Puteri Farah Izzati Binti Mohd Hairol Azmi Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis
Nama: Puteri Farah Izzati Binti Mohd Hairol Azmi Kelas: Reka Bentuk dan Teknologi (B) Angka Giliran: 2021232340609 E-mail: [email protected]
Malaysia merupakan sebuah negera demokrasi yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan sosiobudaya yang hidup dengan harmoni sejak terbentuknya sebuah negara Malaysia. Dalam konteks hidup bermasyarakat, penerapan peranan dalam fungsi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pendidikan di Malaysia. Kajian ini bertujuan menyelidik kesan-kesan stratifikasi sosial dan faktor kepelbagaian sosiobudaya serta implikasinya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah di Perak dengan penggunaan borang soal selidik Google Form yang terdiri daripada 20 soalan yang difokuskan kepada 30 orang murid tahun 4, 5 dan 6. Hasil kajian mendapati masih terdapat jurang sosial ekonomi yang ketara di kalangan murid, dengan impak yang jelas terhadap prestasi akademik dan kemajuan kerjaya mereka. Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya yang unik di Malaysia, yang melibatkan pelbagai etnik, bahasa, dan budaya, juga mempengaruhi dinamik dalam komuniti sekolah. Hal ini mencetuskan cabaran dalam menguruskan kepelbagaian budaya di kalangan murid dan guru serta menyediakan persekitaran yang inklusif. Oleh itu, pemahaman mendalam terhadap stratifikasi sosial dan faktor kepelbagaian sosiobudaya adalah penting bagi pembangunan pendidikan yang adil dan berkesan di Malaysia.
Pengenalan Tujuan Kajian Kaedah Kajian Permasalahan Kajian Kajian Lepas Subjek Kajian Instrumen Kajian Prosedur Kajian Dapatan Kajian Sumbangan Kesimpulan Cadangan Rujukan Lampiran 5 6 6 7 8 9 9 9 10 18 19 20 21 25
Pendidikan di sekolah bukan sahaja merupakan medium untuk menyampaikan pengetahuan akademik, tetapi juga berperanan sebagai cerminan struktur sosial dan keanekaragaman budaya dalam masyarakat. Stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya telah menjadi elemen kritis dalam membentuk pendidikan negara yang dinamik, mempengaruhi peluang dan pengalaman murid untuk belajar. Menurut Idrul Hisham Ismail et al. (2024), stratifikasi sosial sendiri berasal dari kata “strata” yang bererti tingkatan atau diertikan sebagai perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat berdasarkan tahap sosialnya. Dalam konteks stratifikasi sosial, Malaysia mengalami pembahagian masyarakat berdasarkan faktor etnik, ekonomi dan geografi. Hal ini mencipta ketidakseimbangan dalam akses dan peluang pendidikan di kalangan murid dari lapisan sosial yang berbeza. Ketidakseimbangan ini dapat mewujudkan ketaksamaan dalam sistem pendidikan, dengan murid dari lapisan ekonomi yang lebih tinggi cenderung mendapat manfaat lebih besar. Sementara itu, kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia memperkaya landskap pendidikan dengan kehadiran pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, dan etnik peribumi. Sosiobudaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan (Rosfazila Rahman, 2019). Stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya sering kali mencipta persepsi stereotaip yang dapat menghalang pencapaian akademik dan perkembangan sosial murid. Oleh itu, sekolah perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk menggalakkan persekitaran inklusif dan adil, memastikan setiap murid berasa diterima tanpa mengira latar belakang sosial atau etnik mereka.
Kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga tujuan atau objektif utama. Tiga tujuan ini disenaraikan seperti berikut: Menganalisis jurang sosial ekonomi di kalangan murid dan menilai impaknya terhadap prestasi akademik dan kemajuan kerjaya murid 1. Menilai kepelbagaian sosiobudaya yang unik di Malaysia, termasuklah pelbagai etnik, bahasa, budaya serta agama dan mengidentifikasikan dinamik kepelbagaian ini mempengaruhi komuniti sekolah. 2. Menilai kesan stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya terhadap usaha memupuk perpaduan di kalangan murid. 3. Kaedah kajian yang digunakan adalah kuantitatif iaitu dengan menggunakan borang soal selidik Google Form yang difokuskan kepada 30 orang murid tahun 4, 5, dan 6 di sebuah sekolah di Perak. Borang soal selidik ini terdiri daripada 20 soalan yang direka khusus untuk menyelidik kesan-kesan stratifikasi sosial dan faktor kepelbagaian sosiobudaya di kalangan murid. Penggunaan platform digital ini memudahkan pengumpulan data secara sistematik dan membolehkan pengkaji untuk mendapatkan maklum balas secara pantas daripada responden. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan isu stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya dalam komuniti sekolah. Hasil kajian yang diperoleh dari borang soal selidik ini menjadi asas untuk memahami secara lebih mendalam impak stratifikasi sosial dan faktor kepelbagaian sosiobudaya terhadap prestasi akademik dan komuniti sekolah.
