The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

15 CARA MENINGKATKAN SEMANGAT UNTUK BELAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMINAH AMAL BT ABDULLAH Moe, 2021-09-21 23:59:46

15 CARA MENINGKATKAN SEMANGAT UNTUK BELAJAR

15 CARA MENINGKATKAN SEMANGAT UNTUK BELAJAR

Kawan yang bersemangat dalam
belajar sangat mempengaruhi
kita. Apabila melihat semangat

mereka, ia membuatkan kita ingin
mencontohi mereka. Aura positif
yang mereka tunjukkan dapat
diserap dan diaplikasikan kepada

diri kita.

Catatkan semua target yang kamu
ingin capai pada kertas.

Tampalkan kertas tersebut di bilik
belajar ata di dalam bilik tidur.

Pastikan kamu dapat melihat
senarai target itu pada setiap hari.

Sentiasa tanamkan di dalam jiwa
dan minda kamu bahawa sesuatu
yang bermula dengan perjuangan
pasti akan diakhiri dengan kejayaan,
kesenangan da kebahagiaan. Jangan
mudah putus asa sebaliknya sentiasa

positif.

Buktikan bahawa kamu adalah
orang yang mempunyai kemahuan

yang tinggi. Dengan ini kamu
akan bermotivasi untuk lebih rajin
belajar. Semangat belajar yang

tinggi akan menjadikan kamu
lebih bijak pandai.

Atur waktu kamu dengan aktiviti yang
ingin dilakukan. Bijak dalam mengatur
waktu menjadikan kamu seorang yang
berdisiplin. Pastikan ada masa untuk

belajar, ulangkaji dan juga untuk
bermain.

Cuba fokus belajar untuk 5 minit
sahaja. Kemudian berhenti seketika.

Dengan ini otak kamu akan lebih
bersedia untuk aktiviti seterusnya.
Tapi awas, berhenti seketika bukan
bermakna berehat sambil menonton
tv tapi untuk meregangkan otot

atau minum sedikit. Mulakan
dengan 5 minit perlahan-lahan
tingkatkan masa untuk kamu betul-

betul fokus semasa belajar.

Jika semasa belajar kamu perlu membuat
perkara lain seperti makan atau minun,

berhentilah ketika di bahagian yang
menarik untuk topik yang di baca. Ini
kerana ia akan memotivasikan diri kamu
untuk terus belajar lagi dan lagi selepas
selesai melakukan perkara tersebut.
Pastinya kamu ingin tahu sambungan topik

yang kamu sedang baca.

Jauhi diri kamu daripada gangguan
seperti television, handphone atau lain-

lain. Hal ini akan membuatkan kamu
lebih fokus dan menumpukan perhatian

kepada sesi pdpr atau membuat
ulangkaji. Jika perlu menggunakan
handphone, pastikan ianya hanya untuk

pdpr atau ulangkaji sahaja.

Reward atau hukuman akan memberi
semangat belajar. Jika target kamu
dicapai, berikan reward. Sebaliknya jika
target tidak dicapai berikan hukuman. Ia
seperti memaksa diri untuk belajar tetapi
tidak menjadi masalah kerana dari
paksaan akan menjadi kebiasaan jika

dilakukan secara berterusan.

Kadang-kala kamu akan lebih bermotivasi
ketika menonton filem atau membaca
novel jika dibandingkan dengan
mendengar nasihat atau melihat

keberhasilan orang lain. Ini adalah kerana
setiap orang mempunyai pemikiran dan
perasaan yang berbeza. Jadi pilihlah
filem atau novel yang boleh membantu
untuk memberi inspirasi dan semangat
untuk terus belajar.

Apabila jiwa kita mempunyai niat
dan kemahuan yang tinggi maka
kita akan melihat belajar adalah
satu aktiviti yang menyenangkan.
Bukan sebagai satu bebanan atau

paksaan sebaliknya ia adalah
keseronokan apabila mendapat

maklumat baharu.

Mudah-mudahan kata-kata motivasi
yang ditampal di meja belajar atau di
bilik akan memberikan semangat untuk
belajar. Jika berasa stress atau malas,
kamu boleh melihat dan membacanya
untuk mengembalikan semangat untuk
terus belajar. Pastikan kata-kata positif

di tampal pada tempat yang kamu
sentiasa lihat.

Sentiasa pandai menggunakan teknik
belajar yang betul dan efektif kerana

ia mempengaruhi otak kita dalam
bekerja menyerap maklumat dan ilmu
pengetahuan. Teknik belajar 3 x 1 jam
lebih efektif berbanding 1 x 3 jam.

Ada waktu fokus belajar dan ada
waktu berehat sebentar

Dengan mempelajari teknik
membaca cepat, kamu akan lebih
cepat mencapat maklumat dan ilmu
yang disampaikan. Teknik ini sangat

berguna di zaman yang
berteknologi dan canggih ini. Siapa

lambat dia akan ketinggalan.

Otak akan lebih mengingat sesuatu
perkara dengan lebih baik jika maklumat
itu pendek. Maka buatlah kata kunci atau

akronim untuk membantu otak kamu
mengingat pelajaran. Ini akan membantu
meningkatkan daya ingat dan konsentrasi

kamu.


Click to View FlipBook Version