The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti nadiah, 2023-06-15 04:05:35

BULETIN SIRI 1 2023

BULETIN SIRI 1 2023

ISI KANDUNGAN 1 : Hari Apresiasi Pelajar 2 : Up Skilling Course 3 : Intervensi umum minda sihat 4 : Program Vision Board SVM Semester 2 5 : Selamat Maju Jaya, Jasamu akan dikenang 6 : Program Nogorihood 7 : Program Revolusi Perpustakaan Sempena Hari Keputeraan Dipertuan Besar Negeri Sembilan 8 : Program Remaja Aspirasi Negara 9 : PLC- Basic Fashion Design 10 : Bantuan Awal Persekolahan 11 : Jasa Dan Budimu Dikenang 12 : Siri Wacana Ilmu Siri 1 13 : Projek akhir Pelajar DVM 2 Kosmetologi 14 : Pameran Kerjaya Sempena Majlis Aspreasiasi Ting 5 dan Karnival Usahawan Negeri Sembilan 15 : Pelancaran Nilam & Watikah Pengawas PSK 2023 16 : Lawatan Penanda Aras Ke KV Dato’ Lela Maharaja 17 : Food Bank Anjuran MPP 18 : Program Motivasi Booster Akademik 19 : Kita Juara ‘ Acara Lompat Tinggi” Peringkat MSSNS 20 : Bengkel Resusitasi Kardiopulmonari CPR 21 : Pelancaran Kafe Alfarabi 22 : Penanda Aras Ke Kv Ampangan 23 : Program Santai Minda 24 : Siri Wacana Ilmu Siri 2


24 : Program Khidmat Komuniti Diploma Seni Reka Fesyen 24 : Kami Sudah Konvo 25 : Jamuan Doa Selamat 26 : Taklimat Amalan Eksa 27 : Israk Mikraj 2023 28 : Program Makan Malam Majlis Tertinggi & Exco Asrama 29 : Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali ke 7- tahun 2022 30 : Sesi Temuduga SVM Tahun 1 Sesi 2023/2024 31 : Fashion Showcase Diploma 2 SRF 32 : Program Khidmat Komuniti 33 : Bengkel Literasi Kewangan 34 : PLC Vegetable Carving 35 : Projek Tahun Akhir DVM 4 2023 36 : Siri Wacana Ilmu Siri 3 37 : Penanda Aras Ke KV Sepang 38 : Pertandingan Tarian Piala Pengarah BPLTV Peringkat Kebangsaan 39 : Pendaftaran Pelajar Baharu SVM1 2023 40 : Minggu Serasi Bersama SVM 1 2023 41 : Program Ziarah Cakna Dari Team MPP 42 : Program Kongsi Rezeki 43 : Tahniah Anda Hebat 44 : Fashion Showcase : Movie Character 45 : Program Ihya Ramadhan 46 : Majlis Iftar Ramadhan KVDUHMS 2023 47 : Bulan Kelahiran Januari, Februari , Mac, April 48 : Nukilan Pensyarah & Pelajar - Segunung Rindu Buatmu Ibu - Doodle 49 : Sekalung Penghargaan


Selamat Kembali kepada semua pelajar Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Muhamad Sharip bagi meneruskan sesi pengajian bermula pada 3 Januari 2023. “ KEJAYAAN ADALAH LANGKAH PERTAMA, LANGKAH KEDUA ADALAH MENGEKALKAN KEJAYAAN “ SELAMAT KEMBALI KE KV DUHMS SESI 2023


SPECIAL EFFECT MAKE UP UP SKILLING COURSE Tema PLC ialah Make Up Orang Tua dan Luka. Semua pensyarah diberi kumpulan dan melakukan tugasan dengan menggunakan bahan dan peralatan yang diberi. “Jangan Menolak Perubahan, Tolaklah Kemalasan “ Pada 7 Januari 2023, Program Kosmetologi telah mengadakan Professional Learning Community (PLC) di Bengkel Kosmetologi 4. PLC disampaikan oleh Puan Jakiah binti Mahat yang mahir dalam Special Effect Make Up yang menggunakan bahanbahan Make Up untuk menonjolkan solekan mengikut tema seperti tema Zombie, Luka Berdarah , Wanita Tua dan sebagainya.