Pendidikan adalah keperluan asas yang perlu diperoleh oleh setiap orang (Mohd Alif Jasni et al., 2022). Pendidikan di Malaysia menyediakan peluang bagi semua murid untuk hidup dan belajar bersama murid lain daripada setiap kelas sosial bangsa dan etnik. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menetapkan matlamat menyediakan peluang pendidikan yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, namun zaman yang semakin berubah dan peningkatan kos sara hidup mungkin menyebabkan peningkatan dalam stratifikasi sosial di kalangan murid dan risiko pengurangan kepelbagaian dan percampuran antara kumpulan etnik merentasi semua jenis sekolah, yang seterusnya mengurangkan keupayaan sekolah untuk memupuk perpaduan dengan berkesan melalui interaksi antara komuniti di sekolah. Murid-murid dari keluarga berpendapatan tinggi mempunyai kecenderungan untuk mempunyai aspirasi tinggi, layanan yang baik dan pencapaian akademik tinggi berbanding murid yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2015). Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan satu kes di sekolah dimana seorang murid disisihkan oleh rakanrakannya kerana membawa bekalan makanan yang lebih sederhana iaitu biskut kering yang telah dipatah-patahkan. Rakanrakannya enggan makan makanan tersebut sekaligus mengundang kesedihan kepada murid tersebut. Dalam pada itu, murid yang tinggal dan belajar dalam linkungan satu etnik yang selalunya mengamalkan budaya, cara berfikir dan pandangan dunia yang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain. Hal ini dibuktikan apabila terdapat pengasingan murid mengikut kaum dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor, menimbulkan kebimbangan terhadap usaha penyatuan rakyat Malaysia. Justeru itu, isu stratifikasi sosial dan kepelbagaian budaya di sekolah menuntut perhatian khusus dalam pendidikan untuk memastikan keadilan dan inklusiviti dalam persekitaran murid.
Berdasarkan tinjauan bacaan kajian daripada (Yong et al., 2018) menghuraikan kepentingan peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan dan mengurangkan stereotaip kaum dan kelas sosial di sekolah. Menurut Wan Afizi Wan Hanafi et al. (2014), sekolah merupakan antara institusi penting yang berupaya membantu pembentukan perpaduan kaum melalui proses sosialisasi yang melibatkan pelbagai agen seperti guru dan rakan sebaya. Walaubagaimanapun, terdapat isu-isu di mana beberapa guru mungkin terlibat dalam tindakan yang menyebabkan pemisahan murid mengikut latar belakang ekonomi, kaum dan agama. Pada tahun 2013 di Gelang Patah, Johor, berlaku insiden seorang guru perempuan Cina mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kaum tertentu yang dianggap telah menjejaskan reputasi guru. Manakala pada tahun 2016 pula, seorang guru besar telah bersikap perkauman terhadap seorang guru Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor (Mohd Fahmi Mohd Yusof & Ahmad Suhael Adnan, 2016). Peristiwa sebegini boleh menjejaskan keraguan masyarakat terhadap peranan sekolah sebagai institusi penting yang bukan hanya terbaik untuk memupuk perpaduan kaum tetapi juga menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap guru sebagai suri teladan kepada golongan muda. Kajian ini menekankan bahawa guru perlu menjadi penyampai ilmu kenegaraan, ilmu kebudayaan, ilmu perpaduan, dan menjadi suri teladan kepada pelajar. Guru juga dianggap sebagai agen perubahan sosial yang mampu membawa perubahan positif dalam masyarakat. Selain itu, murid juga perlu mempunyai kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai salah seorang anggota dalam masyarakat supaya dapat melahirkan seorang warganegara yang bersatu padu, bersemangat patriotik yang tinggi dan sentiasa menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara.
