1 SMK SERI HARTAMAS JALAN 48/70 A, DESA SERI HARTAMAS, 50480 KUALA LUMPUR. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 31 TAHUN 2023 TARIKH: 13 MEI 2023 (SABTU) MASA: 9.00 PAGI TEMPAT: DEWAN TERBUKA
2 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Notis Mesyuarat Agung PIBG SMKSH Kali Ke-31 3 2 Borang Pernyataan Usul 4 3 Atur Cara Majlis & Agenda Mesyuarat 5 4 AJK PIBG 2022/2023 6-7 5 Ucapan Yang Dipertua PIBG 8-11 6 Senarai Kehadiran Ibu Bapa dan Guru ke Mesyuarat Agung PIBG ke-29 (2022/2023) 12-18 7 Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-30 (2022/2023) 19-35 8 Laporan Aktiviti PIBG 2022/2023 36-37 9 Laporan Kewangan 38-46 10 Cadangan Kutipan Bayaran-Bayaran Lain 2023 47 11 Usul-usul 48 12 AJK PIBG Sesi 2023/2024 (Pelantikan Baru) 49 13 Anggaran Belanja Mengurus PIBG SMKSH (Kertas Cadangan Modul Kecemerlangan Akademik Pembangunan Insan, Disiplin dan Sahsiah (Lampiran Belakang) 14 Ahli Jawatankuasa Bertugas Mesyuarat Agung PIBG Kali ke31 (Lampiran Belakang) 15 Perlembagaan PIBG (Lampiran Belakang)
3 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG Rujukan Kami : SMKSH 100-7/1/8 Tarikh : 17.04.2023 Kepada, Semua IbuBapa / Penjaga Murid, Semua Guru, SMK Seri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur Tuan/ Puan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 SMK SERI HARTAMAS Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 13 Mei 2023 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka Kaedah : Bersemuka 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 2.1 Ucapan YDP PIBG 2.2 Ucapan Penasihat PIBG 2.3 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-30 (2022/2023) 2.4 Perkara-perkara berbangkit 2.5 Membentangkan laporan aktiviti PIBG 2022/2023 2.6 Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan bagi tempoh berakhir 31.12.2022 2.7 Membentang dan Meluluskan Bayaran-Bayaran Lain Sesi 2023 2.8 Membentangkan dan Membahaskan Usul-usul 2.9 Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2022/2023 2.10 Perlantikan Pengerusi Sementara 2.11 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2023/2024 2.12 Hal-hal lain 2.13 Ucapan penangguhan 3. Sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat selewat-lewatnya pada 8 hb Mei 2023 (Isnin). Sebagai makluman, usul yang dikemukakan tidak akan dibincangkan sekiranya pembawa usul tidak hadir pada mesyuarat agung tersebut. 4. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung ke-31 ini. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan amanah, Alia ................................................................. (NUR ALIA SYAHIDA BT NIK HASBULLAH) Setiausaha SMK Seri Hartamas 50480 Kuala Lumpur . s.k : 1. YDP PIBG 2. Pendaftar Sekolah, JPWP 3. Pengetua SMK Seri Hartamas
4 BORANG PENYATAAN USUL (Sila kembalikan borang ini sebelum jam 12.00 tengahari, 08 Mei 2023 -Isnin) (Sila tulis dengan jelas. Terima kasih) Kepada, Setiausaha Kehormat PIBG, SMK Seri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur. u.p : CIK NUR ALIA SYAHIDA BINTI NIK HASBULLAH PN. SHAFARINAH BINTI SHAMSUDDIN Puan, Saya dengan ini menyampaikan penyataan usul untuk pembentangan semasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 pada 13hb Mei 2023 seperti berikut: 1........................................................................................................................................................................................ .............................................................................................................................................................................. 2.................................................................................................................................................................................. ……............................................................................................................................................................................ Sekian, terima kasih. Yang benar, .............................. Nama pembawa usul : .................................................................................................................................. Alamat Rumah : .................................................................................................................................. Nama Anak/Ting. : .................................................................................................................................. ------------------------------------Sila kembalikan keratan ini dengan segera---------------------------------------- SLIP JAWAPAN PENERIMAAN NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG / KEHADIRAN Puan, Saya.................................................................................................dengan ini mengaku telah menerima notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 daripada anak saya .................................................................................................... Tingkatan................................ dan faham akan maksudnya. Saya *akan hadir / tidak akan hadir ke mesyuarat tersebut. Sekian, terima kasih. Yang benar, ................................................. * Sila potong yang tidak berkenaan
5 ATUR CARA MAJLIS 7.30 pagi- - Ketibaan AJK PIBG dan Guru. 8.00 pagi (Pendaftaran) 9.00 pagi - Kata-kata aluan Pengerusi Majlis 9.05 pagi - Bacaan Doa 9.10 pagi - Ucapan Yang Dipertua PIBG 2022/2023 (Pn. Aliza Azimah binti Ahmad) 9.20 pagi - Ucapan Penasihat PIBG (Puan Suzieany binti Mohammed Harris) 9.30 pagi - Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-31 bermula 12.00 tgh - Majlis bersurai AGENDA 1. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-30 2. Perkara-perkara berbangkit 3. Membentang dan menerima laporan tahunan PIBG Sesi 2022/2023 4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Bagi Tempoh Berakhir 31.12.2022 5. Membentang dan Meluluskan Bayaran-Bayaran Lain Sesi 2023/2024 6. Membentang dan membahaskan usul (sekiranya ada) 7. Hal-hal lain 8. Pembubaran AJK - Melantik Pengerusi Sementara - Memilih AJK baru PIBG Sesi 2023-2024 - Memilih 2 orang juruaudit PIBG Sesi 2023-2024 9. Ucapan YDP yang baru dipilih 10.Ucapan Penangguhan
6 SMK SERI HARTAMAS KUALA LUMPUR PELANTIKAN AJK PIBG TAHUN 2022/2023 AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KE-30 Penasihat : Puan Suzieany bt Mohammed Harris Ex-Officio : Pn Norsalmi bt Abdul Rahman (Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) : Pn Rohana Md Noh (Penolong Kanan Kokurikulum) Yang Dipertua : Pn. Aliza Azimah Ahmad Naib Yang Dipertua : En. Amirul Arifin Sopiee bin Md Noordin Setiausaha : Cik Nur Alia Syahida bt Nik Hasbullah Naib Setiausaha : Pn. Shafarinah bt Shamsuddin Bendahari : Cik Nor Mazlina bt Yaacob Naib bendahari : Pn. Punitha Narayanasamy AJK (Wakil Guru) : 1) En. Farid Albar bin Nawi 2) Pn. Chong Choy Lin 3) Cik Daisy Angelina a/p Anthonysamy AJK (Wakil Ibu Bapa) : 1) Pn. Evelyn Tan Mei Chen 2) Dr. Maria Hisham 3) Y. M. Tunku Azela binti Tunku Aziz 4) Pn. Tharmarani a/p Raja Thurai 5) En. Mohamad Rodzhan bin Mat Radzi 6) Pn. Nur Laili binti Abd Aziz 7) Pn. Bernice Chan Hoi Yen 8) Pn. Azlul Azimah binti Zaghlol 9) En. Andy anak Jonathan Achil Juruaudit Dalaman: 1) Pn. Sri Azimah binti Abu Bakar 2) Pn. Elena Bt Mohamad Ramli
7 STRUKTUR KSIB SMK SERI HARTAMAS KUALA LUMPUR TAHUN 2022/2023 EX-OFFICIO (PN SUZIEANY BT MOHAMMED HARRIS) (PN NORSALMI BT ABDUL RAHMAN) (PN ROHANA BT MD NOH) NAIB YANG DIPERTUA PIBG (EN AMIRUL ARIFIN SOPIEE BIN MD NOORDIN YANG DIPERTUA PIBG (PN ALIZA AZIMAH BT AHMAD) SETIAUSAHA (CIK NUR ALIA SYAHIDA BT NIK HASBULLAH) BENDAHARI (CIK NORMAZLINA BT YAACUB BIRO AKADEMIK (PN THARMARANI A/P RAJA THURAI) BIRO DISIPLIN (PN EVELYN TAN MEI CHERN) (EN MOHD RODZHAN BIN MAT RADZI) (EN AMIRUL ARIFIN SOPIEE) BIRO KOKURIKULUM (EN MOHD RODZHAN BIN MAT RADZI) (PN AZLUL AZIMAH BT ZAGHLOL) BIRO KESELAMATAN DAN KECERIAAN (EN ANDY ANAK JONATHAN ACHIL) (PN NUR LAILI BT ABD AZIZ) BIRO KEBAJIKAN (DR. MARIA HISHAM) (PN BERNICE CHAN HOI YEN) BIRO MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (PN TUNKU AZELA BT TUNKU AZIZ) (PN ELENA BT MOHAMAD RAMLY) BIRO KEWANGAN (EN AMIRUL ARIFIN SOPIEE) (PN EVELYN TAN MEI CHERN) JURU AUDIT (PN ELENA BT MOHAMAD RAMLY) (PN SRI AZIMAH ABU BAKAR)
