The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL AINA, 2024-01-30 14:20:25

manual waqaf_merged COMPLETE

manual waqaf_merged COMPLETE

Keywords: WAQAF

MMAANNUUAALL AM TERENGGANU DARUL IMAN


Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnyaAllah mengetahuinya. (SurahAli Imran: 92) WAQAF


NUUR HAYATI BINTI ROSLI (D20212099144) SITI ZUBAIDAH BINTI ZAMZURI (D20212099169) ISMP PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 4 MUKHLISA AIMA BINTI HISHAM AFANDI (D20212099119) NURUL AINA BINTI ZAKARIA D20212099156 SITI ZAHARAH BINTI MOHAMED (D20212099161) PENULIS


Sekalung penghargaan ditujukan kepada MajlisAgama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kerana menubuhkan satu perbadanan wakaf bagi kebajikan dan pembangunan ummah. َبَتۡت َأۢن ٍة َكَم َثِل َحَّب ِه يِل ٱلَّل ُقوَن َأۡمَوٲ َلُهۡم ِفى َس ِب يَن ُين ِف ِذ ﴿ َّم َثُل ٱ َّل ‌ۗ َمن َيَشآ ُء ِعُف ِل ٱلَّلُه ُيَض ٰـ َو ‌ۗ ٍ۬ة ِّم ْاَئ ٍُة َحَّب ٍة َسۡبَع َس َناِبَل ِفى ُكِّل ُسۢنُبَل يٌم ﴾ ٲِسٌع َعِل ٱلَّلُه َو َو >> سورةالبقرة: ۲٦١>> Mafhumnya :- “ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalanAllah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapatseratus biji.Dan ingatlahAllah akan melipatgandakan pahala bagisesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( SurahAl-BaqarahAyat 261 ) penghargaan


PERKARA PENGENALAN WAKAF - DEFINISI DARI SEGI BAHASA - DEFINISI DARI SEGI SYARAK - DALIL PENSYARIATAN, MENURUT MAZHAB SYAFIE - DALIL PENSYARIATAN MENURUT PERUNDANGAN - RUKUN WAKAF - SYARAT WAKAF - HIKMAH WAKAF - KELEBIHAN WAKAF BAB 1 : PRINSIP UMUM - KLASIFIKASI WAKAF BAB 2 : PERLAKSANAAN WAKAF - CARA-CARA MEMOHON WAKAF BAB 3 : MANFAAT WAKAF - DEFINISI MANFAAT WAKAF - OBJEKTIF MANFAAT WAKAF - HIKMAH MANFAAT WAKAF - KATEGORI MANFAAT WAKAF BAB 4 : WAKAF AM - DEFINISI AM - PERUNTUKAN AM BAB 5 : PENGURUSAN WAKAF DI TERENGGANU - ENAKMEN WAKAF NEGERI TERENGGANU BAB 6 : SOALAN LAZIM LAMPIRAN: - PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM WAKAF SECARA ATAS TALIAN - CONTOH BORANG BANTUAN DI BAWAH PERUNTUKAN WAKAF - CONTOH BORANG WAKAF DAN PEMBELIAN HARTA WAKAF RUJUKAN ISI KANDUNGAN 1-13 14-21 22-25 26-29 30-34 35-42 43-46 MUKA SURAT


