The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Abdullah Munsyi "Bapa Kesusasteraan Melayu Moden"

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI MELAKA, 2022-12-19 00:02:31

Abdullah Munsyi

Abdullah Munsyi "Bapa Kesusasteraan Melayu Moden"

Abdullah

Munsyi

"Bapa Kesusasteraan Melayu
Moden"

Abdullah Munsyi adalah seorang
penulis dan bapa kesusasteraan Melayu
moden. Dia dilahirkan di Kampung Pali,
Melaka. Nama sebenarnya ialah
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi,
berketurunan Arab/India.

Dia merupakan salah seorang tokoh
awal kesusasteraan Melayu moden dan
merupakan penulis Melayu yang
pertama menghasilkan karya sastera
dalam bentuk cetak. 

Latar belakang pendidikan dan kehidupannya tidak banyak diketahui. Semasa

kecil dia diajar membaca al-Quran dan menulis Jawi oleh bapanya sendiri dan juga

oleh bapa saudaranya, Ismail Lebai dan Muhammad Latif. Dia juga mempelajari

bahasa Tamil, Hindi, Arab, Inggeris dan ilmu kira-kira. Abdullah menerima gelaran

‘munsyi’ kerana sumbangannya mengajar bahasa Melayu kepada anggota tentera

Inggeris keturunan India di Melaka. BGLM

Karya
Abdullah Munsyi

Sebagai guru bahasa, dia mendalami Bahasa Melayu
menerusi Datuk Sulaiman dan Datuk Astor. Dia
mendalami pelajaran agama Islam dan al-Quran di
bawah bimbingan Mualim Muhyiddin dan Syed Syekh
bin Alwi. Pada tahun 1823, Abdullah mendapat
bimbingan pelajaran Bahasa Inggeris daripada paderi
William Milne dan C.H. Thompson yang belajar Bahasa
Melayu daripada Abdullah. Dia juga terlibat dalam kerja
pencetakan apabila alat cetak jenis Hafmont
diperkenalkan di Singapura.

Abdullah dianggap bapa kesusasteraan Melayu moden,
yang memberikan sumbangan yang besar dan membawa
pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu moden
melalui karyanya Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan
Hikayat Abdullah (1849).

BGLM

Hikayat Abdullah boleh dikatakan sebagai sebuah buku sejarah yang
sangat berguna untuk rujukan generasi hari ini. Kepentingan
Hikayat Abdullah dari segi sejarah sosial dan politik bagi Melaka dan
Singapura, sangat menonjol sekali. Di dalamnya terdapat catatan
Abdullah yang sangat terperinci mengenai peristiwa politik dan
sosial yang berlaku di kedua-dua buah negeri jajahan British itu.
Hikayat ini ialah tulisan daripada seorang saksi kepada peristiwa
tersebut.

BGLM

Walaupun Abdullah kadang-kadang memberi interpretasi
dan pandangannya terhadap hal tersebut, seperti lazimnya
sikap seorang pengkaji, yang boleh dipertikaikan objektifnya,
namun fakta mengenai peristiwa itu ialah satu ketetapan yang
tidak dapat diragukan. Nama yang disebut, terutamanya
pegawai British yang mentadbir Singapura, ialah nama yang
biasa didapati dalam rekod British. Begitu juga nama
beberapa orang tokoh Melayu yang penting seperti Sultan
Husin, Singapura dan Kampung Gelam sebagai pusat
pentadbiran dan penempatan baginda dan kaum kerabatnya.

Kampung Gelam Singapura
sekitar tahun 70an
BGLM

Banyak peristiwa politik yang telah dicatat dengan Lord Minto
teliti oleh Abdullah dalam hikayatnya itu. Antara
peristiwa tersebut termasuklah lawatan Lord Minto,
Gabenor General India ke Melaka, pentadbiran
Stamford Raffles di Melaka dan kemudiannya di
Singapura, perhubungan British dengan Siam,
pentadbiran J. Crowford, pentadbiran British di
Naning dan perselisihan British dengan Dol Said,
Penghulu Naning, dan hubungan baik dengan
British dengan Temenggong Seri Maharaja Johor.