8 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima Kasih Saudari Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Suzieany binti Mohammed Harris, Pengetua SMK Seri Hartamas Kuala Lumpur, Yang Berusaha Puan Jamilah binti M.V. Mohamed Koya, Penolong Kanan Kurikulum, SMK Seri Hartamas, Yang Berusaha Puan Sumangala Velayudhan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Seri Hartamas, Yang Berusaha Puan C.Usha Devi a/p Chimmappan Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Seri Hartamas, Yang Berusaha, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru, Datuk-datuk, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya, dapat kita semua berkumpul bersama-sama pada pagi ini dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi sesi 2023/2024. Sebelum itu, kita masih dalam bulan Syawal, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya. Saya selaku pengerusi PIBG bagi sesi 2022/2023 ingin mewakili semua AJK saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya sepanjang kami memberikan khidmat sepanjang sesi 2022/2023 ini ada kekurangan yang berlaku. Sudah pasti liku-liku yang telah kita lalui sepanjang tahun 2022/2023 seharusnya menjadi teladan dan pedoman untuk kita semua mendepani masa hadapan. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada SMK Seri Hartamas, di bawah kepimpinan dan pengurusan sekolahnya yang diterajui oleh Puan Suzieany, pengetua SMK Seri Hartamas dan jawatankuasanya yang begitu komited untuk memastikan mesyuarat yang diadakan pada hari ini berlangsung dengan jayanya. Sesungguhnya mesyuarat seperti ini amatlah dialu-alukan kerana ia dapat merapatkan lagi silaturrahim dan bertukar-tukar pendapat sesama kita. Secara peribadi, saya berasa amat bangga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat pada hari ini, dimana ia jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan menerusi mesyuarat ini, idea-idea baharu akan diperoleh bagi tujuan pembangunan ilmu melalui sekolah ini. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini. Semua yang berada di sini mempunyai peranan masing-masing yang harus dipikul tanpa berbelah bagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan
9 akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan anakanak kita. Oleh itu, saya menyeru setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi pengerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Hadirin yang dihormati. Alhamdulillah. Masa terus berlalu, tanpa kita sedar tahun ini, sekolah ini telah mencecah usia 31 tahun. Sepanjang tempoh ini, banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan kejayaan usaha guru-guru di sekolah kita yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak kita. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah swt. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG menyokong segala usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Umpamanya, program -Program Motivasi dan Kemahiran Belajar. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah seperti bengkel-bengkel SPM dan program-program motivasi murid serta hadiah kecemerlangan untuk pelajar-pelajar yang berjaya. Penghargaan seumpama ini diharapkan akan menjadi titik tolak, membakar semangat para pelajar untuk berusaha lebih gigih mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam seperti SPM. Semoga usaha dan galakan yang diberi oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan guru ini akan memberi lebih motivasi dan semangat kepada anak-anak Hartamasian untuk mencapai kecemerlangan bagi mengubah hidup anak-anak pelajar dan juga membanggakan keluarga pada masa hadapan kelak. Hadirin yang dirahmati, Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malahan perlu seiring dengan kecemerlangan murid dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan komuniti setempat. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah semata-mata. Amat molek kiranya kita boleh duduk berbincang tanpa ada rasa sangsi antara kita. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak tuan-puan dari sekecil-kecil laku umpama tidak menyiapkan kerja sekolah, membawa kepada masalah ponteng kelas atau ponteng sekolah kepada sebesarbesar masalah, umpama gejala vandalisme atau merosakkan harta benda sekolah, pergaduhan sesama mereka malahan juga kes buli, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak kita. Sewajarnyalah kita memberi kerjasama kepada guru-guru ini dan juga pihak sekolah. Kita juga harus mengelakkan sikap menunding jari sesama kita, tetapi patut mengambil jalan tengah penyelesaian secara bersama untuk kebaikan kita bersama juga.
10 Hadirin yang dimuliakan, Sebagaimana kita sedia maklum Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetuskan halatuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang dan ia bukanlah hanya anganangan kosong semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai hasrat yang sama-sama kita inginkan. Selain itu, Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring. Oleh itu saya menyeru supaya kita bersama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMK Seri Hartamas. Elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting yang akan membolehkan sesebuah organisasi itu memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang membanggakan. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agong kali ke 31 SMK Seri Hartamas Kuala Lumpur. Saya berharap AJK PIBG sesi 2023/2024 yang akan dipilih dan dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Setiap keputusan yang dibuat adalah bertunjangkan kepada asas-asas yang kukuh dengan mengambil kira kepentingan guru, murid dan ibu bapa bagi memastikan usaha untuk melahirkan generasi masa hadapan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah diri dapat dicapai. Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas mahupun tenaga untuk digembleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang. Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Kita jadikan diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling melengkapi. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu kita tanganinya bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Saya merasakan para guru akan merasakan bangga jika kita sebagai ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar, kecemerlangan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama. Mereka juga mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-mata. Mungkin sikap mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika di sekolah. Akhir kata, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak pelajar semua. Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi daripada saya kepada anda semua kerana sudi hadir pda hari ini dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Hartamas bagi sesi 2023/2024. Saya tinggalkan tuan-puan dengan serangkap pantun buat renungan semua, semoga menjadi
11 panduan dalam kita berusaha mendidik anak-anak kita menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah. Sampan kotak hilir mudik, Dayung patah galah sebatang; Ikhtiar tidak datang menggolek, Akal tidak datang melayang . Sekian, Wabilah hidaufik walhidayah wasalam mualaikum warah mattullah hi wabarakatuh. …………………………….. (Puan Aliza Azimah binti Ahmad) YDP PIBG SMK Seri Hartamas 50480 Kuala Lumpur.
