The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMINAH AMAL BT ABDULLAH Moe, 2021-09-23 11:13:40

KISAH SEMUT DAN RAMA-RAMA

KISAH SEMUT DAN RAMA-RAMA

SIRI : JOM BERCERITA
“ADA CERITA,

ADA PENGAJARAN”

Al-kisahnya hiduplah Sang Semut di sebuah taman
bunga. Hari itu hari yang sangat indah dan cerah.

Sang Semut memutuskan untuk bersiar-siar di
kawasan taman. Semasa bersiar-siar, Sang Semut tidak
lupa untuk menyapa dan bermesra dengan haiwan lain

yang bertemu dengannya.

Sedang berjalan, tiba-tiba Sang Semut terpandang
kepada sesuatu. Sang Semut melihat ada kepompong

yang tergantung pada salah satu pokok bunga.
Sang Semut berenti dan melihat kepompong itu

dengan senyuman.

Kemudian Sang Semut berkata , “Hai, Kepompong!
Alangkah buruknya nasib kamu. Hanya tergantung di

situ. Tidak dapat melihat keindahan taman ini.
Sungguh kasihan”.

Mendengar kata-kata Sang Semut, Kepompong hanya
terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa.

Beberapa hari kemudian, Sang Semut kembali bersiar-
siar di taman. Namun, tiba-tiba hujan turun dengan

lebatnya. Sang Semut berasa sangat takut. Sang Semut
terus berlari untuk menyelamatkan diri dari hujan
tersebut.

Tanpa disangka-sangka, Sang Semut tergelincir dan
terjatuh ke dalam lopak air. Lantas, Sang Semut

menjerit sekuat-kuatnya untuk meminta pertolongan.

“Tolong! Tolong! Aku akan lemas! Tolong! Tolong!”

Walaupun Sang Semut menjerit meminta tolong tetapi
tiada seekor haiwan pun yang datang memberikan

pertolongan. Sang Semut menangis kerana berasa dia
akan mati lemas sebentar lagi.

Tiba-tiba datang seekor rama-rama yang cantik
terbang dan membawa ranting kayu.

“ Semut! Pegang kuat-kuat ranting ini. Aku akan
menolong kamu keluar dari lopak itu,” kata Sang

Rama-rama.

Sang Semut memegang kuat ranting kayu itu. Dengan
sekuat tenaga yang ada, Sang Rama-rama menarik
Sang Semut dari lopak air dan menerbangkan Sang
Semut ke kawasan yang selamat.

Sang Semut mengucapkan terima kasih kepada Sang
Rama-rama kerana telah menyelamatkan dirinya.
Namun, Sang Semut tidak menyedari bahawa Sang

Rama-rama adalah kepompong yang pernah diejaknya
dahulu.

“Siapakah kamu,” tanya Sang Semut.

“Aku adalah kepompong yang pernah kau ejek
dahulu,” balas Sang Rama-rama tersenyum.

Mendengar jawapan Sang Rama-rama, Sang Semut
berasa sangat malu dan bersalah. Sang Semut berjanji
tidak akan mengejek mana-mana haiwan yang ada di

taman itu lagi.

Pengajaran :

Jangan sesekali mengejek atau menghina orang lain
walau apa juga rupa atau sikap orang itu.

Mengejek atau menghina adalah sikap yang buruk
dan tidak patut ada pada diri seorang murid.

Setiap orang diciptakan berbeza dan kita perlu
menghargai perbezaan itu kerana kita saling
memerlukan satu sama lain.

Kepada anak-anak MBS, jom pupuk budaya
membaca walau di mana kita berada.
Selamat membaca.
Membaca jambatan ilmu.


Click to View FlipBook Version