The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pdf_20230405_094223_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Felicia Jimmy, 2023-04-04 21:54:01

Ebook etika

pdf_20230405_094223_0000

RUKUN NEGARA SEBAGAI TERAS PERPADUAN NEGARA PUAN SHAKINAH BINTI MUSTAPHA MPU21032 ETIKA DAN PERADAPAN NAMA AHLI KUMPULAN: 1. MUHD AEIZAM AEIRYL BIN SOPHIAN 20DPM22F2043 2. PRESLY BANTIN ANAK DUNGGAT 20DPM22F2057 3. QURRATUN'AIN BINTI HUSAINI 20DPM22F2025 4. FELICIA RINI ANAK JIMMY 20DPM22F2009 PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN SESI 2 2022/2023


Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan semoga sihat selalu. Terlebih dahulu, Alhamdulillah dan syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya kami sekumpulan dapat menyiapkan e-Folio yang telah diusahakan selama ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan yang diberi tajuk Rukun Negara Sebagai Teras Perpaduan Negara. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah MPU21032 kami iaitu Puan Shakinah Binti Mustapha kerana telah berkongsi dan tidak lokek dalam memberikan sebarang maklumat dalam membantu tugasan ini, malah memberikan tunjuk ajar serta dorongannya kepada kami sepanjang tugasan ini berlangsung. Kami juga turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan ampun maaf dipinta dari hujung kaki ke hujung rambut jika terdapat salah dan silap tutur bicara kepada mereka yang telah membantu kami melaksanakan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung sehingga dapat menjayakan tugasan ini dengan sempurna sekali. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institusi Politeknik Mukah, Sarawak diatas kemudahan yang telah disediakan kepada para pelajar seperti pusat sumber bagi memudahkan kami untuk mendapatkan pelbagai jenis maklumat yang berkaitan dengan tajuk eFolio kami. Tidak terlupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan kami diatas memberikan kerjasama serta komitmen yang amat memberansangkan sepanjang tugasan ini dilaksanakan. PENGHARGAAN 2


UNIT PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGHARGAAN 2 2.0 ISI KANDUNGAN 3 3.0 PENGENALAN 4 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 5 5.0 DEFINISI PERADABAN & RUKUN NEGARA 6 5.0 SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA 7-8 6.0 PENGISYTIHARAN RUKUN NEGARA 9 7.0 MAKSUD PRINSIP RUKUN NEGARA 10-12 8.0 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA 13 9.0 KEBAIKAN RUKUN NEGARA 14-15 10.0 LANGKAH MEMPERKASAKAN RUKUN NEGARA 16-17 11.0 KESIMPULAN 18 12.0 IKRAR RUKUN NEGARA 19 13.0 LAMPIRAN 20-21 14.0 RUJUKAN 22 15.0 LATIHAN PENGUKUHAN 23 ISI KANDUNGAN 3


Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Pengenalan 4


Kajian ini secara amnya menjelaskan tentang Rukun Negara yang menjadi asas panduan terhadap perpaduan di negara kita. Kajian ini juga turut menerangkan maksud tentang setiap 5prinsip-prinsip Rukun Negara kita. Kajian ini menjelaskan tentang kebaikan-kebaikan Rukun Negara kepada masyarakat setempat yang hidup di Malaysia. Kajian yang dilakukan ini juga dapat menyenaraikan kesan apabila wujudnya Rukun Negara dalam perpaduan di Malaysia. Kajian ini turut juga menyediakan langkah-langkah bagi memperkukuhkan lagi Rukun Negara dalam perpaduan di Malaysia. OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif-objektif seperti yang berikut: 5


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Oleh itu, prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan Malaysia. Di samping itu, perkataan Rukun Negara merujuk kepada keseluruhan konsep deklarasi iaitu dikenali sebagai perkataan selepas mukadimah. Terdapat 5 konsep Rukun Negara yang diamalkan sehinnga hari ini iaitu: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Definisi perpaduan dan rukun negara: 6 Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.Ia juga merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan Apakah itu perpaduan? Apakah itu rukun negara ?


Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar . Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketigatiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja disektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan . Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pulau Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang sekali lagi (1967) . Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil –kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius iaitu peristiwa ini, Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi. Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Anggota–anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakilwakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Sejarah Pembentukan Rukun Negara 7


Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein .Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilainilai murni seperti nilai keagamaan ,kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan , Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dna Kesusilaan. Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat , seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu , demokratik ,adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. 8


31 Ogos 1970 – Pada tahun 1970, D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin telah berkenan mengisytiharkannya Rukun Negara pada upacara bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-13. Rukun Negara dirangka hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), mengandungi lima prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara kaum, bertujuan mencapai kemajuan bangsa. Ia diperkenalkan sebagai pengikat dan pembina perasaan semangat cintakan negara di kalangan rakyat. Berikutan itu juga segala aktiviti dan acara menyambut kemerdekaan negara pada tahun 1970 ini telah diisi dengan persembahan yang berteraskan Rukun Negara. Rukun Negara merupakan falsafah dan ideologi negara hasil sumbangan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum dari kepakaran yang tidak ternilai.Ia perlu dihayati oleh setiap warganegara yang cintakan keamanan dan keharmonian . Pengisytiharan Rukun Negara 9


PRINSIP RUKUN NEGARA Rukun negara bukan sekadar prinsip yang hanya dilafazkan pada setiap acara rasmi sahaja ia mempunyai makna yang perlu difahami dan dihayati setiap bait-bait kata dengan mendalam.Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab akan kemakmuran negara ini kita seharusnya memahami maksud disebalik 5 prinsip rukun negara yang menjadi perpaduan kita: 1. Kepercayaan kepada Tuhan Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita. 2. Kesetiaan kepada raja dan negara Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang diPertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. 10 Gambar diatas menunjukkan Kaum Melayu, berpegang kepada Agama Islam dan percaya kepada kewujudan ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W Gambar diatas menunjukkan Kaum Cina, mereka percaya kepada Tuhan Kwan Kung,Tuhan Kwan Yim, Tuhan Jilaihut. Terdapat juga, kaum cina yang berpegang kepada agama lain seperti Agama Buddha, Agama Kristian, Agama Islam dan lain - lain. Gambar itu menunjukkan Kaum India, mereka berpegang Agama Hindu dan percaya dengan kewujudan Tuhan Vinayagar, Tuhan Sivan, Tuhan Krishna, dan banyak lagi Tuhan yang mereka percayai. Terdapat juga kaum india berpegang kepada agama buddha, islam dan kristian.


3. Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undangundang. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali. 11


4. Kedaulatan undang-undang Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undangundang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial). Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia. 5. Kesopanan dan kesusilaan Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 12


Pentingnya penghayatan Rukun Negara ianya dapat membantu setiap individu mempunyai sikap peribadi yang berhemah dari segi tatasusila, dan berjaya mendukung asas kenegaraan yang dipercayai bersama oeh semua kaum di Malaysia. Oleh itu, penghayatan prinsip Rukun Negara perlulah ditekankan dalam setiap individu bagi melahirkan anak bangsa yang berwibawa. Pentingnya penghayatan Rukun Negera ianya dapat membantu setiap individu mempunyai sikap peribadi yang berhemah dari segi tatasusila, dan berjaya mendukung asas kenegaraan yang dipercayai bersama oleh semua kaum di Malaysia. Sebagai contoh, prinsip Rukun Negara yang kelima adalah kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini memberi penekanan terhadap aspek nilai kemanusiaan yang mengajar setiap individu untuk saling menghormati dan menerima perbezaan antara satu sama lain bagi kemakmuran sosial. Tatasusila lebih kepada berkelakuan baik terhadap diri sendiri dan orang lain sekaligus dapat membentuk akhlak yang mulia dalam diri dan dapat dijadikan contoh teladan kepada individu-individu yang lainnya. Kesimpulannya, amatlah penting untuk semua pihak memainkan peranan dalam mempertahankan institusi diraja yang mendukung kedaulatan negara Malaysia. Kita haruslah bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dalam merealisasikan matlamat negara kita ini, bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Justeru, kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan antara kita yang berbilang bangsa, agama dan budaya di tanah air yang tercinta ini. Semoga kita dapat mewujudkan sesebuah negara yang lebih harmoni dan sejahtera disamping arus permodenan yang semakin pesat pada kini. KEPENTINGAN PRINSIP RUKUN NEGARA TERHADAP INDIVIDU 13