12 1) KEHADIRAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 BIL SENARAI NAMA GURU 1 SUZIEANY BINTI MOHAMMED HARRIS 2 NOR SALMI BINTI ABD RAHMAN 3 ROHANA BINTI MD. NOH 4 SUNITA NARAINDAS 5 SHARIFAH NOOR IZYANI BINTI SYED OTHMAN 6 VASANTHA A/P YETHEMBRAM 7 ROSLINE@ROSLINAH SARUN 8 FARIDAH BINTI YUSOF 9 AILA AZEERA BINTI ABDUL MUIS 10 AIMI ALIANA BINTI MUSTAFFAR 11 ASWATI BINTI ISHAK 12 AZA AYU AFERA BINTI NORIDAN 13 AZILA BINTI HAMID 14 AZLEANAR SAKINAH BTE ABDUL RAHMAN 15 CHE MOHD RAZALI BIN CHE AMAT 16 CHONG CHOY LIN 17 DAISY ANGELINA A/P ANTHONYSAMY 18 FARID ALBAR BIN NAWI 19 FARIDAH BINTI MUHAMMAD 20 FAUZIAH BT. MD. NOOR 21 GOH PEI CHING 22 HAFIZAH BT MD. AHMAD TARMIZI 23 HALIMATUN SA'DIAH BINTI ISMAIL 24 HAMDAN BIN AHAMAD 25 HASRULNISHAM BIN HASHIM 26 HAZLINA BINTI SHARIF HASSAN 27 ISMAIL BIN MASRON 28 JU AZURA BINTI ABDUL RAHIM 29 KARIMAH BINTI YUSOFF 30 LAI SUK KUAN 31 LAILA FASYAH BINTI IBRAHIM 32 MAIZATULASLAMIAH BINTI AZIZ 33 MOHD AZRI BIN ISMAIL 34 MOHD IZAD IZZUDDIN BIN MURTAZADI 35 MOHD ZULFADLI BIN MAJID 36 NOOR HANIZA BINTI MOHD YUSOF 37 NOORUL WAHIDAH BINTI SALMAN 38 NOR AMIRAH BINTI MOKHTAR 39 NOR HAFIZAH BINTI MAHLIN 40 NORAZIAN BINTI HUSIN 41 NORHAFIZA BINTI IBRAHIM
13 42 NORIZA BINTI MD. NOOR 43 NORLINZAH BINTI TOLIM 44 NORMAZLINA BT YAACUB 45 NUR ALIA SYAHIDA BINTI NIK HASBULLAH 46 NUR AMALIN AISYAH BINTI MOHD SATAR 47 NUR SYAIRAH BINTI AZHAR 48 NURUL HUDA BT YAZIT@YAJIT 49 PAZARIAH BINTI SHAHARUDIN 50 ROSLINDA BT AHMAD NAWI 51 ROSWAIDA BINTI CHE HAMZAH 52 SAKIRA BINTI ZAKARIA 53 SARINAH BINTI MOHD KASSIM 54 SHAHARUL MUKHLIZ BIN MOHD 55 SHAHRINI A/P NADARAJAH 56 SITI ESHAH BINTI ISHAK 57 SITI MAISHARAH BINTI MUHAMMAD 58 SITI NURMAYA BINTI JUMIRAN 59 SITI UMAIRAH BINTI CHE RAMLI 60 SITI FATIN BT ABD.HAKIM AMIR 61 UMA DEVI A/P MARIMUTHU 62 ZULHISYAM BIN NORDIN
14 2) KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG KALI KE-30 2022/2023 (21/05/2022) TINGKATAN 1 BIL NAMA BAPA NAMA IBU NAMA ANAK KELAS 1 AHMAD ZAKI BIN ASTAMAN ELENA BT MOHAMAD RAMLY AHMAD IZLAN BIN AHMAD ZAKI 1 MURNI 2 ABDUL AZEEM SHABAZZEUGEN ONG SAMHANIN BTABDUL MAJID BYRON SALAHADIN CHENYI BIN ABDUL AZEEM SHABAZZ EUGEN ONG 1 MURNI 3 MOHAMMAD HAZNORBIN MOHD HIZAN FARRAH DIANA BINTIZAINAL ABIDIN HAZLEYSHA ZAHRA BINTI MOHAMMAD HAZNOR 1 MURNI 4 S JEYARAJAH A/L K SIVALINGAM GEETA A/P GNANARAJAH ISHANI JEYARAJAH 1 MURNI 5 MAHATHIR B AHMAD MARZUKI ALIZA AZIMAH BINTI AHMAD MUHAMMAD AQIF ZAIN BIN MAHATHIR 1 MURNI 6 MOHD EFFENDY BIN ZAKARIA SITI ESHAH BT ISHAK NUR AFIQAH ATHIRAH BINTI MOHD EFFENDY 1 MURNI 7 AMIR ABIDIN SYAH BIN AMIR HAMZAH ZURAIDAH BINTI AHMAD ZAHRA MIKAELA BINTI AMIR ABIDIN SYAH 1 JUJUR 8 CHE AL-MUSTAIM BIN CHE MUSA NORHAFIZAH BINTI MOHD NOR CHE NABILA ZULAIKHA BINTI CHE ALMUSTAIM 1 JUJUR 9 KAHLIL BIN ABDUL HAKIM ZANARIAH BINTI AHMAD LUQMAN BIN KAHLIL 1 JUJUR 10 MOHD AZAN ABDUL WAHAB ASTURIYANTI ISHAK SARA LISA BINTI MOHD AZAN 1 JUJUR 11 ANDY ANAK JONATHAN ACHIL CINDERELLA ANAK BARNABAS EL-DAVID ISAAC ANDYJON ANDY 1 IKHLAS 12 JOSHUA FERNANDEZ SHERIZAN BINTI SHAHADAN ELIJAH MALIQ FERNANDEZ 1 IKHLAS 13 MOHD AZHAR BIN MOHD SURI RAIHANI BINTI RAMELAN AWRA BATRISYIA BINTI MOHD AZHAR 1 HORMAT 14 KHAIRIL SUSWANDI BIN SHAMSUDDIN ZULYDA BINTI AHMAD RUSSLIN ELSA KHADYJA BINTI KHAIRIL SUSWANDI 1 HORMAT 15 AKMAL JOHARI BINISMAIL FARAH HASNINA BINTI ABU HASSANAL SHAARI ALYSA QAISARA BINTIAKMAL JOHARI 1 HORMAT
15 16 MUZZALMAN SHAH BINISMAIL MUZANI NIK AIDIL MARIABINTI NIK SAPEIA ABDUL MATIN SHAH SAPEIA BIN MUZZALMAN SHAH @ MOHD MUZZYMAN 1 GIGIH 17 - BERNICE CHAN ABIGAIL SOFIE LANGAT 1 GIGIH 18 NAZIM BIN AZIZAN SHANURIZA BINTI LATIP MUHAMMAD FERRAN SEIF BIN NAZIM 1 GIGIH
16 TINGKATAN 2 BIL NAMA BAPA NAMA IBU NAMA ANAK KELAS 1 KIRUBANANTHAN A/L R.MALAIAPAN VASANTHI A/P MUTHU ABBHIRAMI A/P KIRUBANANTHAN 2 MURNI 2 AMIRUL ARIFIN SOPIEEBIN MD NOORDIN SUHAINAH BINTI MOHAMAD WAHIDUDDIN ARISHA NORILANA SOPIEE BINTI AMIRUL ARIFIN SOPIEE 2 MURNI 3 MUHAMMAD RAVIN RAJENDRAN MARIA HISHAM MUHAMMAD REDZABIN MUHAMMAD RAVIN 2 MURNI 4 DAVID A/L ANTHONY UMA DEVI A/P MARIMUTHU PHAEVIAN DAVID 2 MURNI 5 SATHIABALAN A/L K.SELVARAJU KAVITHA A/P SUNDARAJOO @ THILAGAR RAKESH A/L SATHIABAL AN 2 MURNI 6 K. BALASIVA KUMAR A/L KANAISSAN RATHNAWATIE BOLANDA HAKURU SERINJEEVI A/L K. BALA SIVA KUMAR 2 MURNI 7 ESWARAN DINESH A/L S THAVAGNANAM THARMARANI A/P RAJA THURAI KASHWINI ESWARAN DINESH 2 MURNI 8 FARID ALBAR BIN NAWI ZAINI BT MD SAAD PUTRI FATIMA AZZAHRA BINTI FARID ALBAR 2 JUJUR 9 NGAH FUJI BIN BAKRI NOR HAZLINA BINTI HASHIM FARAH NAIMAH BINTI NGAH FUJI 2 IKHLAS 10 MOHAMED NAZRIN BIN ABDUL KUDUS AZLUL AZIMAH BINTI ZAGHLOL HUSEYN BIN MOHAMED NAZRIN 2 IKHLAS 11 SELVAKUMAR A/L KANGARATNAM CONSUELO AUGUSTUS TISHAN ANDRAY SELVAKUMAR 2 IKHLAS 12 RUZAIMI SANY BINZAINUDDIN TUNKU AZELA BINTITUNKU AZIZ TUNKU ZARA SOPHIABINTI RUZAIMI SANY 2 IKHLAS 13 RUZAIMI SANY BIN ZAINUDDIN TUNKU AZELA BINTI TUNKU AZIZ TUNKU ZARA SOPHIA BINTI RUZAIMI SANY 2 IKHLAS 14 ZUHAIMI BIN ISMAIL FARIDAH BT MUHAMMAD MUHAMMAD HAFEEZ HAIKAL BIN ZUHAIMI 2 CEKAL 15 HAZANI BIN HANAFI NORIZA BINTI MD NOOR MUHAMAD HAFIEY BIN HAZANI 2 AMANAH
17 TINGKATAN 3 BIL NAMA BAPA NAMA IBU NAMA ANAK KELAS 1 DHIVAGER A/L RATHA KRISHNAN SARASPATHI A/P VISUVANATHAN EESHA DHIVAGER 3 MURNI 2 ANDY ANAK JONATHAN ACHIL CINDERELLA ANAK BARNABAS JOY-ELLE ABIGAIL ANDY 3 MURNI 3 AHMAD ZAKI BIN ASTAMAN ELENA BT MOHAMAD RAMLY SARA ALYSSA BINTI AHMAD ZAKI 3 MURNI 4 NG CHENG NING CHEONG LYE PENG NG QING WEI 3 JUJUR 5 MOHD AZMAN BINJEMANGIN NUR LAILI BT ABDAZIZ MUHAMMAD AMIRULHAKIM BIN MOHD AZMAN 3 IKHLAS 6 MURALIDARAN A/L MOGANA DASS MOHANA SUNDARI A/P VISUVALINGAM VISHVENDRAN A/L MURALIDARAN 3 HORMAT 7 ANGGIAT TAMBUNAN B. NORDIN NURUL ADNI BINTIZAINUL ARIFF TURMAIDA TAMBUNANBINTI ANGGIAT TAMBUNAN 3 CEKAL TINGKATAN 4 BIL NAMA BAPA NAMA IBU NAMA ANAK KELAS 1 LEONG CHEE HOW TAN MEI CHERN AMBER LEONG KAI LIN 4 UTARID 2 FIRDAUS BIN AZIDIN AZUWA BINTI SHAHARUDIN FARA DHIA BINTI FIRDAUS 4 UTARID 3 MOHAMED NAZRIN BIN ABDUL KUDUS AZLUL AZIMAH BINTI ZAGHLOL HELEYNA ZAHRA BINTI MOHAMED NAZRIN 4 MARIKH 4 SHARUDIN BIN SHAR KASHIM NORAZIAN BINTI HUSIN MUHAMMAD SHAFIQ ADHAM BIN SHARUDIN 4 JUPITER 5 ZAMZURI B.ZAINAL ABIDIN SHARIFAH NOORIZYANI BT SYED OTHMAN NORBATRISYIA ALEEYABINTI ZAMZURI 4 ZUHAL 6 MAZLAN BIN MANSOR ROSMINA BINTI AYOB DANIEL IKHWAN MAZLAN 4 ZUHAL 7 MOHD RODZHAN BINMAT RADZI NOORULHAY ATIBINTI SABRI MUHAMMAD NABILIRFAN BIN MOHD RODZHAN 4 BUMI
18 TINGKATAN 5 BIL NAMA BAPA NAMA IBU NAMA ANAK KELAS 1 MAHATHIR B AHMAD MARZUKI ALIZA AZIMAH BINTI AHMAD AHMAD MUSTAQIM BIN MAHATHIR 5 UTARID 2 MURALIDARAN A/L MOGANA DASS MOHANA SUNDARI A/P VISUVALINGAM LAVENDRAN A/L MURALIDARAN 5 UTARID 3 BADRISHAM BIN CHEMAN ASWATI BINTI ISHAK MUHAMMAD AQILAYMAN BIN BADRISHAM 5 PLUTO 4 HAZANI BIN HANAFI NORIZA BINTI MD NOOR MUHAMAD HAZIQ BIN HAZANI 5 ZUHAL
19 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-30 (TAHUN 2022) Tarikh : 21 Mei 2022 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi-11.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka SMK Seri Hartamas Kehadiran : 1. Guru :62 orang 2. Ibu Bapa :59 orang 1.0 Ucapan Pengerusi Majlis 1.1 Pengerusi majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru dan ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30. 2.0 Ucapan Yang Dipertua (YDP) PIBG 2.1 Yang Dipertua (YDP) PIBG, Pn Aliza Azimah binti Ahmad, mengucapkan terima kasih dan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dapat bersamasama dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Hartamas Kali Ke-30 bagi sesi persekolahan 2022/2023. YDP PIBG sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana dengan kehadiran ibu bapa, PIBG dapat berkongsi pendapat dan idea bagi meningkatkan prestasi anak-anak SMK Seri Hartamas dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum. YDP PIBG juga memaklumkan tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan berminda kelas pertama dan berdaya saing. YDP PIBG mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama menunjukkan keprihatinan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG sekolah ini.
