The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SIRI 1 - PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMINAH AMAL BT ABDULLAH Moe, 2021-10-04 11:38:13

SIRI 1 - PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN)

SIRI 1 - PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN)

Program ini diperkenalkan sebagai usaha
pihak kerajaan untuk memberi pendidikan
kepada seluruh warga sekolah terutama

pelajar berkaitan “Dasar Warga Emas
Negara” atau singkatannya disebut sebagai

“DWEN”.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha
kerajaan untuk berhadapan dengan Penuaan
Penduduk yang akan menjadi fenomena pada abad

ke 21.

Penuaan Pendudukan terjadi apabila didapati 15
peratus daripada jumlah keseluruhan keseluruhan
rakyat sesebuah negara adalah merupakan warga

emas.

 Mempromosikan warga emas sebagai aset negara
 Meningkatkan produktiviti dan keupayaan warga

emas kepada Negara
 Meningkat dan menghargai jasa, pengorbanan dan

sumbangan warga emas kepada Negara
 Meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjaga

kebajikan warga emas
 Mendidik masyarakat untuk memahami isu dan

permasalahan yang dihadapi oleh warga emas



Penuaan sihat merujuk kepada usaha ke arah
mewujudkan warga emas yang mengamalkan gaya

hidup sihat.

Mendorong untuk membentuk system kesihatan
yang lebih baik serta mewujudkan persekitaran
dan komuniti yang mengutamakan kesihatan.

Penuaan aktif merujuk kepada proses
mengoptimumkan peluang dan penglibatan warga

emas dalam keluarga dan masyarakat.

Masyarakat sentiasa menghargai jasa dan
sumbangan warga emas dengan melibatkan

mereka dalam pelbagai aktiviti.

Penuaan produktif merujuk kepada penglibatan
warga emas untuk menyumbang dalam bentuk

aktiviti kerja secara bergaji atau sukarela.

Menjadikan warga emas berpengalaman dan
berkemahiran sebagai pembimbing dalam
masyarakat.

Penuaan positif merujuk kepada pegangan
kepercayaan dan nilai positif yang menjadi
tunjang kehidupan dan jati diri warga emas.

Pegangan dan kepercayaan positif mendorong
warga emas melewati usia mereka dalam keadaan

yang gembira dan tenang.

Penuaan menyokong merujuk kepada persekitaran
dalaman dan luaran yang mesra warga emas bagi
membolehkan warga emas berfungsi dengan baik.

Persekitaran yang menyokong dapat membantu
mengurangkan ketidakupayaan yang dialami warga

emas.


Click to View FlipBook Version