The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN TINDAKAN - PENGGUNAAN CCTB BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 50

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jleelathevi, 2021-11-21 20:47:52

KAJIAN TINDAKAN - PENGGUNAAN CCTB BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 50

KAJIAN TINDAKAN - PENGGUNAAN CCTB BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 50

Kajian Tindakan 2021 Daerah Segamat

PENGGUNAAN CCTB BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN
TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 50 DAN MINAT MURID
PEMULIHAN TAHUN TIGA

Leelathevi A/P Jayabalan
Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan amalan penyelidik bagi membantu murid yang
tidak dapat menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50. Kajian ini
dilaksanakan sewaktu menjalani pengajaran dan pemudahcaraan selama 4 minggu di
Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman (SKTAR) yang terletak di daerah
segamat, Johor. Analisis dan pengumpulan data juga dijalankan semasa melaksanakan
pengajaran dan pemudahcaraan. Kajian ini dilaksanakan terhadap empat orang murid
yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran operasi tambah dalam
lingkungan 50 dan minat murid. Bagi membantu murid mengatasi masalah dalam
menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50, saya telah
mengaplikasikan bahan bantu mengajar catch and count the bug (CCTB). Bahan ini
direka bentuk berdasarkan teori Jean Piaget (1962). Bahan ini juga boleh membentuk
suasana pembelajaran yang tenang. Murid diajar untuk menguasai kemahiran operasi
tambah dalam lingkungan 50 secara beransur- ansur dari bentuk konkrit kepada bentuk
abstrak. Kaedah pemerhatian, temu bual dengan guru matepelajaran, temu bual
dengan murid pemulihan dan ujian dipilih sebagai kaedah untuk pengumpulan data.
Dapatan ini menunjukkan bahawa CCTB telah membantu murid bagi menguasai
kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50 dan minat murid untuk mempelajari
matematik. CCTB dicadangkan untuk diaplikasikan dalam kemahiran yang tinggi iaitu
kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 100.

Kata Kunci = Kemahiran tambah dalam lingkungan 50, Catch and count the bug
(CCTB)

PENGENALAN
Pendidikan merupakan perkara utama yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri
individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa
depan. Pendidikan juga mendasari proses pembangunan modal insan yang berinovatif
dan berkemahiran tinggi yang merupakan faktor kritikal bagi menyokong pertumbuhan
sosial, budaya dan ekonomi sesebuah negara (Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025).

Bidang pendidikan pemulihan merupakan suatu usaha kerajaan Malaysia untuk
membantu murid dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Menurut Satimah (2012), kemahiran asas membaca dan menulis bermaksud murid
dapat membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat Matematik
dalam Bahasa Malaysia serta mampu menggunakan perkataan tersebut dalam
pembelajaran dan komunikasi harian. Di samping itu, Matematik pula merupakan satu
kemahiran universal yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Hal ini kerana pengiraan
digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Berdasarkan pengalaman lepas, murid pemulihan sering mengalami masalah
dalam operasi tambah dalam lingkungan 50. Murid pemulihan mempunyai minat yang
tinggi dan ada keinginan untuk belajar. Malangnya, kemampuan murid pemulihan amat

1

Kajian Tindakan 2021 Daerah Segamat

terhad sehingga menjejaskannya untuk menguasai sesuatu kemahiran matematik.
Murid pemulihan yang tidak dapat menguasai kemahiran 11 berlaku kerana guru
kebiasannya tidak mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan strategi yang betul.
Biasanya, saya lebih suka menggunakan kaedah berpusatkan guru apabila
melaksanakan PdPc. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan juga kurang menarik serta secara
tradisional sehingga murid pemulihan khas tidak merasa seronok dan kurang aktif
dalam kelas pemulihan. Saya berpendapat bahawa murid pemulihan perlu mengenal
dan dapat membuat pengiraan operasi tambah kerana pengiraan tambah tersebut amat
kerap digunakan dalam kehidupan seharian.

FOKUS KAJIAN
Berdasarkan permasalahan yang dikesani menerusi pengalaman pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang lepas serta pengumpulan data awal, fokus kajian saya
adalah mengatasi kelemahan menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan
50 dan meningkat minat murid melalui penggunaan catch and count the bug (CCTB).
Menurut Nur Shazlina (2009), murid – murid pemulihan seringkali menghadapi masalah
dalam operasi tambah dan menyebabkan proses pembelajaran operasi – operasi asas
nombor yang lain terjejas. Menurut Khairuddin et al (2013), seorang guru pemulihan
khas boleh mengaitkan unsur permainan dalam bahan bantu mengajar yang dihasilkan.
Oleh itu, saya telah menerapkan unsur permainan, kaedah pengulangan latih tubi serta
didik hibur dalam CCTB berdasarkan pembelajaran abad ke-21. Menurut Nor Hashimah
dan Yahya (2008), pembelajaran yang berkesan masih bergantung dengan bahan-
bahan konkrit dan melibatkan aktivti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ supaya memberikan
gambaran dan penjelasan yang menyeluruh dalam langkah pengiraan murid.

