The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrlhidayahblmng, 2024-05-16 23:11:53

Kelebihan Aplikasi Al-Quran Dalam Smartphone

MPU 23052 STK DALAM ISLAM

MPU 23052 : SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: 1)KELEBIHAN APLIKASI ALQURAN DALAM SMARTPHONE Nama Pensyarah: USTAZAH QAMARIAH BINTI MAKMUD MUHAMMAD HERRIS 07DUB23F1023 MOHAMMA FAIEZ 07DUB23F1032 ALIF HAZIQ 07DUB23F1021


ISI KANDUNGAN 1. PENDAHULUAN 2. 2 ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 3. 3 KAEDAH FIQH 4. PENUTUP 5. RUJUKAN


PENDAHULUAN APA ITU APLIKASI ALQURAN? -Al-quran merupakan kitab suci yang paling utama bagi umat islam diimani sebagai wahyu diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kitab ini mempunyai 114 surah yang terdiri daripada ayat-ayat. -Namun kini Al-quran telah ada dalam smartphone yang di kategorikan sebagai aplikasi alquran. -aplikasi mudah alih Al-Quran pertama yang diluluskan oleh Lembaga Kawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia -Terdapat banyak aplikasi Al-quran antaranya,Quran Melayu,Al-Quran Al-Hadi,Quran Terjemah dan MuslimPro. -Aplikasi Alquran memberikan banyak kelebihan bagi penggunanya. Salah satunya adalah kemudahan akses. -


2 PRINSIP ETIKA ISLAM &KELEBIHAN APLIKASI ALQURAN DALAM SMARTPHONE


(ETIKA DLM ISLAM) PRINSIP ETIKA ISLAM (Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraann yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia) Penemuan sedemikian mungkin termasuk pembangunan algoritma carian yang canggih untuk mencari ayat atau tafsir tertentu, ciri peringatan waktu solat, dan ciri pemahaman bahasa yang memudahkan tafsiran yang lebih baik untuk pengguna dari pelbagai latar belakang budaya dan bahasa. Kelebihan aplikasi Al-Quran pada telefon pintar juga boleh diperkasakan dengan teknologi suara seperti pengecaman suara bagi membantu pengguna membaca dan memahami teks Al-Quran.


(ETIKA ISLAM) PRINSIP ETIKA DALAM ISLAM (Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti.) Penerapan kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis corak pembacaan dan keutamaan pengguna dalam mempelajari Al-Quran dapat meningkatkan keperibadian pengalaman pembelajaran. Teknologi Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) juga boleh digunakan untuk mencipta simulasi yang mendalam, membolehkan pengguna mengalami konteks sejarah dan budaya Al-Quran secara langsung.


PENGGUNAAN ETIKA KELEBIHAN APLIKASI ALQURAN DALAM SMARTPHONE Gunakan aplikasi Al-Quran dengan menghormati nas dan adab-adab yang selaras dengan ajaran Islam seperti menjaga kesucian alam sekitar ketika membaca atau mendengar Al-Quran.


3 KAEDAH FIQH


AL UMUR BI MAQASIDIHA 3 KAEDAH FIQH Kelebihan aplikasi Al-Quran pada telefon pintar adalah sesuai dengan konsep "Al-umur bi maqasidiha" dalam Islam kerana aplikasi tersebut direka untuk membantu pengguna memahami, mengkaji dan mendalami ajaran. Dimana boleh meningkatkan kefahaman agama dan kerohanian mereka. Ini sangat memfaedah pembaca dan juga orang yang membuat aplikasi ini kerana ianya membawa kita untuk beribadat dan kedua dua pihak dapat pahala.


AL MASHAQQAH TAJLIBU AT TAISIR 3 KAEDAH FIQH Kelebihan aplikasi Al-Quran pada telefon pintar mencerminkan konsep "al-mashaqqah tajlibu at-taisir" (kesukaran membawa kepada kemudahan) dalam Islam kerana teknologi ini memudahkan akses kepada Al-Quran dengan mudah dan pantas, mengatasi kesukaran tradisional seperti membawa sebuah kitab Al-Quran fizikal yang besar dan berat di dalam situasi tertentu seperti mengisi masa ketika tidak berbuat apa. disuatu tempat. Dengan adanya aplikasi Al-Quran, pengguna boleh membaca, mendengar dan mempelajari Al-Quran di mana sahaja mereka berada dengan mudah, memberi kemudahan dan keselesaan dalam menjalankan ibadah dan mendalami ajaran agama Islam.


AD DARAR YUZAL 3 KAEDAH FIQH Kelebihan aplikasi Al-Quran pada telefon pintar adalah mengikut prinsip “Ad-darar yuzal” (kemudaratan hendaklah dielakkan) dalam Islam kerana aplikasi tersebut dapat membantu mencegah kerosakan yang mungkin berlaku pada kitab Al-Quran seperti kerosakan akibat cuaca atau penggunaan yang tidak betul. Selain itu, pengguna boleh mengekalkan integriti teks suci dan mengelakkan kerosakan yang boleh berlaku pada kitab Al-quran contohmya, menggelakkan Kitab Al-quran daripada diconteng.


PENUTUP Oleh itu, Tidak ada alasan untuk kita tidak melakukan ibadah iaitu membaca al-quran. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat pelbagai akses untuk kita membaca al-quran pada zaman ini seperti yang telah diterangkan. Selain itu, kita hendaklah menggunakan kemudahan seperti ini dengan sebaiknya kerana ini dapat digunakan pada bila masa di perlukan. Kesimpulannya, membaca Al-quran merupakan ibadah yang indah dan mudah untuk dilakukan bila-bila masa kita boleh melakukannya seperti ketika mengisi kekosongan masa kita.


Link : https://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quran Link: https://www.gonel.id/aplikasi-alquran/ Link: https://thevocket.com/aplikasi-alquran-kegemaran-malaysia/ Link :https://www.portalmommyhana.com/5- kelebihan-al-quran-digital-yang-jarangdiketahui-ramai/ Link :https://muftiwp.gov.my/en/artikel/alkafi-li-al-fatawi/1750-hukum-memasangaplikasi-al-quran-dalam-telefon-bimbit RUJUKAN


TUGASAN ALIF HERRIS FAIEZ MENCARI MAKSUD MENCARI ISI MENCARI KAEDAH FIQH MEMBUAT PENDAHULUAN DAN PENUTUP PROJECT TIMELINE


THANK YOU


Click to View FlipBook Version