20 2.2 YDP PIBG juga memberitahu bahawa kesinambungan persatuan ini dari awal sekolah dibuka adalah didukung sepenuhnya oleh ahli PIBG. Ahli Jawatankuasa yang diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialualukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. YDP PIBG berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal memandangkan itu adalah aset yang paling berharga bagi persatuan PIBG sekolah. 2.3 YDP PIBG juga memberitahu bahawa semua yang berada di sini mempunyai peranan yang harus dipikul tanpa berbelah bagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. YDP PIBG turut menekankan bahawa walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun konsep permaufakatan akan membolehkan ibu bapa melaksanakan apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak SMK Seri Hartamas. Oleh itu, YDP PIBG menyeru setiap ahli untuk memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. 2.4 YDP PIBG berserta dengan AJK PIBG bagi sesi 2021/2022 menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran sekolah tertutamanya setelah menyaksikan sendiri kesungguhan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah ini begitu komited dalam menjalankan tugas semata-mata untuk berada bersama anak-anak SMK Seri Hartamas dalam program-program motivasi, kem atau kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan dengan satu tujuan demi kejayaan anak-anak SMK Seri Hartamas sama ada dalam akademik, sahsiah diri mahu pun dalam kokurikulum. 2.5 YDP PIBG juga yakin dan percaya bahawa para guru dan pentadbir di sekolah ini mempunyai kepakaran yang luar biasa untuk memimpin anak-anak SMK Seri Hartamas ke arah wawasan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, YDP PIBG juga memaklumkan bahawa ibu bapa harus mempunyai satu anjakan tranformasi dalam mendukung harapan dan cita-cita yang diletakkan kepada anak mereka. YDP PIBG juga memberitahu bahawa ibu bapa juga tidak boleh hanya berharap kepada guru semata-mata dan bersikap lepas tangan dalam hal-hal pembelajaran anak-anak dengan menggunakan alasan ketiadaan kepakaran dalam pedagogi atau pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa masih boleh membantu pihak sekolah dengan cara lain seperti menyumbang dari sudut kewangan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak PIBG. YDP PIBG turut memaklumkan bahawa keikhlasan itu akan menjadi jambatan untuk anak-anak mudah menuntut ilmu dalam pelajaran mereka selain bayaran sumbangan ini juga dapat memenuhi keperluan minima setiap pelajar.
21 2.6 YDP PIBG dan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua yang begitu bersemangat, inovatif dan proaktif serta tidak kenal erti jemu dan mengalah. YDP PIBG dan juga semua ahli PIBG sekolah juga akan turut memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam menghadapi perubahan pandemik kepada endemik. Diharap usaha ini dapat membantu ahli PIBG bergerak lebih aktif bagi mengusahakan sumbangan dan dana untuk membantu infrastruktur dan pembangunan sekolah. 2.7 YDP PIBG juga turut mengimbas kembali peranan selaku ahli Jawankuasa PIBG yang dilantik dan diberi kepercayaan bagi sesi 2021/2022 di sekolah ini untuk memberitahu semua ahli PIBG bahawa mereka telah mengambil beberapa inisiatif dan hasil perbincangan yang terperinci dan dipersetujui bersama, mereka telah membiayai sebahagian kos untuk program-program kecemerlangan pelajar, membantu mencari dana daripada pelbagai sumber untuk kecemerlangan sekolah, membantu memperbaiki prasarana dan infrastruktur sekolah, bersama-sama pihak sekolah menguruskan program-program kerohanian dan sahsiah murid dan memberi sokongan kepada setiap program yang diadakan oleh pihak sekolah terutamanya untuk kecemerlangan para murid di sekolah ini. YDP PIBG memaklukan bahawa usaha ini adalah berpaksikan kepada satu perkara iaitu untuk kecemerlangan anak-anak SMK Seri Hartamas. 2.8 YDP PIBG juga turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas pencapaian dan kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik mahu pun dalam bidang kokurikulum. YDP PIBG berharap agar pada tahun ini akan ada lebih banyak kejayaan akan dicapai oleh pelajar SMK Seri Hartamas. Selain itu, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para guru atas usaha gigih guru-guru yang tidak pernah jemu dalam mencurahkan ilmu kepada murid. YDP PIBG menyatakan harapan sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha dan bersemangat dalam mendidik serta melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan pada masa hadapan. 2.9 YDP PIBG mengakhiri ucapan dengan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung kali ke30 SMK Seri Hartamas Kuala Lumpur. YDP PIBG berharap AJK PIBG sesi 2022/2023 yang akan dipilih dan dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Setiap keputusan yang dibuat adalah bertunjangkan kepada asas-asas yang kukuh dengan mengambil kira kepentingan guru, murid dan ibu bapa bagi memastikan usaha untuk melahirkan generasi masa hadapan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah diri dapat dicapai. Sebagai penutup bicara, YDP PIBG menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas mahupun tenaga untuk digembleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang.
22 3.0 Ucapan Penasihat PIBG 3.1 Penasihat PIBG memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dapat bersamasama berkumpul pada hari yang mulia ini sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 bagi tahun 2022/2023, SMK Seri Hartamas Kuala Lumpur. Bagi pihak sekolah dan seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG, Penasihat PIBG mengalu-alukan kedatangan semua hadirin setelah hampir dua tahun bermesyuarat secara atas talian dan akhirnya dapat bermesyuarat secara bersemuka semula bagi membincangkan hal-lain yang berkaitan dengan persekolahan dan kemenjadian anak-anak SMK Seri Hartamas. Beliau berharap kehadiran ini juga dapat menyuntik semangat dan iltizam untuk terus meningkatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan sekolah ini serta merupakan titik tolak permulaan untuk satu proses kolaboratif antara pihak sekolah dengan komuniti setempat terutama dalam kalangan ibu bapa dan waris kepada murid-murid di sekolah ini. 3.2 Penasihat PIBG memaklumkan keterlibatan ibu bapa merupakan salah satu faktor yang dapat memberi sokongan kepada anak-anak dalam menempuh perjalanan hidup yang penuh mencabar pada hari ini setelah lebih dua tahun menjalani norma baharu pandemik Covid-19 dan sebagaimana yang diketahui, sesi persekolahan hanya dapat dijalankan secara bersemuka mulai bulan Oktober 2021 bagi tingkatan 5 dan bulan November bagi tingkatan yang lain. Manakala proses penggiliran bagi tingkatan 4, 3, 2 dan 1 dan hanya tingkatan 5 sahaja yang tiada penggiliran. Sepanjang tempoh penutupan sekolah, murid-murid telah belajar secara Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR) dan jadual belajar secara dalam talian juga telah dibekalkan kepada semua murid. Penasihat PIBG memaklumkan bahawa itu merupakan tempoh yang sukar kerana pelbagai kekangan yang terpaksa ditempuh oleh ibu bapa, guru-guru dan juga murid-murid. Walaubagaimana pun, Penasihat PIBG memanjatkan syukur kerana murid-murid dapat bersekolah secara bersemuka semula pada penghujung tahun lepas dan hingga ke hari ini tanpa penggiliran dengan SOP yang lebih longgar dalam fasa peralihan ke endemik Covid-19 berpandukan kepada SOP Pengoperasian Sekolah mulai 1 Mei yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.3 Penasihat PIBG mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Dipertua PIBG Puan Aliza Azimah binti Ahmad serta barisan Ahli Jawatankuasanya yang banyak membantu pihak sekolah sama ada dari segi meluluskan peruntukanperuntukan daripada wang sumbangan yang telah ibu bapa sumbangkan hasil kutipan wang PIBG pada tahun 2021. Selain itu, meluluskan bajet-bajet dengan mengambil kira persetujuan dari banyak pihak dan rasional sebab musabab, maka segala peruntukan tersebut diluluskan. Sumbangan-sumbangan dalam bentuk sokongan moral, buah fikiran malah sumbangan tenaga yang tidak putus-putus telah juga dicurahkan, walaupun berhadapan saat-saat sukar dengan PKP dan PKPB yang membataskan pergerakan sebelum ini.
