PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
KELAS PERMATA KU SAYANG
SK SERI MANIS
BIODATA GURU
NAMA: SAHARUDIN BIN JUNAIDI
TARIKH LAHIR: 03/06/1981 KG BUANG SAYANG
KINABATANGAN
DIPLOMA PERGURUAN IPG GAYA
SEKOLAH BERTUGAS
1) SK TAMPASAK TELUPID 2007-2016
2) SK SERI MANIS SANDAKAN 2017-2020 (KINI)
3 AMALAN TERBAIK RRN17
1) RIANG VOKAL(a,e,i,o,u)
2) ROADBLOCK
3) NYA NYI LAH CIKGU
1) RIANG VOKAL(a,e,i,o,u)
Latar Belakang:
Pemilihan teknik ini disebabkan oleh sikap
semula jadi murid yang suka bermain.Sesi
pembelajaran dan pengajaran yang berlaku
adalah secara santai dan diiringi teknik
mengingat huruf vokal berdasarkan gambar
yang dilihat oleh murid melalui permainan.
Rasional:
Melalui pemerhatian guru, murid pemulihan
khas sukar untuk mengingat/menghafal huruf-
huruf vokal a,e,i,o,u.
Objektif:
murid boleh mengenali dan mengingati 5
huruf vokal a,e,i,o,u.Murid berupaya
mengaitkan huruf vokal dengan
gambar.contoh vokal a – gambar ayam.
Merupakan satu aktiviti dimana murid
pemulihan khas belajar sambil bermain.
Bahan-bahan :Bakul sampah,bola kecil,
Bahan-bahan terbuang.
Lampu LED,platform.
Pelaksanaan: Murid berdiri pada platform yang
telah disediakan. Murid memilih bola pada
bakul kecil kemudian murid akan melontar
bola pada bakul sampah mengikut huruf
vokal dan gambar yang betul.Dijalankan
pada awal atau akhir masa kelas pemulihan.
Contoh: Syarif mendapat huruf vokal a,Syarif
akan menyebut huruf tersebut dengan kuat
dan melontar ke arah bakul yang betul.
Sekiranya gagal memasukkan bola sebanyak
3 kali,murid tersebut akan digantikan oleh
murid lain.
IMPAK: Melalui aktiviti bermain, murid tidak sedar
mereka sedang belajar sesuatu (mengenali huruf
vokal a.e.i.o.u)
Aktiviti ini memudahkan murid-murid
mengingat huruf-huruf vokal berdasarkan
gambar.
Gambar menjadi ransangan atau penghubung
titik A ke titik B.
95% murid berjaya menguasai kemahiran huruf
vokal.
Teknik pengukuhan.
2) ROADBLOCK
Latar Belakang:
Tercetus idea ketika melihat Program
NILAM di kelas perdana.
Rasional:
Guru boleh menggunakan masa yang
terluang ketika murid masih berada di luar
kelas pemulihan khas.
Objektif:
Meningkatkan kemahiran membaca murid.
Pendedahan awal beberapa perkataan
seperti( v kv, kv kv, kv kv kv, kv kvk, kv kvk,
kv kvk kv,diftong,digraf,vokal
berganding
Membolehkan murid bersedia lebih awal
sebelum mengikuti pdp di kelas pemulihan
Kumpulan sasaran, murid tahap 1.
Bahan-bahan:
Kad manila, plastik laminate, rangka fail
terbuang
Pelaksanan:
Dilaksanakan setiap kali sebelum murid
pemulihan masuk ke dalam kelas pemulihan.
Murid hanya akan dibenarkan masuk
sekiranya berjaya mengeja dan membaca
perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
Sekiranya gagal mengeja, guru pemulihan
akan sedia memberi tunjuk ajar.
IMPAK:
Murid berjaya menguasai
perkataan/kemahiran yang baharu dengan
pantas.
Murid tidak lagi berasa kekok dengan
kemahiran / perkataan yang baharu.
Mengayakan lagi perbendaharaan kata
murid.
Meningkatkan keyakinan murid untuk
membaca perkataan yang jauh lebih sukar.
3) NYA NYI LAH CIKGU
Latar Belakang:
Tercetus idea berdasarkan pengalaman guru
sendiri ketika belajar di sekolah rendah.
Lagu menjadi pendorong utama murid untuk
belajar membaca dan menulis.
Rasional:
Guru meminati bidang muzik.
Melodi sesebuah lagu mudah diingati/ dihafal
Objektif:
Murid boleh mengenali dan mempelajari
kemahiran/perkataan melalui nyanyian.
Murid belajar sambil berhibur/didik hibur.
Meningkatkan lagi kemahiran pergerakan
lokomotor murid melalui pergerakan tubuh
badan semasa nyanyian.
Menghilangkan seketika stress/kebosanan
murid-murid pemulihan.
Alat muzik dan Bahan-bahan
Gitar, cajun/gendang, pembesar suara,kertas,
Plastik laminate, lirik lagu.
Pelaksanaan:
Dilaksanakan pada awal atau akhir masa kelas
pemulihan khas.
Guru memperdengarkan lagu pilihan kepada murid-
murid menggunakan alat pembesar suara dan
memaparkan lirik lagu pada papan putih.
Guru mengajar murid untuk mengeja dan menyebut
perkataan pada lirik lagu sebaris demi sebaris
sehingga murid hafal.
Guru bermain gitar, murid akan menyanyi.
Murid menyalin semula sebaris lirik lagu.
Kaedah imlak.
IMPAK:
Memudahkan murid mempelajari atau
menghafal kemahiran/perkataan melalui
nyanyian.
Dapat menggabungkan visual murid (perkataan)
dengan melodi lagu yang dinyanyikan.
Ingatan murid pada sesuatu perkataan bertahan
lebih lama.
Murid seronok, guru pun seronok.
.
Ketiga-tiga amalan terbaik tersebut hanyalah
aktiviti sampingan dan sama sekali tidak
mengabaikan pdpc utama di kelas pemulihan
khas.
SEKIAN DARI SAYA
SEKADAR PERKONGSIAN