INTERVENSI UMUM MINDA SIHAT Pada 11 Januari 2023 diadakan intervensi umum minda sihat bersama Unit Psikologi dan Kerjaya (UPK). Kaunselor berkongsi berkaitan kepentingan dalam memastikan minda dan pemikiran pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Semoga semua pelajar dan seluruh warga KVDUHMS berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera selalu. “ Emosi Sejahtera Hidup Bahagia” merurupakan tagline bagi program ini dan melambangkan individu yang sihat, berdaya tahan, bersaing secara sihat, kompeten dan berdaya maju. Hal ini dapat membanteras isu kesihatan mental menjadi lebih buruk sekaligus membantu setiap individu bijak menguruskan setiap permasalahan dan tidak mudah berputus asa dalam mendapat kebahagiaan diri. “ Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera “


PROGRAM VISION BOARD SVM SEMESTER 2 Program dilaksanakan pada 13 Januari 2023 bertempat di Dewan KVDUHMS. Penetapan matlamat yang jelas dan berfokus amat penting dalam merialisasikan impian masa depan. Unit Psikologi dan Kerjaya mengambil inisiatif mengadakan program yang berfokus kepada hala tuju dan matlamat pelajar. Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat dalam melahirkan generasi pelajar KVDUHMS yang hebat. “ Emosi Sejahtera Hidup Bahagia” merurupakan tagline bagi program ini dan melambangkan individu yang sihat, berdaya tahan, bersaing secara sihat, kompeten dan berdaya maju. Hal ini dapat membanteras isu kesihatan mental menjadi lebih buruk sekaligus membantu setiap individu bijak menguruskan setiap permasalahan dan tidak mudah berputus asa dalam mendapat kebahagiaan diri. “ Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera “


Selamat Maju Jaya, Jasa Mu Akan Dikenang • Pada 13 Januari 2023 diadakan Majlis perpisahan sempena perpindahan Pn Ainur Ashikin binti Zainul Abidin yang berpindah ke KV Batu Pahat, Johor. • Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas jasa dan bakti, serta kudrat dan ilmu yang dicurahkan dan dikongsi selama ini sepanjang 5 tahun berkhidmat di KV Dato' Undang Haji Muhamad Sharip. • Semoga lebih terbang tinggi dan cemerlang di tempat baru. Salam sayang daripada, Seluruh warga KV DUHMS TERIMA KASIH PUAN AINUR ASHIKIN BINTI ZAINUL ABIDIN Malam hari berlagu unggas, Memecah kesunyian di dalam hutan, Walaupun terpisah tempat dan tugas, Budimu tetap dalam ingatan.


Program Nogorihood : Busana Suntingan Anak Daro & Busana Minang Sri Ghombau Pada 13 Januari 2023 Program Seni Reka Fesyen telah menghantar 2 kumpulan bagi kategori menghasilkan busana. Pertandingan menghasilkan Busana Tradisional bertemakan Negeri Sembilan dengan menggunakan bahan kitar semula. Program Seni Reka Fesyen telah menghantar dua kumpulan dalam menyertai pertandingan kategori Busana Tradisional. Busana Suntingan Anak Daro :- Pereka Nor Afrina Adawiyah Bt Nor Alias Model Noor Intan Aleeya bt Abu Hassan MUA Noralia Maisara binti Sukinee Busana Minang Sri Ghombau:- Pereka Siti Nur Fathihah Binti Rahman Model Damia binti Afizal MUA Farra Najwa Aqila Binti Mohd Yusof


