TRANSFORMASI
DIET MENU SIHAT
Tortila Ayam
Makaroni Goreng
Sup Ikan Jenahak
SEIMBANG 5 PLAN
DIET TERBAIK
5 PERKARA MEMBANTU TIPS
MENINGKATKAN
TAHAP KESIHATAN PEMAKANAN SIHAT
SI KECIL
Bahaya Lemak VISCERAL
OBESITI?
Tinta Editor
BISMILLAHRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T telah diberi
kesempatan untuk kami menyiapkan e-majalah
TRANSFORMASI
Pada kesempatan ini, kami ingin memanjatkan rasa
kesyukuran kepada hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya telah
dipermudahkan segala urusan kami dalam menyiapkan e-
majalah TRANSFORMASI ini. Sekalung tahniah diucapkan
kepada ahli-ahli Sidang Redaksi yang bertungkus lumus
menyiapkan e-majalah TRANSFORMASI ini.
Dalam penerbitan e-majalah TRANSFORMASI ini, kami
mengetengahkan tentang apakah itu obesiti, statistik terkini
obesiti, faktor yang menyebabkan obesiti, dan kesan obesiti.
Selain daripada itu, turut dilampirkan juga apakah diet yang
sihat dan juga senaman yang bersesuaian untuk penghidap
obesiti. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
kepada generasi pada masa kini perihal bahayanya obesiti
kepada kesihatan.
Turut disediakan beberapa menu sihat yang mudah dan
sedap bagi mereka yang ingin sesuatu kelainan dalam diet
makanan mereka. Di samping itu, kami berharap dengan
penghasilan e-majalah TRANSFORMASI ini dapat membantu
menyebarluaskan lagi tentang pentingnya menjaga kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak cenderung
daripada segala penyakit.
Terima Kasih.
SIDANG REDAKSI
Nurul Nabilah binti Othman
263683
Nurul Nadiah binti Hamdi
263458
Nur Farah Diyana Natasya
binti Nasharudin
262267
Nurul Aqidah Hizmah
binti Mohd Hassan
271537
Nur Nabilahhanis binti Razali
271676
Fatin Syazwina binti
Ahmad Fadzli
287367
ISI KANDUNGAN
OBESITi
Bagaimana mengetahui status berat
badan saya?
Kesan obesiti terhadap kesihatan
Kesan obesiti terhadap kehidupan sosial
Bahaya lemak VISCERAL
5 perkara yang boleh meningkatkan
tahap kesihatan
Ubah gaya hidup, elak alami serangan
jantung mengejut
MAKANAN SIHAT
Sajian diet yang seimbang
Tortilla Ayam
Makaroni Goreng
Sup Ikan Jenahak
5 plan diet terbaik
10 jenis ulam untuk awet muda
Tips pemakanan si kecil anda
Tahukah anda?
1 DARIPADA 2
RAKYAT
MALAYSIA GEMUK
Sumber : Utusan Online (9 April 2021)
OBESITI ? Klasifikasi Indeks Jisim
Tubuh (BMI):
Obesiti ialah istilah yang digunakan
untuk menunjukkan julat berat yang Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah
tinggi bagi individu dengan penting untuk menentukan sama ada
ketinggian tertentu yang dikaitkan seseorang individu ditakrifkan
dengan masalah kesihatan yang secara klinikal sebagai obes atau
buruk. Takrif berat badan berlebihan sebaliknya. Tafsiran nombor BMI
dan obesiti bagi orang dewasa adalah adalah berdasarkan kumpulan status
berdasarkan Indeks Jisim Tubuh berat badan seperti kurang berat
individu atau dikenali sebagai BMI. badan, berat badan sihat (normal),
berat badan berlebihan, obesiti
(tahap 1 dan 2) dan obesiti morbit
yang dilaraskan mengikut umur dan
jantina.
Bagi orang dewasa yang berumur
lebih dari 20 tahun, nombor BMI
berkorelasi dengan penetapan status
berat yang sama; sebagai contoh, BMI
antara 25.0 dan 29.9 bersamaan
dengan berat badan berlebihan dan
30.0 dan ke atas adalah obesiti.
Manakala obesiti morbid adalah
sebagai obesiti melampau atau teruk
dengan BMI 40.0 atau lebih tinggi.
