The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CONTOH RANGKA KARANGAN BAHAGIAN B SPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syarifahwork0218, 2023-07-03 00:05:49

CONTOH RANGKA KARANGAN BAHAGIAN B

CONTOH RANGKA KARANGAN BAHAGIAN B SPM

CONTOH RANGKA KARANGAN Pendahuluan Sejak akhir-akhir ini ___________________________(isu)_________________________________ semakin diperkatakan. Kata orang tua-tua, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Hal ini disebabkan oleh _________________________________(punca)_________________________. Hal ini turut didorong oleh _________________________________(punca)_________________________. Oleh itu, marilah kita membincangkan ______________________________(tugasan)________________________________________. Menulis isi Satu daripada ______________________________(tugasan)________________________ ialah _____________________________(Isi 1)_______________________. Hal ini dikatakan demikian kerana, _____________________________(huraian)______________________. Contohnya, ________________________ _____________________________(contoh)_______________________. Tambahan pula, ____________________ _____________________________(contoh)_______________________. Kesannya, ________________________ _____________________________(kesan)________________________. Bukan itu sahaja, _____________________________(kesan)_________________________________________________________. Tegasnya, _____________________________(ulang isi dan tugasan)_____________________________________ Seterusnya, ________________________________________(tugasan)________________________ ialah _____________________________(Isi 2)_______________________. Hal ini dikatakan demikian kerana, _____________________________(huraian)______________________. Sebagai analoginya, _________________ _____________________(contoh)_______________________. Tambahan pula, ____________________________ _____________________________(contoh)_______________________. Impaknya, ________________________ _____________________________(kesan)________________________. Bukan itu sahaja, _____________________________(kesan)_________________________________________________________. Tegasnya, ____________________________(ulang isi dan tugasan)_____________________________________ Kemudian, ________________________________________(tugasan)________________________ ialah _____________________________(Isi 2)_______________________. Hal ini dikatakan demikian kerana, _____________________________(huraian)______________________. Contohnya, ________________________ _____________________(contoh)_______________________. Tambahan pula, ____________________________ _____________________________(contoh)_______________________. Impaknya, ________________________ _____________________________(kesan)________________________. Bukan itu sahaja, _____________________________(kesan)_________________________________________________________. Tegasnya, ____________________________(ulang isi dan tugasan)_____________________________________ Akhir sekali, ________________________________________(tugasan)________________________ ialah _____________________________(Isi 2)_______________________. Hal ini dikatakan demikian kerana, _____________________________(huraian)______________________. Sebagai analoginya, _________________ _____________________(contoh)_______________________. Tambahan pula, ____________________________ _____________________________(contoh)_______________________. Impaknya, ________________________ _____________________________(kesan)________________________. Bukan itu sahaja, _____________________________(kesan)_________________________________________________________. Tegasnya, ____________________________(ulang isi dan tugasan)_____________________________________


Menulis kesimpulan Kesimpulannya, terdapat pelbagai _________________________(tugasan)__________________________. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk _________________________(tindakan tema)______________________. Kerjasama ini amat penting kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Semoga dengan adanya usaha murni ini, __________________(kesan baik/harapan) ____________________________________________. Jangan nasi sudah menjadi bubur, baru kita hendak mencari jalan penyelesaian.


PENANDA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN PERENGGAN PENDAHULUAN PENANDA WACANA AYAT TEMA • Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh onak dan duri, isu [TEMA]sering kali dipolemikkan oleh masyarakat. • Pada era globalisasi dunia tanpa sempadan, isu [TEMA] sering diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia. • Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kita sering disajikan dengan isu [TEMA] • Marcapada dapat kita saksikan bahawa isu [TEMA] sering menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia. • Belakangan ini, kita sering didedahkan dengan pelbagai isu dan polemik berkaitan isu [TEMA] • Mauduk tentang [TEMA] tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. PENANDA WACANA AYAT TANYA • Persoalannya kini, apakah [ARAHAN SOALAN] ? • Persoalan yang sering berlegar-legar di minda kita ialah apakah [FOKUS SOALAN]? • Persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada kita ialah apakah [FOKUS SOALAN]? • Persoalan yang telah menerjah dan menerawang dalam minda kita ialah apakah [FOKUS SOALAN]? PENANDA WACANA AYAT ARAH • Oleh hal yang demikian, [FOKUS SOALAN] yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas dan dibugar secara terperinci untuk kepentingan semua pihak. • Sebagai memperkukuh persoalan tersebut, [FOKUS SOALAN] yang menunjangi perbincangan ini akan diperincikan demi kebaikan bersama. PERENGGAN ISI PENANDA WACANA AYAT TOPIK/AYAT ISI • Suatu hakikat yang tidak dapat diketepikan/dikesampingkan, [FOKUS SOALAN] ialah [ISI] • Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa [FOKUS SOALAN] ialah [ISI] • Umum mengetahui bahawa [FOKUS SOALAN] ialah [ISI] • Sebagaimana yang kita maklumi/ketahui [FOKUS SOALAN] ialah [ISI] • Kita dapat menyaksikan betapa [FOKUS SOALAN] ialah [ISI] • Pada hemat/pandangan saya [FOKUS SOALAN] ialah [ISI] • Lontaran idea yang pertama/ kedua/ ketiga/ terakhir [FOKUS SOALAN] ialah [ISI] • Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas [FOKUS SOALAN] ialah [ISI] • Setelah meneliti perbincangan di atas secara mendalam dan terperinci, mauduk tentang [FOKUS SOALAN] akan dibugar dari perspektif [ISI] • Kupasan dan huraian tentang [FOKUS SOALAN] tidak harus ada titik noktahnya, maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek [ISI] PENANDA WACANA AYAT HURAIAN • Bertitik tolak daripada itu, … • Dalam konteks ini, … / Dalam hal ini, … • Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa … • Dengan perkataan lain, … / Pada masa yang sama, …