PPEENNGGEENNAALLAANN


2 PENGENALAN WAKAF ِذۡيَن َّل ا ِفۡيَن ِفۡيِه َف ـ ُكۡم ُّمۡسَتۡخَل ِه َوَرُسۡو ِلِه َو َا ۡنِفُقۡوا ِمَّما َجَع َل ّٰل ِبال ٰاِمُنۡوا ِبۡيٌر َلُهۡم َاۡجٌر َك ٰاَمُنۡوا ِمۡن ُكۡم َو َا ۡنَفُقۡوا Wakaf merupakan salah satu komponen ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara membelanjakan harta di jalan Allah dengan tujuan semata-mata mengharapkan redha Allah serta memperoleh saham dan ganjaran di akhirat. Wakaf juga memainkan peranan dalam membangunkan insan kerana dengan mewakafkan harta yang dikasihi demi kepentingan umum, akan mendidik jiwanya menjadi seorang yang berjaya mengikis rasa bakhil dan kedekut serta menanamkan sifat pemurah, mengikis sifat mementingkan diri dan menanam sifat bertimbang rasa, kasih kepada ummah, memperteguhkan persaudaraan Islam, menanamkan sifat kekitaan sesama muslim, mengikis sikap terlalu kasih kepada dunia dan menanamkan sifat menjadikan harta kekayaan ini sebagai jambatan yang akan menyampaikannya kepada keredaan Allah SWT. PENDAHULUAN Maksudnya: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikan-Nya kamu menguasaiNya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah), mereka tetap beroleh pahala yang besar” (Surah Al-Hadid: Ayat 7)


Wakaf ialah suatu bentuk penyerahan harta sama ada secara terang (sorih), atau sindiran (kinayah), di mana harta tersebut ditahan dan manfaatnya sahaja diaplikasikan untuk tujuantujuan kebajikan di mana harta itu dimanfaatkan kepada orang lain sama ada secara umum atau khusus. Perkataan wakaf berasal daripada bahasa Arab iaitu waqf yang merupakan masdar dari kata kerja waqafa. Walau bagaimana pun, ia mempunyai berbagai maksud mengikut penggunaan dan tujuan ayat itu sendiri. Menurut Hanif Md Lateh, hal ini menunjukkan kebergantungan bahasa Melayu kepada bahasa pinjaman. Perkara ini kerana dalam mentakrifkan maksud wakaf, bahasa Arab membantu dalam memperkasakan bahasa Melayu. Umat Islam harus mendidik dirinya dalam melawan keinginan mencintai harta kekayaan yang berlebih-lebihan dan berusaha mencari jalan yang baik supaya harta yang dimiliki itu diredhai oleh Allah SWT. Cara yang sebaik-baiknya ialah dengan mewakafkan sebahagian daripada harta yang dimiliki. Maka dengan cara ini wakaf menjadi ibadah yang amat berfaedah bukan sahaja untuk masa yang singkat, bahkan berpanjangan sehinggalah harta itu kekal manfaatnya. Memandangkan kepada kepentingan amalan wakaf ini, menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk membangunkan tanah wakaf, yang mana ia mampu memberi sumbangan besar ke arah pembangunan serta penyusunan semula struktur ekonomi masyarakat Islam yang lebih baik. DEFINISI 3


BAHASA Wakaf berasal dari bahasa Arab waqf, iaitu nama terbitan (masdar) dari kata kerja waqafa, ia mempunyai berbagai-bagai makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. Dari segi bahasa, waqf memberi makna berhenti (السكن ,(menegah (المنع (dan .(الحبس) menahan Ulama fiqh sepakat mentakrifkan wakaf mengikut istilah bahasa dengan al-habs ertinya menahan kerana perkataan al-habs itu lebih hampir kepada pengertian syarak. Lebih-lebih lagi perkataan al-habs itu banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa buah hadisnya, antaranya: حبس األصل وسبل الثمرة “Wakafkanlah tanah itu dan berilah hasil buahnya sebagai sedekah” ISTILAH Wakaf ialah suatu bentuk penyerahan harta sama ada secara (sorih) terang, atau (kinayah) sindiran, di mana harta berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan untuk tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus. Dari segi istilah ia bermaksud menahan sesuatu harta seseorang untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Harta yang diwakafkan hendaklah berada dalam keadaan yang baik, kekal dan tujuan ia melakukan wakaf adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memberi kebajikan kepada orang lain. Pewakaf juga tidak lagi mempunyai hak ke atas harta wakaf tersebut. 4