Tahniah diucapkan atas pencapaian yang sangat membanggakan seluruh warga KVDUHMS. PROGRAM REVOLUSI PERPUSTAKAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KE 75 YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN Program ini diadakan pada 17 Januari 2023, bertempat di Dewan Tuanku Ampuan Najihah Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Program ini dirasmikan oleh Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. Sepanjang program berlangsung, terdapat beberapa pertandingan yang disertai oleh pelajar dari Kolej Dato Undang Hj Muhamad Sharip. Tidak Penting Di Mana Anda Bermula, Yang Penting Di Aman Anda Berakhir. JOHAN BAGI PERTANDINGAN : PERTANDINGAN MASAKAN RESEPI DARI SUMBER DIGITAL (Darwisha Nur Ardini binti Norhisham) BENGKEL DAN PERTANDINGAN ROBOTIC (Noorfari'dah Binti Ahmad Zabferry, Anis Syazwani Binti Mohd Azni & Nurul Aqilah Binti Abdul Had) TEMPAT KE-3 BAGI PERTANDINGAN : PERTANDINGAN ESPORT FIFA 2022 DAN SIMULATOR (Muhammad Haziq Aiman bin Mohammad Haizal) BENGKEL DAN PERTANDINGAN ROBOTIC (Ain Najwa binti Ahmad Harizi, Nurul izzah binti Mohd Faidzul & Nurul Ain Nabilah binti Anuar) PERTANDINGAN MASAKAN RESEPI DARI SUMBER DIGITAL (Nurazira binti Mohamad Abdul Rashid) 3DWALL CONTEST (Nur Najwa binti Nor Halim & Nurul Farahin binti Che Nor Azlizan)


Syabas dan tahniah semua. PROGRAM REMAJA PEMANGKIN ASPIRASI NEGARA Program dilaksanakan pada 18 Januari 2023 bertempat di Dewan dan Astaka KVDUHMS. Program ini juga adalah dibawah anjuran Unit Psikologi dan Kerjaya. “Remaja masa kini bakal mewarisi kepimpinan Negara kelak, acuan terbaik dibina bermula dari sekarang” Jutaan terima kasih diucapkan kepada NAS Relief Consultant kerana mengadakan program bersama anak-anak pelajar SVM1 dan SVM2 KVDUHMS. Semua pelajar begitu bersemangat mengikuti aktiviti yang dijalankan. Semoga perkongsian pada hari ini bermanfaat buat semua anak-anak pelajar. Tidak Penting Di Mana Anda Bermula, Yang Penting Di Mana Anda Berakhir.


PROGESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC) – BASIC FASHION ILLUSTRATIONS Basic Illustrations ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang tatacara penghasilan figure drawing, drawing body part, dan technical drawing. Di samping itu, peserta juga akan didedahkan dengan alat dan bahan yang betul semasa proses melukis dan melakar. Melalui program ini para pensyarah Seni Reka Fesyen dapat menimba ilmu mengenai cara yang betul untuk menghasilkan figure drawing, drawing body part, dan technical drawing dan boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Penceramah iaitu Puan Nurul Izzati dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau bersama para pensyarah yang hadir dan dapat menjalankan PLC ini dengan baik.


BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN Majlis penyerahan diadakan pada 19 Januari 2023, bertempat di Dewan KVDUHMS. Pelajar yang terlibat adalah semua pelajar SVM Tahun 1. Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Tuan Anuar bin Mat Isa atas penyampaian BAP kepada pelajar.


JASA & BUDI MU DIKENANG Majlis perpisahan sempena perpindahan Pn Foziana. Majlis ini diadakan pada 27 Januari 2023. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas jasa dan bakti, serta kudrat dan ilmu yang dicurahkan dan dikongsi selama ini sepanjang 4 tahun berkhidmat di KV Dato' Undang Haji Muhamad Sharip. Semoga lebih terbang tinggi dan cemerlang di tempat baru. TERIMA KASIH PUAN FOZIANA BT ISA Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang, Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang.