Dari aspek kriteria pemilihan fokus kajian, kebolehtadbiran, kepentingan,
kolaborasi dan kerelevenan telah dititikberatkan dalam kajian ini. Dari aspek
kebolehtadbiran, kajian ini dapat ditadbir dengan mudah di sekolah dengan mendapat
segala sokongan daripada pihak pentadbiran dan murid pemulihan khas di sekolah.
Kajian ini amat penting disebabkan sekiranya peserta kajian tidak menguasai kemahiran
11, maka dia tidak dapat balik ke kelas arus perdana. Selain itu, dari aspek koloborasi,
saya dapat berkoloborasi dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat
mengenai kumpulan sasaran. Kajian ini releven dalam membantu murid pemulihan
menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50. Ia kerana kelemahan
murid pemulihan juga memberikan kesan terhadap pencapaian akademik serta
memberi impak terhadap keseluruhan prestasi sekolah. Oleh itu, saya berasa kaedah ini
sangat relevan dalam membantu murid pemulihan menguasai kemahiran ini.

Bagi mengesahkan peserta kajian menghadapi masalah menyelesaikan operasi
tambah dalam lingkungan 50, saya telah mengumpul data awal dengan pelbagai cara
iaitu pemerhatian, temu bual bersama guru matapelajaran dan ujian diagnostik. Menurut
Tina (2010), menyatakan pemerhatian merupakan teknik berkesan yang digunakan
dalam proses pengumpulan data kerana penglibatan aktif antara pengkaji dan murid.
Melalui pemerhatian, saya telah mengesan murid pemulihan mengalami masalah dalam
pengiraan operasi tambah dalam lingkungan 50. Azizah, Intan dan Zainal (2006),
menyatakan temu bual ialah keadah interpersonal dengan menanyakan soalan yang
disediakan, soalan secara spontan dan soalan tambahan yang diajukan untuk
mendapatkan maklumat. Melalui temu bual bersama guru matapelajaran, saya dapat
mengetahui bahawa mereka mempunyai jangka ingatan yang pendek dalam menguasai
sesuatu kemahiran yang telah dipelajari. Melalui analisis keputusan ujian diagnostik,
saya dapat mengetahui bahawa peserta kajian A hanya mendapat 0/3 dan 1/5,peserta
kajian B memperoleh 2/3 dan 1/5, peserta kajian C hanya mendapat 1/3 dan 0/5 dan
peserta kajian D memperoleh 0/3 dan 2/5.

2

Kajian Tindakan 2021 Daerah Segamat

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian disenaraikan seperti di bawah:
1. Penggunaan CCTB bagi meningkatkan kemahiran tambah dalam lingkungan 50
bagi murid pemulihan tahun 3.
2. Penggunaan CCTB meningkatkan minat murid tahun 3 dalam kemahiran tambah
lingkungan 50.

Soalan Kajian disenaraikan seperti di bawah:
1. Adakah penggunaan CCTB meningkatkan kemahiran tambah dalam lingkungan
50 bagi murid pemulihan tahun 3.
2. Adakah penggunaan CCTB meningkatkan minat murid tahun 3 dalam
kemahiran tambah lingkungan 50.

PESERTA KAJIAN
Kajian tindakan saya melibatkan empat orang murid iaitu Peserta Kajian A, Peserta
Kajian B, Peserta Kajian C dan Peserta Kajian D. Mereka berasal dari Sekolah
Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman (SKTAR) Segamat,Johor. Peserta kajian A
merupakan seorang murid lelaki manakala Peserta Kajian B, C dan D adalah
merupakan murid perempuan. Keempat-empat murid ini merupakan berumur sembilan
tahun serta berbangsa Melayu. Peserta Kajian A seorang murid peramah dan mudah
mesra. Peserta Kajian B pula seorang pendiam dan pemalu manakala Peserta Kajian C
dan D merupakan murid yang rendah diri dan pasif. Keempat - empat peserta kajian
kurang meminati subjek Matematik dan sentiasa mendapat pencapaian yang sangat
rendah dalam Matematik. Namun demikian, mereka mempunyai persamaan yang sama
iaitu berminat dalam pembelajaran kaedah bermain.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan CCTB untuk membantu murid menguasai
kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50. Saya telah melaksanakan tiga kali
tindakan dengan CCTB selama 4 minggu. Bagi tindakan pertama, iaitu pada minggu
pertama dan kedua, saya telah menggunakan CCTB untuk mengajar konsep
penambahan serta menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 50. Pada minggu
yang seterusya, murid menggunakan jari untuk menyelesaikan operasi tambah tersebut.
Bagi tindakan ketiga, iaitu pada minggu keempat murid telah menjawab lembaran
secara abstrak.

