Unit 6 : Olahraga Asas
(D) Lontar Peluru
Khamis 12 ogos 2021
D. Lontar Peluru
Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga.
Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori.
Untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan
adalah seberat 2.72kg
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi
membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran
dengan selesa. Kawasan yang berbentuk bulat dan
dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5cm.
Saiz bulatan ini ialah 2.13m pada diameternya yang
diukur dari sebelah luar garisan.
Peraturan Lontar Peluru
1. Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m
2. Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang
bulatan.
3. Peluru mesti mendarat dalam sektor 40ᵒ
4. Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar
bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang
berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru
dilepaskan.
Sambungan….Peraturan Lontar Peluru
5. Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan
lontaran selepas peluru mendarat.
Langkah keselamatan Lontar Peluru
1. Pastikan kawasan melakukan aktiviti berada dalam
keadaan selamat.
2. Sebelum melakukan lontaran pastikan tiada sesiapa di
kawasan lontaran untuk mengelakkan kemalangan.
3. Pastikan semua alatan selamat untuk digunakan.
Sambungan….langkah keselamatan lontar peluru
4. Simpan alatan yang digunakan di tempat yang
disediakan selepas semua lontaran selesai.
5. Aktiviti mesti dijalankan dengan pengawasan guru.
*jika kamu masih mempunyai ruang, boleh sambung untuk nota seterusnya.
Fasa acara Lontar Peluru
i. Fasa persediaan
Pegang objek sfera dengan betul. Letakkan di tepi
leher dan di bawah telinga. Buka kaki seluas bahu,
dalam posisi power position.
*jika kamu masih mempunyai ruang, boleh sambung untuk nota seterusnya.
Fasa acara Lontar Peluru
ii. Fasa gelungsuran
Rotasikan pinggul, diikuti bahu dan siku yang
dibuka ke sisi.
*jika kamu masih mempunyai ruang, boleh sambung untuk nota seterusnya.
Fasa acara Lontar Peluru
iii. Fasa lontaran dan Pemulihan
Lontarkan objek sfera laju ke hadapan serta ikut
lajak.