BAGAIMANA
MENGETAHUI STATUS
BERAT BADAN SAYA?
Anda boleh menilai status berat
badan dengan pengiraan Indeks
Jisim Tubuh (BMI). Indeks Jisim
Tubuh menentukan sama ada anda
mempunyai risiko yang tinggi atau
rendah dalam mengalami masalah
kesihatan. Ia di kira menggunakan
formula seperti berikut
TAHUKAH ANDA?
Malaysia merupakan negara pada
kedudukan tertinggi di Asia dalam
konteks individu yang mempunyai
masalah obesiti dan berat badan
berlebihan. Berdasarkan
Kementerian Kesihatan Malaysia
(2019), kajian mendapati (47.7%)
rakyat Malaysia dewasa adalah
berlebihan berat badan dan obes.
Kesan Obesiti Terhadap Pesakit diabetes yang obes ini
berkemungkinan 1.5 kali lebih kecil
Kesihatan untuk mencapai matlamat ABC
berbanding pesakit berat normal.
Obesiti dan berat badan berlebihan Apa yang membimbangkan ialah
adalah faktor risiko utama untuk sebilangan besar pesakit diabetes
pelbagai penyakit kronik termasuk wanita kita masih dalam usia
penyakit kardiovaskular, kanser, reproduktif. Kawalan gula darah
gangguan muskuloskeletal dan yang lemah semasa kehamilan
diabetes. Berbanding dengan memberi kesan buruk untuk ibu dan
individu dengan berat badan normal, bayi. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak
obesiti meningkatkan risiko diabetes berisiko lebih tinggi untuk obesiti
jenis II sebanyak tujuh kali ganda dan diabetes pada usia muda di
pada lelaki dan 12 kali ganda pada kemudian hari. Ini akan
wanita. Bukti di seluruh dunia mengekalkan kelaziman diabetes
menunjukkan bahawa diabetes yang tinggi di Malaysia.
berlaku pada usia yang lebih muda,
iaitu, di bawah umur 40 tahun dan Obesiti dan berat badan berlebihan
kira-kira 90 peratus kes diabetes juga dikaitkan dengan tekanan darah
jenis II disebabkan oleh berat badan tinggi. Golongan yang mempunyai
berlebihan. bahagian badan yang besar
meningkatkan tekanan darah kerana
Di malaysia , didapati bahawa 30 jantung perlu mengepam lebih kuat
peratus daripada pesakit diabetes untuk membekalkan darah ke badan.
jenis 2 secara klinikal adalah dalam lemak berlebihan pada badan boleh
kalangan obes. Pesakit diabetes perlu merosakkan buah pinggang yang
mencapai sebanyak mungkin mengawal tekanan darah. Hipertensi
matlamat rawatan ABC untuk tekanan darah tinggi selalunya tidak
mencegah komplikasi seperti menunjukkan simptom, tetapi ia
penyakit kardiovaskular, penyakit boleh menyebabkan penyakit
buah pinggang dan komplikasi kaki. kardiovaskular, kegagalan buah
(A untuk A1C yang mencerminkan pinggang dan strok
kawalan gula dalam darah tiga bulan
yang lepas, B untuk tekanan darah
dan C untuk kolesterol LDL atau
kolesterol jahat).
Kesan Obesiti
Terhadap Kehidupan
sosial
KURANG KEYAKINAN DIRI MANGSA BULI
Pada masa kini, peringkat remaja Takrifan buli adalah sebagai tingkah
merupakan peringkat paling sukar laku agresif yang biasanya berlaku di
bagi semua golongan muda kerana kalangan golongan kanak-kanak atau
kebanyakan perubahan dan situasi remaja sama ada secara fizikal atau
yang bakal dialami oleh golongan ini. lisan. Mereka yang mengalami
Adalah fakta bahawa golongan muda obesiti lebih cenderung untuk
yang tidak mempunyai berat badan menjadi mangsa buli dan ejekan.