3

Kajian Tindakan 2021 Daerah Segamat

Jadual 1
Langkah – langkah menggunakan count and catch the bug (CCTB)

Gambar Penerangan Aktiviti

1. Saya memperkenalkan CCTB kepada
murid pemulihan dan menerangkan cara
penggunaannya.

2. Murid pemulihan juga menerima
pelekat (sticker) yang berbeza warna
dan pen marker.

3. Saya telah memberikan soalan
kepada murid dan mereka mendengar
penjelasan guru.

4. Saya telah menunjukkan bahagian
dalam CCTB kepada murid pemulihan.

5. Saya telah menjelaskan murid
pemulihan bahawa cara mengisi soalan
dengan CCTB.

6. Saya menjelaskan kepada murid
pemulihan bahawa operasi tambah
dalam lingkungan 50 yang melibatkan
dua digit tambah 1 digit.

7. Kemudian, murid pemulihan menulis
soalan dalam bentuk lazim dengan
mengikut arahan guru.

8. Murid pemulihan menulis soalan
mengikut nilai tempat yang betul.

4

Kajian Tindakan 2021 Daerah Segamat

9. Murid pemulihan akan mengira
jumlah dua digit mengikut nilai tempat.

10. Murid pemulihan akan menulis
jumlah pada anak siput dan bunga.
Seterusnya, murid pemulihan menarik
anak siput mengikut tali yang
disediakan.

11. Murid pemulihan akan mengira
jumlah yang sedia ada pada anak siput
dengan daun yang berhampiran dan tulis
jawapan.

12. Seterusnya, murid pemulihan akan
menampal pelekat (sticker) pada sayap
dengan mengikut kehendak soalan.

13. Sebagai contoh : 18 + 9 =

Murid akan menampal 18 pelekat
(sticker) warna kuning pada sebelah kiri
sayap dan 9 pelekat (sticker) warna oren
pada sebelah sayap kanan.

14. Murid pemulihan akan mengira
jumlah pelekat (sticker) yang ada pada
sayap. Kemudian, murid semak jawapan
di bahagian dalam. Jika, jawapannya
sama dengan jumlah pelekat (sticker)
yang ada pada sayap, maka jawapan
mereka adalah betul.

15. Murid pemulihan akan mengulangi
langkah yang sama sehingga
menyelesaikan semua soalan.

Tiga jenis kaedah digunakan untuk mendapatkan data serta mengumpul data dan
maklumat yang digunakan sepanjang menjalankan penyelidikan tindakan. Tiga kaedah
yang dipilih bagi menjawab soalan kajian pertama ialah pemerhatian, temu buah dan
ujian. Bagi menjawab soalan kajian kedua saya telah mengumpul data melalui
pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

Bagi menjalankan pemerhatian, saya telah merakamkan tiga kali tindakan
dengan menggunakan alat perakaman video. Melalui pemerhatian rakaman video, saya
dapat memerhati tindak balas dan ekspresi wajah murid sebelum, semasa dan selepas
menggunakan CCTB dalam membantu murid menjawab soalan-soalan operasi tambah
dalam lingkungan 50. Pemerhatian ini dijadikan sebagai bahan bukti untuk kajian
tindakan ini.

5

Kajian Tindakan 2021 Daerah Segamat

Selain itu, saya telah mengendalikan sesi temu bual dengan guru matapelajaran
dan sebanyak tiga kali dalam tindakan kajian. Tujuan sesi temu bual bersama guru
matapelajaran adalah untuk mendapat pendapat yang bernas mengenai penggunaan
CCTB dalam membantu murid. Hasil daripada temu bual dengan guru matapelajaran
membolehkan saya membantu murid pemulihan untuk menguasai kemahiran operasi
tambah dalam lingkungan 50 dengan lebih berkesan dan lancar.

Setelah selesai melaksanakan tindakan, saya telah melaksanakan ujian pos
terhadap kajian yang telah dilaksanakan. Ujian pos ini adalah untuk mengenal pasti
keberkesanan tindakan yang dilaksanakan. Akhirnya, instrumen soal selidik minat
pembelajaran matematik dibina seperti dipersembahkan dalam jadual 2 untuk menguji
tahap minat peserta kajian. Instrumen ini terdiri daripada 8 item yang berbentuk Skala
Likert.