stamford raffles Hubungan Abdullah dengan Raffles, orang yang
bertanggungjawab meletakkan tanda dan tapak
empayar British di Semenanjung dan Singapura,
memang rapat. Oleh itu, tidak hairanlah jika
Abdullah memuji-muji Raffles dengan begitu hebat
sekali. Mengikut gambaran Abdullah, Raffles
seorang yang sangat cekap mentadbir, mempunyai
tingkah laku yang baik, sentiasa membantu dan
sangat berminat mengumpul kitab Melayu bagi
kajiannya dan untuk dibawa pulang ke England.
Abdullah mungkin bersikap berat sebelah dalam
menilai Raffles; namun sebagai sumber rujukan,
Hikayat Abdullah boleh menjadi satu pilihan bagi
memahami sikap dan politik British terhadap
Melaka dan Singapura.

J. crowford

BGLM

Penyerahan dan penjualan Singapura
kepada British pada tahun 1824, ialah satu
peristiwa sejarah yang sangat penting
dalam sejarah politik rantau ini, khususnya
Kepulauan Melayu. Peristiwa ini memberi
kesan yang berpanjangan kepada
penempatan British di rantau ini dan
keruntuhan empayar Kesultanan Melayu
Johor Riau-Lingga serta segala tradisi
kebudayaan Melayu itu sendiri. Abdullah
memang menyedari hal ini apabila
dikatakannya‘Insya-Allah’ akan datang
sebutannya itu di belakang.

Abdullah menunjukkan dalam hikayatnya itu, BGLM
bagaimana Gabenor Singapura, J.Crowford, telah
melambat-lambatkan bayaran elaun bulanan
Sultan Husin selama tiga bulan sehingga baginda
benar-benar kesempitan wang. Crowford
kemudian menawarkan cadangan British untuk
membeli Singapura dengan harga $30 000 dan
elaun bulanan kepada Sultan Husin sebanyak $1
300 dan Temenggong Abdul Rahman sebanyak
$26 000 dan elaun bulanan sebanyak $700. Satu
perjanjian ditandatangani yang mencatatkan
Sultan Husin dan Temenggong menyerahkan
semua kuasa pentadbiran dan kehakiman kepada
British. Dalam percaturan politik ini, Sultan Husin
digambarkan oleh Abdullah sebagai seorang
sultan yang tidak bijak. Tanpa berfikir panjang
baginda terus menerima tawaran British tanpa
menyedari kuasanya sebagai pemerintah
Singapura hilang begitu sahaja.

Dari segi sejarah sosial, Hikayat Abdullah merakamkan keadaan
masyarakat Melayu, Cina, India dan lainnya secara terang. Seperti yang
diketahui umum, masyarakat Melayu digambarkan dengan segala sikap
buruk yang merugikan mereka, terutama dalam soal memajukan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Untuk mencari guru mengajar bahasa
Melayu ternyata sukar sekali. Ini menyebabkan orang Melayu tidak dapat
menghasilkan buku dan sebagainya, walaupun pengenalan sistem cap
telah dibuat oleh British. Abdullah terpaksa bekerja untuk
menterjemahkan buku bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Tulisan
Abdullah memang mempunyai keistimewaan yang nyata dari segi
sejarah sosial. Sebagai seorang wartawan pada zamannya, Abdullah
menceritakan tentang kegiatan kongsi gelap Cina yang sangat
bermaharajalela di Singapura. Dia bukan sahaja menceritakan peraturan
mereka mengambil ahli baru, tetapi juga kegiatan yang tidak dapat
dikawal oleh British, walaupun diletakkan pasukan polis berkawal setiap
malam. Kegiatan kongsi gelap Cina memang merupakan satu perkara
yang cuba diatasi oleh British pada pertengahan abad ke-19.

BGLM

Perniagaan hamba juga ditonjolkan oleh Abdullah. Di pelabuhan
Singapura, dia melihat kapal dari luar membawa lelaki, wanita dan
kanak-kanak yang ditangkap dari sekitar Kepulauan Melayu seperti
Minangkabau, Siak, Bali, Jawa dan Orang Asli. Mereka dilayan dengan
buruk dan dijual kepada semua bangsa untuk dijadikan hamba suruhan,
gundik, isteri dan sebagainya. Sistem perdagangan hamba ini
kemudiannya diberhentikan oleh Raffles.