berlebihan semasa kanak-kanak Buli yang berlaku secara lisan lebih
boleh mengalaminya semasa remaja kepada tindakan mengejek bentuk
dan dewasa. Memahami perkara ini, badan atau saiz fizikal seseorang
obesiti mempengaruhi keyakinan iaitu dengan menggunakan kata-kata
diri dalam kalangan remaja atau yang mempersendakan fizikal
dewasa. sesorang atau lebih dikenali sebagai
“body shaming”. Tindakan ini
Cara terbaik untuk memahami menjana tekanan kepada mangsa
masalah ini adalah dengan yang seterusnya mengalami obesiti
memerhatikannya dari sudut sehingga hilang kawalan.
pemikiran mereka. Hal ini kerana,
golongan remaja ditadbir oleh FAKTA
piawaian yang berbeza seperti
fesyen, penampilan, ekonomi, dan Menurut Ketua Polis Negara, Tan
lain-lain. Peraturan ini menyebabkan Sri Abdul Hamid Bador,
seseorang yang mengalami obesiti Perbuatan mengutuk, menghina
hilang keyakinan diri. Golongan dan mencaci bentuk tubuh
muda yang mengalami masalah seseorang (Body Shaming) adalah
keyakinan diri sering mengalami satu kesalahan jenayah dan
penolakan dalam persekitaran boleh dikenakan hukuman di
mereka. Atas sebab ini, golongan bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta
muda yang mengalami obesiti sering Komunikasi dan Multimedia
mengalami penyakit psikologi, malah 1998, Seksyen 509 Kanun
lebih teruk lagi sehingga ada yang Keseksaan (KK) dan Seksyen 14
membunuh diri. Akta Kesalahan Kecil 1955.
BAHAYA LEMAK VISCERAL
Apa itu lemak Visceral?
Lemak Visceral adalah lemak perut
tambahan yang disimpan disekitar
organ badan seperti organ perut,
jantung, usus,paru-paru. Ia juga
dikenali sebagai lemak subkutan
tambahan atau lemak dalam. Lemak
viseral disimpan kerana pengambilan
makanan karbohidrat tambahan,
tidak aktif bersukan,
ketidakseimbangan metabolik yang
lain. Lemak visceral dianggap tidak
sihat kerana merupakan faktor risiko
terkena penyakit seperti penyakit
jantung koronari, barah, Permakanan yang sihat
strok,demensia,diabetes,artritis, Makanan tinggi gula tambahan dan
disfungsi seksual dan gangguan karbohidrat ringkas yang terurai dengan
tidur. Penetapan lemak viseral juga cepat menjadi gula akan menyebabkan
menyebabkan ketahanan insulin lemak perut bertambah. Oleh itu,
yang menyebabkan diabetes jenis II. mengurangkan pengambilan
Lemak visceral bukan hanya pada karbohidrat akan membantu
individu obesiti, malah individu yang menghilangkan lemak perut yang degil.
kurus juga boleh mempunyai lemak Menurut Cleveland Clinic, fruktosa atau
visceral. Bagaiamana Untuk gula boleh menyebabkan sel lemak
Menghilangkan? terkumpul dengan lebih cepat,
Menurunkan Berat Badan terutamanya dalam lemak visceral yang
Cara terbaik untuk mengurangi berbahaya. Jika anda sering minum soda
lemak visceral adalah dengan atau minuman lain yang mengandungi
menurunkan berat badan fruktosa bukan sahaja anda akan
Menurut spesialis perubatan meningkatkan kalori, tetapi juga lemak
obesitas di Cleveland Clinkc, W. Scott perut. Jadi elakkan minuman manis,
MD, dengan menghilangkan 10% dari makanan segera, makanan yang
berat badan kita saat ini, kita dapat diproses dan bijiran halus. Lebih baik,
menghilangkan 30% dari lemak pilih buah-buahan dan sayur-sayuran,
tubuh. protein tanpa lemak, serat, kacang dan
Bersukan Kurangkan tekanan
Tentu saja pola makan sihat itu penting, Pernah dengar istilah stress perut?
namun itu saja tak akan cukup untuk Ternyata ia bukan sekadar istilah,
mengurangi lemak perut. Bersukan juga kerana tekanan yang berlebihan
akan memberi arahan pada tubuh untuk boleh menyebabkan badan
menahan lemak, dan meminta hati menghasilkan lebih banyak kortisol
menggunakan asam lemak, terutamanya atau "hormon tekanan" untuk
yang berada berdekatan denan timbunan membantu menangani ketegangan.