Kebaikan Rukun Negara 1.Mencapai perpaduan yang lebih erat. Melalui usaha untuk perpaduan, semua lapisan masyarakat perlulah menanam citacita yang positif bagi membentuk satu bangsa dan negara supaya kekal lama. Sebagai contoh, negara dilanda dengan virus Covid-19 maka semua masyarakat hendaklah bersatu padu dengan mematuhi SOP bagi mengekang penularan wabak tersebut. Umum mengetahui, bahawa sesebuah negara yang maju dari pelbagai aspek menjadikan konsep perpaduan yang terjalin antara setiap masyarakatnya sebagai tunggak utama bagi perkembangan negara. Tanpa semangat perpaduan yang erat, masyarakat akan saling hidup mementingkan diri sendin dalam sesuatu perkara sehingga menimbulkan sikap endah terhadap kehidupan sesame masyarakat terutamanya dari aspek berbilang kaum, bangsa dan agama. 2. Mencipta sebuah masyarakat yang adil. Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Hal ini demikian kerana terdapatnya masyarakat yang adil bagi merealisasikan negara yang stabil dan memiliki masyarakat yang aman. Sebagai contoh, kerajaan hendaklah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan daripada berlaku kes pengangguran yang kian meningkat dalam negara kita. Seperti kewujudan virus Covid-19, sesetengah masyarakat amat terkesan dengan kos hidup mereka yang perlu ditanggung kerana terpaksa berhenti kerja. Selain itu, kerajaan juga hendaklah memberikan lebih peluang kepada golongan muda untuk menceburi bidang pentadbiran, kewangan, pendidikan dan sebagainya. Perkara ini perlu dilakukan agar golongan generasi muda memilik lebih pengetahuan yang luas untuk mentadbir negara kelak. 14


3.Membina sebuah masyarakat yang progresif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara memerlukan lapisan masyarakat yang progresif terhadap kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Masyarakat yang progresif terhadap kemajuan ini sudah tentu memberi banyak manfaat kepada negara sebagai contoh dalam bidang penguasaan ekonomi negara. Golongan muda terutamanya mestilah menguasai bidang ini supaya dapat mencipta teknologi yang canggih dan sekali gus dapat bersaing secara sihat dengan negara lain seperti Jepun. 4. Membentuk satu sikap yang liberal. Semua masyarakat bebas dalam mengamalkan agama dan adat resam tersendiri. Malaysia dikenali di seluruh negara kerana memiliki sumber kekayaan dalam kepelbagaian kaum, agama dan bangsa. Walaupun berbeza cara amalan kehidupan setiap kaum antara satu sama lain dan tidak mementingkan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini terbukti pada masa kini terdapat sesetengah masyarakat yang tidak menitikberatkan berkaitan perkara ini dan sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain. Sebagai contoh, golongan ini lebih mengutamakan saudara sekaum dan seagama sahaja. 5. Memelihara satu gaya hidup demokratik. Perlembagaan negara dapat menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan dalam aktiviti kegiatan berpolitik dalam rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Umum mengetahui, sistem pemerintahan di Malaysia dijalankan secara demokrasi. Contohnya, sewaktu berlangsungnya pilihan raya, rakyat hendaklah membuat undian dengan penuh dedikasi bagi pemilihan kerajaan yang mampu mentadbir negara kearah kemajuan dari pelbagai aspek. Tanpa wujudnya sistem pentadbiran yang cekap, sesebuah negara tersebut akan mundur serta dipandang rendah oleh negara lain. 15


LANGKAH MEMPERKASAKAN RUKUN NEGARA DALAM PERPADUAN Kanvas perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia diwarnai dengan pelbagai konflik dan cabaran yang dinamik dalam membentuk suatu masyarakat yang harmoni dengan kepelbagaian agama,budaya,adat resam dan bahasa menjadikan usaha Malaysia ke arah perpaduan dan integrasi nasional lebih kompleks berbanding negara-negara lain di dunia. Justeru itu, kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan kesemua kaum bekerjasama untuk membentuk perpaduan, sikap toleransi dan saling memahami bagi menjaga kestabilan dan keamanan negara memandangkan ianya merupakan elemen penting dalam membentuk pembangunan dan kemajuan negara. 16 Namun demikian, pada masa kini ketidaktentuan dan kestabilan politik turut menyumbang kepada potensi keretakan hubungan antara kaum yang telah dibina sekian lama sehingga membangkitkan sikap prejudis,stereotaip,curiga sangsi dan sikap etnosentrik yang menebal menyebabkan berlakunya perubahan dalam iklim kemakmuran perpaduan negara. Konflik ini semakin meningkat disebabkan oleh sikap individu yang tidak bertanggungjawab melakukan provokasi dengan menyentuh sensitiviti kaum dan agama menyebabkan berlakunya beberapa siri perselisihan faham dan perbalahan yang menggugat keselamatan dan ketenteraman awam seperti penghinaan agama Islam dan Nabi Muhamad SAW, hak istimewa orang melayu dan bumiputera serta kedudukan Raja-raja Melayu yang dijamin di dalam perlembagaan.


