KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH
PENDIDIKAN
BERASASKAN HASIL
OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan ms
1
2.0 OBE di Kolej Vokasional 2
3
3.0 Apa itu OBE? 4
3.1 Perbezaan Pendidikan Tradisional 6
dengan OBE 7
8
3.2 OBE & Hasil Pembelajaran
3.3 Empat Elemen OBE 9
4.0 Mengapa perlu aplikasikan 11
OBE di KV? 12
5.0 HUBUNGKAIT OBE DENGAN PEO,
PLO &CLO
6.0 RUMUSAN
7.0 RUJUKAN
i
1.0 PENGENALAN
Kesemua program akademik yang ditawarkan di Kolej Vokasional
diwajibkan untuk mengamalkan proses Pendidikan Berasaskan Hasil
(Outcome-Based Education, OBE) serta menerapkan elemen-elemen
Kemahiran Insaniah (KI) bagi memenuhi sebahagian daripada
kriteria utama pengiktirafan progam.
Pendidikan Berasaskan Hasil atau Outcome Based Education (OBE)
merupakan satu konsep pendidikan yang digunakan di kebanyakkan
institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Pemahaman terhadap konsep
ini adalah sangat penting bagi menjamin kualiti pendidikan yang
diberikan kepada pelajar.
Edaran ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memberi
pengetahuan asas kepada warga kolej tentang amalan dan
pendekatan OBE di KVMT.
1
2.0 OBE DI KOLEJ VOKASIONAL
Outcome-based Education (OBE) dilaksanakan di Kolej Vokasional di
Malaysia setelah Transformasi Pendidikan Vokasional menaiktaraf
Sekolah Menengah Vokasional ke Kolej Vokasional. Pendekatan OBE
di Kolej Vokasional sedikit sebanyak memberikan perubahan besar
kepada sistem pendidikan vokasional kerana sebelum ini terikat
dengan corak pendidikan tradisional yang lebih berpusatkan kepada
peperiksaan semata-mata.
Pelaksanaan OBE di Kolej Vokasional adalah pra-syarat bagi
mendapatkan akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
dimana hasil pembelajaran yang jelas dan nyata perlu diperlihatkan
supaya semua program yang dijalankan di Kolej Vokasional ini
memenuhi standard kualiti yang telah ditetapkan.
2
3.0 APA ITU OBE?
Education-outcomed based (OBE) ialah suatu sistem pendidikan
yang teratur dan berfokus secara menyeluruh terhadap hasil yang
diperolehi oleh pelajar di akhir sesuatu pembelajaran.(Spaddy,1994)
OBE memfokuskan hasil kerana ianya melibatkan kepada perbuatan
dan perlakuan sebenar berbanding hanya mengetahui terhadap
sesuatu perkara (Spady, 1994)
OBE merupakan pembelajaran berasaskan hasil yang dicapai oleh
pelajar. Hasil pembelajaran ini boleh dikuasai bila pengajaran dan
pembelajaran itu lebih berpusatkan pelajar (Scott,2011)
Apa itu hasil pembelajaran ( Outcome )?
Hasil pembelajaran ialah apa yang pelajar tahu, faham dan boleh
lakukan setelah menamatkan kursus/program pengajian.
3
3.1 PERBEZAAN PENDIDIKAN
TRADISIONAL DENGAN OBE
Pendidikan OBE
Hasil pembelajaran yang Pendidikan
Tradisional
jelas.
Hasil pembelajaran yang diinginkan
dipilih terlebih dahulu, kemudian barulah
pembinaan kurikulum, pemilihan teknIk &
bahan megajar dan juga pentaksiran
yang menyokong hasil dipilih.
Berpusat kepada Berorientasikan
penguasaan pelajar. Peperiksaan
Pentaksiran berterusan seperti Ujian & peperiksaan akhir yang
menggunakan cerapan rubrik biasanya dalam bentuk kertas dan
pemarkahan untuk kerja berkumpulan pensil hanya berkesan untuk
dijangka menghasilkan pentaksiran menguji domain pembelajaran
dan penilaian yang lebih menyeluruh, kognitif peringkat rendah yang
tepat dan adil terhadap penguasaan memerlukan ingatan dan hafalan.
domain pembelajaran kognitif, ( Jabatan Pengajian Tinggi &
psikomotor, afektif dan sosial. Kemahiran Pengajian Tinggi, 2012
(Jabatan Pengajian Tinggi &
Kementerian Pengajian Tinggi, 2012) Pelajar tidak benar-benar
disediakan kepada alam pekerjaan.
Kurang penekanan kemahiran
insaniah yang diperlukan di dalam
pekerjaan contohnya kemahiran
4 komunikasi, kemahiran
perhubungan sosial dan lain-lain.
