The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-PORTFOLIO SPBM (TUGASAN 2)
NUR AMANINA BINTI ZAKRI (B5)
2022192310111

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur amanina, 2022-11-06 20:44:25

E-PORTFOLIO (TUGASAN 2)

E-PORTFOLIO SPBM (TUGASAN 2)
NUR AMANINA BINTI ZAKRI (B5)
2022192310111

PORTeFOLIO
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA NUR AMANINA BINTI ZAKRI

ANGKA GILIRAN 2022192310111

NO KAD PENGENALAN 040817-06-0128

KUMPULAN PPISMP JUN 2022 / B5

KOD DAN NAMA BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
KURSUS

NAMA PENSYARAH DR IZANI BIN IBRAHIM

Isi Kandungan 1-2
3
PENGENALAN 4
SISTEM EJAAN SEBELUM MERDEKA 5-6
7-8
SISTEM EJAAN VAN OPHUIJSEN 9
SISTEM EJAAN WILKINSON
SISTEM EJAAN ZA'BA

SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

SISTEM EJAAN SELEPAS MERDEKA 10
SISTEM EJAAN MALINDO 11
12
SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MENYERAGAMKAN EJAAN 13-15

RUMI 16-18
CABARAN EJAAN RUMI PADA MASA DEPAN 19
20
RUMUSAN
RUJUKAN

Pengenalan 1

Sistem ejaan bahasa Melayu pada hari ini
terbahagi kepada dua iaitu tulisan Jawi dan
tulisan Rumi.
Menurut Amat Juhari Moan (1002;1066),
kewujudan tulisan rumi bermula setelah
kedatangan orang barat iaitu David Barbosa
yang merupakan orang pertama menggunakan
tulisan Rumi pada tahun 1516 di Melaka.
Peristiwa ini berlaku setelah Melaka dijajah oleh
Portugis.

Pengenalan 2

Kemunculan tulisan Rumi merupakan salah satu
kesan penjajah Eropah ke Tanah Melayu.
Sistem ejaan yang digunakan pada waktu itu
ialah berdasarkan sistem ejaan bahasa Itali

daripada dialek Vicentine iaitu tempat asal
Pigafetta.
Perkataan Melayu yang dapat dicatat oleh
Pigafetta ialah sebanyak 426 perkataan.

KRONOLOGI PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN 3
RUMI SEBELUM MERDEKA

1901 1902 1933 1956

sISTEM EJAAN SISTEM EJAAN SISTEM EJAAN SISTEM EJAAN
VAN OPHUIJSEN WILKINSON ZA'BA RUMI KONGRES

Sistem Ejaan 4

VAN OPHUIJSEN

Perjanjian Belanda 1824 menyebabkan sistem ejaan Belanda dan Inggeris
mengusai bahasa Melayu. Pada ketika itu, Melayu dibahagikan kepada dua
kawasan iaitu Tanah Melayu dan Indonesia. Tanah melayu diletakkan di
bawah kuasa British manakala Indonesia diletakkan di bawah pengaruh
Belanda. Pada tahun 1901, Belanda menggunakan sistem ejaan Van
Ophuijsen untuk menulis dalam bahasa Melayu sebagai medium untuk
berhubung dengan rakyat. Menurut Hashim Musa (2006), Van Ophuijsen
telah ditugaskan oleh pihak Belanda untuk menyusun satu sistem ejaan
bahasa Melayu bagi memudahkan segala urusan untuk berhubung dengan
rakyat. Oleh itu beliau telah menerbitkan hasil kerja dalam Kitab Logat
Melajoe (1929,cetakan ke-8) iaitu berasaskan sistem ejaan Belanda.

Sistem Ejaan 5

WILKINSON

Sistem ejaan Wilkinson mula diperkenalkan di Tanah Melayu Pada tahun 1902.
Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Kerajaan Melayu Bersekutu
menerbitkan sistem ejaan ini ke dalam buku Romanised Malay Spelling.
R.J Wilkinson ialah seorang pemerintah Inggeris yang telah menyusun sebuah
kamus bertajut 'Malay-English DIctionary' yang mempunyai halaman sebanyak
1300 muka surat. Sistem ejaan ini berkepentingan untuk persekolahan Melayu di
negeri-negeri Melayu Bersekutu pada ketika itu. Sistem ejaan Wilkinson
merupakan sistem ejaan yang telah ditambah baik daripada sistem ejaan dalam
kamus Maxwell yang menggunakan rumi Shellabear. Menurut Hashim Musa
(ibid:429) terdapat enam peraturan utama untuk merumikan ejaan bahasa
Melayu. Sistem ejaan ini menjadi panduan penulisan buku-buku teks di sekolah.

