Sekretariat PPKomp www.ppkomp.com.my
[email protected]
No 3, Lorong Wajo, Parit Keroma, PPKomp
82100 Ayer Baloi, Johor.
Tarikh : 01 September 2020 No. Rujukan: 1/2020
Kepada:
Yang berkenaan
Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN PENGATURCARAAN KOMPUTER (PP KOMP) 2020
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. PPKomp 2020 adalah pertandingan pengaturcaraan yang dianjurkan oleh Fatihah
Education Consultants. Kami dengan sukacitanya menjemput pelajar-pelajar daripada
sekolah/kolej tuan/puan untuk menyertai PPKomp 2020. Butiran pertandingan adalah seperti
berikut:
Tutup Pendaftaran: 10/10/2020 (Sabtu)
Tarikh Pertandingan: 24/10/2020 (Sabtu)
Tempat: Pertandingan atas talian (online). (Setiap sekolah/kolej
Masa: diminta melantik seorang guru yang bertugas.)
Yuran: 09:00 – 11:00 pagi (2 jam)
Format: RM15 bagi setiap peserta
Terdapat 6 soalan yang perlu diselesaikan dengan
Kelayakan: menggunakan pengaturcaraan komputer. Masa
diperuntukkan adalah 2 jam untuk menjawab semua soalan.
Terbuka untuk semua pelajar sekolah rendah, pelajar
sekolah menengah, dan pelajar kolej/universiti.
3. Sehubungan itu, kami berharap agar pihak tuan/puan dapat menyampaikan jemputan
ini kepada pelajar sekolah/kolej tuan/puan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
4. Sila layari website pertandingan di www.ppkomp.com.my untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan juga urusan pendaftaran. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami
di talian +60173548880 atau melalui emel [email protected].
Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
_________________
FATIHAH BINTI MUSTAFA
Pengarah,
Fatihah Education Consultants