DALIL PENSYARIATAN WAKAF Manakala Muhammad ‘Arfah al-Dusuqi pula menjelaskan bahawa wakaf adalah memberikan manfaat sesuatu harta yang dimiliki kepada orang yang berhak dengan satu akad dalam jangka masa tertentu, sesuai dengan kehendak pewakaf. Menurut Ibn Qudamah dari ulama Mazhab Hanbali menyatakan bahawa wakaf adalah menahan yang asal dan memberikan hasilnya. Menurut Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan, Ahmad bin Hanbal dan al-Syafie, wakaf ialah menahan ‘ayn mawquf (harta) sebagai milik Allah atau pada hukum milik Allah dan menyedekahkan manfaatnya ke arah kebajikan dari mula hingga akhirnya. Firman Allah SWT: ۦ َعِليٞم َه ِبِه َّل ِإَّن ٱل نِفُقوْا ِمن َشۡيٖء َف َوَما ُت َۚن نِفُقوْا ِمَّما ُتِحُّبو ِبَّر َحَّتٰى ُت ۡل ٱ وْا َناُل َلن َت Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali Imran: 92) Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menjelaskan bahawa “kebajikan” membawa maksud segala bentuk kebaikan yang merujuk kepada wakaf. Manakala dalil hadis yang terkenal adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar perihal ayahandanya Saidina ‘Umar al-Khattab yang telah mewakafkan tanahnya yang terbaik di daerah Khaybar. 5


Hasil daripada tanah yang “diwakafkan” itu telah diagihkan kepada fakir miskin, kaum keluarga, hamba abdi, orang yang berada di jalan Allah (fi sabilillah), ibn sabil dan para tetamu. Hadis tersebut turut menggariskan prinsip-prinsip utama yang mendasari konsep wakaf yakni tidak boleh dijual, dihibah dan diwarisi. Perwakafan oleh Saidina ‘Umar berupa sebuah ladang bernama thamgh di Khaybar yang turut menjana hasil pertanian merupakan suatu perbuatan berhubung pensyariatan wakaf di samping telah disepakati oleh jumhur fuqaha sebagai antara wakaf yang pertama dalam sejarah Islam. Hadis tersebut mengandungi asas yang jelas bahawa harta yang diwakafkan bukanlah terdiri daripada harta yang terpendam, kosong dan terbiar sebaliknya terdiri daripada harta yang dimajukan dan mempunyai hasil untuk disalurkan kepada kepentingan orang ramai. Menurut cerita Anas bin Malik, bahawa Abu Talhah adalah seorang Ansar yang paling banyak memiliki kebun kurma di Madinah. Antara kebun kurma yang paling disayangi ialah kebun kurmanya di Bairuha, yang terletak berhadapan dengan masjid. Rasulullah SAW sendiri pernah mengunjunginya dan meminum airnya yang sangat nyaman. Apabila firman Allah SWT yang tersebut di atas itu diwahyukan kepada Rasulullah SAW, maka Abu Talhah berkata kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya harta yang paling aku sayang ialah hartaku di Bairuha dan sesungguhnya hartaku di Bairuha itulah yang kuwakafkan ke jalan Allah SWT.” 6


Amalan mewakafkan harta ke jalan yang baik akan diberi oleh Allah SWT ganjaran pahala yang berkekalan dan berpanjangan selama harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan atau tidak musnah. Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. telah menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: إذا مات ابن أدم إنقطع عنه عمله إال من ثالث : صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صاحل يدعو له Maksudnya: “Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berpanjangan mengalir seperti sedekah amal jariah atau wakaf. Para ulama sepakat menerima wakaf sebagai satu amal jariah yang disyariatkan dalam agama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan dan menolak tuntutan amalan wakaf dalam Islam kerana wakaf telah menjadi amalan yang sentiasa diutamakan oleh para sahabat Rasulullah SAW, ahli-ahli ibadat yang suka bersedekah atau membuat amal kebajikan dan ahli-ahli ilmu yang suka mendampingkan dirinya dekat dengan Allah SWT. 7