Subjek kajian ini melibatkan 20 orang murid dari tahap 2 iaitu tahun 4, 5, dan 6 di sebuah sekolah di Perak. Pemilihan subjek kajian yang terdiri daripada pelbagai tahap tahun sekolah membolehkan pengkaji mendapatkan perspektif yang holistik dan merangkumi peringkat pendidikan yang berbeza. Murid-murid pada tahap ini biasanya telah mencapai tahap kematangan kognitif yang memungkinkan mereka memahami dan menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik dengan lebih baik. Ini dapat meningkatkan kualiti maklum balas yang diperoleh oleh pengkaji. Intrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Borang soal selidik terdiri daripada 20 soalan yang difokuskan kepada 30 orang murid tahun 4, 5, dan 6 di sebuah sekolah di Perak. Melalui instrumen ini, pengkaji dapat merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan isu-isu tersebut, menyediakan data kuantitatif yang berguna untuk analisis kajian. Prosedur kajian ini dimulai dengan pemilihan sekolah di Perak sebagai lokasi kajian. Setelah itu, pengkaji menyusun dan merangka borang soal selidik Google Form yang terdiri daripada 20 soalan. Borang soal selidik ini kemudian disebar kepada 30 orang murid yang mewakili tahun 4, 5, dan 6 di sekolah tersebut. Responden diminta untuk mengisi borang soal selidik secara atas talian. Setelah data diperoleh, pengkaji melakukan analisis terperinci terhadap maklum balas yang diterima.
KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa kesan stratifikasi sosial yang telah dialami oleh murid di sebuah sekolah di Perak. Antara kesan-kesannya adalah ketidaksamaan dalam pendidikan. Kajian menunjukkan latar belakang dan pendapatan ekonomi keluarga merupakan faktor penting dalam pencapaian dan motivasi mereka untuk belajar. Keluarga yang memiliki pendapatan tinggi cenderung memiliki akses yang lebih besar kepada sumber-sumber pembelajaran - tambahan seperti buku rujukan, teknologi moden, ruang belajar atau kelas tambahan. Manakala keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas, dan membeli cermin mata (Mohamad Johdi Salleh et al., 2009). Terdapat juga keluarga kurang berkemampuan yang mengharapkan anak-anak mereka bekerja bagi membantu keluarga untuk menyara keperluan sekolah mereka. Hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti murid-murid di sekolah ini berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana dengan peratusan 66.7 kerana sekolah ini merupakan sekolah luar bandar. Ibu bapa murid-murid di sekolah ini masih mampu menyediakan keperluan pembelajaran namun mereka kurang memberi perhatian individu kepada anak-anak. Murid daripada status sosioekonomi tinggi mendapat pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan murid daripada status sosioekonomi rendah dan sederhana.
KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL Selain itu, perbezaan perlakuan dan persepsi terhadap murid-murid berdasarkan latar belakang ekonomi mereka merupakan salah satu kesan stratifikasi sosial yang berlaku di sekolah. Murid-murid yang berasal dari latar belakang ekonomi yang berbeza di sekolah boleh memberi impak yang signifikan terhadap pencapaian akademik dan tingkah laku sosial mereka. Contohnya, berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 46.7 peratus lebih suka berkawan dengan rakan-rakan yang memiliki pendapatan keluarga yang setaraf. Murid-murid yang berasal dari keluarga pendapatan rendah mungkin menghadapi cabaran dalam menyelaraskan dan menyesuaikan diri di sekolah dengan rakan-rakan yang mempunyai lebih banyak sumber daya. Mereka juga mungkin berasa kurang motivasi dan terpinggir daripada rakan-rakan mereka yang lebih kaya. Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian di sekolah ini menunjukkan bahawa murid selesa bergaul sesama mereka tanpa mengira latar belakang dan ekonomi keluarga. Ini membuktikan bahawa sekolah ini merupakan tempat yang positif untuk membina persekitaran dan hubungan baik dengan seluruh warga sekolah. Kesedaran dan penghayatan nilai kesederhanaan serta penerimaan sesama adalah penting untuk memastikan bahawa semua murid merasa diterima dan dihargai tanpa mengira latar belakang mereka (Norfarah Asikin Zakari et al., 2022). Ini dapat membantu memperkuat hubungan sosial di sekolah dan meningkatkan prestasi akademik serta kesejahteraan emosi murid secara keseluruhan.
KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL Salah satu kesan stratifikasi sosial adalah perbezaan dalam peluang dan akses terhadap sokongan akademik serta perhatian guru. Muridmurid yang aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah, yang mendapat layanan yang baik dari guru, dan sering mendapat perhatian berkaitan prestasi akademik mereka mungkin lebih cenderung diperhatikan dan diberi sokongan tambahan oleh guru. Namun, murid-murid yang mungkin kurang aktif dalam aktiviti sekolah, atau mungkin tidak mendapat layanan yang sama dari guru, atau kurang sering mendapat perhatian berkaitan prestasi akademik mereka mungkin terpinggir dalam hal ini. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam sokongan dan perhatian yang diberikan kepada murid-murid berdasarkan penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah dan hubungan mereka dengan guru. Oleh itu, stratifikasi sosial di sini menunjukkan perbezaan dalam pengalaman dan sokongan akademik yang diterima oleh murid-murid dalam sekolah. Menurut Zuraidah Abdullah et al. (2019), sekolah adalah satu institusi yang mencerminkan kemampuan anak-anak untuk berjaya baik secara akademik mahupun sosial. Sebagaimana yang diketahui umum sekolah dianggap sebagai institusi yang dapat menyediakan pembangunan anak-anak yang bersesuaian dengan umur mereka dari segi emosi dan pendekatan positif terhadap pengalaman baharu, pengetahuan sosial dan kecekapan sosial, kemahiran bahasa dan pengetahuan umum ,dan seterusnya kemahiran kognitif.
FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Berdasarkan dapatan kajian, Salah satu faktor kepelbagaian sosiobudaya dari aspek bahasa adalah penggunaan loghat atau dialek yang berbeza di kalangan murid dan guru. Di sekolah, terdapat murid dari pelbagai latar belakang budaya dan lingkungan, yang membawa bersama mereka variasi dalam penggunaan bahasa, termasuk loghat atau dialek khas daerah atau komuniti mereka. Penggunaan loghat atau dialek masing-masing oleh murid dalam interaksi sosial mereka dengan rakan-rakan dapat menciptakan suasana yang lebih mesra dan santai. Ini kerana penggunaan bahasa yang akrab dan dikenali oleh semua pihak dapat membina rasa kebersamaan dan identiti bersama di kalangan murid. Namun, walaupun interaksi dalam bahasa loghat atau dialek dapat mencipta suasana yang santai dengan 90 peratus, penggunaan bahasa ini oleh guru semasa mengajar mungkin menyulitkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran (56.7 peratus). Sebaliknya, penggunaan bahasa Melayu standard atau bahasa baku sering kali diperlukan untuk menyampaikan isi pelajaran dengan jelas dan efektif kepada semua murid. Guru perlu memastikan bahawa penggunaan bahasa semasa mengajar adalah sesuai dengan tahap pemahaman murid untuk memastikan kesan pengajaran yang optimum (Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2017). Bahasa loghat atau dialek mungkin mencipta suasana yang mesra, penggunaannya semasa pengajaran mungkin tidak sesuai kerana boleh mengganggu pemahaman murid.
FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Salah satu faktor kepelbagaian sosiobudaya dari aspek struktur sosial adalah struktur kuasa dan hierarki dalam masyarakat yang dapat mempengaruhi interaksi dan persepsi di sekolah. Dalam konteks ini, perbezaan dalam struktur sosial seperti kelas sosial, etnik, kaum, dan bangsa memainkan peranan penting dalam pengalaman murid di sekolah. Contohnya, kelas sosial mempengaruhi bagaimana murid berinteraksi antara satu sama lain. Murid yang berasal dari latar belakang kelas sosial yang berbeza mungkin menghadapi cabaran - dalam membina hubungan persahabatan kerana perbezaan dalam gaya hidup, kepentingan, dan akses terhadap sumber daya. Namun, apabila murid berasa selesa berkawan dengan rakan-rakan dari kelas sosial yang berbeza, ini menunjukkan adanya keluwesan sosial yang membolehkan pengurangan kesenjangan antara kelas. Selain itu, sikap pilih kasih oleh guru terhadap sesuatu etnik, kaum, atau bangsa dapat membentuk persepsi murid terhadap kuasa dan otoriti di sekolah (Nor Hayati Saat, 2017). Jika guru bersikap adil dan menghargai setiap murid tanpa mengira latar belakang, ini dapat membantu mengurangkan ketidakadilan dan memberikan rasa keadilan kepada semua murid. Dengan memahami dan menghargai kepelbagaian sosiobudaya, sekolah dapat menjadi tempat yang positif dan inklusif untuk pembelajaran dan pertumbuhan bagi semua pelajar tanpa mengira latar belakang sosial atau budaya mereka.
FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Salah satu faktor kepelbagaian sosiobudaya dari aspek bangsa, budaya, dan agama adalah pluralisme budaya. Pluralisme budaya merujuk kepada wujudnya pelbagai budaya, tradisi, dan kepercayaan agama dalam satu komuniti atau masyarakat yang sama (Nur Farhana Abdul Rahman et al., 2019). Dalam konteks pendidikan, murid sering kali terdedah kepada kepelbagaian ini di sekolah, di mana mereka dapat belajar, berinteraksi, dan berhubung dengan murid lain yang mewakili pelbagai budaya, tradisi, dan kepercayaan agama. Misalnya, murid melib -atkan diri dalam program atau aktiviti yang meraikan kepelbagaian budaya dan agama, murid menghormati dan meraikan perbezaan budaya serta kepercayaan agama sesama rakan sekelas. Selain itu, kesediaan untuk membantu rakan tanpa mengira latar belakang sosiobudaya mereka menunjukkan semangat inklusif dan kesetiakawanan dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Disamping itu, kesediaan untuk belajar tentang budaya, tradisi, dan kepercayaan agama rakan-rakan lain menunjukkan sikap terbuka dan ingin tahu terhadap kepelbagaian sosiobudaya. Keharmonian dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa, namun sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum dan budaya, masyarakat kita kadangkala berdepan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian (Burhanuddin Jalal, 2018).
Implikasi kesan stratifikasi sosial dan faktor kepelbagaian sosiobudaya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan di Malaysia adalah sangat penting dalam membentuk landskap pendidikan yang inklusif dan adil. Pertama, dalam konteks guru, stratifikasi sosail dapat mempenguhi persepsi dan pendekatan mereka semasa mengajar. Guru hendaklah memberikan perhatian yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira latar belakang murid tersebut. Sekiranya guru cenderung memberikan perhatian yang lebih kepada murid dari lapisan sosial yang lebih tinggi dan meninggalkan murid dari lapisan sosial yang rendah, hal ini sekaligus menghasilkan perbezaan dalam sokongan akademik dan motivasi di kalangan murid. Menurut Syahruan Azan Mgadmid et al. (2015) apabila guru cuba untuk mengenali murid dengan lebih rapat sebagai individu dengan mengetahui perkara berkaitan minat, latar belakang murid, cita-cita, hubungannya dengan rakan sebaya yang lain serta guru, dan juga pencapaian akademik serta tingkah laku murid ketika berada di sekolah. Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya mempengaruhi interaksi antara murid di dalam kelas. Murid dari latar belakang budaya yang berbeza mungkin mengalami cabaran dalam memahami satu sama lain, yang boleh menyebabkan gangguan kepada proses pembelajaran. Sikap pilih kasih dan ketidakadilan dari guru terhadap murid berdasarkan faktor sosiobudaya mereka juga dapat menyebabkan ketidakselesaan dan rasa tidak dihargai di kalangan murid. Justeru itu, komuniti sekolah perlu menggalakkan penghayatan nilai-nilai keharmonian dan toleransi dalam pelbagai kepelbagaian budaya dan agama. Pemupukan semangat toleransi antara etnik dalam persekitaran sekolah sangat penting untuk mengurangkan jurang antara etnik (Nurol Adilah Salah@Saleh, 2023). Ini penting untuk membina suasana yang harmoni dan mengurangkan persepsi stereotaip yang boleh menghalang pembelajaran dan pertumbuhan murid.