23 3.4 Penasihat PIBG memaklumkan bahawa semua Mesyuarat Agung PIBG sekolah mestilah diadakan pada setiap tahun dengan memilih dan melantik Ahli jawatankuasa PIBG pada setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Di samping itu,ahli PIBG juga diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa seperti mana yang tercatat pada SPI bilangan 5 tahun 2001 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.5 Penasihat PIBG menasihati kepada barisan kepimpinan PIBG yang bakal dilantik nanti dan semua ahli PIBG sekolah ini bahawa kita mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. 3.6 Penasihat PIBG mengharapkan bahawa kepimpinan PIBG sekolah ini tidak tersasar daripada matlamat asal penubuhannya yang akhirnya sudah pasti akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah. Penasihat PIBG juga memberitahu sudah menjadi tanggungjawab beliau sebagai penasihat untuk memaklumkan dan memberitahu semua ahli PIBG dan Ahli Jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik oleh para ibu bapa berkaitan kandungan Peraturan Pendidikan 1998 ini agar sentiasa dipatuhi pada setiap masa setiap kali mesyuarat Agung PIBG diadakan. 3.7 Penasihat PIBG mengharapkan wujudnya permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran muri, serta mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat (school home community partnership). 3.8 Penasihat PIBG berharap agar perjumpaan secara bersemuka ini dapat membantu pihak sekolah dan ibu bapa agar dapat berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak-anak SMK Seri Hartamas. Permuafakatan seperti ini akan menjadi kunci kejayaan PIBG sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG seperti yang sudah diterangkan. Selain daripada melantik Ahli Jawatankuasa yang baharu dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa diharapkan juga Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini berbincang dan mendapat persetujuan bersama dan perkara-perkara yang diputuskan diberi pertimbangan sebaik mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-murid. Pada masa ini jugalah peranan sebagai ahli PIBG diberi peluang untuk memberi pandangan dan ideaidea bernas bagi membantu pihak sekolah untuk melaksanakan agenda-agenda yang dirancang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
24 3.9 Penasihat PIBG turut berkongsi aspirasi sekolah iaitu agar sekolah ini dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan mengikut (KPI) sama ada dalam bidang akademik, Hal Ehwal Murid mahupun Kokurikulum. Dalam bidang akademik, sekolah mensasarkan akan mencapai KPI yang ditetapkan dari segi GPS, peratus lulus dan bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran pada peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan SPM bagi sesi 2020/2021 menyaksikan sekolah telah memperolehi 95.40% dan GPS 4.11. Manakala Murid yang mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran seramai 15 orang dan ini merupakan pencapaian yang tertinggi daripada sebelumnya. 3.10 Penasihat PIBG memaklumkan bahawa peperiksaan SPM bagi sesi persekolahan tahun 2021 telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun ini seperti yang dijadualkan oleh Lembaga Peperiksaan dengan SOP yang ketat. Selain itu, terdapat kekangan masa dan hari bersemuka persekolahan pada tahun lepas untuk murid-murid tingkatan 5 SPM sesi 2021/2022 telah menyebabkan beberapa perkara yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Peruntukan kewangan PIBG bagi program Kecemerlangan Tingkatan 5 juga digunakan oleh panitia sebaik mungkin untuk pelbagai program termasuk kelas bimbingan dan bengkel-bengkel secara dalam talian (Online). Penasihat PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah banyak memberikan sumbangan dan bantuan kepada pihak sekolah sepanjang peperiksaan SPM diadakan baru-baru ini selain berdoa agar murid-murid mendapat keputusan yang cemerlang. 3.11 Penasihat PIBG juga memaklumkan dalam aspek Hal Ehwal Murid pula, pihak sekolah mensasarkan peratus kehadiran murid melebihi 90% kehadiran ke sekolah. Penasihat PIBG memaklumkan bahawa pada tahun lepas sekolah telah menyediakan program HEM antaranya, program Gerobok Rezeki, Ziarah Cakna, Sesi Kaunseling, Program Tag, dan Program Rekrut Ring-ring. 3.12 Penasihat PIBG juga memaklumkan dalam aspek Kokurikulum, pihak sekolah mensasarkan penyertaan yang lebih banyak untuk pertandingan peringkat zon, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pensihat PIBG memaklumkan bahawa sekolah akan terus berusaha untuk memperoleh kecemerlangan dalam aspek Kokurikulum kerana anak-anak SMK Seri Hartamas mempunyai potensi dan bakat yang boleh digilap dan diketengahkan dengan kerjasama ibu bapa. 3.13 Penasihat PIBG juga memaklumkan bahawa pihak sekolah akan meneruskan agendaagenda yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menambah baik prestasi pencapaian di sekolah. Penasihat PIBG sungguh berbesar hati atas sumbangansumbangan yang telah diberikan dan diusahakan oleh kepimpinan PIBG dalam misi meningkatkan kecemerlangan sekolah ini. Ini adalah sebahagian besarnya atas usaha guru, murid-murid dan ibu bapa serta sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh PIBG. Penasihat PIBG mengharapkan sumbangan kewangan PIBG sesi 2022/2023
25 akan lebih meningkat dan sumbangan ini juga akan membantu kos penyelenggaran sekolah yang akan dinyatakan nanti secara terperinci dalam Pembentangan kewangan PIBG sesi 2021/2022. 3.14 Penasihat mengharapkan pada tahun ini kepimpinan Jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik dapat meneruskan kesinambungan usaha-usaha yang dilakukan oleh kepimpinan PIBG sebelumnya dalam membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah, memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti yang dianjurkan bersama. Selain daripada pencapaian di bidang akademik , diharapkan juga murid-murid sekolah ini akan cemerlang dalam bidang-bidang lain. 3.15 Penasihat PIBG juga berharap ibu bapa menghargai jasa-jasa guru dan berbincang dengan penuh hemah dan bijaksana sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak. Penasihat PIBG memaklumkan bahawa guru-guru di sekolah ini akan sentiasa mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah digarispandukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan SOP dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dengan jangkitan virus Covid-19 di sekolah walaupun kini terdapat beberapa kelonggaran SOP daripada pihak kementerian. Selain itu, pihak sekolahh mengharapkan peranan PIBG dalam membantu menerangkan dan menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah. Diharapkan dengan kerjasama dan permuafakatan yang terjalin erat ini akan mendatangkan impak yang lebih besar terhadap kejayaaan SMK Seri Hartamas. 4.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-29 4.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 dibentangkan oleh YDP PIBG dan Encik Amirul Arifin Sopiee bin Md Nordin mencadangkan minit tersebut disahkan serta disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 5.0 Perkara-perkara Berbangkit 5.1 Tiada perkara- perkara berbangkit dibincangkan dalam Mesyuarat Agung kali ke-29. 6.0 Laporan Aktiviti PIBG 2021/2022 6.1 Laporan aktiviti PIBG 2021/2022 dibentangkan oleh Setiausaha PIBG iaitu Puan Nur Syairah binti Azhar . (Rujuk Lampiran)
26 6.2 Puan Uma Devi A/P Marimuthu mencadangkan untuk menerima laporan Aktiviti PIBG 2021/2022 dan disokong oleh Puan Evelyn Tan Mei Chen. 7.0 Laporan Kewangan 7.1 Puan Laila Fasyah Bt. Ibrahim iaitu Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan. (Rujuk Lampiran) 7.2 Y. M. Tunku Azela binti Tunku Aziz mencadangkan untuk menerima laporan kewangan bagi tempoh berakhir dan disokong oleh Pn. Evelyn Tan Mei Chen. 8.0 Cadangan kutipan bayaran- bayaran lain bagi SMK Seri Hartamas bagi sesi 2022/2023 8.1 YDP PIBG membentangkan cadangan kutipan bayaran-bayaran lain bagi tahun 2022 mengikut tingkatan (rujuk lampiran). Penambahan RM100 bagi kutipan bayaran Tingkatan 3 berbanding Tingkatan 1 dan 2 adalah bagi peruntukan Program Kecemerlangan PT3. Selain itu, kutipan bayaran adalah tidak termasuk majlis Apresiasi bagi murid Tingkatan 5. 8.2 Encik Amirul Arifin Sopiee bin Md Nordin mencadangkan untuk menaikkan sumbangan sebanyak RM5 bagi tujuan penyelenggaraan am. 8.3 Merujuk kepada cadangan Encik Amirul Arifin Sopiee bin Md Nordin, Puan Bernice Chan mengajukan soalan mengenai kenapa tidak dimanfaatkan dana kutipan PIBG yang sedia ada, selain mengutarakan pendapat di mana walaupun nilai RM5 itu mungkin kecil bagi sesetengah pihak, mungkin ada sesetengah ibu bapa yang terkesan dengan penambahan tersebut. Walau bagaimanapun, Puan Bernice Chan bersetuju dengan cadangan tersebut yang di lihat dapat dimanfaatkan untuk tujuan pembaikan sekolah. 8.4 Menjawab soalan yang diajukan oleh Puan Bernice Chan, En Amirul menyatakan bahawa, mana-mana ibu bapa yang kurang berkemampuan boleh meminta diskaun bayaran. En. Amirul juga menjelaskan, walaupun baki kutipan PIBG masih berbaki lebih kurang RM100 ribu, namun pihak sekolah tidak boleh menggunakan kesemua duit tersebut sekaligus, kerana menjadi rezab jika hal-hal yang tidak dijangka berlaku pada masa hadapan.
