“SHARING IS CARING”
Cikgu Marina binti Ebrahim
Unit Bimbingan & Kaunseling
MENGENALI BAHAGIAN DAN FUNGSI OTAK MANUSIA
Struktur Otak Manusia
Otak manusia (human brain) merupakan sebahagian daripada system saraf pusat dan terletak di
rongga kranium (cranial cavity).
Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta sel saraf, mempunyai berat kira-kira 1.4 - 1.5 kg, dan
merupakan otak yang paling rencam dalam alam haiwan
Terdapat tiga (03) bahagian utama dalam otak manusia, iaitu:
Serebrum (cerebrum)
Serebelum (cerebellum)
Medula oblongata (medulla
Serebrum
Mengawal semua tindakan terkawal.
Mengawal segala aktiviti kecerdasan, pembelajaran,
kiran dan ingatan.
Menerima dan mentafsir utusan dari deria
penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa.
Serebelum
Mengawal keseimbangan badan.
Menyelaraskan segala aktiviti yang terlibat dalam pergerakan.
Medula oblongata
Mengawal semua tindakan luar kawal seperti pernafasan,
denyutan jantung dan peristalsis (peristaltic).
Menyelaraskan tindakan re ex seperti muntah, batuk, bersin
dan rembesan air
Otak Kecil (Cerebellum)
Otak Kecil atau Cerebellum posisinya berada pada bagian belakang kepala, dekat dengan hujung leher
bahagian atas. Cerebellum mempunyai fungsi untuk mengawal keseimbangan dan sistem gerak motor
pada manusia, diantaranya: mengatur sikap atau posisi tubuh, mengawal keseimbangan, koordinasi
otot dan gerakan tubuh. Otak Kecil juga menyimpan dan melaksanakan serangkaian gerakan otomatis
atau re eksi seperti dengan menangkap gelas yang akan jatuh ke lantai secara tiba- tiba.
Batang otak (brainstem)
Batang otak adalah seikat jaringan saraf di dasar otak. Fungsinya sebagai station pemancar yang
menghubungkan otak besar ke saraf tulang belakang, serta mengirim dan menerima pesan antara
berbagai bagian tubuh dan otak.
Batang otak terdiri dari 3 struktur utama, iaitu otak
tengah, pons, dan medulla oblongata. Otak tengah
adalah pusat pengatur gerakan otot mata, sedangkan
pons terlibat dalam koordinasi gerakan mata dan otot
wajah, pendengaran, dan keseimbangan.
Khasiat tumbuhan alami untuk otak
Kunyit dan kari : Mencegah timbunan amyloids yang boleh menyebabkan alzeimer.
Membersihkan salur darah dalam otak. Meningkatkan ingatan dan pertumbuhan
sel neuron.
Saderi, lada dan lobak merah: Mengandungi luteolin yang mencegah kerosakan sel neuron.
Brokoli, cauli our dan kuning telur: mengandungi choline iaitu amino asid yang
meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Selain mencegah
tindakan racun otak.
Kacang walnut, almond ikan
makeral dan salmon: Mengandungi omega 3 atau DHA,
phytosterol dan antioxidant. Meningkatkan fungsi otak dan pemulihan sel otak.
Pisang, sayuran hijau dan beans: Mengandungi magnesium yang
berfungsi mempercepatkan maklumat. Magnesium ini juga
meningkatkan aliran darah ke dalam otak. Kajian ke atas kanak-
kanak, jika diberikan mereka makan pisang waktu sarapan
meningkatkan melonjakkan kecerdasan otak.
Daging lembu: Sumber B 12 untuk pertumbuhan sel otak.
Bluebarries: /mengandungi antioxidant dan phyto kimia yang meningkatkan
pembelajaran dan ingatan. Serta kurangkan kerosakan sel otak.
Minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak ikan: Makanan mencegah fungsi otak
dan melawan penyakit alzheimer.