Unit 6 : Olahraga Asas
(E) Lempar cakera
Khamis 26 ogos 2021
E. Lempar cakera
1. Cakera diperbuat daripada kayu atau bahan lain
yang menyerupai kayu, dan dibaluti oleh lingkaran
logam besi atau tembaga yang licin.
2. Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper.
Kawasan pendaratan atau lemparan
1. Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk
daripada garisan separuh bulatan dengan keluasan
sudutnya 40ᵒ darjah.
Fasa acara lempar cakera
i. Fasa persediaan
1. Pegang objek leper dengan betul. Berdiri dalam posisi
power position.
ii. Fasa Putaran
1. Pusing dan rendahkan badan ke kanan dan ke
belakang serta ekstensikan siku. Rotasikan bahagian
pinggul dan buka tangan bebas ke arah sisi dengan
pantasnya.
iii. Fasa Lemparan dan ikut lajak
1. Ekstensikan siku serta hayunkan tangan dengan
pantasnya dan lepaskan objek leper. Kemudian,
ikut lajak.
Langkah keselamatan Lempar cakera
1. Pastikan kawasan melakukan aktiviti berada dalam
keadaan selamat.
2. Pastikan semua alatan selamat untuk digunakan.
3. Sebelum melakukan lemparan pastikan tiada sesiapa
di kawasan lemparan untuk mengelakkan kemalangan
4. Simpan alatan yang digunakan di tempat yang
disediakan.
5. Aktiviti mesti dijalankan dengan pengawasan guru.
Salin nota ini di dalam
buku Nota PJ.
Gambar abkeanntudkibpedrfik. an dalam
*jika mempunyai printer,
*jirpkruaiantntiag&daan,taktmionspgoagnl galkan
Selesai menyalin,
hantar di GC atau link
Terima kasih…..