Justeru itu, terdapat suatu sudut yang kurang diberikan perhatian oleh ramai pihak iaitu berkaitan kepentingan Rukun Negara di dalam memperkukuhkan lagi perpaduan rakyat berbilang kaum. Sungguhpun kita baru sahaja meraikan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara sempena pengisytiharaannya pada 31 Ogos 1970,namun demikian ianya gagal dihayati dan difahami malah tidak dihafal oleh kebanyakan rakyat sebaliknya hanya sekadar tersemat sebagai suatu ideologi semata-mata terutamanya oleh generasi muda. Hasilnya,ketiadaan asas ini telah mewujudkan tindakan radikal dan ekstrem di dalam kehidupan seharian dan media sosial sehingga membawa kepada krisis kesan daripada pengabaian Rukun Negara sebagai pedoman masyarakat majmuk.Ingin ditegaskan bahawa prinsipprinsip yang terkandung dalam Rukun Negara dibentuk bertujuan untuk membentuk perpaduan yang kukuh sebagai kunci kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum bagi menjamin kestabilan negara. Maka,sudah tiba masanya ideologi ini diberikan wajah baru dengan lima prinsipnya iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan,Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan UndangUndang serta Kesopanan dan Kesusilaan diharmonikan dan dibentuk menjadi suatu akta dikenali sebagai Akta Rukun Negara.Pelaksanaan akta ini tidak bersifat terpilih sebaliknya akan melindungi setiap agama dan kaum yang terdapat di dalam negara. Perkara ini penting kerana sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang memerlukan kepada undang-undang dan peraturan sebagai garis panduan kehidupan. Maka,apabila dilaksanakan kelak setiap perbuatan yang dilihat melanggar prinsip tersebut akan dikenakan tindakan yang bersesuaian bagi menjamin keharmonian dan perpaduan di negara. Konklusinya, prinsip dan matlamat Rukun Negara amat relevan dan perlu diharmonikan dengan kewujudan Akta Rukun Negara ini agar menjadi suatu mekanisma perundangan penting bagi membendung masalah yang menyelubungi konflik perpaduan kaum yang dilihat semakin meruncing di negara ini. 17


Kesimpulan yang dapat kami simpulkan sepanjang kami diberikan tugasan ini adalah rukun negara amatlah penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhanekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik. KESIMPULAN 18


Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung citacita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan Rukun Negara merupakan falsafah dan ideologi negara hasil sumbangan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum dari kepakaran yang tidak ternilai. Ia perlu dihayati oleh setiap warganegara yang cintakan keamanan dan keharmonian. Rukun Negara 19


Lampiran 20


Lampiran 21


(t.th). Rukun Negara. Dambil daripada https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara pada 27 Mac 2023 (t.th). Rukun Negara Sebagai Teras Dalam Mencapai Perpaduan Negara. Diambil daripada https://anyflip.com/jxnmq/klyb/basic pada 27 Mac 2023 (t.th). Sejarah Pembentukan Rukun Negara. Diambil daripada http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/sejarahpembentukan-rukunegara.html?m=1 pada 29 Mac 2023 Rujukan 22 Siti Zaharah, et al. (2022). Penghayatan Etika Dan Peradaban. Selangor;Penerbit Ehsan (M) Sdn. Bhd. Yew Chee Wai, Mary Tan Swee Ee, Ros Maria Chin. (2007). Sejarah. Selangor;Sasbadi Sdn. Bhd. Buku Internet


LLAATTIIHHAANN PPEENNGGUUKKUUHHAANN 23


Click to View FlipBook Version