The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ucapan sempena persaraan Cikgu Rusnah Baba

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiajey, 2021-09-28 10:53:39

Terima Kasih Cikgu!

Ucapan sempena persaraan Cikgu Rusnah Baba

Keywords: cikgu Rusnah Baba

Selamat Bersara

PUAN HAJAH RUSNAH BINTI BABA









"Terima kasih cikgu atas
kesabaran mendidik kami,
tak terbalas jasa cikgu selama ini,
moga menjadi kebaikan diakhirat
nanti, moga dihimpunkan kita
semua disyurganya yang abadi.

Abd Aziz al-Qurowy

Terima kasih Cikgu..
Semoga Allah sentiasa merahmati Cikgu.
Doakan saya menjadi pendidik terbaik seperti

Cikgu

Noor Azliana Musa

Selamat bersara cikgu..
Moga cikgu sentiasa sihat,ceria dan dalam

rahmatNya sentiasa.
Moga segala jasa dan bakti cikgu selama ini
sentiasa mendapat ganjaran pahala yg berlipat

kali ganda..
Saya bangga menjadi salah seorang ank

didikmu..
Terima kasih atas segalanya..

Salam sayang selalu..
-Fatahiyah Elias-





Sejambak Kasih
Sekalung Budi
Terukir Memori

Kekal Abadi

SELAMAT BERSARA CIKGU RUSNAH
YANG DIKASIHI

Semoga dipayungi rahmat dan kasih
sayang Ilahi...

Ikhlas dr Mashitoh Abd Aziz

AsSalamualaikum Cikgu,
mgkn cikgu dah tak ingat sy lg...
Saya Harfeenaz A.Bakar, kawan2 panggil K.Cik Ikhlas
dari hati, sy nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga buat
cikgu atas segala jasa baik, curahan ilmu dan didikan serta
kesabaran cikgu menghadapi karenah dan masalah2 yg
mgkn ada dr saya selama menjadi anak murid cikgu dulu.
Semoga Allah kurniakan ganjaran terhebat buat cikgu.
Semoga cikgu sentiasa dalam perlindungan Allah, Aamiinn2

❤️

Assalamualaikum cikgu Rusnah yang
disayangi lagi dihormati.

Happy Retirements Day.

Semoga cikgu terus diberkati di sepanjang usia

dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Halalkan segala ilmu yang telah cikgu
curahkan dan doakan saya juga menjadi guru

yang terbaik seperti cikgu, in Shaa Allah.

CIKGU RUSNAH BABA
JASAMU DIKENANG

Salam ikhlas daripada anak muridmu,
Farihah binti Mohd Lazim.

Assalamualaikum wbt cikgu..
Khas buat cikgu Rusnah bt Baba guru kelas kami

(5 Mawar1996) kami doakan smoga cg sentiasa
dalam Rahmat Dan Inayah Allah SWT sentiasa

dimana saja cg berada disamping keluarga
tercinta.

Semoga kehidupan sentiasa indah seperti
indahnya senyuman manismu..

Amiin yrblamiinTulus ikhlas dari anak muridmu
- Hafiz Johar-

selamat bersara cikgu.. ~Nini Liana~
semoga cikgu sentiasa dalam peliharaan

Allah dipermudahkan urusan cikgu
dunia akhirat..

terima kasih atas segala jasa cikgu
mengajar kami dulu....

5 mawar dalam kenangan abadi di
hati

Assalamualaikum wrt,
Selamat bersara guruku,
semoga dalam keselamatan wahai guruku
Ya Allah Tuhanku, rahmatilah pendidik jiwa
kami wahai Tuhanku
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke
atasmu selama-lamanya selama masih ada siang
dan malam dan moga berkekalan di negeri abadi.

Amin Ya Allah.
~ Noor Azma Mohd Khasim~

Selamat Bersara Cikgu

Semoga Panjang Umur…
Dimurahkan Rezeki…
Ditetapkan Iman…

Seandainya tidak kita bertemu di dunia
semoga dihimpunkan kita di syurga..

~Siti hajar Zakaria

Saat ini bukanlah destinasi
Saat ini adalah perjalanan hati

Saat ini terkenang memori
Biar berabad kita tinggalkan....
terpahat indah kenangan dalam ingatan..
Kesungguhan keakraban sepenuh jiwa antara kita kekal dalam jiwa

Sungguh kami teringat,
Sungguh kami memahat rasa sanubari,

Sungguh Cikgu kekal dalam hati,
Moga moga manfaat sampai sana.. ilmu yang bermanfaat tanpa

henti sampai syurga
Cikgu,

Terima kasih segala ilmunya
Terima kasih di atas sayangnya..

Terima kasih atas didikan ya..
Terima kasih dari kami sepenuh jiwa
Terima kasih kerana Cikgu sentiasa ada..
Terima kasih yang tidak mampu dibalas sampai bila bila
Semoga cikgu bahagia di dunia bahagia diakhirat sana..
Selamat bersaraSelamat sejahtera sepanjang usia.

- Shahrizan 'Che Än'

Cikgu cantik dan senyum sentiasa,
Lenggang lenggok menawan putera,
Terima kasih di atas jasa,
Moga berbahagia dan Selamat bersara

❤️
Shidah Khasim

Selamat Bersara cikgu pujaan hati saya..
cikgu Rusnah binti Baba.

Sebab cikgu tau..saya minat subjek Perdagangan.
Rasa macam mimpi pulak dapat jumpa cikgu semula

walau di alam maya.
Happy sangat cikgu..
Saya doakan semoga cikgu dikurniakan kesihatan
yang baik dan dimudahkan segala urusan cikgu dunia

dan akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin ❤️

Hamidah Abdul Aziz

Cikgu Rusnah yang di sayangi..
Terima kasih Cikgu..

Semoga Allah merahmati cikgu
dunia akhirat..

idola saya dari dulu hingga
sekarang♥️♥️♥️

-Asmida Abdul Halim-

Semoga cikgu sentiasa sihat sejahtera,
sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.

❤️❤️

Norlida binti Ahmad

Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga,
Ajaran Cikgu jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang jua.

Terima kasih Cikgu....

Khairul Asfani bin Nasir
GPI di SMKA Al Irshad, Pulau Pinang.

Enjoy your retirement Cikgu.
Best wishes on this new phase of your life....

~Syed Mohd Fahrulrazi~

Selamat Bersara Cikgu…
with lots of love and memories..

❤️❤️❤️
~Chaq~

Selamat Bersara Cikgu Rusnah.
Terima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar cikgu

buat kami anak-anak 5 Mawar.
InsyaAllah kami teruskan perjuangan cikgu

mendidik anak-anak bangsa.
Senyuman dan gurau senda cikgu sentiasa
dalam ingatan walaupun sudah 25 tahun

berlalu.
Semoga Allah memberkatimu.

~Nazwan Mustaffa~

Seorang murid yang mampu membesarkan jasa guru
lebih daripada kesalahan guru adalah murid yang
sejati dan abadi.

Selamat Bersara cikgu …

~Rahmah Md Thahir~

…dan sekudus doa dan harapan dari rakan-
rakan yang lain semoga kehidupan cikgu
diberikan keberkatan dan rahmat dari Ilahi…

PUAN HAJAH RUSNAH BINTI BABA


Click to View FlipBook Version