The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI HAZIQAH BINTI MOHAMAD HERRY IPG-Pelajar, 2025-03-17 01:04:42

Cerita Laila dan Kasut Merah Ajaib (2)

Cerita Laila dan Kasut Merah Ajaib (2)

1.0 Cerita Kanak-kanak: Laila dan Kasut Ajaib Merah


Laila dan Kasut Merah Ajaib Siti Haziqah binti Mohamad Herry


Di sebuah kampung kecil yang dikelilingi gunung dan sawah menghijau, tinggal seorang gadis kecil bernama Laila. Laila seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya. Dia suka membantu ibunya menenun kain untuk dijual di pasar. Namun begitu, ada satu perkara yang sering membuatkan Laila sedih. Dia malu untuk berjalan ke mana-mana tempat kerana seliparnya yang buruk.


Laila suka memakai rantai dan mahkota pada dirinya, akan tetapi permata pada rantai dan mahkotanya boleh bertukartukar warna. Pada suatu hari, selipar buruk miliknya tiba-tiba putus ketika dia hendak membantu ibunya berjual di pasar. Laila akhirnya terpaksa berjalan dengan berkaki ayam, melalui jalan berbatu dan berlumpur.


Tiba-tiba, Laila ternampak sesuatu yang berkilauan di bawah pokok besar. Dia mendekati dan melihat sepasang kasut merah yang cantik berkilau seperti berlian. Matanya membulat kegembiraan. "Wah! Kasut ini sangat cantik!" katanya dengan penuh teruja. Kasut itu kelihatan masih baharu dan bersih, seolah-olah menunggu pemiliknya.


Tanpa berfikir panjang, Laila terus mencuba kasut merah itu. Sebaik sahaja dia memakai kasut merah tersebut, tubuhnya terasa ringan seperti bulu. Tiba-tiba, kakinya terangkat dari tanah. Laila terkejut apabila menyedari dia sedang terapung di udara.


"Aku terbang!" jerit Laila dengan teruja. Dia melayang ke udara dan memandang ke bawah melihat kampungnya dari pemandangan atas. Angin bertiup lembut dan dia terasa seperti seekor burung yang bebas di langit. Dengan berhati-hati, dia menggerakkan kakinya dan kasut itu patuh serta membawanya ke mana sahaja dia mahu pergi.


Sejak hari itu, kasut merah tersebut telah menjadi sahabat baik Laila. Dia sangat gembira kerana dirinya tidak malu lagi seperti sebelumnya untuk pergi berjalan ke mana-mana tempat. Setiap pagi, dia akan terbang ke pasar dengan memakai kasut merah tersebut tanpa perlu berjalan jauh melalui jalan berbatu dan berlumpur.


Setibanya di pasar, kawan-kawannya Laila berkumpul dan kagum akan perubahan yang terdapat pada diri Laila. Kawankawannya bertanya kepada Laila bagaimana dirinya boleh terbang, akan tetapi Laila hanya tersenyum dan merahsiakan keajaiban kasut merahnya itu.


Namun, berita tentang kasut merah ajaib itu telah sampai ke telinga seorang saudagar wanita yang kaya iaitu Mak Kuntum apabila dirinya melihat Laila berjalan-jalan di taman bersama kasut merah tersebut sehingga berpura-pura untuk bertegur dengan Laila. Mak Kuntum seorang yang tamak dan ingin memiliki kasut merah ajaib itu untuk dirinya sendiri. "Dengan kasut ini, aku boleh menjadi manusia paling berkuasa!" katanya dengan ketawa licik.


Pada suatu malam, Mak Kuntum mengupah seorang lelaki untuk mencuri kasut merah ajaib milik Laila. Lelaki itu secara senyapsenyap masuk ke dalam rumah Laila dan mengambil kasut merah yang diletakkan di tepi katil.


Keesokan harinya, Laila menangis apabila mendapati kasut merahnya hilang. "Bagaimana aku mahu ke sekolah sekarang?" katanya dalam kesedihan sambil memeluk patung kesayangannya.