27 8.5 Puan Samhanin binti Abdul Majid mengutarakan soalan-soalan seperti berikut; 8.5.1 Adakah terdapat kaedah pemantauan kutipan bayaran yang telah dijalankan bagi memantau bayaran yang telah dibuat? Beliau kemudian memberi cadangan supaya jumlah kutipan semasa dana PIBG di umumkan dari semasa ke semasa mengikut kelas bagi memberi motivasi kepada penjaga membuat pembayaran. 8.5.2 Adakah pihak sekolah akan mengadakan karnival atau apa-apa aktiviti yang seumpamanya bagi tujuan mengumpul dana. 8.5.3 Mencadangkan sekolah di cat semula. 8.6 YDP PIBG memberi respon kepada soalan-soalan Puan Samhanin binti Abdul Majid; 8.6.1 Untuk menjaga sensitiviti, nama yang masih belum membuat pembayaran tidak dapat di dedahkan. Namun, beberapa inisiatif telah di ambil bagi mengutip dana PIBG seperti, guru kelas telah sering kali memberi peringatan kepada ibu bapa melalui Whatsapp sepanjang tahun dan juga peringatan susulan melalui panggilan telefon. Beliau juga menambah, bagi memudahkan ibu bapa membuat pembayaran, bayaran juga boleh di buat di atas talian. Selain itu, pengecualian dari membuat bayaran boleh juga di mohon oleh ibu bapa jika ibu bapa berhadapan kesulitan untuk membuat bayaran. Namun, ada sesetengah ibu bapa yang tidak memohon pengecualian bayaran tersebut. Puan YDP juga menambah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sumbangan PIBG adalah mengikut keluarga dan bukan mengikut individu yang mana sedikit sebanyak mengurangkan jumlah kutipan. 8.6.2 Menurut Penasihat PIBG, Puan Suzieany, pada masa sekarang sekolah sudah pun beransur-ansur menjalankan aktiviti korikulum. Dimana AGM telah dilaksanakan secara bersemuka dan kemudian aktiviti-aktiviti kokurikulum akan di rangka oleh ahli Lembaga kelab/persatuan/permainan yang baharu. 8.6.3 Dari semasa ke semasa, pihak sekolah telah membuat permohonan kepada Jabatan Pendidikan untuk kos baik pulih sekolah. Namun, jumlah dana yang diperoleh adalah tidak mencukupi untuk menampung kos mengecat satu sekolah. Walaubagaimanapun, pihak sekolah akan membuat permohonan penyelenggaraan mengecat sekolah.
28 8.7 Encik Ali mengutarakan isu mengenai kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu tengah hari. Selain itu, beliau juga bersetuju bahawa sekolah memerlukan penambahbaikan dari segi pengubahsuaian. 8.8 Menjawab isu yang di utarakan oleh Encik Ali, Penasihat PIBG berkata isu trafik di hadapan sekolah adalah isu yang masih lagi berlarutan dari tahun 2019, pihak sekolah telah berjaya menjadikan laluan sehala mengikut ketetapan masa dari DBKL. Namun, tindakan ibu bapa yang datang awal untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan meletakkan kereta di bahu-bahu jalan telah menyumbang kepada kesesakan yang berlaku dan perkara ini masih lagi berlaku walaupun ibu bapa telah diberi peringatan. Selain itu, Puan Pengetua memberitahu pada masa sekarang hanya 4 orang pekerja pembersihan yang bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan sekolah yang mana dua darinya adalah tukang kebun. Perkara tersebut merupakan antara beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam usaha menjaga kebersihan kawasan sekolah. Puan Pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG yang telah membantu menyelesaikan isu paip bocor semasa PKP yang lepas. 8.9 Encik Nazim bin Azizan bertanya mengenai sumbangan yang pernah diperoleh pihak sekolah dari mana-mana syarikat korporat. 8.10 Menjawab soalan Encik Nazim bin Azizan, YDP PIBG memberitahu bahawa setakat ini, sekolah tidak menerima sumbangan tetap dari mana-mana syarikat korporat selain daripada pejabat Menteri Besar (YB Hannah Yeoh). Encik Amirul Arifin Sopiee bin Md Nordin kemudian menyatakan, agak sukar untuk mendapat sumbangan dari syarikat-syarikat korporat terutamanya semasa pandemik Covid berlaku. Pihak PIBG sebelum ini telah berjaya mendapatkan sumbangan seperti router, sistem pendawaian dan wifi dari badan-badan korporat namun bukan dalam bentuk dana. 8.11 Tiada bantahan terhadap usul menambah dana RM5 oleh Encik Amirul dan di sokong oleh Pn. Zizie. 8.1.2 YDP PIBG membentangkan usul cadangan kutipan sumbangan tahunan PIBG sebanyak RM 80 sekeluarga. Puan Evelyn Tan Mei Chen mencadangkan untuk menerima usul tersebut. Cadangan tersebut turut disokong oleh Encik Amirul Arifin Sopiee bin Md Nordin. Keputusan ini diterima sebulat suara oleh semua pihak yang hadir.