lemak visceral. Para Ahli mengatakan Antara salah satu perkara yang
aktiviti fisik moderat dikombinasikan kortisol memberi arahan kepada
dengan latihan kekuatan boleh membakar badan ialah mengekalkan lemak di
lemak perut. Bersukan lebih lama sekeliling perut sekiranya berlaku
berbanding bersukan lebih keras lebih kecemasan. Ini boleh
direkomendasikan. Melakukan sukan menyebabkan bahagian tengah
intensitas sederhana seperti berjalan perut akan membesar, walaupun
cepat, menari, atau berkebun selama 150 orang itu kurus. Oleh itu,
minit setiap minggu. Kita juga boleh kurangkan tekanan dengan
melakukan aktiviti sukan berat seperti senaman, teknik relaksasi dan
berlari, berbasikal, atau berenang kesedaran. Kemudian berbincang
setidaknya 75 minit setiap minggu. dengan doktor anda jika
memerlukan bantuan.
Tidur yang Berkualiti
Lemak perut boleh dikurangkan apabila
kita tidur. Penyelidik di Universiti Wake
Forest mendapati bahawa mereka yang
tidur 5 jam atau kurang setiap malam
mempunyai 2.5 kali banyak lemak perut
daripada mereka yang mendapat tidur
yang cukup, kira-kira 7 hingga 9 jam setiap
malam.
5 PERKARA YANG BOLEH MEMBANTU
MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN :
Katakan tidak pada toksik!
Pengambilan bahan-bahan bertoksik seperti
rokok. alkohol, dan dadah perlu dijauhi.
Pengambilan dalam jangka masa yang panjang
dapat memudaratkan kesihatan. Kesan toksik
yang ada dapat memberikan kepada organ
badan jika diambil dalam jumlah yang banyak.
Pemilihan makanan yang berkhasiat seperti
susu segar, jus buah, sayuran mentah boleh
dididik sejak kecil. Corak pemakanan yang
diamalkan pada waktu remaja cenderung untuk
menjadi tabiat dan diteruskan semasa dewasa.
Elakkan makanan diproses
Pemakanan yang tidak sihat menjadi
salah satu punca kepada pelbagai
penyakit seperti sakit jantung, kencing
manis, penyakit pernafasan bahkan
kanser.
Makanan seperti sosej, daging burger
dan mi segera perlu dielakkan
sebaliknya makanan segar seperti buah-
buahan, sayur-sayuran atau bijiran
boleh dijadikan sebagai pengganti
kepada makanan proses.
Angkat barang dan
bergerak!
Tahap hormon dapat dipertingkat
dengan senaman selain daripada
membuat anda berasa lebih sihat
dan mengurangkan risiko penyakit.
Aktiviti fizikal secara berkala dapat
membantu anda untuk mendapatkan
tidur yang berkualiti serta lebih
cepat tidur. Namun perlu dielakkan
bersenam ketika menghampiri
waktu tidur.
Elakkan stress
melampau
Bertenang, bernafas dengan
dalam, beribadat, bercakap
dengan seseorang, berurut,
berehat dan mendengar muzik,
beriadah, bersenam dan
berfikiran positif antara amalan
yang dapat dilakukan untuk
mengurangkan stress.
Stress dapat menyebabkan
pertambahan berat badan selain
daripada punca kepada pelbagai
penyakit dan turut menggangu
kesihatan.
Tidur nyenyak “seperti bayi”
Percaya atau tidak? Tahap kesihatan dapat dipertingkatkan melalui
tidur yang berkualiti. Tidur yang mencukupi dapat memberikan
badan masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari
sebelumnya. Ianya juga membantu untuk terus kekal cergas dan
fokus sepanjang hari.
Kekalkan jadual waktu tidur.
Perhatikan pemakanan dan pengambilan kafein.
Cipta ritual waktu tidur.
Hadkan tidur waktu petang.
Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian.
Berikut antara tips yang boleh dilakukan sekiranya ada seorang
yang sukar tidur, kerap terjaga mahupun bagi anda yang kerap
berasa kurang selesa semasa tidur.