SIRI WACANA ILMU siri 1 Siri wacana ilmu: kembara mencari hikmah siri 1 buat julung kalinya dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber KVDUHMS. Program ini diadakan pada 27 Januari 2023 bertempat di Pusat Sumber KVDUHMS. Siri Wacana Ilmu ini bertujuan untuk membina hubungan antara pensyarah dalam berkongsi bahan bacaan ilmiah yang dibaca. Siri Wacana llmu bagi Siri 1 ini memperlihatkan Puan Pengarah, Pn Hajah Yusni Abdul Murad selaku panel pertama yg berkongsi bahan bacaannya yg bertajuk “ Guru “. Dihadiri barisan Ketua Jabatan; Ketua Program, Kaunselor , AKP dan barisan JK Pusat Sumber, siri 1 ini adalah langkah permulaan bagi siri-siri yang akan datang. “ ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat” Program ini juga diselitkan bersama Pameran Membaca yg mana pameran ini mempamerkan koleksi karya Pemenang Kategori Sastera , Anugerah Buku Negara 2019 iaitu Pn. Mahaya Mohd Yassin. Turut didaman pertandingan “ Jom Tulis Jawi” yang secara langsung pertandingan ini menguji ingatan & kepakaran para pensyarah dalam menulis jawi


PROJEK AKHIR PELAJAR DVM 2 KOSMETOLOGI “Anda menjadikan dunia ini lebih baik, dengan anda sendiri menjadi lebih baik” PREMIUM LALUNA SPA telah membuat promosi pelbagai pakej penjagaan dan kecantikan badan. Projek akhir ini telah diketuai oleh Puan Jakiah sebagai pensyarah pembimbing bersama- sama dengan pelajar tahun akhir. Program ini telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu 27 dan 28 Jan 2023. Sambutan yang menggalakkan dari pensyarah. Tahniah pelajar program ini salah satu cara persediaan awal untuk pelajar lebih bersedia semasa ber OJT nanti.


Pameran ini dilangsanakan di SMK Pedas, Negeri Sembilan pada 30 Januari 2023. Pameran yang dijalankan adalah pameran bagi program Kosmetologi, Seni Reka Fesyen dfan Seni Kulinari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :- Seni Kulinari : Pameran lipatan napkin dan demonstrasi melipat napkin Kosmetologi : Pameran produk SE express manicure demo and service Seni Reka Fesyen : Pameran fashion illustration, look book , Projek PTA, Sulaman tangan PAMERAN KERJAYA SEMPENA MAJLIS ASPRESIASI TING. 5 DAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN “ Jadilah lebah yang membawa manisan, Bukan lalat yang membawa kotoran“


Program diadakan pada 7 Februari 2023 bertempat di Astaka KVDUHMS yang dilancarkan oleh Puan Hajah Yusni binti Abdul Murad. Pelancaran NILAM 2023 adalah bukti bahawa KVDUHMS menyokong penuh usaha KPM dalam menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya yang perlu dipraktikkan untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan. Lantikan Pengawas Pusat Sumber Kolej (PPSK) berfungsi sebagai pembantu dalam mengelola dan merancang program-program yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber. Semoga pelantikan ini menjadikan pelajar KV Duhms lebih bertanggungjawab & berkaliber untuk menjadi pemimpin. PELANCARAN NILAM & WATIKAH PENGAWAS PSK 2023


Lawatan Penanda Aras ke KV Dato’ Lela Maharaja Program diadakan pada 8 Februari 2023 di KV Dato’ Lela Maharaja. Unit Pengurusan Asrama telah melaksanakan Lawatan Penanda Aras ke KV Dato’ Lela Maharaja bagi mendapatkan perkongsian penarafan asrama terbilang. Terima kasih kepada pihak pengurusan KVDLM, Pengarah Pn Baiha Haron & Unit Pengurusan Asrama, Warden, Barisan Majlis Tertingi dan Biro yang menerima kunjungan kami. Bubur Kacang Ubi Keladi, Lemak Manis Santan Kelapa, Terima Kasih Jasa Dan Budi, Sentiasa Tersemut Tidak Kan Lupa. “Orang yang hebat mampu melahirkan ribuan orang yang hebat”


Pada 8 februari 2023, Program Seni Reka Fesyen telah menjalankan menjalankan PLC. Program ini bertujuan memberi motivasi, semangat, tunjuk ajar daripada wakil industri (Zayana Yazed) berjaya tentang cara mereka boleh mencapai kejayaan dalam bidang Seni Reka Fesyen dan terus belajar dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Program ini melibatkan pensyarah dan pelajar Seni Reka Fesyen. PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC) CERAMAH PELUANG KERJAYA BIDANG