WAKAF MENURUT MAZHAB SYAFIE Mengikut ulama Mazhab al-Syafie wakaf adalah penahanan harta yang boleh dimanfaatkan dan gunakan hasilnya untuk tujuan yang harus (mubah) tanpa menghabiskan ‘ayn sesuatu harta. Maksud daripada takrif ini, wakaf ialah boleh menghilangkan hak milik waqif (pewakaf) dan berpindah kepada penerima wakaf untuk menggunakan manafaatnya tetapi harta asal benda itu masih kekal keadaannya. Menurut Muhammad al-Sharbini al-Khatib merupakan seorang ulama dalam mazhab Syafie mendefinisikan wakaf sebagai menahan harta yang boleh memberi manfaat dengannya, dengan memutuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf untuk diberikan kepada tempat pemberian yang diharuskan. Takrif ini bermaksud harta wakaf itu hendaklah kekal, serta harta tersebut tidak boleh dijual, dihibahkan, dipusakai dan lain-lain hak yang dimilikinya sebelum barang itu diwakafkan. Ini kerana barang itu telah menjadi milik Allah dan bukan lagi miliknya. Manakala penerimanya hanya mengambil manfaatnya dan menjaganya dengan baik. Mengikut pendapat Imam al-Ja’far al-Sadiq sebahagian dari Mazhab Imam al-Syafie, wakaf membawa pengertian menahan sesuatu harta daripada berpindah milik dan digunakan manfaatnya. Takrif ini bermaksud manfaat harta yang diwakafkan itu berpindah kepada golongan yang diwakafkan yang tidak harus lagi dipindahkan milik secara mutlak. Definisi ini memberi erti bahawa orang yang memberi wakaf hilang hakmiliknya terhadap harta yang diwakafkan itu, iaitu harta tersebut telah bertukar milik kepada penerima wakaf. 8


Al-Syarbini menjelaskan bahawa wakaf ialah menahan sesuatu barangan daripada milik seseorang yang boleh digunakan untuk jalan Allah SWT. Pengertian wakaf yang dibuat oleh beliau adalah sama pengertian wakaf yang dibuat oleh al-Asqalani yang menyatakan bahawa wakaf ialah menahan sesuatu harta yang boleh digunakan untuk jalan Allah SWT. Al-Asqalani mentakrifkan wakaf sebagai menahan sesuatu harta yang boleh dipergunakan dengan syarat ianya bersifat kekal dan digunakan bagi mendapatkan manfaat-manfaat yang diharuskan guna dengan syarat ianya kekal dan disalurkan kepada perkara yang diharuskan. Daripada takrif-takrif wakaf mengikut Mazhab Syafie di atas menunjukkan bahawa ciri-ciri harta wakaf adalah suatu harta yang boleh dimanfaatkan, ianya (harta wakaf) mestilah bersifat kekal dan tidak boleh dipindah milik serta digunakan untuk tujuan kebajikan semata-mata. Dari segi pemilikan, pewakaf tidak mempunyai kuasa terhadap harta yang diwakafkan kerana ia telah menjadi milik penerima wakaf selagi harta itu boleh diambil manfaat. Pewakaf masih mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT selagi harta yang diwakafkan (‘ayn)itu masih boleh digunakan atau boleh diambil manfaat dan harta yang diwakaf itu telah menjadi milik Allah SWT bukannya milik pewakaf. 9


WAKAF MENURUT PERUNDANGAN Perkataan “wakaf” telah ditafsirkan dalam semua undang-undang wakaf sama ada di bawah statut khusus wakaf ataupun statutstatut pentadbiran agama Islam atau perundangan Islam negerinegeri. Namun demikian, kebanyakan definisi atau pentakrifan wakaf tersebut hanya menyentuh tentang harta wakaf am dan khas yang melibatkan semua jenis harta wakaf termasuk tanah yang dikategorikan sebagai harta tak alih dan tidak dihuraikan secara terperinci di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali di beberapa negeri yang lain iaitu Melaka, Selangor, Terengganu, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Di Negeri Johor misalnya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003, mentakrifkan wakaf sebagai: “pemberian yang berkekalan di atas harta atau sebahagian daripadanya oleh tuan punya harta itu kerana maksud agama mengikut hukum syarak”. Tafsiran yang lebih kurang sama turut terdapat di dalam Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005, mendefinisikan wakaf sebagai; “menyerahkan hak milik apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat, faedah atau keuntungannya”. Di Negeri Melaka, Seksyen 2(1) Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005 telah memperuntukkan wakaf sebagai: “menyerahkan apaapa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut hukum syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]”. 10