5
3.2 OBE & HASIL PEMBELAJARAN
OBE menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan :
i. Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas supaya
pelajar dapat mengetahui dan memahami dengan mudah hasil
pembelajaran yang perlu mereka capai.
ii. Menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai supaya pelajar
dapat mencapai hasil pembelajaran.
iii. Menilai tahap pencapaian pelajar mengikut kriteria pencapaian
yang jelas dan berkesan.
6
3.3 EMPAT ELEMEN OBE
OBE bersifat fleksibel di mana penambahbaikan terhadap kurikulum
sentiasa dilaksanakan supaya pelajar dapat mencapai keberhasilan
yang ditetapkan bagi sesuatu program. Ini adalah kerana,
pelaksanaan OBE berfokus kepada 4 elemen yang utama iaitu :
i. Perancangan
ii. Pelaksanaan
iii. Pemantauan
iv. Penilaian.
Dapatan daripada penilaian akan digunakan untuk melaksanakan
Penambahbaikan Kualiti Berterusan ( Continual Quality Improvement ,
CQI ).
7
4.0 MENGAPA PERLU APLIKASIKAN
OBE DI KV?
Oleh kerana KV menawarkan kelayakan pendidikan tinggi, maka
semua program KV perlu akur kepada Kerangka Kelayakan Malaysia
( Malaysian Qualification Framework , MQF) bagi memperolehi
akreditasi daripada MQA.
8
5.0 HUBUNGKAIT OBE DENGAN PEO,
PLO & CLO
OBE adalah sistem pendidikan yang mementingkan hasil
pembelajaran yang akan dicapai oleh pelajar. Maka disebabkan itu,
setiap program perlu mempunyai PEO, PLO dan CLO.
Apa itu PEO, PLO dan CLO?
Secara ringkas, PEO,PLO dan CLO adalah hasil-hasil pembelajaran
yang diharap pelajar capai mengikut masa tertentu.
PEO atau Programme Education Objective adalah hasil
pembelajaran yang diharap pelajar capai semasa mereka sedang
bekerja dalam bidang berkaitan program masing-masing. Iaitu
selepas 4 atau 5 tahun bergraduat.
PLO atau Programme Learning Outcome adalah hasil
pembelajaran yang diharap pelajar capai sebaik sahaja mereka
menamatkan program di KV iaitu selepas 2 tahun 6 bulan belajar
di sini.
CLO atau Course Learning Outcome adalah hasil pembelajaran
yang diharap pelajar capai setiap kali kursus tamat iaitu setiap
hujung semester pengajian.
9
Setiap CLO, PLO dan PEO yang dibina mesti mempunyai hubungkait
antara satu sama lain dan dinyatakan secara jelas dan nyata tentang
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dicapai oleh pelajar
dalam program tersebut.
10
6.0 RUMUSAN
Penguasaan ilmu berkaitan OBE ini perlu didalami oleh setiap warga
pendidik dan pihak pengurusan Kolej Vokasional bagi memantapkan
lagi matlamat program yang dijalankan. Peranan warga pendidik
dalam menjayakan pelaksanaan OBE ini mampu menjadikan pelajar
yang kurang cemerlang dari aspek akademiknya menjadi lebih
berjaya dan seterusnya dapat mengurangkan kepada masalah
keciciran pembelajaran di Malaysia selaras dengan usaha
membangunkan laluan pendidikan vokasional untuk menjadi pilihan
utama para pelajar.
11
7.0 RUJUKAN
i. Ts.Rosman Bahri, Amir Hamzah b. Sofhi@ Subhi & Prof Madya Ts Dr
Mohamad Sattar Rasul.(2020). Amalan Pendidikan Berasaskan Hasil.
Outcome-Based Education (OBE) di Kolej Vokasional.
ii. Mohd Amiruddin Ag. Damit & Muhd Kahizer Omar, UPM (2018).
Pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) di Kolej Vokasional, Malaysia.
iii. Ts Dr. Che Ghani b. Che Kob.UPSI. Siri perkongsian Outcome based
Education.
iiv. Nor Fadhlina Ahmad Murad, Mohd Izham Mohd Hamzah, UKM. Tahap
Kesediaan Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Terhadap Pembelajaran
Berasaskan Hasil, OBE Dan Hubungannya Dengan Kualiti Penyampaian
Kurikulum.
12
APAKAH OBE?
OBE ialah pendidikan yang menekankan hasil pembelajaran.
ADAKAH OBE PENTING?
Ya. OBE penting sebagai pra-syarat akreditasi.
APAKAH ANTARA KEBAIKAN OBE?
Pelajar tahu hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai
di awal pengajian..
Dengan OBE, hasil yang hendak dicapai adalah jelas.
Tetapkan hasil pembelajaran dahulu, baru bina kurikulum &
strategi pembelajaran.
Dengan OBE, sentiasa ada penambahbaikkan dalam semua
segi menjadikan pencapaian hasil akan lebih berkualiti.
ADAKAH PENDEKATAN OBE DIGUNAKAN DI
KELAS?
Ya. OBE juga diamalkan di dalam kelas.
13