FOOD BANK ANJURANMPP Tahniah dan Syabas buat Majlis Perwakilan Pelajar kerana telah Berjaya membuat kempen JOM DATANG AWAL KE KOLEJ dengan memberi sarapan pagi juga menyediakan Food Bank untuk para pelajar yang memerlukan ( diletakkan dihadapan bilik MPP) Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk hadir awal ke kolej dan secara tidak langsung membantu para pelajar bagi yang memerlukan. “ Sedikitnya cukup, banyaknya diagih-agihkan“


Program Motivasi Booster Akademik Program ini dilaksanakan pada 8 Februari 2023 bertempat di perkarangan bangunan bakeri. Peningkatan motivasi pelajar bersama kaunselor KVDUHMS. Syabas dan tahniah buat anak-anak pelajar yang terlibat dengan program ini. Semoga perkongsian dan aktiviti yang dilakukan bermanfaat buat para pelajar. Selamat maju jaya semua. “Kejayaan akan datangbermula daripadatindakan hari ini“


KITA JUARA Pada 9 Februari 2023 KVDUHMS telah menghantar wakil bagi acara lompat tinggi peringkat MSSNS. Tahniah diucapkan kepada Ain Nur Aleeya (pelajar SVM 1 Seni Kulinari ) atas kejayaan bagi acara lompat tinggi yang merangkul pingat Perak di Kejohanan Olahraga Pembangunan anjuran JPNS. “alone we can do so little, together we can do so much” “Congratulation! You Did it”


Jabatan Pendidikan Umum telah menganjurkan Bengkel Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) & Heimlich Manoeuvre. Program dilaksanakan pada 15 Februari 2023 di Dewan Makan bagi para pelajar dan di Dewan KVDUHMS bagi para pensyarah. Penceramah terdiri daripada 2 orang anggota JPAM Rembau. Bengkel Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) & Heimlich Manoeuvre. Objektif program :- Mendedahkan para pensyarah tentang pengetahuan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) & Heimlich Manoeuvre. Mendedahkan para pensyarah berkenaan bantuan kecemasan secara praktikal “Be a hero , save lives”


Pelancaran Café Al-Farabi dilaksanakan pada 16 Februari 2023 bertempat di Pusat Sumber KVDUHMS. Program ini dianjurkan oleh unit Pusat Sumber Kolej. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan satu ruangan kondusif bagi memudahkan warga kolej membeli makanan dan minuman di samping melahirkan rasa minat untuk kerap ke pusat sumber KVDUHMS. PELANCARAN CAFE AL-FARABI “Fikiran kita yang akan menentukan aksi dan reaksi, jika kita berfikiran akan menang, maka kita akan menang”


PENANDA ARAS KE KV AMPANGAN “BUDAYA PENYAYANG, PELAJAR TERBILANG” Program Lawatan Penanada Aras telah dilaksanakan di Asrama KV Ampangan pada 22 februari 2023 pada hari selasa. Program ini dilaksanakan selama 2 jam iaitu pada jam 2.00 – 4 .00 petang. Anjuran UnutPengurusan Asrama. Program ini bertujuan membantu pengurusan asrama dalam melaksanakan tugasan lebih sistematik dan kondusif. Mengeratkan hubungan baik anatara asrama dan menjadikan contoh asrama yang terbaik untuk mewujudkan asrama yang terbilang.


Program Santai Minda Pada 21 Februari 2023 mengadakan program santai minda. Hal ini kerana Unit Psikologi dan Kerjaya KVDUHMS sentiasa mengambil berat akan kesihatan emosi semua pelajar, pensyarah dan seluruh warga KVDUHMS. Hari ini kami telah mengambil inisiatif mengadakan Program Santai Minda bagi mengambil seketika masa seluruh warga KVDUHMS untuk rehatkan seketika minda dengan melakukan aktiviti. Antara aktiviti yang diadakan ialah ujian personaliti, terapi bermain, terapi mewarna, stress management dan pelbagai lagi. Syukur alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik daripada semua. Kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat semua yang telah menjayakan program ini. Semoga emosi seluruh warga KVDUHMS berada dalam keadaan yang baik selalu. “Minda sihat, Emosi sejahter”