Tafsiran yang sama turut terdapat di dalam statut wakaf di negerinegeri lain di Malaysia. Bagi Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015 pula, didapati tafsiran harta yang dibuat di bawahnya lebih luas iaitu meliputi sumbangan kepakaran dan perkhidmatan, “wakaf” ertinya: a. Menyerahkan hak milik apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau kepentingannya b. Menyerahkan manfaat atau kepentingan yang boleh dinikmati daripada apa-apa harta c. Menyumbangkankepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati manfaat atau kepentingannya. RUKUN WAKAF Menurut pendapat jumhur ulama (Maliki, Shafie dan Hambali), sesuatu wakaf hendaklah melengkapi empat rukun iaitu: a) Waqif iaitu orang yang mewakafkan harta wakaf; b) Mawquf iaitu harta yang hendak diwakafkan; Sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas, menurut hukum syarak, tetapi tidak termasuk amanah yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 (Akta 208) 11


c) Mawquf 'alaih iaitu orang yang menerima manfaat wakaf sama ada penerimanya orang tertentu (mu'ayyan) atau penerimanya bukan tertentu (ghayr mu'ayyan) seperti fakir miskin, anak yatim, masjid, sekolah dan sebagainya;dan d) Sighah iaitu lafaz yang diucapkan oleh wagif yang terdiri daripada ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan) dan samada dalam bentuk jelas (soreh) atau sindiran (kinayah). SYARAT WAKAF Setiap rukun di atas tertakluk kepada syarat-syarat tertentu iaitu: i. Pewakaf hendaklah seorang yang berakal, merdeka, baligh, tidak dipaksa, memiliki harta dan berkuasa dalam menguruskan hartanya; ii. Harta yang akan diwakafkan hendaklah terdiri daripada harta yang diketahui dan ditentukan, harta yang boleh dimiliki, mempunyai manfaat dan diharuskan di sisi syarak serta harta yang kekal; ill.Penerima harta wakaf hendaklah wujud ketika wakaf dibuat dan ditentukan, boleh memiliki harta, bukan diri sendiri dan tidak bertujuan maksiat; dan iv. Sighah iaitu lafaz ijab dan gabul dan ia hendaklah diucapkan untuk selama-lamanya (ta'bid), tujuan atau matlamat pemberian yang jelas, tidak disyaratkan dengan sesuatu dan lafaz yang mengikat (al-ilzam) 12


HIKMAH DAN KELEBIHAN BERWAKAF Wakaf merupakan salah satu instrumen tabarru' (sadaqah) atau dikenali sebagai sedekah jariah yang berkekalan pahalanya. Wakaf mempunyai hikmah dan kelebihan yang tersendiri jika ia dilakukan dengan niat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. antara hikmahnya ialah: a) Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT; b) Mendekatkan diri kepada Allah SWT; c) Mendapatkan kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf meninggal dunia. d) Berkongsi manfaat dalam kalangan masyarakat Islam seperti membina masjid dan sekolah untuk menghidupkan syiar Islam dan aktiviti keilmuan; e) Mengukuhkan perpaduan ummah; dan f) Memastikan pengekalan pemilikan dan perkongsian aset umat Islam 13