Masyarakat di Malaysia seharusnya mengamalkan gaya hidup dan pemakanan
yang sihat bagi mengurangkan risiko penyakit kronik yang berkaitan dengan
jantung yang masih menjadi penyebab utama kematian di Malaysia sejak
sekian lama. Menurut pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah
berkata, serangan jantung mengejut yang berlaku ke atas golongan muda
berusia lingkungan 40-an dan ke bawah pada kebelakangan ini adalah berkait
amalan gaya hidup tidak sihat. Menurut data pada tahun 2019 dan tahun 2020,
penyakit jantung masih menjadi antara salah satu penyakit tertinggi dalam
negara yang mencecah sebanyak 35 peratus. Apa yang mengejutkan, golongan
berusia antara 30-an ke 40-an juga mengalaminya, sedangkan penyakit ini
biasanya banyak dihidapi kelompok lebih berusia iaitu 50 tahun ke atas.
Berkemungkinan juga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 ini,
ramai yang tidak aktif bersukan kerana banyak masa dihabiskan di rumah
hingga menimbulkan tekanan dan masalah kesihatan mental atau mengambil
makanan tidak seimbang. Namun begitu, kita tidak boleh mengaitkan norma
baharu itu secara langsung dan sebagai punca utama penyakit jantung.
Menurut Dr Suhazeli, mengulas data Jabatan Perangkaan Malaysia yang
mendedahkan 23 peratus kematian pada 2019 berpunca daripada serangan
jantung dengan sebanyak 16,325 kes atau 15 peratus daripadanya disebabkan
penyakit arteri koronari (CAD). Benayak kajian melaporkan salah satu punca
masalah jantung ialah pengamalan gaya hidup kurang sihat terutama aspek
pemakanan tidak seimbang. Sebenarnya, sejak 2002 lagi Kementerian
Kesihatan (KKM) sudah melancarkan kempen amalan gaya hidup sihat bagi
mengurangkan serangan penyakit berisiko seperti jantung ini. Jadi,
masyarakat sendiri perlu berubah, kembali kepada kehidupan asas yang sihat
seperti elakkan mengambil dadah, rokok, arak atau pemakanan tidak
seimbang dan berlebihan. Mereka mesti aktif melakukan aktiviti kecergasan
seperti apa yang disarankan.
Sumber
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/796981/ubah-gaya-hidup-elak-alami-serangan-jantung-mengejut
MAKANAN SIHAT
Pengambilan
makanan yang sihat
dengan kuantiti yang
betul dapat
membantu untuk
menurunkan berat
badan. Kita
memerlukan protein,
karbohidrat, vitamin
dan mineral untuk
memastikan
kesihatan tubuh
badan. Kita perlu
mengawal
pemgambilan
makanan yang
berlebihan supaya
dapat mengelakkan
obesiti.
MENU SIHAT
Sajian Diet yang
Seimbang
TORTILLA
AYAM
BAHAN - BAHAN
Tortilla
Isi Ayam Bahagian Dada (dipotong Kecil)
Salad
Tomato
Lobak (dihiris halus)
Timun (dihiris halus)
Kobis
Mayonis
Sos Cili
Sos Thousand Island
Telur CARA-
CARA
1.Bakar tortilla menggunakan kuali.
2.Gaulkan isi ayam dengan garam dan celupkan
dalam telur dan tepung serbaguna. Gorengkan.
3.Letakkan tortilla serta bahan-bahan lain dan
gulungkan.
4.Sedia untuk dihidang.
Makaroni Goreng
Cara-cara :
1. Tumis bawang putih
2. Masukkan ayam, biarkan garing sikit
3. Masukkan brokoli
4. Masukka makaroni, masuk garam.
5. Tutup api.
6.Dah hidang dalam pinggan baru tabur chili
flake.
Bahan-bahan:
Bawang kecil (dihiris/ditumbuk)
Bawang putih (dihiris/ditumbuk)
Halia (dihiris/ditumbuk)
Sedikit minyak
Rempah 4 sekawan
Rempah sup
Air
Garam
Serbuk perasa
Ikan jenahak (disapukan dengan garam)
Lada besar
Daun bawang
Tomato ceri
SUP IKAN JENAHAK
Cara-cara:
1.Panaskan minyak dan masukkan rempah 4
sekawan.
2.Masukkan bahan yang dihiris tadi.
3.Masukkan rempah sup.
4.Masukkan air, perasakan dengan garam dan serbuk
perasa.
