SIRI : JOM BERCERITA
“ADA CERITA,
ADA PENGAJARAN”
Pada suatu hari, seekor anak biri-biri
sedang meragut rumput dengan sekawan
biri-biri
Ia ternampak rumput yang segar di tepi
padang itu. Ia pun meragut rumput itu.
Semakin lama, ia semakin jauh daripada
biri-biri lain.
Anak biri-biri itu sangat gembira makan
rumput itu. Ia tidak sedar seekor
serigala datang semakin hampir
dengannya.
Apabila serigala itu menerkam anak biri-
biri itu, anak biri-biri cepat-cepat
merayu.
Tolong, jangan makan saya.
Sekarang perut saya
sedang penuh dengan
rumput. Jika kamu tunggu
sekejap, saya akan
bertambah sedap dimakan
Serigala fikir itu perkara yang baik.
Oleh itu, ia duduk untuk menunggu
anak biri-biri.
Baiklah. Kamu boleh Jika kamu benarkan saya
menari tapi cepat. menari, rumput di dalam
Aku sangat lapar. perut saya akan dihadam
dengan lebih cepat.
Ketika menari, anak biri-biri mendapat
satu akal. Lalu ia memberitahu kepada
serigala.
Tolong ambil loceng pada
leher saya. Jika kamu
bunyikan loceng itu sekuat
hati mungkin, saya boleh
menari dengan lebih
rancak.
Serigala mengambil loceng lalu
membunyikannya sekuat mungkin.
Gembala biri-biri terdengar bunyi loceng
itu lalu menyuruh anjingnya mencari
anak biri-biri tersebut.
Salakan anjing menakutkan serigala. Ia
melarikan diri dan anak biri-biri
selamat.
Pengajaran :
Perlu pandai untuk menjaga keselamatan diri
Gunakan kebijaksanaan dan kepandaian untuk
menyelamatkan diri dari sebarang bahaya
Kekal tenang dan sentiasa berfikir
Jangan sesekali mengambil kesempatan kepada
mereka yang lemah kerana tiada guna badan yang
kuat jika tiada kepandaian dan suka membuli
Kepada anak-anak MBS, jom
pupuk budaya membaca walau di
mana kita berada.
Selamat membaca.
Membaca jambatan ilmu.