Jadual 2
Soal selidik Minat pembelajaran Matematik

1-Sangat tidak setuju 2- Tidak setuju 3 – Tidak pasti 4 - Setuju 5 – Sangat setuju

Arahan : Tandakan (√) mengikut pilihan anda.

BIL ITEM-ITEM 1 2 345

1. Saya suka membuat operasi tambah dalam lingkungan
50.

2. Saya suka menggunakan kaedah CCTB

3. Saya berasa gembira sepanjang pembelajaran
kemahiran ini.

4. Saya memberi respon kepada guru semasa aktiviti
menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 50.

5. Saya memberi tumpuan kepada guru semasa aktiviti
menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 50.

6. Saya membuat latihan yang diberikan oleh guru.

7. Saya berminat untuk menjawab secara spontan.

8. Saya berasa puas hati apabila menjawab latihan
dengan baik.

Bagi menjawab soalan kajian 1 dan soalan kajian 2, data-data yang dikumpul dalam
kajian ini telah dianalisis dengan kaedah tematik. Jadual 3 menunjukkan tema-tema
yang didapati tentang CCTB dapat membantu murid dalam kemahiran operasi tambah
dalam lingkungan 50. Antara tema yang dikenal pasti adalah tema memberi jawapan
yang betul, mengira menggunakan jari dengan betul, fokus dan bersemangat. Tema-
tema ini merupakan elemen yang penting dalam menyelesaikan soalan operasi tambah
dalam lingkungan 50. Tanda ‘√’ dalam Jadual 3 menunjukkan tema-tema yang didapati
berjaya ditriangulasikan.

6

Kajian Tindakan 2021 Daerah Segamat

Jadual 3 Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3
Jadual Matriks √ √ √
Tema √ √ √

Jawab dengan betul √ √ √
√ √ √
Megira
menggunakan jari

Fokus

Bersemangat

DAPATAN KAJIAN
Selepas menganalisis dan menyemak data kajian yang dilaksanakan, hasil dapatan
yang diperolehi telah membuktikan bahawa penggunaan CCTB berjaya meningkatkan
penguasaan murid bagi operasi tambah dalam lingkungan 50. Penyataan ini dapat
disokong dengan data-data yang telah dikumpul dan dianalisis dengan kaedah tematik.
Dapatan kajian menunjukkan CCTB dapat membantu murid dalam memahami konsep
penambahan dalam pengiraan operasi tambah dalam lingkungan 50.

Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, murid pemulihan semakin mahir untuk
menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 50. Sebelum ini, aktiviti
dilaksanakan dengan kaedah berpusatkan guru. Manakala, CCTB lebih banyak
berpusatkan murid, oleh itu murid pemulihan lebih mudah untuk menguasai kemahiran
yang telah diajar. Kaedah berpusatkan murid dipersetujui oleh Park (2003) yang
menyatakan bahawa murid yang melibatkan diri secara aktif dengan pembelajaran lebih
cenderung untuk memahami, mengingat dan menghargai perkaitan perkara yang
dipelajari.

Triangulasi data bagi tema ‘jawab dengan betul’, tema ‘mengira menggunakan
jari’, tema ‘berfokus’ dan tema ‘bersemangat’ yang berlaku ini menunjukan bahawa
bahan bantu mengajar CCTB mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan dalam
membantu murid pemulihan menguasai kemahiran menyelesaikan operasi tambah
dalam lingkungan 50.

Bagi menjawab soalan kajian 2, hasil dapatan yang diperolehi telah
membuktikan bahawa penggunaan CCTB berjaya meningkatkan minat pembelajaran
matematik bagi keempat - empat peserta kajian Tahun 3. Rajah 1 menunjukkan
perbandingan min skor minat pembelajaran Matematik sebelum dan selepas tindakan.
Keputusan min skor minat peserta kajian A meningkat dari 1 kepada 3.25, jumlah
peningkatan skor perbezaan adalah sebanyak 1.25. Keputusan min skor minat peserta
kajian B meningkat dari 1.30 kepada 4.13, jumlah peningkatan skor perbezaan adalah
sebanyak 2.83. Keputusan min skor minat peserta kajian C meningkat dari 1 kepada
3.00, jumlah peningkatan skor perbezaan adalah sebanyak 2.00. Manakala keputusan
min skor minat peserta kajian D meningkat 1.50 kepada 2.80, jumlah peningkatan skor
adalah sebanyak 1.30.