SIRI WACANA ILMU SIRI 2 Siri wacana ilmu: kembara mencari hikmah siri 2 dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber KVDUHMS. Program ini diadakan pada 16 Februari 2023 bertempat di Pusat Sumber KVDUHMS. Siri Wacana Ilmu ini bertujuan untuk membina hubungan antara pensyarah dalam berkongsi bahan bacaan ilmiah yang dibaca. Siri Wacana llmu bagi Siri 2 ini memperlihatkan Puan Nurazmira Mohamed Noor selaku panel kedua yang berkongsi bahan bacaannya yg bertajuk “ Mudahnya Menjemput Rezeki “. Dihadiri barisan Ketua Jabatan; Ketua Program, Kaunselor , Pensyarah dan AKP dan barisan JK Pusat Sumber, siri 2 ini adalah rentetan dari siri 1 sebelum ini.


PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI DIPLOMA 1 SENI REKA FESYEN Program khidmat komuniti ini diadakan pada 22 Februari 2023 di Pusat Pemulihan Pekan Rembau. Program ini dapat melatih pelajar dengan berkemahiran berkomunikasi, bekerjasama dalam kumpulan dan berkempimpinan serta melatih mereka untuk bersosial dengan komuniti, menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bersama mereka disamping melaksanakan aktiviti berkaitan dengan bidang yang dipelajari oleh pelajar. Antara aktivitinya ialah canting batik dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. “ Think be happy”


KAMI SUDAH KONVO ! Pengambilan jubah konvo bagi para pelajar yang telah tamat OJT dilaksanakan pada 22 Februari 2023 bertemapt di astaka KVDUHMS. Pengambilan jubah ini berlangsung selama 2 hari yang diuruskan oleh para pensyarah terlibat. “ TAHNIAH ! Selamat Maju Jaya “


JAMUAN DOA SELAMAT “ Tidak perlu menjadi HEBAT untuk memulakan sesuatu tetapi kita perlu BERANI untuk memulakannya” Pada 22 Februari 2023 telah dilaksanakan Majlis Doa Selamat dan menyambut Bulan Ramadan yang melibatkan semua pensyrah dan AKP. Kerjasama dari semua mengeratkan lagi silaturahim.


TAKLIMAT AMALAN EKSA Taklimat amalan EKSA diberikan kepada pengawal Keselamatan oleh Ketua Latihan Eksa iaitu Puan Noraini binti Mansor. Taklimat ini dilaksanakan pada 20 Februari 2023 bersama beberapa Jawatankuasa EKSA KVDUHMS. “PErsekitaran Kondusif Pemaju Tranformasi”


ISRAK MIKRAJ 2023 Program sambutan Israk Mikraj dilaksanakan pada 24 Februari 2023 di Astaka KVDUHMS. Program ini dilaksanakan bagi menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Terima kasih kepada warga KVDUHMS yang menjayakan program ini!


PROGRAM MAKAN MALAM MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO ASRAMA KVDUHMS Meraikan anak – anak majlis tertinggi dan biro – biri asrama di restoran Sg Rembau pada 21 Feb 2023. terima kasih diucapkan atas kesudian pengarah yang sudi bersama – sama meriahkan lagi program makan malam ini. ” Anda hebat ! sekiranya kita percaya kita akan menjadi orang yang berjaya, maka tidak kira apa pun yang dapat hentikan semangat kita ”


SEKALUNG TAHNIAH ! Tahniah kepada semua graduan Diploma Seni Kulinari , Seni Reka Fesyen dan Diploma Kosmetologi KVDUHMS atas penganugerahan Diploma pada majlis konvokesyen hari ini. Seluruh warga kolej berbangga atas pencapaian anda. Teruskan melakar lebih banyak kejayaan dan lebih tinggi lagi. • TARIKH / HARI : 6 MAC 2023 (ISNIN) • MASA : 2.00 PETANG • TEMPAT : DEWAN TUANKU CANSELOR USIM “MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KALI KE 7 TAHUN 2022”


SESI TEMUDUGA SVM TAHUN 1 SESI 2023/2024 “ usah gentar kejayaan semakin dekat” Pada 7 Mac 2023 telah dijalankan sesi temuduga bagi ambilan pelajar SVM Tahun 1. Sesi temuduga ini melibatkan seramai 228 orang pelajar yang terdiri dari program Seni Kulinari seramai 243 orang. Program Seni Reka Fesyen seramai 69 orang dan Program Kosmetologi seramai 100 orang pelajar.


