap barang seperti botol air dan pakaian.

Pengawas berperanan untuk memberitahu masalah kecurian yang berlaku kepada guru
bertugas. Pengawas juga berperanan untuk membantu mangsa kecurian untuk mencari
barangan yang telah hilang. Pelajar yang ditangkap mencuri akan diberikan tindakan
disiplin.

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

3. Isu membawa barang terlarang ke sekolah

Para pelajar dilarang sama sekali untuk membawa barangan terlarang ke sekolah
kerana tindakan tersebut adalah salah disisi undang-undang sekolah. Antaranya ialah
telefon bimbit, komputer riba, tablet, Mp4 dan lain-lain lagi.

Gajet yang dibenarkan untuk dibawa ke sekolah hanyalah yang diluluskan oleh guru
yang bertanggungjawab dan mempunyai pelekat. Pelajar yang membawa gajet secara
senyap dan tanpa kebenaran tidak boleh sama sekali.

Bagi mengelakkan isu ini daripada berkembang, pengawas berperanan untuk
melaporkan perkara berkenaan kepada guru disiplin dan tindakan selanjutnya akan
diserahkan kepada guru disiplin untuk mengambil tindakan.

4. Isu tidak menyiapkan kerja sekolah

Para pelajar dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh
guru-guru mata pelajaran. Sekolah berasrama penuh amat penting untuk menunjukkan
prestasi akademik yang terbaik. Jika pelajar tidak mengambil berat terhadap
pembelajaran mereka, SBP ini akan dipandang enteng dan tidak akan dapat lagi
melahirkan generasi yang bijak pandai.

Pelajar telah diberikan waktu lapang untuk menyiapkan kerja rumah iaitu ketika kelas
persediaan malam. Di asrama juga terdapat bilik belajar yang disediakan untuk para
pelajar menyiapkan tugasan mereka sebelum tidur. Bergantung kepada pelajar itu
sendiri untuk mengurus masanya sendiri.

Pengawas berperanan untuk menasihati rakan-rakan supaya tidak melakukan perkara
yang tidak berfaedah dan mengatur masa dengan baik. Pengawas hendaklah
menunjukkan contoh yang baik terhadap rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh,
pengawas boleh mengajak pelajar lain untuk menyiapkan kerja bersama-sama. Oleh
itu, kerja sekolah tidak akan tertangguh dan dapat mengelakkan daripada dimarahi oleh
cikgu.

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Bidang Kokurikulum

Setelah selesai menjalankan kajian ini, kami mendapati bahawa terdapat beberapa saranan atau
solusi yang boleh digunakan dalam memastikan setiap pelajar mematuhi peraturan-peraturan
ketika aktiviti kokurikulum berlangsung. Antaranya ialah :

1) Isu pakaian

● Ahli-ahli Lembaga Pemimpin Pelajar perlu memberi informasi dan maklumat terperinci
dengan lebih awal supaya para pelajar boleh membuat persiapan sebelum hari kokurikulum iaitu
pada hari Rabu.

● Jika didapati pada minggu tersebut akan mempunyai pulang bermalam, ahli Lembaga
Pemimpin Pelajar perlu mengingatkan mereka untuk melengkapkan pakaian kokurikulum
mereka sebelum pulang ke sekolah.

2) Isu aktiviti

● Pengawas bertugas pada hari tersebut akan membantu guru penyelaras atau pengerusi
dengan memberikan informasi dalam bentuk pengunguman sebelum aktiviti kokurikulum
dijalankan.Perubahan tempat dan juga lokasi yang telah ditetapkan pada setiap unit
uniform,kelab dan persatuan akan diberitahu di dalam pengunguman tersebut

● .Memastikan pergerakan murid-murid ke tempat yang ditetapkan berjalan dengan lancar
dan berbumbung agar keselamatan murid-murid dijaga

● Ahli organisasi boleh membuat kelainan pada hari rabu iaitu penambahan pengawas
bertugas supaya persediaan awal jika berlaku masalah yang tidak dapat dielakkan.
pengawas bertugas tersebut akan dibahagikan kepada dua tugasan iaitu mendapatkan
maklumat dan tugasan kedua adalah memastikan keselamatan pelajar selamat sampai ke
lokasi perjumpaan.

● Mewujudkan lebih interaksi antara pengawas dan pelajar dengan menggalakkan
perbincangan untuk mengenal pasti masalah dan tidak mempunyai sebarang salah faham
dari aspek lokasi dan masa.

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

● Menjadi motivator atau pendorong kepada para pelajar untuk menarik mereka supaya
menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum.

3) Isu pergerakan
● Pengawas yang bertugas pada hari Rabu perlu membuat pengumuman sebelum bermulanya
aktiviti kokurikulum.