5.Masukkan ikan yang telah disapukan dengan
garam. Renehkan sup sekejap.
6.Masukkan ada besar dan taburkan daun bawang.
7.Akhir sekali, masukkan tomato ceri.
5 PLAN DIET TERBAIK
1.Puasa berselang-seli (Intermittent
Fasting)
Puasa berselang-seli ialah strategi pemakanan yang berkitar
antara tempoh berpuasa dan makan. Pelbagai bentuk
wujud, termasuk kaedah 16/8, yang melibatkan
mengehadkan pengambilan kalori anda kepada 8 jam
sehari, dan kaedah 5:2, yang mengehadkan pengambilan
kalori harian anda kepada 500-600 kalori dua kali seminggu.
Cara ia berfungsi : Puasa berselang-seli mengehadkan masa
anda dibenarkan makan, yang merupakan cara mudah
untuk mengurangkan pengambilan kalori anda. Ini boleh
menyebabkan penurunan berat badan -- melainkan anda
mengimbangi dengan makan terlalu banyak makanan
semasa tempoh makan yang dibenarkan. Kajian lain
mendapati bahawa puasa sekejap boleh meningkatkan
pembakaran lemak sambil metabolisme.
KIABRET TEID
2. Diet Berasaskan Tumbuhan
Diet berasaskan tumbuhan boleh membantu anda menurunkan
berat badan. Vegetarianisme dan veganisme ialah versi paling
popular, yang menyekat produk haiwan atas sebab kesihatan,
etika dan alam sekitar. Walaubagaimanapun, diet berasaskan
tumbuhan yang lebih fleksibel juga wujud, seperti diet flexitarian,
iaitu diet berasaskan tumbuhan yang membenarkan makan
produk haiwan secara sederhana. Tiada peraturan yang jelas
untuk diet flexitarian, kerana ia adalah perubahan gaya hidup
dan bukannya diet. Ia menggalakkan makan kebanyakanya
buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan bijiran penuh tetapi
membenarkan protein dan produk haiwan secara sederhana.
Kebanyakan kumpulan makanan terhad mengandungi kalori
yang tinggi, jadi mengehadkannya boleh membantu penurunan
berat badan.
3. Diet Rendah Karbohidrat
Diet rendah karbohidrat adalah diet yang paling popular untuk
penurunan berat badan. Contohnya termasuk diet Atkins, diet
ketogenik (keto) dan diet rendah karbohidrat, tinggi lemak
(LCHF). Sesetengah jenis mengurangkan karbohidrat dengan
lebih drastik daripada yang lain. Sebagai contoh, diet sangat
rendah karbohidrat seperti diet keto mengehadkan
makronutrien ini kepada dibawah 10% daripada jumlah kalori,
berbanding dengan 30% atau kurang untuk jenis lain. Mereka
biasanya lebih tinggi dalam protein daripada diet rendah
lemak, yang penting boleh membantu menyekat selera makan
anda, meningkatkan metabolisme anda dan menjimatkan jisim
otot.
4. Diet Paleo
Diet paleo menganjurkan makan keseluruhan
makanan, buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa
lemak, kacang dan biji. Ia menghadkan penggunaan
makanan yang diproses, bijiran, gula dan tenusu.
Penurunan berat badan : Banyak kajian telah
menunjukkan bahawa diet paleo boleh membantu
penurunan berat badan dan mengurangkan lemak
perut yang berbahaya. Mengikuti diet paleo mungkin
lebih mengenyangkan daripada diet popular seperti
diet Mediterranean dan diet rendh lemak. Ini mungkin
disebakan kandungan proteinnya yang tinggi.
5. Diet Mediterranean
Diet ini berdasarkan makanan orang dinegara seperti Itali dan
Greece biasa makan. Walaupun ia direka untuk mengurangkan
risiko penyalit jantung, banyak kajian menunjukkan bahawa ia
juga boleh membantu penurunan berat badan. Diet
menganjurkan makan banyak buahan, sayuran, kacang, biji,
kekacang, ubi, bijiran penuh, ikan, makanan laut dan minyak
zaitun adalah terhad. Diet Mediterranean menggalakkan makanan
kaya antioksidan, yang boleh membantu memerangi keradangan
dan tekanan oksidatif dengan meneutralkan radikal bebeas. Ini
telah dikaitakn dengan pengurangkan risiko penyakit jantung dan
kematian pramatang.