FASHION SHOWCASE DIPLOMA 2 SENI REKA FESYEN Pada 9 Mac 2023 telah dijalankan Fashion Showcase yang diketuai oleh Pn Sariah sebgaia pensyarah pembimbing. Fashion Showcase bagi kursus Fashion Marketing. Kursus yang bagus untuk pelajar bagi menonjolkan kreativiti pelajar dalam mereka bentuk pelbagai produk aksesori fesyen.


PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang bagi Minggu Sains dan Mate ini antaranya ialah :- • Perkhidmatan Henna & Manicure • Perkhidmatan Light Massage • Pameran Napkin & Carving Display • Food Selling “ Bekerjsama Adalah Lebih Baik Daripada Bersaing” Pada 11 Mac 2023 telah diadakan program Khidmat Komuniti yang berpusat di Pusat Kitar Semula di hadapan pejabat Pendidikan Daerah Rembau secara pandu lalu. Program bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Sambutan yang menggalakkan dari orang ramai


Bengkel Literasi Kewangan Seminar Literasi Kewangan ini berlangsung pada 17 Mac 2023, di Dewan KVDUHMS. Penceramah yang dijemput ialah Puan Monalissa binti Muharam. Matlamat bengkel ini ialah untuk menambah ilmu pengetahuan para pensyarah dan pelajar berkenaan Pengurusan kewangan dengan lebih bijak dan sistematik di samping mendapat nasihat tentang hala tuju kewangan. “ Pengurusan Wang Yang Efektif Akan Menjamin Kesejahteraan Emosi dan Mantel ”


PLC VEGETABLE CARVING Pada 17 mac 2023 telah diadakan PLC anjuran Program Kulinari iaitu Vegetable Carving. PLC ini terhad kepada 8 orang pensyarah sahaja. Program yang bagus dan instrator yang hebat dari Pn Ain Zubaidah. Semua peserta dapat menyiapkan curving sayuran dengan baik. Banyak ilmu yang telah dipelajari. “GoForExpertise”


PROJEK TAHUN AKHIR DVM 4 2023 Syabas buat pelajar DVM Sem 4 Program Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen dan Kosmetologi kerana telah memberikan persembahan dan hasil projek yang cemerlang. Projek tahun akhir ini telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada Tarikh : 20 dan 21 Mac 2022 Tahniah kepada pelajar yang menang bagi Pembentangan Terbaik dan Produk pilihan Pengunjung. Produk yang bagus, hasil yang bagus. Teruskan usaha dan sentiasa menambah ilmu bagi menghasilkan yang lebih baik


SIRI WACANA ILMU SIRI 3 Siri wacana ilmu: kembara mencari hikmah siri 3 dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber KVDUHMS. Program ini diadakan pada 22 Mac 2023 bertempat di Pusat Sumber KVDUHMS. Siri Wacana Ilmu ini bertujuan untuk membina hubungan antara pensyarah dalam berkongsi bahan bacaan ilmiah yang dibaca. Siri Wacana llmu bagi Siri 3 ini memperlihatkan Puan Siti Nurul Nadiah Binti Huslan selaku panel ketiga yang berkongsi bahan bacaannya yang bertajuk “ Taujihat Ramadan“. Dihadiri barisan Ketua Jabatan; Ketua Program, Kaunselor ,Pensyarah dan AKP dan barisan JK Pusat Sumber, siri 2 ini adalah rentetan dari siri sebelum ini.


PENANDA ARAS KE KV SEPANG “GoForExpertise” Program ini dilaksanakan pada 28 Mac – 30 Mac . Matlamat program ini mewujudkan hubungan yang harmoni dan seterusnya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu di KVDUHMS. Program ini dikelola oleh Unit Kerjaya dan Psikologi KVDUHMS.