Seterusnya, implikasi kesan daripada stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya menyebabkan ketidakseimbangan dalam akses dan peluang pendidikan. Murid dari lapisan ekonomi yang lebih tinggi cenderung mendapat manfaat lebih besar, menyebabkan kesenjangan dalam sistem pendidikan. Di Malaysia perlunya sistem pendidikan yang lebih adil dan berkesan yang menangani ketidakseimbangan dalam akses dan peluang pendidikan. Ini melibatkan pelbagai inisiatif termasuk bantuan kewangan kepada keluarga kurang berkemampuan, pemerkasaan guru untuk mengenali dan merespon keperluan pelbagai lapisan masyarakat, serta pembangunan kurikulum yang mencerminkan kepelbagaian sosiobudaya dengan penyediaan infrastruktur yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan (Samruhaizad Saiman@Samion & Azahan Awang, 2017). Akhir sekali, dalam aspek bahasa, walaupun penggunaan loghat atau dialek dapat mencipta suasana yang mesra di kalangan murid, penggunaannya semasa pengajaran mungkin tidak sesuai dan boleh mengganggu pemahaman murid. Gangguan dalam pemahaman akibat penggunaan loghat atau dialek boleh menyebabkan pencapaian akademik murid menjadi rendah. Mereka mungkin tidak dapat menguasai pelajaran dengan baik atau mencapai prestasi yang diharapkan kerana kesukaran dalam memahami bahasa pengajaran. Guru boleh mengamalkan pendekatan berbilang bahasa dalam pengajaran mereka. Mereka boleh menggunakan bahasa standard atau baku untuk menyampaikan konsep-konsep utama, sementara menggunakan loghat atau dialek untuk interaksi sosial di luar sesi pengajaran.
Kajian ini telah memberi sumbangan yang signifikan kepada pelbagai pihak termasuklah guru, murid, pengkaji sendiri dan komuniti setempat. Kajian ini juga memberi kesedaran kepada guru tentang keperluan untuk mengamalkan pendekatan yang lebih inklusif dalam pengajaran, di mana semua murid, tanpa mengira latar belakang bahasa atau budaya, dapat merasa diterima dan dihargai. Selain itu, kajian ini juga membantu membangunkan kesedaran murid tentang pentingnya kepelbagaian bahasa dan budaya, serta keperluan untuk saling menghormati dan memahami perbezaan dalam komuniti. Dengan adanya kajian ini, pengkaji atau penyelidik dalam bidang pendidikan dan sosiobudaya akan mendapat pandangan yang lebih mendalam tentang implikasi stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks pendidikan. Akhir sekali, komuniti boleh mengambil langkah-langkah untuk menyokong pendidikan yang lebih inklusif di sekolah-sekolah tempatan, termasuk memberi sokongan kepada guru dan pelajar untuk memahami dan menghormati perbezaan bahasa dan budaya.
Secara keseluruhan, kajian ini menyoroti kesan stratifikasi sosial dan faktor kepelbagaian sosiobudaya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan di Malaysia. Dapatan menunjukkan bahawa ketidakseimbangan dalam akses dan peluang pendidikan masih menjadi cabaran yang ketara, dengan murid dari lapisan ekonomi yang lebih tinggi cenderung mendapat manfaat lebih besar. Selain itu, interaksi antara murid dari latar belakang budaya yang berbeza sering kali mencipta cabaran dalam pemahaman dan hubungan sosial di sekolah. Implikasi dari fenomena ini adalah pentingnya untuk memperjuangkan pendidikan yang inklusif dan adil yang mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya serta menangani ketidakseimbangan dalam sistem pendidikan. Inisiatif seperti bantuan kewangan kepada keluarga kurang berkemampuan, pemerkasaan guru dalam mengenali keperluan pelbagai lapisan masyarakat, dan pembangunan kurikulum yang mencerminkan kepelbagaian sosiobudaya merupakan langkah-langkah penting yang perlu diambil. Dengan demikian, pemahaman mendalam terhadap stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya adalah penting bagi pembangunan pendidikan yang adil dan berkesan di Malaysia, yang pada gilirannya akan membentuk komuniti sekolah yang inklusif, harmoni, dan berdaya maju.
Untuk meningkatkan kualiti kajian ini, beberapa cadangan penambahbaikan boleh diambil kira. Pertama, mengambil kira sampel yang lebih besar dan merangkumi pelbagai sekolah serta kawasan geografi yang berbeza di Malaysia. Ini akan memberikan gambaran yang lebih holistik tentang kesan stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya terhadap pendidikan di negara ini. Kedua, kajian dapat melibatkan kaedah kualitatif seperti temu bual mendalam dengan guru, ibu bapa, dan pihak pengurusan sekolah untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam tentang isu-isu yang dibangkitkan. Selain itu, pengumpulan data dari pelbagai sumber seperti rekod akademik, laporan prestasi sekolah, dan data demografi tambahan boleh menyokong dan melengkapi dapatan kajian. Dengan mengambil kira cadangancadangan ini, kajian kes ini akan menjadi lebih komprehensif dan memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang isu-isu penting dalam pendidikan di Malaysia.