10 ULAM UNTUK AWET MUDA
1. PEGAGA
Pegaga ini walaupun rasanya pahit
tapi masih boleh dikunyah makan
bersama nasi dan lauk-pauk. Kerana
pahitnya itulah khasiatnya. Ulam
pegaga telah diiktiraf oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) sebagai herba menjana
kecerdasan berfikir dan membantu
peredaran darah serta kesihatan
kulit. Ia juga boleh dibuat jus untuk
menurunkan kadar gula dalam
daran dan seri wajah.
2. JANTUNG
PISANG
Pokok pisang memang besar
fungsinya daripada buahnya,
daun sehinggalah jantungnya.
Jatung pisang direbus dahulu
untuk dijadikan ulam. Ia tinggi
serat dan mampu membantu
elak sembelit. Bagus dijadikan
makanan ketika puasa untuk
elak susah membuang air
besar.
3. PETAI
Mengikut kajian, buah petai
yang berbintil-bintil pada
papannya dikatakan
mengandungi kadar protein
dan lemak yang tinggi
berbanding tumbuhan hutan
yang lain, iaitu sebanyak 8%.
Kandungan lain yang ada
dalam petai adalah
karbohidrat, air, kalsium,
fosforus, zat besi, vitamin
A,B1,B2 dan C. Biji petai
dikatakan berkesan merawat
penyakit jantung, kencing
manis, mencuci buah pinggang
dan untuk mengeluarkan
cacing daripada kanak-kanak
yang kecacingan.
4. ULAM RAJA
Ulam ini mudah didapati dan
senang membiak. Ibu dalam
pantang digalakkan makan ulam
raja. Khasiat ulam raja ini adalah
untuk meremajakan kulit dan
boleh diamalkan untuk awet
muda. Makanlah selalu untuk
wajah sentiasa remaja !
5. Kacang Botol
Ia dikatakan kaya
dengan protein dan juga
mineral yang bagus
untuk kesihatan badan.
Sedapnya makan
bersama belacan atau
dibuat kerabu. Rasanya
yang rangup memang
menyelerakan.
6. Timun
Timun juga antara ulam
yang sangat popular dan
digemari rakyat Malaysia.
Timun boleh mengatasi
masalah sembelit dan
gastrik. Ia juga memberi
hidrasi dan mineral pada
kulit. Selain kandungan air
yang tinggi, ia juga kaya
dengan pelbagai jenis nutrisi.
Protein, serat, vitamin C,
vitamin K, magnesium,
potassium, dan manganese.
7. Cekur 8. Rebung
Berdasarkan analisis makmal
dan kajian lepas, cekur
mengandungi banyak Sayuran ini bukan sahaja
provitamin A karotena memiliki sifat antiradang,
terutamanya pada daun yang malahan juga mempunyai sifat
baru dipetik. Ia juga kaya antifungus yang sangat
dengan vitamin B, C, Protein membantu dalam merawat
dan Mineral, Zink, Kalsium, masalah kulit disebabkan
Kalium, Zat besi, Minyak atsiri fungus. Vitamin dan mineral
berupa sineol, asid metil kanil yang dipunyainya juga
dan asid cinnamik, etil aster, membantu dalam proses
borneol, kamphene, penciptaan sel kulit baharu
paraeumarin, asid anisik, sekali gus menyembuhkan luka.
alkaloid, dan gam. Ulam cekur Kandungan vitamin E didalam
sering digunakan oleh ibu yang juga bagus.Vitamin ini
sedang berpantang untuk merupakan antioksidan yang
kecutkan rahim dan membuang mampu membantu mencegah
angin. radikal bebas yang merosakan
bahagian tubuh badan
terutamanya kulit selain
mempercepatkan proses
penuaan.
9. Selom
10. Kaduk Daun selom mengandungi 91.6%
air, 1.1% protein, 4.4%
karbohidarat, 1.0% serabut, 1.5%
abu serta, 0.4% lemak. Hmpir
setiap bahagian pokok selom
mempunyai fungsi dan nilainya
dalam perubatan. Batang serta
daun salon dikatakan boleh
meredakan bisul, gigitan yang
disebabkan oleh kuda, kala
jengking, ular dan tempat yang
bengkak. Ini boleh dilakukan
dengan menumbuk lumat batang
dan daunnya lalu ditampal pada
tempat yang sakit. Ia juga
mengandungi Vitamin C yang
baik untuk kulit.