PERTANDINGAN TARIAN PIALA PENGARAH BPLTV PERINGKAT KEBANGSAAN Anjuran : BPLTV ️Tarikh : 20 Mac 2023 / Rabu Tempat : KV Gombak Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr. Noor Mala bt Othman (Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Kurikulum Umum BPLTV) ▪️Lakaran kejayaan terukir indah dan membanggakan warga kolej. ▪️Tahniah kepada semua pensyarah pembimbing dan pelajar yang mengambil bahagian. ▪️Tahniah juga kepada Puan Pengarah, barisan pengurusan dan seluruh warga kolej di atas sokongan padu, dorongan dan semangat yang diberikan kepada para pelajar yang mengambil bahagian. ▪️Semoga banyak lagi lakaran kejayaan bakal dilakar dalam pertandingan yang akan datang. “ Kejayaan Tidak Datang Bergolek Tanpa Usaha dan Doa”


PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SVM 1 2023 Dilaksanakan pada 28 Mac 2023. Pendaftaran Pelajar Baharu ke KVDUHMS dijalankan di dewan KVDUHMS dan perjalanan semasa hari pendaftran lancar dan berjalan seperti yang dirancang. SELAMAT DATANG KE KV DUHMS “ Do The Best For Yourself and Family”


MINGGU SERASI BERSAMA SVM 1 2023 Program ini dilaksanakan pada 28 Mac – 30 Mac . Matlamat program ini mewujudkan hubungan yang harmoni dan seterusnya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu di KVDUHMS. Program ini dikelola oleh Unit Kerjaya dan Psikologi KVDUHMS. SELAMAT DATANG KE KV DUHMS “ Good Luck Pelajar Baharu SVM 1 2023 ”


PROGRAM ZIARAH CAKNA DARI TEAM MPP Dilaksanakan pada bulan Ramadhan di bawah kelolaan Puan Jakiah, Encik Fawwaz dan Puan Asiah bagi team Mpp mengedarkan sedikit sumbangan berbuka puasa untuk pelajar KVDUHMS yang tinggal di luar sekitar KV. Terima kasih diucapkan kepada semua barisan JK MPP & semua penyumbang tabung kebajikan yang diedarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar TAHNIAH TEAM MPP ! “ Memberi Walau Sedikit Ia Tinggi Di Mata Allah S.W.T”


PROGRAM KONGSI REZEKI Alhamdulillah Program Kongsi Rezeki telah berlangsung dengan jayanya pada awal pagi ini. 40 bungkus makanan telah diedarkan kepada pengawal keselamatan di beberapa buah sekolah serta balai polis Rembau semasa bersahur tadi. Jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Yusni binti Abdul Murad Pengarah KVDUHMS, En Nadzren, En Fawwaz dan Cik Afiqah serta ahli jawatankuasa program dalam menjayakan program ini. Semoga ia menjadi salah satu tiket utk kita mendapat keredaan Allah SWT. Insya-Allah. Terima kasih semu


TAHNIAH ANDA HEBAT ! International Invention, Innovation and Design Competition (i3DC) 2023 4 GOLD AWARD (dua dari program fesyen, satu dari program Kosmetologi, satu dari program Seni Kulinari) 1 SILVER (dari program fesyen) 1 BRONZE (dari jabatan pendidikan umum) Semoga banyak lagi lakaran kejayaan bakal dilakar dalam pertandingan yang akan datang Teruskan pembudayaan inovasi. Tahniah diucapkan “ Do The Best For Yourself and Family”


FASHION SHOWCASE : MOVIE CHARACTER “Kejayaan hari ini bukan kerana kita hebat, tetapikerana doaorang lain yang hebat-hebatuntuk kita” Fashion Showcase yang bertema Movie Character pada 13 April 2023 di Foyer Bakery. Tahniah kepada pelajar DVM Tahun 1 yang telah berjaya menghasilkan koleksi pakaian yang bertema Movie Character. Ucapan tahniah juga pada pensyarah pembimbing Pn Zulaikha Binti Nahar.


Click to View FlipBook Version