• Hal ini dikatakan demikian kerana … PENANDA WACANA AYAT CONTOH • Sebagai contohnya/ misalnya/ tamsilnya/ analoginya, • Biar kita ambil contoh, • Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah … • Contoh ketara yang paling dekat dengan kita ialah … PENANDA WACANA AYAT KESAN • Hal ini menggambarkan/membuktikan bahawa … • Secara tidak langsung, … / secara langsung,… • Impaknya, … / Kesannya, …. / Natijahnya …. PENANDA WACANA AYAT PERIBAHASA • Peribahasa yang berkaitan dengan hal ini ialah …. • Hal ini persis kata orang tua-tua dahulu, … • Benarlah kata-kata pujangga … • Hal ini sinonim/ dapat disamakan dengan peribahasa … • Situasi ini dapat digambarkan melalui peribahasa,… PENANDA WACANA AYAT PENEGAS • Tegasnya, … • Jelaslah bahawa … • Izharlah bahawa … • Deduksinya, … PERENGGAN PENUTUP PENANDA WACANA AYAT KESIMPULAN • Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, terdapat pelbagai [FOKUS SOALAN] • Sudah terang lagikan bersuluh, isu initerdapat pelbagai [FOKUS SOALAN] • Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam terdapat pelbagai [FOKUS SOALAN] • Tuntasnya, dapatlah kita rumuskan di sini bahawa terdapat pelbagai [FOKUS SOALAN] PENANDA WACANA AYAT CADANGAN • Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, isu [TEMA] akan dapat ditangani / dilaksanakan dengan jayanya. • Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam isu [TEMA] agar segala perkara yang telah dibincangkan akan menjadi kenyataan. PENANDA WACANA AYAT PENDAPAT • Usaha yang dilaksanakan itu perlulah bersungguh-sungguh bak kata mutiara genggam bara api biar sampai jadi arang. • Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang padu daripada semua pihak bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja. • Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru hendak menyesal kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. • Kita sewajarnya bertindak dengan bijaksana umpama menarik rambut di dalam tepung, tepung tak berselerak, rambutpun tidak putus dalam menangani isu yang semakin meruncing ini.


PENANDA WACANA AYAT HARAPAN • Demi merealisasikan visi kudsi wawasan negara yang kita cintai ini, marilah kita bersama-sama seia sekata dalam isu [TEMA]. • Marilah kita menjangkau sehabis tangan dalam isu [TEMA] bagi merealisasikan misi dan visi negara yang kita cintai ini. • Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum visi dan misi menjadi kabur, sewajarnya kita melakukan anjakan paradigm dalam isu [TEMA] untuk mewujudkan kesejahteraan sejagat. PENGGUNAAN LIRIK LAGU DALAM PENDAHULUAN KARANGAN LIRIK LAGU TEMA LAGU SETIA Rela berkorban apa saja Amanah bangsa tetap dijaga Kami berikrar penuh setia Untuk agama, bangsa dan negara JATI DIRI , PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN, PERPADUAN Setiap kali lagu bertajuk ‘Setia’ ini berkumandang di udara, meremang bulu roma kita. Demikianlah betapa pentingnya pengorbanan dan kesetiaan rakyat lepada bangsa dan negara. Dengan kesetiaan dan pengorbanan ini, kita dapat membina rakyat yang cinta akan negara dan masyarakat yang hidup bersatu padu agar perpecahan dapat dielakkan. LAGU ‘Standing In The Eyes Of The World’ Pahit getir hidup dan pengorbanan Terpaksa dihadapi, demi kejayaan Terdidik sejak mula, tabah berusaha Tanpa cuba melangkah, tak kemana Di mana kau berada Pencapaian tak tiba dengan mudah KERJAYA, PENDIDIKAN, SUKAN DAN REKREASI Lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ nyanyian Ella ini amat sinonim dengan kesungguhan seseorang dalam mengejar impian. Kejayaan tidak dapat dicapai dengan mudah. Kejayaan memerlukan pengorbanan. LAGU IBU Oh, Ibu! Kau disiram bayu pagi Kehilangan terasa kini Dan kesepian Dan aku Bagai purnama gerhana Di ibarat lautan kering Tiada tempat ku layarkan PENDIDIKAN Lagu ‘Ibu’ nyanyian kumpulan Exist ini menusuk hati dan jiwa kita tentang pengorbanan ibu kepada anak. Pengorbanan ini jelas terpancar apabila seorang anak meratapi pemergian ibunya yang telah pulang ke pangkuan Tuhan. Oleh hal yang demikian, anakanak perlu menghargai jasa dan menyayangi ibu bapa sebelum terlambat. • AYAT TEMA • AYAT HURAIAN @ • AYAT CONTOH • AYAT TANYA • AYAT ARAH PENDAHULUAN •AYAT TOPIK / ISI •AYAT HURAIAN •AYAT CONTOH •AYAT KESAN •AYAT PENEGAS ISI • AYAT KESIMPULAN • AYAT CADANGAN • AYAT PENDAPAT • AYAT HARAPAN PENUTUP