Tulisan Abdullah sebenarnya merakamkan peristiwa politik yang besar,
yang dibincangkan oleh sejarah politik dan imperialisme British di
Semenanjung dan Singapura, serta hubungannya di negeri sekelilingnya.
Oleh itu, kepentingan Hikayat Abdullah bukan sahaja sebagai satu hasil
kesusasteraan Melayu, tetapi juga adalah sebuah karya sejarah yang
menarik.

BGLM

Kalau dilihat secara keseluruhan tulisan
Abdullah, terdapat tiga pembaharuan
utama yang tertonjol. Pertama, Abdullah
memperkenalkan bentuk autobiografi,
iaitu bentuk biografi tentang diri dan
pengalaman pengarang sendiri. Kedua-
dua karya autobiografinya itu dituliskan
nama penulis untuk menandakan adanya
pertanggungjawaban pengarang.

Pembaharuan kedua terletak pada isi dan
watak karyanya. Seperti yang dapat dilihat
dalam kedua-dua karyanya tadi, tumpuan
pengisahannya tidak lagi berkisar pada
perkara dongeng dan diri putera puteri raja
yang tampan sakti seperti yang biasa ditemui
dalam hidup realiti kita. Ini termasuklah
pengalaman pengarangnya seperti keadaan
hidup semasa kecil bersama-sama
keluarganya, pergaulannya dengan pegawai
Inggeris, dan pelayarannya ke negeri di pantai
timur Malaysia.

BGLM

Pembaharuan ketiga dan terakhir terletak pada gaya penulisannya,
Abdullah menggunakan sudut pandangan orang pertama pencerita
iaitu menggunakan kata ganti nama diri ‘aku’ dalam menceritakan
peristiwa, khususnya dalam Kisah Pelayaran Abdullah dan Hikayat
Abdullah. Dia menggunakan kata ganti nama diri tersebut untuk
menyesuaikannya dengan peristiwa dan manusia yang kebanyakannya
dilihat atau dialaminya sendiri. Dia merasakan lebih
bertanggungjawab terhadap apa-apa yang ditulisnya. Pandangan,
kritikan, teguran serta ajarannya adalah secara terbuka dan tajam.
Dari segi bahasa, pemakaian gaya bahasanya bersifat lama seperti
gaya bahasa Sejarah Melayu. Kelainan yang dapat ditimbulkan dalam
aspek gaya bahasa ini ialah penggunaan bahasa Inggeris dan
ungkapan bahasa pasar.

BGLM

KARYA LAIN
ABDULLAH MUNSYI




Syair Singapura
Terbakar
(1830)




Lain-lain ; Hikayat Panca
Tanderan
Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah

(tidak tamat)


Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu
dalam Segala Negeri (1837) Syair Kampung
Gelam Terbakar







Dawaul-Kulub (1883)

Sejarah Melayu (1830)




BGLM

Abdullah tetap dianggap sebagai
tokoh utama pembaharuan dan
bapa kesusasteraan Melayu moden,
hingga kini. Dia mengubah tradisi
penulisan secara radikal dan tidak
mempengaruhi pengarang yang
sezaman dengannya. Pemecahan
tradisi yang dilakukan ini ternyata
mendahului zamannya. Abdullah
Munsyi meninggal dunia di Jeddah
pada tahun 1854.

Sumber Rujukan :

[ lih. j. HIKAYAT ABDULLAH, KISAH PELAYARAN ABDULLAH, SYAIR
SINGAPURA TERBAKAR, SEJARAH MELAYU]

Hookaas, C., 1961. Perinstis Sastera. Jakarta : Wolters Groningen.

Ismail Husseuin, 1974. The Study of Traditional Malay Literature with selected
Biography. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Li Chuan Siu, 1966. Ikhtisar Sejarah Kesusasteraan Melayu Baru 1830-1945.
Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Mohd Taib Osman, 1964. Modern Malay Literature. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Skinner, C., 1959. Prosa Melayu Baharu. Kuala Lumpur: Longman. BGLM


Click to View FlipBook Version