6 Peraturan untuk Merumikan bahasa 6
Melayu

Semua perkataan Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu dieja mengikut sebutan
bahasa Melayu
Kata pinjaman yang meluas dalam bahasa Melayu seperti akal dieja mengikut sebutan
orang Melayu
Ejaan bagi perkataan yang boleh menunjukkan dengan lebih terang asal pembentukan
katanya, walaupun sebutan yang berbeza . Contohnya, kemudian bukan kemedian.
Kata terbitan yang mengandungi imbuhan, kata dasarnya dieja menyami bentu asalnya
walaupun terdapat perubahan bunyi.
Perkataan seperti sahaja,bahaya, sahaya dan cahaya dieja dengan abjad h ditengahnya,

iaitu menyamai anjuran Ophuijsen.
Sistem pemilihan vokal 'o' dan 'u'. Vokal 'o' dipilih nagi pola suku kata akhir ong, ok, oh.
Contohnya kepong, buloh, merbok. Manakala vokal 'u' dipilih bagi pola akhir suku kata
um,ut,ul,un,us dan ur. Contohnya, minum, tahun, betul, hangus dan labur.

Sistem Ejaan 7

ZA'BA
Sistem ejaan Za'ba iaitu singkatan bagi Zainal Abidin bin Ahmad dikenali sebagai ejaan

Sekolah. Sistem ini merupakan penambahbaikan daripada sistem ejaan Wilkinson.

Penambahbaikan yang telah dilakuka oleh Za'ba ialah membahagikan fonem vokal

yang diistilahkan sebagai "huruf saksi" (istilah Wilkinson 1903). Pembahagian huruf

vokal dibahagikan kepadan enam.

Ejaan Za'ba mengandungi enam huruf saksi iaitu huruf vokal a,e,i,o,u dan huruf

konsonan seperti yang digunakan oleh Wilkinson. Perbezaan yang ketara antara

sistem ejaan Za'ba dengan sistem ejaan yang lain ialah panjang-pendek bunyi vokal

dalam hubungannya dengan tulisan Jawi klasik.

Huruf saksi seperti Alif, Ya dan Wau digunakan sebagai pemanjangan bunyi vokal

manakala penggunaan fathah, kasrah dan dammah ialah tanda vokal pendek.

(Ismail Dahaman,1991)

Sistem Ejaan 8

ZA'BA
Menurut Ismail Dahaman (1991:234) enam pembahagian tersebut ialah:
Bunyi atas kasar ialah vokal luas iaitu /a/ yang dilambangkan dengan <a> contohnya anak dan
ajak.
Bunyi atas halus ialah vokal tengah atau e pepet yang dilambangkan dengan // misalnya nam
dan mping.
Bunyi bawah kasar ialah voka depan separuh sempit /e/ yang dilambangkan dengan <e>.
Contohnya esok dan elok.
Bunyi bawah halus ialah vokal depan sempit /i/ yang berlambang <i>. Contohnya ikan, isi dan
ibu.
Bunyi hadapan kasar ialah vokal belakang separuh sempit /o/ yang berlambang <o>. Contohnya
oleh, orang dan olok.
Bunyi hadapan halus ialah vokal belakang sempit /u/ yang berlambang <u> contohnya ubah,
ugut dan hulu.

Sistem Ejaan 9

RUMI KONGRES

Selepas persetujuan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang
diadakan pada 16-21 September 1956 yang telah membincangkan perkembangan
bahasa Melayu maka, pada ketika itulah ejaan Kongres dihasilkan. Dalam
persidangan tersebut terdapat 16 ketetapan mengenai ejaan bahasa Melayu telah
dibuat oleh Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu dua ketetapan bunyi
bahasa serta satu ketetapan berkenaan tulisan Jawi. Menurut Abdul Jalil Haji
Anuar (1999) kertas kerja Asraf telah mencadangkan perkara-perkara berikut.
Contohnya, satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan
diwujukan dalam pelaksanaan. Selain itu, ejaan baku mestilah semudah-
mudahnya tetapi tidak harus dipermudah-mudahkan. Perubahan yang radikal
telah dilakukan seperti memperbaiki sistem ejaan Za'ba.