29 9.0 Membentangkan Dan Membahaskan Usul 9.1 Terdapat 10 usul yang telah dikemukakan oleh ibu bapa: 1. En. Hamdan bin Ahamad Unit Disiplin mencadangkan PIBG memasang 2 unit cctv untuk setiap tingkat dan setiap blok sekolah. 4 x 4 level x 4 blok = 64 unit + 24 unit di tangga untuk setiap lavel + 1 unit di pondok pengawal + 1 kantin + satu menghala ke Gelanggang permainan + 1 menghala ke padang. Jumlah keseluruhan 91 unit. Maklum balas Penasihat PIBG mengatakan bahawa CCTV dapat membantu mengawal dan memantau pergerakan murid selain menjaga keselamatan murid terutamanya dalam mengekang kes-kes ponteng dan kecurian. 2. Dr. Vaishnavi Jeyasingaru Penyediaan loker di setiap kelas pelajar bagi penyimpanan buku pelajar. Kos dapat ditanggung oleh setiap ibu bapa yang berminat. Maklum balas YDP PIBG memberitahu bahawa pihak sekolah ada menyediakan perkhidmatan loker yang di uruskan oleh koperasi sekolah. Namun, bilangannya adalah terhad. Selain itu, YDP PIBG juga menyatakan kebimbangan beliau, di mana dikhuatiri ada pelajar yang akan menyalahgunakan perkhidmatan loker untuk membawa barang-barang terlarang ke sekolah seperti telefon bimbit dan rokok. 3. Pn. Sarawathi Visunathan Bahasa Jerman memberikan banyak kelebihan kepada murid yang ingin mencari peluang bagi menyambung pelajaran di negara Jerman. Namun begitu, tidak ramai yang mempunyai pengetahuan berkenaan peluang tersebut. Oleh itu, para guru perlu menjadi lebih kreatif serta inovatif di dalam bilik darjah untuk membantu murid dalam komunikasi Bahasa Jerman. Kami memerlukan pihak sekolah dan guru untuk mengenal pasti cara yang terbaik untuk Maklum balas YDP PIBG memberitahu antara beberapa inisiatif yang telah dijalankan oleh Guru Bahasa Jerman antaranya termasuklah lawatan ke sekolah Jerman bagi memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi secara langsung dengan penutur Bahasa Jerman. Selain itu, pada minggu kerjaya, wakil dari sekolah Jerman telah dijemput untuk memaklumkan tentang kursus yang ditawarkan bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di negara Jerman selepas SPM. Penasihat PIBG juga turut
30 memastikan murid sentiasa berminat dalam mempelajari bahasa tersebut. menambah bahawa beberapa inisiatif lain akan menyusul bersesuaian dengan kebenaran Kementerian Pendidikan semasa musim wabak Covid-19. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan Persatuan Bahasa Jerman adalah salah satu inisiatif untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa tersebut. 4. Pn. Sarawathi Visunathan Murid haruslah dibenarkan membawa telefon ke sekolah. Ini pasti akan dapat dilaksanakan sekiranya pihak sekolah membenarkan penggunaan telefon bimbit selepas waktu sekolah serta murid haruslah mematikan telefon bimbit ketika waktu sekolah. Sekiranya murid membawa telefon ke sekolah, ibu bapa akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan anak mereka terutamanya melibatkan hal kecemasan dan urusan mengambil anak selepas waktu sekolah. Hal ini kerana, pada waktu petang kebiasaannya lalu lintas yang sibuk menyebabkan kami tidak dapat memaklumkan kepada mereka. Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga dapat membantu murid memesan makanan melalui aplikasi Grab dan Food Panda memandangkan mereka akan mula menjalankan aktiviti selepas sekolah dan pulang lambat. Maklum balas Penasihat PIBG menyatakan bahawa larangan membawa telefon bimbit ke sekolah telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah harus akur dengan arahan tersebut. Penasihat PIBG turut menyatakan bahawa terdapat aduan daripada penduduk kawasan perumahan berhadapan sekolah yang melaporkan bahawa ada pelajar meletakkan alamat penduduk untuk penghantaran makanan. Selain itu, beliau memaklumkan bahawa pelajar tidak digalakkan untuk membeli makanan dari luar atas faktor kebersihan dalam penyediaan makanan itu sendiri. Di Samping itu, jika ada pelajar yang ingin menghubungi ibu bapa mereka, mereka boleh menggunakan telefon di pejabat sekolah. 5. Pn. Octavia Mohamad Pihak sekolah harus mula mengaktifkan Kelab Tarian serta mendapatkan bantuan daripada jurulatih luar memandangkan kebanyakan bekas pelajar SKBD yang pernah menyertai Dewangga Tari. Maklum balas Penasihat PIBG mengalukan jika ada jurulatih dalam kalangan ibu bapa yang ingin membantu menjadi jurulatih bagi Kelab Tarian yang berada di bawah Kelab Muzik dan Koir. Namun, jurulatih tersebut perlu mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
31 6. Pn. Octavia Mohamad Pihak sekolah perlu mengiklankan pertandingan yang diadakan di sekolah lebih awal dan guru juga perlu proaktif membantu murid dalam penglibatan sesuatu pertandingan dan tidak membiarkan pelajar melakukannya sendiri. Maklum balas Penasihat PIBG, memaklumkan bahawa iklan pertandingan akan dihebahkan di dalam Group Whatsapp. Jika ada pelajar yang berminat menyertai pertandingan, pelajar juga boleh berjumpa dengan PK Koko atau berjumpa dengan Puan Pengetua jika tidak mendapat maklum balas daripada guru. 7. Pn. Aida Norzeti bt Ab Talib Usul untuk pihak sekolah mempunyai jaket varsiti sendiri dan murid tidak perlu lagi memakai jaket sukan/baju sejuk ke sekolah. Maklum balas Penasihat PIBG memaklumkan, usul ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat Agung Koperasi untuk melihat terlebih dahulu sambutan yang diterima. 8. Pn. Aida Norzeti bt Ab Talib Usul untuk pihak sekolah membaiki atau membeli peralatan PA sistem bagi kegunaan ketika perhimpunan (cadangan untuk mendapatkan speaker dan microphone). Maklum balas Penasihat PIBG memaklumkan bahawa pihak sekolah telahpun membeli peralatan PA sistem seperti yang digunakan pada mesyuarat PIBG pada kali ini, tetapi sekolah juga perlu membeli amplifier dan pembesar suara untuk tapak perhimpunan. 9. En. Muralidaran A/L Moganadas Kebenaran untuk menggunakan telefon bimbit selepas waktu persekolahan untuk membuat tempahan Grab Car. Maklum balas Penasihat PIBG menekankan sekali lagi bahawa, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah telah dikuatkuasakan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Penasihat PIBG juga menambah, isu keselamatan juga perlu di ambil kira sekiranya pelajar pulang menggunakan perkhidmatan ehailing. Jadi, ibu bapa dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan transporter.
32 10. En. Muralidaran A/L Moganadas Memberi waktu rehat tambahanan kepada murid-murid yang tamat waktu sekolah pada jam 2.30 petang. Maklum balas Penasihat PIBG menyatakan beliau akan memaklumkan kepada guru subjek yang untuk membenarkan murid rehat selama 10 minit dan makan di dalam kelas. 9.2 Terdapat 2 soal jawab yang telah dikemukakan ibu bapa: 1. Puan Samhanin binti Abd Majid Memberi cadangan supaya pihak sekolah mengeluarkan rumusan murid yang telah membayar sumbangan PIBG contohnya seperti carta pai pada setiap bulan untuk meningkatkan jumlah murid yang selesai membayar sumbangan PIBG. Maklum balas YDP PIBG memaklumkan bahawa, guru-guru kelas telah membuat pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah ini seperti berhubung sendiri dengan ibu bapa. Namun, isu ini agak sensitif untuk dimaklumkan kepada semua jika rumusan pembayaran dikeluarkan. Pihak sekolah memahami masalah ibu bapa, namun berbalik kepada sikap ibu bapa yang ambil tahu ataupun tidak. Jika tidak boleh bayar, ibu bapa perlu menghantar surat pemakluman kepada pihak sekolah. 2. Puan Samhanin binti Abd Majid Memberi cadangan berkenaan karnival yang mungkin boleh diadakan untuk meningkatkan dana kepada pihak sekolah bagi tujuan penyelenggaraan. Maklum balas Penasihat PIBG memaklumkan bahawa, perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBG yang akan diadakan bersama-sama AJK jika ada keperluan untuk diadakan. 10.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022 10.1 Pengerusi Majlis mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2021/2022 dengan rasminya dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan AJK PIBG yang terlibat.
33 11.0 Pelantikan Pengerusi Sementara 11.1 Sidang mesyuarat sebulat suara memilih Encik Mohd Zulfadli bin Majid sebagai pengerusi sementara Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30. 12.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2022/2023 12.1 Mesyuarat telah membuat pemilihan AJK PIBG 2022/2023 secara undian. 12.2 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG yang baharu sesi 2022/2023 seperti berikut: AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KE-30 Penasihat : Puan Suzieany bt Mohammed Harris Ex-Officio : Pn Norsalmi bt Abdul Rahman (Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) : Pn Rohana Md Noh (Penolong Kanan Kokurikulum) Yang Dipertua : Pn. Aliza Azimah Ahmad Naib Yang Dipertua : En. Amirul Arifin Sopie bin Md Nordin Setiausaha : Cik Nur Alia Syahida bt Nik Hasbullah Naib Setiausaha : Pn. Shafarinah bt Shamsuddin Bendahari : Cik Nor Mazlina bt Yaacob Naib bendahari : Pn. Punitha Narayanasamy AJK (Wakil Guru) : 1) En. Farid Albar bin Nawi 2) Pn. Chong Choy Lin 3) Cik Daisy Angelina a/p Anthonysamy AJK (Wakil Ibu Bapa) : 1) Pn. Evelyn Tan Mei Chen 2) Dr. Maria Hisham 3) Y. M. Tunku Azela binti Tunku Aziz
34 4) Pn. Elena binti Mohamad Ramly 5) Pn. Sri Azimah binti Abu Bakar 6) Pn. Tharmarani a/p Raja Thurai 7) En. Mohamad Rodzhan bin Mat Radzi 8) Pn. Nur Laili binti Abd Aziz 9) Pn. Bernice Chan Hoi Yen 10) Pn. Azlul Azimah binti Zaghlol 11) En. Andy anak Jonathan Achil 12.3 Juru Audit Dalam akan dilantik dalam mesyuarat dalam PIBG. 13.0 Hal-Hal Lain 13.1 Tiada hal-hal lain dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30. 14.0 Ucapan YDP Dipilih 14.1 Puan Aliza Azimah merasa gembira kerana dipertanggungjawabkan sekali lagi sebagai YDP PIBG dan berbesar hati kerana penglibatan para bapa meningkat dalam kalangan Ahli Jawatankuasa ibu bapa. Beliau berharap semua Ahli Jawatankuasa yang dipilih dapat memberi kerjasama yang baik dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik sebagai satu pasukan. 14.2 Puan Aliza Azimah mengucapkan terima kasih bagi semua AJK PIBG yang ke-30 untuk segala sumbangan dan bantuan yang telah diberikan dan beliau mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang baharu dipilih. 15.0 Penutup 15.1 Pengerusi Majlis mengucapkan tahniah atas pelantikan AJK PIBG untuk sesi 2022/2023. Beliau berharap agar semua ibu bapa dapat terus memberi sokongan padu kepada sekolah demi kecemerlangan murid SMK Seri Hartamas. 15.2 Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG dan semua ibu bapa. 15.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.
