GARIS PANDUAN KALAM ‘ARABIY PENGENALAN 3.1.Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai yang berbentuk pertandingan secara bersemuka bagi sesi persekolahan tahun 2023 / 2024. 3.2.Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam dalam bidang pengucapan awam dalam Bahasa Arab berasaskan kurikulum Bahasa Arab. 3.3. Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif, menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar. 3.4. Tarikh pelaksanaan acara Kalam ‘Arabiy di peringkat kebangsaan adalah seperti berikut: 3.5. Manakala tarikh pelaksanaan peringkat sekolah, daerah dan negeri adalah mengikut kesesuaian masing-masing. Peringkat Tarikh akhir pendaftaran Tarikh undian / cabutan Tarikh Pertandingan Kebangsaan 22 Sep 2023 02 Okt 2023 02 - 05 Okt 2023
TERMA DAN SYARAT 3.6. Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada sesi persekolahan tahun 2023 / 2024. 3.7. Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu: 3.8. Tema persembahan adalah seperti berikut: 3.9. Masa persembahan masa persembahan ialah 5 minit loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat (ke-4) dan dua kali pada minit kelima (ke-5) menandakan waktu telah tamat. Masa dikira apabila loceng permulaan dibunyikan setelah peserta berada di atas pentas. Bil Kategori Kelas 1 Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 1 - 6 2 Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 1 - 6 Bil Tema 1 ب أ ْس َرتِي ُّ أ ِح 2 م ِج ْسمي ال َّسلی َھ ِب 3 ت َكالذَّ َوقْ ال 4 َ ّطعَام ال ُّ َما الذ 5 َس ِعی َدةَ ِر ْحلَةْ 6 بَیتِي َجنَّتِي
CARA PENYAMPAIAN 3.10 Perkara yang dibenar dan tidak dibenar dalam penyampaian adalah seperti berikut: i. Peserta dibenarkan untuk menggunakan syair/ gurindam/ pantun/ sajak/ nasyid (ala padang pasir atau kontemporari) secara minimalis. ii. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat sokongan. iii Peserta tidak dibenarkan mendapat sebarang tunjuk ajar atau bantuan dalam bentuk isyarat atau apa medium sekalipun semasa persembahan. iv Setiap persembahan hendaklah mengandungi: - Lafaz salam dan kata aluan. - Pengenalan tajuk v Isi yang sempurna huraiannya yang mengandungi: a) Isi kandungan b) Huraian isi c) Huraian lengkap (contoh/dalil/kesan) d) Kesimpulan isi e) Penutup 3.11 Kandungan teks hendaklah menggunakan uslub bahasa Arab yang sesuai dengan tahap murid sekolah rendah dan menggunakan daftar kata (mufradat) yang terkandung dalam Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1 - Tahun 6. 3.12 Penyampaian hendaklah bersifat bersahaja, spontan, dan tidak tertumpu ke arah penceritaan.
PENILAIAN JURI 3.13. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut: i. Penyampaian (40 markah) ii. Isi (30 markah) iii. Bahasa (30 markah) 3.14. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan.
BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN KALAM ‘ARABIY SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 *Perkara berkaitan terma & syarat adalah tertakluk kepada Pengerusi Jemaah Juri. Nama peserta: Kategori: Pertandingan peringkat: daerah / negeri / kebangsaan Tajuk: Tarikh penjurian: Penyampaian 40 markah Isi 30 markah Bahasa 30 markah Kelancaran: 15 markah Kesesuaian nada dan gaya: 15 markah Meyakinkan: 10 markah Kata aluan = 2 Pengenalan tajuk = 2 Isi (3) = 24 Isi kandungan =1 Huraian isi = 3 Huraian lengkap (contoh/ dalil/ kesan) = 3 Kesimpulan isi = 1 Penutup penyampaian 2 Nahu 10 Uslub 5 Lahjah 15 ● Penilaian kepada nahu, uslub dan lahjah. ● Setiap 2 kesalahan nahu dipotong 1 markah. Markah diperolehi: Markah diperolehi: Markah diperolehi: Jumlah Markah Nama juri Tandatangan