KRONOLOGI PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN 10
RUMI SELEPAS MERDEKA

1959 1972

sISTEM EJAAN SISTEM EJAAN rumi
MALINDO BAHASA MELAYU 1972

SMisAtemLINEDjOaan 11

Pada tahun 1959, hubungan antara Malaysia dan Indonesia telah terjalin. Hal ini
dikatakan demikian kerana, bagi tujuan menyeragamkan sistem ejaan bahasa
Melayu di Malaysia dan Indonesia, maka terwujudlah sistem ejaan Malindo.
Seterusnya, satu perjumpaan telah diadakan oleh Jawatankuasa ejaan rumi
Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail
bersama panitia pelaksanaan dan penyelidikan bahasa Indonesia iaitu Dr.
Slametmuljana bagi menjayakan sistem ejaan ini. Namun, menurut Asmah Haji
Omar ( 154: 1993) ejaan Malindo tidak pernah diumumkan. Hal ini dikatakan
demikian kerana berlakunya konflik iaitu konfrontasi oleh Indonesia terhadap
Malaysia. Antara persetujuan dalam sistem ejaan Malindo ialah mempunyai
enam huruf vokal iaitu a,e,e,i,o,u dan tiga diftong iaitu ay,aw,oy.

Sistem Ejaan 12
RUMI BAHASA MELAYU 1972
Kemuncak bagi semua sistem ejaan ialah sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972

yang telah diisytiharkan pada 16 Ogos 1972 oleh YAB Tun Abdul Razak selaku Perdana

Menteri Malaysia pada ketika itu di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sistem ejaan ini diumumkan serentak di Indonesia yang diumumkan oleh Presiden

Soeharto pada tanggal yang sama. Terdapat enam ciri utama sistem ejaan rumi

bahasa Melayu iaitu:

Huruf vokal, diftong dan huruf konsonan

Keselarasan huruf vokal

Penulisan kata bahasa Melayu

Penggunaan huruf kecil dan huruf besar

Penggunaan tanda baca

Penggunaan partikel lah, kah, dan tah dieja berangkai dengan ejaan yang

mendahuluinya.

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM 13
MENYERAGAMKAN EJAAN RUMI

Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan organisasi yang
tidak asing lagi terutamanya dalam bidang bahasa
kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan
sebuah jabatan yang telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956
bagi menjalankan usaha-usaha memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa ilmu. Justeru itu, DBP memainkan peranan yang
amat signifikan dalam usaha menyeragamkan ejaan rumi.

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM 14
MENYERAGAMKAN EJAAN RUMI

Peranan utama DBP ialah menyelaraskan bahasa dan ejaan yang
digunakan di dalam negara. Langkah untuk menyelaraskan bahasa dan
ejaan yang betul dalam kalangan masyarakat ialah mencetak dan
menerbitkan buku-buku atau risalah-risalah yang menggunakan bahasa
Melayu dengan betul. Hal ini dikatakan demikian kerana buku merupakan
medium yang tidak pernah lapuk dan masih relevan digunakan sehingga
hari ini. Walaupun pada masa kini, telah wujudnya buku digital, namun
perkara ini tidak menjadi sebarang masalah untuk menyerbarkan ilmu
menggunakan bahasa yang betul. Contohnya majalah-majalah atas talian
yang disediakan di dalam laman sesawang rasmi Dewan Bahasa dan
Pustaka iaitu Jendela DBP. Laman sesawang tersebut boleh diakses secara
percuma oleh seluruh masyarakat.

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM 15
MENYERAGAMKAN EJAAN RUMI

Seterusnya, sejajar dengan dasar bahasa kebangsaan seperti yang telah
termaktub di dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia, usaha untuk
memelihara bahasa dan ejaan rumi termasuklah mengadakan pelbagai aktiviti
yang menggalakkan penglibatan murid daripada setiap golongan umur.
Contohnya mengadakan pertandingan syair, pantun, sajak, pidato sehingga ke
peringkat kebangsaan dengan sokongan DBP agar dapat menarik penglibatan
pelajar. Kesannya, pelajar dapat memperkemaskan ilmu mereka berkaitan
bahasa ibunda di samping mengasah bakat yang mereka ada.
Selain itu DBP berperan untuk menggalakkan rakyat menggunakan bahasa
yang betul dalam aktiviti berkomunikasi harian seluruh rakyat. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengaruh luar yang telah mencemarkan bahasa kebangsaan
semakin meruncing.Oleh itu DBP perlulah mengambil langkah yang proaktif bagi
mengekang masalah ini agar kelestarian bahasa masih terjamin.