35 Disediakan oleh, ……………………………………… (SITI MAISHARAH BINTI MUHAMMAD) Pencatat Minit Mesyuarat PIBG 2022/2023 SMK Seri Hartamas. Disemak oleh, …………………………………….. (PN. ALIZA AZIMAH AHMAD) Yang Dipertua PIBG 2021/2022 SMK Seri Hartamas.
36 LAPORANAKTIVITI PIBG 2022
37 LAPORAN PENGLIBATAN & AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 2022 Kokurikulum 1. Mengumpul dana dengan membuat aktiviti jualan semasa Hari Sukan Tahunan. 2. Memberi wang saku kepada murid yang wakil pertandingan Debat Bahasa Inggeris peringkat kebangsaan. 3. Memberi sumbangan dana untuk pengangkutan ke stadium pada Hari Sukan Tahunan. 4. Memberi sumbangan dana untuk pengangkutan murid ke pertandingan sukan anjuran Jejak Juara Kuala Lumpur. 5. Melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti kokurikulum bersama murid sebagai jurulatih dan pengiring ke acara pertandingan. Akademik 1. Melibatkan diri secara langsung dalam jawatankuasa dan mesyuarat PIBG. 2. Mewujudkan whatsapp group kelas bersama ibu bapa dan menyampaikan maklumat sekolah untuk Tahun 2022. 3. Membiayai wang sagu hati guru ganti yang menggantikan guru bersalin. 4. Memberi wang sagu hati dan hadiah kepada murid cemerlang SPM semasa Hari Anugerah Cemerlang. 5. Membiayai makanan murid dan guru pengawas sewaktu Ujian Bertutur SPM. 6. Membiayai bayaran baucar untuk pengawas SPM 2022. 7. Melibatkan diri dalam mesyuarat/taklimat bersama JPN dan KPM. 8. Membiayai bayaran bagi cetakan modul latihan SPM 2022. Infrastruktur 1. Menyelenggara dan membaikpulih tandas sekolah sebanyak tujuh kali bagi tahun 2022. 2. Membiayai kos Femicare iaitu pelupusan sanitasi di tandas murid perempuan. 3. Menyumbang 100 buah kerusi dan meja untuk dewan bagi kegunaan SPM tahun 2022. 4. Menyelenggara pendingin hawa di bilik guru, pusat sumber dan makmal komputer. 5. Membantu pemantauan pemasangan CCTV di kawasan sekitar sekolah. 6. Membiayai kos penyelenggaraan dan pemasangan mesin air Coway untuk murid. Sahsiah 1. Memberi dana untuk majlis Sambutan Hari Raya dan juga Hari Guru di sekolah. 2. Memberi dana untuk majlis makan malam pengawas. 3. Memberi dana untuk majlis makan malam pengawas pss, pengawas buku teks dan pembimbing rakan sebaya. 4. Membantu mengawal lalu lintas di Kawasan sekolah. Disediakan Oleh : Nur Alia Syahida binti Nik Hasbullah Setiausaha Kehormat PIBG SMK Seri Hartamas.
38 LAPORAN KEWANGAN 2022
39
40
41
42
43
44
45
46 Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Seri Hartamas Jalan 48/70A, Desa Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur Report on SMK Seri Hartamas PIBG Accounts For The Year Ended 31st December 2022 We, Sri Azimah binti Abu Bakar and Elena Mohamad Ramly, confirm that we have audited the Statement of Receipts and Payments for the year ended on 31st December 2022 and the accompanying notes are of the opinion based on our audit: 1) The statements show a fair record of the activities and transactions that occurred during the year under review, and 2) There are no material omissions or misstatements.
47 ,
48 KUTIPAN BAYARAN-BAYARAN LAIN BAGI SMK SERI HARTAMAS BAGI TAHUN 2022 BIL. JENIS BAYARAN TINGKATAN 1 2 3 4 5 1 Majalah Sekolah (Satu Keluarga) 25.00 25.00 25.00 25.00 25.00 2 Aktiviti Sahsiah & Permainan 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 3 Bahan Cetak PdP dan Modul 20.00 20.00 20.00 30.00 50.00 4 Sumbangan PIBG 80.00 80.00 80.00 80.00 80.00 5 Program Kecemerlangan SPM - - - - 100.00 6 Penyelenggaraan Awam 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 8 Penyelenggaran Komputer 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 JUMLAH ( RM ) 160.00 160.00 160.00 170.00 290.00 CADANGAN KUTIPAN BAYARAN-BAYARAN LAIN BAGI SMK SERI HARTAMAS BAGI TAHUN 2023 BIL. JENIS BAYARAN TINGKATAN 1 2 3 4 5 1 Majalah Sekolah (Satu Keluarga) 25.00 25.00 25.00 25.00 25.00 2 Aktiviti Sahsiah & Permainan 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 3 Bahan Cetak PdP dan Modul 30.00 30.00 30.00 30.00 50.00 4 Sumbangan PIBG 80.00 80.00 80.00 80.00 80.00 5 Program Kecemerlangan SPM - - - - 100.00 6 Penyelenggaraan Awam 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 8 Penyelenggaran Komputer 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 JUMLAH ( RM ) 175.00 175.00 175.00 175.00 295.00 * PECAHAN BAGI BAYARAN TAMBAHAN KELAS PEPERIKSAAN SPM 2023 BIL PERKARA JUMLAH 1. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI i) Program Kelas Tambahan ii) Program khas setiap panitia mata pelajaran iii) Kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas 50.00 2. PROGRAM CERAMAH/ MOTIVASI/ BENGKEL i) Bayaran penceramah ii) Bahan edaran/ Nota 50.00 JUMLAH 100.00 “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, .................................................... (PUAN SUZIEANY BT MOHAMMED HARRIS) Pengetua SMK Seri Hartamas
49 USUL-USUL BIL USUL NAMA PEMBAWA USUL 1. Padang sekolah berlubang-lubang dan tidak diperbaiki bertahun lamanya perlu diperbaiki. Semenjak anak saya memasuki SMKSH pada tahun 2022, selama setahun pelajar-pelajar SMKSH tidak dapat membuat latihan sukan dan permainan seperti ragbi dan bola sepak di padang sekolah kerana keadaan berlubang yang teruk. Saya difahamkan oleh ibubapa pelajar-pelajar senior bahawa padang sekolah telah tidak dapat digunakan selama beberapa tahun sebelum 2022. Bilakah pelajarpelajar SMKSH akan dapat menggunakan padang tersebut? Bilakah padang sekolah akan diperbaiki? Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Samhanin binti Abdul Majid 2. Keadaan tandas pelajar yang teruk- pintu rosak, tiada saluran getah ( hos ) atau gayung untuk cebok, tandas kotor dan buruk. Samhanin binti Abdul Majid 3. Prasarana sekolah yang buruk dan Nampak lama, sekolah perlu dicat. Samhanin binti Abdul Majid 4. Tiada program sekolah bersama pelajar dan ibubapa dalam bulan Ramadhan seperti majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih. Samhanin binti Abdul Majid 5. Tiada program amal jariah untuk ibubapa seperti kutipan sumbangan makanan atau wang untuk disumbangkan kepada keluarga pelajar kurang mampu di SMKSH pada bulan Ramadhan. Samhanin binti Abdul Majid 6. Masalah disipin seperti vape, ponteng dan ber “couple” di sekolah. Samhanin binti Abdul Majid 7. Adakah terdapat Buletin/ Majalah PIBG SMKSH untuk ibubapa? Samhanin binti Abdul Majid 8. Menaik taraf tandas sekolah supaya bersih , supply air bersama sabun dan sanitizer yang lengkap. Maya Watee Hamzah
50 9. Penempatan loker di dalam kelas. Rafidah Sabli 10. Cadangan memperbanyakkan menu makanan yang lebih sihat. Rafidah Sabli 11. Melakukan gotong royong pembersihan sekolah secara berterusan untuk pelajar- pelajar. Emma Sharmila bin Hasbullah 12. Hentikan perhimpunan di kawasan jalan tar di musim panas. Emma Sharmila bin Hasbullah 13. Tandas sangat kotor. Manjit Singh 14. Pihak pengusaha kantin menyediakan makanan berkhasiat,enak,dan mengenyangkan dengan harga berpatutan. Rita Baharudin 15. Membaik pulih tandas-tandas sekolah. Rita Baharudin