LAGU PANTUN BUDI Kalau menebang si pohon jati Papan di Jawa dibelah-belah Kalaulah hidup tidak berbudi Umpama pokok tidak berbuah PENDIDIKAN Indahnya lirik lagu ‘Pantun Budi’ nyanyian Allahyarham Tan Sri. S.M Salim yang menjelaskan betapa pentingnya budi dalam kehidupan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang yang tidak tahu berbudi dikiaskan bagai pokok yang tidak berbuah. LAGU GEMILANG Lalu ku redah onak duri Dan lautan api Kemuncaknya ingin ku tawan Aku jelajahi oh Kini gemilang itu Semakin pasti ku genggam Gemilang suara keyakinan kian dalam KERJAYA, PENDIDIKAN, SUKAN DAN REKREASI Lagu ‘Gemilang’ nyanyian Jaclyn Victor ini memberikan semangat dan meniupkan api perjuangan dalam diri anak-anak muda untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. LAGU HIJAU Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU ‘Hijau’ ialah sebuah lagu dendangan penyanyi popular Zainal Abidin. Lagu ini mengangkat tema alam sekitar. Alam sekitar ini termasuklah kawasankawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa ini semakin tercemar. FRASA DAN UNGKAPAN MENARIK UNTUK PENULISAN KARANGAN • “Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis daripada mantan Presiden Indonesia, Soekarno menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda. • Pujangga pernah mengatakan bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara dan sememangnya kata-kata ini tidak dapat disangkal lagi. • Remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal dan penuh dengan perasaan sering menganggap bahawa segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain dan suka mencuba sesuatu yang baharu. • Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda. • Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja. • Generasi hari ini sudah mula mengabaikan ajaran dan didikan agama kerana mereka berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah ketinggalan zaman. Natijahnya, wujudlah kelompok masyarakat yang mempunyai keimanan yang rapuh dalam diri mereka. • Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan. • Bill Gates – sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah.. • Setiap remaja Islam hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima waktu sehari kerana Allah S.W.T berfirman bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.


• Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. • Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutiara yang paling berharga untuk menjadi pelapis kepimpinan negara. • Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain. • Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang syumul / holistik / kamil. • Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat, seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum (perempuan sundal) • Ibu bapa perlu bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak • Keluarga pasti menjadi nukleus utama untuk kejayaan anak-anak. Keluarga merupakan institusi tertua yang menentukan arah dan hala tuju seseorang. • Anak-anak ibarat sebusuk-busuk daging dibasuh dikincah dimakan juga. Walau seberapa buruk sekalipun, kasih sayang tidak pernah luntur. Oleh itu, tidak wajar ibu bapa mengabaikan anak mereka lantaran anak-anak sudah mencecah usia remaja. • kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan • Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang agar tidak terjebak dalam kancah negatif. • Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim • Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa akan tanggungjawab hakiki mereka untuk mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. • Peribahasa mengatakan bahawa tiada harimau yang membaham anak sendiri (sifat tegas adalah penting untuk membentuk akhlak anak-anak). • Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. / Hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Majusi. • Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. (Kepentingan didikan agama dan moral) • Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar. Demikianlah betapa besarnya peranan sesebuah keluarga dalam menentukan kesinambungan masyarakat madani. • Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak mutiara kata alangalang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. • Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dipasak teguh di dalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu nafsi semata-mata.


• Ingatlah bahawa segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Jadi, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini. • Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali.


Click to View FlipBook Version