Burhanuddin Jalal. (2018, Disember 15). Kepelbagaian agama, budaya perlu dihormati. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/509258/kepelbagaian-agama-budaya-perlu-dihormati Dayang Sufilkawany Ujai, & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan murid iban (social factors influence in malay language teaching among iban students). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 74-84. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/135 Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar, & Mohd Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi dalam pendidikan. Local Production (M) Sdn. Bhd. Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen, & Amir Hasan Dawi. (2009). Status sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. In 14th International Conference on Education. http://irep.iium.edu.my/13004/1/Procedng_-_SES_Ibubapa_&_Pencapaian_PMR_- _14th_ICE_Brunei_2009.pdf
Mohd Alif Jasni, Nazirah Hassan, Fauziah Ibrahim, & Mohmmad Rahim Kamaluddin. (2022). Isu gelandangan dan keciciran pendidikan dalam kalangan gelandangan kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8), e001692-e001692. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1692 Mohd Fahmi Mohd Yusof, & Ahmad Suhael Adnan. (2016, Januari 14). Dakwaan isu rasis di SJKC Pai Chee disiasat. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/01/114422/dakwaan-isu-rasis-di-sjkc-pai-cheedisiasat Nor Hayati Saat, Ibrahim Mamat, & Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang. (2017). Pola perubahan sosiobudaya dan mobiliti sosial dalam kalangan komuniti muara di Pantai Timur. Akademika, 87(3), 165-178. http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5463 Norfarah Asikin Zakari, Mohamad Zuber Abd. Majid, & Muhammad Hussin. (2022). Keciciran murid sekolah di Malaysia: Suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), e001288-e001288. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1288
Nur Farhana Abdul Rahman, Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Nur Solehah Shapiee, & Nur Ashilah Kahar. (2019). Pendefinisian pluralisme agama dalam konteks Malaysia. Islāmiyyāt: International Journal of Islamic Studies, 41(2). https://journalarticle.ukm.my/15579/1/36937-116487-1-SM.pdf Nurol Adilah Salah@Saleh. (2023). Kecenderungan interaksi sosial dalam kalangan pelajar berbeza kumpulan etnik di sekolah menengah terpilih di Betong, Sarawak. GEOGRAFI, 11(2), 39-66. https://doi.org/10.37134/geografi.vol11.2.3.2023 Rorfazila Rahman. (2019). Kesepaduan sosiobudaya dalam kepelbagaian masyarakat majmuk. Jauhar, 3(1), 44-50. http://journal.kuis.edu.my/jauhar/images/artikel/Jilid3bil1/07-_Dr_Rosfazila_Abd_Rahman-_KUIS.pdf Samruhaizad Saiman@Samion, & Azahan Awang. (2017). Pendidikan sebagai komponen kualiti hidup masyarakat pinggir bandar (Education as quality components of life in the suburban community). Asian Journal of Environment, History and Heritage, 1(1). https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/26 Syahruan Azan Mgadmid, Nur Surayyah Madhubala Abdullah, & Asmawati Suhid. (2015). Perapatan hubungan guru dan murid serta pengaruhnya terhadap tingkah laku moral: Teacher-student attachment, and its’ influence towards moral behavior. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7(1), 72-83. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1700
Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad, & Noraziah Ali. (2014). Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 10(5), 107-122. https://core.ac.uk/download/pdf/33342851.pdf Yasmin Ahmad, & Najeemah Mohd Yusof. (2015). Kompetensi kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 1-13. https://ojie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8318 Yong, H. H., Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang, & Adlina Ab Halim. (2018). Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Akademika, 88(2), 95-108. https://core.ac.uk/download/pdf/196236818.pdf Zuraidah Abdullah, Siti Nafsiah Ismail, Salwati Shafee, Mohd Shahril Nizam Shaharom, & Muhammad Faizal A.Ghani. (2019). Pengaruh pembelajaran akademik anak-anak keluarga fakir miskin di sekolah-sekolah Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(2), 44-70. https://jice.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/17354
Borang Soal Selidik Google Form Hasil Dapatan Soal Selidik
Borang Soal Selidik Google Form Hasil Dapatan Soal Selidik