Antara khasiatnya ialah
merawat semeblit, sakit
gigi, demam malaria,
lemah dan sakit tulang,
melawaskan kencing,
melegakan selesema dan
batuk, panau, bisul, kuku
cagu,bagus untuk masalah
usus yang nipis. Dan
pastinya untuk awet
muda.
TIPS
PEMAKANAN
SI KECIL ANDA
PEMAKANAN
KANAK-KANAK
BERAS, BIJIRIN & UBI-UBIAN:
Kanak-kanak harus mengambil karbohidrat dalam
jumlah yang mencukupi bagi membekalkan sumber
tenaga utama dalam badan. Pilih bijiran yang penuh
kerana ia membekalkan lebih serat untuk
penghadaman sihat. Memperkenalkan bijiran penuh
kepada anak-anak anda seawal mungkin dan
sasarkan untuk mencapai separuh daripada
pengambilan bijirin harian daripada bijirin penuh.
Sebagai permulaan, cuba campurkan beras perang
dengan beras putih, kemudian tukar sepenuhnya
apabila anak anda dapat menerima rasa dan
teksturnya.
BUAHAN & SAYURAN
Pelbagai buah dan sayur adalah wajib bagi kanak-kanak untuk
mendapatkan dos harian fitonutrien, serat, vitamin (Contoh vitamin
A, C) serta mineral. Galakkan anak-anak mengambil lima sajian buah
dan sayur setiap hari dan dalam pelbagai warna - Pengenalan awal
akan menggalakkan tabiat makan lebih buah dan sayur dibawa
sehingga ke alam dewasa.
SUSU & PRODUK TENUSU
Susu dan produk tenusu seperti
yogurt dan keju membekalkan nutrien
penting seperti kalsium, potasium,
fosforus, protein, vitamin A dan D
yang diperlukan untuk tumbesaran
kanak-kanak. Kalsium sangat penting
untuk memastikan pertumbuhan
tulang dan gigi yang kuat. Oleh itu,
galakkan anak anda untuk memenuhi
2-3 sajian sehari iaitu minum 3 gelas
susu setiap hari atau mengambi 1
gelas susu, 1 cawan yogurt dan 1
keping keju setiap hari.
IKAN,DAGING,AYAM,TELUR,
& KEKACANG
Protein memainkan peranan penting
penting dalam tumbesaran kanak-
kanak bagi membina, mengekal dan
membaiki tisu-tisu tubuh.
Pengambilan protein yang tidak cukup
pada usia muda akan menjejaskan
fungsi iun tubuh. Ikan seperti ikan
tenggiri, tuna dan salmon kaya dengan
asid lemak poli tidak tepu (lemak
omega-3 dan omega-6) bagi fungsi
otak kanak-kanak. Ambil daging,
ayam dan telur dalam jumlah
sederhana kerana ia mempunyai
kandungan lemak tepu tinggi yang
boleh meningkatkan risiko penyakit
jantung dialam dewasa. Hadkan
pengambilan makanan yang diproses.
SEMUA SUPERSTAR PERLUKAN
Mengapa perlu bersabar dengan senaman yang membosankan apabila
anda boleh berpesta dengan kami? Jangan berpuas hati dengan
perkara biasa - bintang seperti anda layak berseronok semasa anda
mengerjakannya.
Komuniti yang Hebat Layanan Kelas Manja Untuk Pilihan
Sesiapa sahaja boleh
Pertama Jangan sekali-kali melalui
menjadi bintang. Sertai rutin yang membosankan
skuad Stars dan Setiap bintang berhak lagi. Dengan begitu
StarMakers kami yang mendapat yang terbaik. banyak kelas untuk
menyokong anda setiap Kelab, kelas dan StarMakers dipilih, anda akan bekerja
langkah. kami berada di sini untuk keras dan berpesta lebih
membuatkan anda berasa keras.
seperti seorang bintang.
Jom Mendaftar Tempat Adalah TERHAD !!!
1 300 222 348
http://www.celebrityfitness.com/