Kesan

Akademik
● Para pelajar dapat meningkatkan prestasi dalam bidang akademik sekaligus
meningkatkan prestasi sekolah dan mengharumkan nama sekolah.
● Para pelajar akan sentiasa bersedia dengan ujian yang diberi oleh guru.
● Masalah stres dikalangan para pelajar dapat dikurangkan.

Sahsiah
● Disiplin para pelajar akan menjadi lebih berkualiti.
● Kadar masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan.
● Isu disiplin di sekolah dapat ditangani dengan baik.
● Akhlak dan perilaku pelajar terhadap warga sekolah menjadi baik.

Kokurikulum
● Pelajar dapat menggunakan masa dengan bijak sebelum atau sewaktu aktiviti
kokurikulum sebaik sahaja dijalankan.
● Pergerakan pelajar ke lokasi perjumpaan tidak akan menjadi isu lagi
● Aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan lebih lancar

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Penutup

Bidang Akademik

Projek ini dapat membantu kami untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar
SMSS dalam aspek akademik. Sehubungan dengan itu, kami dapat mencari solusi bagi setiap
masalah yang dihadapi. Matlamat kami untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah
dalam aspek akademik dan meningkatkan kemenjadian pelajar SMSS tercapai dengan adanya
projek ini. Harapan kami adalah supaya pelajar memberi komitmen dan kerjasama dalam
menangani masalah yang mereka hadapi supaya semua pelajar SMSS memperoleh kejayaan
dalam aspek akademik dan dapat mengharumkan nama sekolah.

Bidang Sahsiah

Konklusinya, masalah sahsiah pelajar ini perlu diberi perhatian kerana pelajar merupakan aset
utama negara pada masa akan datang. Sahsiah pelajar juga merupakan imej sekolah yang perlu
dijaga agar orang luar tidak memandang rendah terhadap sekolah. Pihak sekolah perlu mengenal
pasti pelajar yang bermasalah untuk dikenakan tindakan sebagai pengajaran kepada mereka atas
kesalahan yang dilakukan. Namun begitu, peranan ibu bapa penting dalam membentuk sahsiah
anak mereka kerana mereka bertanggungjawab untuk mencorakkan disiplin pelajar dari rumah.
Hal ini kerana mereka merupakan individu yang paling berkesan untuk mempengaruhi anak.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan dalam membentuk sahsiah pelajar.
Rakan yang baik boleh mendorong rakannya mencapai kejayaan manakala rakan yang rosak
boleh membawa kemusnahan kepada rakannya dan menyebabkan kes disiplin meningkat.
Pemilihan rakan yang baik dapat menangani masalah disiplin.

Pelbagai cadangan tindakan disiplin yang dikemukakan untuk membantu pihak sekolah
mengurangkan masalah disiplin pelajar sekaligus dapat membentuk sahsiah diri dan akhlak
mulia pelajar untuk mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan. Sesetengah cadangan yang
dikemukakan mungkin memerlukan beberapa kali ulangan untuk menampakkan kesan terhadap
tingkah laku disiplin pelajar. Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak perlu melaksanakan
peranan masing-masing untuk membuahkan hasil. Tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha
untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi akan menjadi sia-sia.

Bidang Kokurikulum

Kajian dan perancangan kemenjadian murid SMSS 2021

Daripada hasil kajian di dapati bahawa penglibatan pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor
dalam aktiviti kokurikulum perlu ditambah baik. Aktiviti kokurikulum merupakan satu daripada
elemen yang terdapat dalam pendidikan di sekolah. Dengan itu , pihak kami , Lembaga
Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor telah mencadangkan beberapa pendekatan
yang boleh memulihkan kualiti kokurikulum di Sekolah Menengah Sains Selangor . Cadangan-
cadangan telah dikemukakan dan diterangkan di atas.

Hal ini dikatakan demikian kerana , semua pelajar yang mengikuti projek ini akan lebih
bergiat aktif dan mengambil perkara ini dengan lebih serius pada masa akan datang. Kegiatan
kokurikulum di sekolah dapat membentuk disiplin murid dan memupuk nilai murni. Pelajar
dapat belajar menepati masa,berpakaian kemas dan seragam dan mematuhi peraturan sekolah. Di
samping membentuk disiplin, pelajar juga dapat melahirkan sikap nilai murni dalam diri sendiri.
Contohnya,sikap bekerjasama dalam pasukan, bantu-membantu dan hormat-menghormati antara
satu sama lain.

Akhir sekali, kami berharap dengan berjalannya projek ini , para pelajar dapat mengambil
sebanyak pengetahuan yang diperoleh dan menjadi pelajar yang lebih berketerampilan.


Click to View FlipBook Version