16

CABARAN EJAAN RUMI PADA MASA DEPAN

Ejaan rumi pada masa depan diancam kedudukannya kerana sikap
segelintir masyarakat Malaysia itu sendiri yang memperlekehkan
dan tidak cakna akan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Cabaran ejaan rumi yang dihadapi ialah penggunaan bahasa rojak
yang sangat kerap digunakan sama ada di dalam platform digital
iaitu media sosial atau digunakan dalam percakapan harian. Gejala
ini memberikan risiko kepada ejaan rumi kerana percampuran yang
telah berlaku telah menghilangkan identiti ketulenan bahasa
Melayu. Menurut Hidayah et al. (2019), penggunaan bahasa rojak
dikaitkan dengan media baharu yang semakin popular hingga
menjadi saluran komunikasi penting termasuklah dalam kalangan
pelajar. Namun kerosakkan bahasa sangat berleluasa dalam
media sosial kerana pengguna media sosial berpendapat mereka
bebas menyuarakan setiap perkara sehingga mencabuli martabat
bahasa ibunda.

CABARAN EJAAN RUMI PADA MASA DEPAN 17

Selain itu, cabaran turut dihadapi dalam penyebaran iklan, papan
tanda atau tajuk-tajuk yang terpapar setiap hari jika mereka
menggunakan bahasa yang salah. Aspek penggunaan bahasa
Melayu yang betul sering diketepikan kerana ingin meraih perhatian
pelanggan sehingga melanggar hukum tatabahasa atau ejaan.
Contohnya, satu rancangan program realiti televisyen menggunakan
nama 'Terpaling Juara' yang mempunyai kesalahan berdasarkan
kata penguat. Selain itu ayat yang digunakan pada papan tanda
contohnya 'Restoran Masakan Panas dan Seafood'. Sepatutnya
seafood itu digantikan dengan perkataan makanan laut agar bahasa
Melayu digunakan dengan sebaiknya.

CABARAN EJAAN RUMI PADA MASA DEPAN 18

Dari perspektif yang berbeza, singkatan ejaan yang selalu
digunakan oleh masyarakat terutamanya pengguna media sosial
memberikan risiko kepada ejaan yang betul. Berdasarkan kajian
yang dijalankan oleh Nur Farahkhanna et al. (2022) menjelaskan
bahawa kebebasan bersuara dalam media sosial telah
mempengaruhi bentuk penggunaan bahasa yang salah seperti
bahasa singkatan. Bahasa singkatan bukan sahaja merosakkan
bahasa asal tetapi turut mempengaruhi minda anak muda yang
terdedah kepada penggunaan singkatan ini. Kesannya mereka
tidak tahu penggunaan ejaan yang betul contohnya tidak dieja 'x',
pergi dieja 'gi', mahu dieja 'mau' dan malam dieja 'mlm'. Jika
kesalahan ini dinormalisasikan, penggunaan bahasa Melayu
dengan cara yang salah akan terus berleluasa dan memberikan
impak terhadap generasi akan datang.

RUMUSAN 19

1mK9bbpd0eeumaei1plsknaoreekiakgmsmlneelenreisohgpkbhmlahasaaiuar.ishbanrlalnaJeaakdggsinklnkigubakbganagaraeteuuyuualnrgbnaamhsnpiaah,nat,iuehdksnemdkbraaaidgskseeaasnniaaatmnvn-eahrrspiuggmdaauaakasasunjemkaydanae.cbiahatajaOdbmaaanakhaaanolgaesnmanhnglekehymraseaiabahrsaiuumigtanahuapsdmagibiena.alMkmaiaeldHhuhidtnneaaeraMaiagtlbulauzlkatglaihaaaykiaehanlhhuanrrmsrikawu.yaiimdaansdnshuantsaeiejea1uipynmntmb9daaeytiai7brtratmsaeich2udneyekjaekaigdjagamsatsaianuttaktknaeingntalaarrjtairnakmwnhudkehpmaaaanuansnianilh

Rujukan 20

Amat Juhari Moain. (1992). Perkembangan Penggunaan Tulisan dalam Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, November 1992 hlm.
1060-1967.

Hashim Musa. (2006). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ismail Dahaman (1991). Ejaan rumi Wilkinson (1904) dlm. Jurnal Bahasa, Februari 1991 hlm. 115- 126.

Mohd Naim Daipi.(1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II. The Malay Language Council.

Muhammad Ariff bin Ahmad.(2000).Penglibatan saya dalam perkembangan bahasa Melayu dalam era pramerdeka dan
pascamerdeka.

Muhammad Ariff Ahmad (Writer). (1987, February 16). Ejaan Rumi bahasa Melayu sehingga ejaan Za’ba [Malay language spelling
from Rumi to Za'ba spelling; Radio broadcast transcript]. Singapore Broadcasting Corporation (SBC).
https://hdl.handle.net/10497/20095

Sabariah Sulaiman,Nurul Fazlina Md Rodi,Norhanishaa Haris.(2021).
ANALISIS SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA DALAM PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL 1 Authors


Click to View FlipBook Version