Sebelum tindakan, kempat - empat peserta kajian menunjukkan minat yang
rendah. Ini selari dengan pemerhatian video dan pandangan guru matapelajaran.
Apabila guru meminta mereka membuat latihan, mereka tidak memberikan perhatian.
Selepas tindakan para peserta kajian menunjukkan minat di dalam kelas. Mereka

7

Kajian Tindakan 2021 Daerah Segamat

menunjukkan tingkah laku yang positif di dalam kelas seperti memberi tumpuan kepada
guru semasa proses PdPc berlangsung.

Rajah 1. Perbandingan Min Skor Minat Pembelajaran Matematik
Peserta Kajian A,B,C dan D

Dapatan ini dapat disokong dari pemerhatian dan temu bual guru matapelajaran.
Hasil dapatan pemerhatian dan temu bual guru telah membuktikan Peserta Kajian A, B,
C dan D telah menunjukkan peningkatan minat dalam pembelajaran Matematik seperti
yang dipersembahkan dalam rajah 2 dan 3

Rajah 2 Rajah 3

REFLEKSI
Berdasarkan kajian yang dijalankan, saya dapat peluang untuk menambahbaik amalan
pengajaran saya. Sebelum ini, saya kurang melibatkan murid pemulihan dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan. Kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan adalah
berpusatkan guru dan ia menyebabkan murid pemulihan tidak mempunyai minat terus
belajar.

Seterusnya, murid pemulihan tidak dapat menguasai kemahiran matematik
kerana mempunyai masalah lambat untuk memproses maklumat. Hal ini berlaku
mungkin disebabkan cara pengajaran guru yang kurang menggunakan bahan bantu
mengajar yang dapat membantu murid memahami dan melihat konsep yang diajar. Oleh
itu, saya telah membina CCTB. Bahan bantu mengajar CCTB ini dapat membantu murid
pemulihan untuk memahami konsep tambah dalam lingkungan 50. Murid pemulihan

8

Kajian Tindakan 2021 Daerah Segamat

dapat melihat konsep penambahan semasa membuat pengiraan dengan menggunakan
sticker – sticker yang tampal pada bahan bantu mengajar CCTB . Selain itu, CCTB
dapat merangsang murid pemulihan dan membolehkan murid pemulihan mempunyai
fokus yang tinggi semasa melaksanakan aktiviti. Hasilnya, kemahiran murid pemulihan
dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 50 semakin meningkat.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Setelah pelaksanaan tindakan CCTB, saya mendapati kaedah ini amat berkesan untuk
mengatasi isu-isu yang difokuskan. Namun demikian, Count and catch the bug (CCTB)
bukan sahaja boleh digunakan untuk mengajar kemahiran operasi tambah dalam
lingkungan 50 tetapi boleh digunakan dalam lingkungan yang lebih besar.

Bahan bantu mengajar ini dapat membantu murid pemulihan khas untuk melihat
dan memahami konsep penambahan. Selain itu, konsep penambahan juga boleh
diperkenalkan dengan cara yang menyeronokkan. Bahan bantu mengajar ini akan
membolehkan murid mempunyai perspektif baru terhadap konsep membuat
penambahan dan tidak menganggap kemahiran panambahan dalam lingkungan 50
merupakan kemahiran yang sukar untuk difahami.

Di samping itu, bahan bantu mengajar ini juga boleh diubahsuai dengan
kemahiran lain seperti kemahiran tambah dalam wang. Contohnya, guru memberikan
arahan soalan iaitu RM 2 tambah RM 6. Kesimpulanya, guru boleh mengubahsuai
bahan bantu mengajar ini mengikut masalah dan keperluan murid pemulihan khas. Ia
juga boleh diubahsuai bagi motif pemasaran.

RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia

2013-2025. Putrajaya: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran

matematik sekolah rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Modul pengajaran kemahiran asas mengira.

Pusat Perkembangan Kurikulum.
Park, C. (2003). Engaging Students in the Learning Process: the learning journal.

Journal of Geography in Higher Education, Vol. 27, No. 2, 183-199.
Satimah. (2012). Program literasi dan numerasi (LINUS NKRA). Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia.
Khairuddin Mohamad, Maridah Alias & Faiziah Shamsudin. (2013). Bahasa Melayu

Pemulihan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2008). Panduan pendidikan prasekolah.

Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah. (2009). Murid dan alam belajar.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Azizah Nasurdin, Intan Osman & Zainak Ariffin. (2006). Penghantar pengurusan. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Tina Bering Keiding. (2010). Observing participating observation – a re-description
based on systems theory. Jurnal Pendidikan Vol 11, No.3.

9


Click to View FlipBook Version