SK KING GEORGE V
SBT KPM TS25
KM 4, JALAN KUALA PILAH, GEDONG LALANG,
70400 AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN
MAJLIS SAMBUTAN
HARI KANAK-KANAK 2022
Dirasmikan :
Ybhg. Prof Emeritus Dato’ Dr. Hj Abdul Murad
Bin Hj Ahmad
DSNS, PMC,PJK,JP
Yang Dipertua PIBG
SK KING GEORGE V, SBT KPM
Tarikh : 9 Disember 2022
Masa : 7.45 pagi
Tempat : SDC , SK King George V
(10 muka termasuk kulit)
Selasa 9/11/2022
Pendahuluan
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di
Malaysia sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-Kanak
Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap
tahun sebagai ‘Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan
Persefahaman di Kalangan Kanak-Kanak’. Oleh itu, pihak
sekolah di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) turut sama meraikan
Hari Kanak-Kanak setiap tahun. Pada tahun ini, pihak
sekolah meraikan murid-murid dengan pelbagai aktiviti yang
dirancang untuk dilaksanakan.
Rasional
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada
kanak-kanak dan menyedari bahawa masyarakat
mempunyai tanggungjawab untuk menentukan
perlindungan, kebajikan, kesejahteraan dan hak kanak-
kanak sentiasa dipelihara.
Selasa 9/11/2022
Objektif
1. Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari
Kanak-Kanak Sedunia dengan pelbagai aktiviti.
2. Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di
sekolah.
3. Memastikan perkembangan kanak-kanak dari segi
fizikal, kognitif, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
Matlamat
1. Mendedahkan murid sekolah tentang
kepentingan menjadi seorang kanak-kanak
yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan
berinovasi.
2. Memberikan kesedaran dan kefahaman
tentang tanggungjawab seorang kanak-kanak.
Sasaran dan Penglibatan
1. Semua murid Prasekolah, dari Tahun 1 sehingga
Tahun 6, SK King George V
2. Semua guru dan kakitangan SK King George V
Selasa 09/12/2022
Aturcara Program
9 Disember 2022 | Selasa
7.45 pagi : Murid, guru dan tetamu berkumpul di SDC
8.00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku.
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis.
Bacaan Doa
Ucapan Ketua Murid
Action Song
Penyampaian hadiah
- Ikon Sahsiah Terpuji ( Pra – Tahun 3)
Pidato dan Tarian
Penyampaian Hadiah
- Ikon Sahsiah Terpuji (Tahun 4- Tahun 6)
Penyampaian Hadiah
- Pemimpin Lestari ( Tahun 3- Tahun 6)
Sketsa (Pentomen)
Persembahan Ukelele
Ucapan Pengerusi PIBG dan Gimik Perasmian
Sambutan Hari Jadi (Januari- Disember )
Persembahan Badut
10.30 pagi : Jamuan – Murid dan guru berada di dalam kelas.
Selasa 09/12/2022
AKTIVITI
PENGHARGAAN
DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-
TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA PIHAK YANG MEMBERIKAN SUMBANGAN
SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM
MENJAYAKAN PROGRAM
MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2022. SEMOGA
KERJASAMA YANG DIBERIKAN BERTERUSAN DI MASA
AKAN DATANG.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.