Laila tidak berputus asa. Dia pergi ke hutan tempat dia menemui kasut merah itu, berharap dapat mencarinya semula. "Mungkin kasut itu kembali ke tempat asalnya, " fikirnya. Namun, setelah puas mencari, kasut itu tiada di situ. Hatinya semakin sedih kerana hari pun sudah semakin gelap akan menyebabkan dirinya susah untuk mencari semula kasut tersebut.


Sementara itu, Mak Kuntum memakai kasut itu dengan angkuh. "Sekarang aku akan terbang lebih tinggi daripada sesiapa pun!" katanya. Tetapi sebaik sahaja dia cuba terbang, kasut itu mula bergerak sendiri. Ia membawa Mak Kuntum tinggi ke langit tanpa kawalan menyebabkan dirinya panik.


Kasut merah itu tidak hanya terbang ke udara, malah ia membawa Mak Kuntum berputar-putar di udara. Ia membawanya menyelam ke dalam sungai, naik ke atas pokok dan berputar seperti gasing di udara. Mak Kuntum semakin panik dan menjerit meminta tolong, tetapi tiada siapa dapat membantunya. Bajunya juga kelihatan sangat terok dan banyak koyak .


Laila yang berada di sekitar hutan tiba-tiba terdengar suara jeritan dari langit. Dia mendongak dan melihat seseorang sedang terbang tidak terkawal. "Itu Mak Kuntum dan kasut merahku!" kata Laila dengan terkejut. Dia segera berlari ke arah gunung tempat kasut itu membawa Mak Kuntum dan tanpa dia sedari mahkotanya tertanggal.


Sebaik sahaja Laila tiba di kaki gunung, kasut merah itu tiba-tiba meluncur turun dan mendarat di hadapannya. Mak Kuntum jatuh tergolek di atas tanah dengan wajah pucat ketakutan. "Ambillah kasut ini! Aku tak mahu lagi!" kata Mak Kuntum dengan menggigil ketakutan. Dia terus berlari pulang tanpa menoleh ke belakang.


Setelah itu Laila segera membawa kasut merah itu pulang ke rumah. Keesokan paginya, Laila mengambil kasutnya semula dengan rasa syukur. Dia menyedari bahawa kasut itu bukan sekadar untuk terbang tetapi hanya patuh kepada pemilik yang berhati baik.


Sejak kejadian itu, dia lebih menghargai kasut merahnya dan menggunakan kasut itu untuk membantu orang kampung seperti membawa ubat kepada orang kampung yang sakit dan memerlukan bantuan kecemasan.


Suatu hari, seorang kanak-kanak kecil dari kampungnya hilang di dalam hutan. Laila mendapat penduduk kampung telah berkumpul dan berusaha untuk mencarinya tetapi mereka tidak menemui sebarang petunjuk.


Laila segera terbang dengan kasut merahnya ke udara untuk mencari dari pemandangan atas. Akhirnya, dia melihat kanakkanak itu duduk ketakutan di bawah sebatang pokok besar. Dengan pantas, Laila memaklumkan penduduk kampung dan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.


Pada sebelah petang pula, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan air sungai mula melimpah ke sawah padi. Laila segera memakai kasut merahnya dan terbang ke udara untuk memberi amaran kepada penduduk kampung.


Dengan bantuan penduduk kampung yang lain, mereka berjaya membina benteng tanah untuk menghalang air daripada menenggelamkan sawah. Kasut merah sekali lagi telah berjaya menyelamatkan sumber asas makanan penduduk kampung tersebut daripada dinaiki air.


Akhirnya, kampung mereka menjadi lebih harmoni dan semua orang belajar bahawa keajaiban sebenar bukanlah pada kasut itu tetapi pada hati yang baik dan ikhlas untuk menolong orang lain.


Tamat


2.0 Puisi Kanak-kanak 2.1 Sajak Kawan Baru di Taman 2.2 Sajak Si Pipit


Click to View FlipBook Version