Bab 1 PRINSIP UMUM


PRINSIP UMUM Pelaksanaan dan pengurusan harta wakaf perlu memenuhi prinsipprinsip umum yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu tidak boleh dijual,tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh diwarisi. Majoriti ulama fiqh berpandangan bahawa prinsip utama dalam konsep wakaf adalah muktamad,keberkekalan dan tidak boleh dipindah milik. PRINSIP UMUM WAKAF a) MUKTAMAD Prinsip muktamad (al-mu’tamad atau irrevocability) bermaksud proses pewakafan berkuat kuasa sebaik sahaja deklarasi dibuat oleh pewakaf. Pemilikan pewakaf telah terlucut sebaik harta tersebut diwakafkan dan serta merta berpindah kepada kepentingan mawquf ‘alaih dengan penyerahan mutlak kepada Allah SWT. Pewakafan tersebut juga tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik. Namun demikian,Imam Abu Yusuf mengiktiraf pewakafan secara bertempoh (muaqqat) dan tidak menerima prinsip muktamad kecuali dengan izin atau perintah mahkamah. Pendapat ini sama seperti pandangan dalam Mazhab Maliki iaitu harta yang telah diwakafkan boleh menjadi hak pewakaf atau keturunannya apabilatempoh wakaf yang ditetapkan tersebut telah tamat. b) KEBERKEKALAN Keberkekalan (al- ta’bid atau perpetuality) bermaksud harta yang ingin diwakafkan hendaklah bersifat kekal dan tahan lama seperti tanah dan rumah. Atas prinsip ini,harta yang tidak boleh bertahan lama atau mudah rosak tidak boleh diwakafkan,seperti makanan,minuman dan sebagainya. 15


c) TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK Prinsip tidak boleh pindah milik ( al-ilzam atau inalienability) ini adalah hampir sama dengan prinsip berkekalan yang telah dibincangkan di atas. Harta yang telah diwakafkan tidak boleh dipindah milik dalam apa bentuk sekalipun sama ada dijual,digadai,diwariskan atau dijadikan hibah oleh pewakaf,mutawalli mahupun penerimanya. Prinsip ini diambil daripada dalil hadith mengenai wakaf sebidang tanah di Khaybar oleh Saidina “Umar RA. Berdasarkan prinsip ini,para ulama melarang pemegang amanah daripada menggadaikan atau menyandarkan harta-harta wakaf sebagai jaminan kepada peminjam. Walaupun begitu,terdapat pengecualian hukum dalam prinsip ini jika harta wakaf tersebut ditukarkan atau digantikan dengan harta lain yang bersesuaian,tertakluk kepada keperluan semasa dan peruntukan perundangan untuk pelaburan semula. Ringkasnya,proses pewakafan harta hanya akan sempurna apabila syarat-syarat pewakafan dipatuhi sebagaimana yang berikut: Wakaf hendaklah dibuat secara kekal. Bagi wakaf khas,tujuan dan maksud wakaf hendaklah dinyatakan dengan jelas . Harta yang telah diwakafkan hendaklah berkuat kuasa serta merta,tidak boleh ditarik balik,tidak boleh diubah-ubah tujuannya dan tidak boleh tertakluk kepada syarat-syarat lain yang sebaliknya. 16 Prinsip berkekalan merupakan hukum wakaf yang perlu dipatuhi sepenuhnya kecuali dalam beberapa keadaan seperti kerosakan yang disebabkan oleh bencana atau kemalangan yang di luar kemampuan manusia atau disebabkan wakaf yang dilakukan secara bertempoh (muaqqat) atau disebabkan keperluan pelaksanaan proses istibdal.


KLASIFIKASI WAKAF Huraian mengenai klasifikasi wakaf boleh dibahagikan kepada tiga (3) aspek utama iaitu daripada sudut mawquf , mawquf ‘alaih dan kaedah pewakafannya. KLASIFIKASIKAN BERDASARKAN MAWQUF Terdapat dua kategori utama klasifikasi wakaf daripada sudut mawquf iaitu harta wakaf alif dan harta wakaf tak alih. 1.Harta Wakaf Alih Harta wakaf alih atau manqul iaitu harta dan aset wakaf yang mudah dibawa,dipindahkan atau yang boleh diubah dari tempat asalnya dan dapat dimanfaatkan secara langsung seperti wang tunai,saham dan sukuk,buku dan kitab,pakaian dan peralatan,ternakan dan kenderaan,harta inteek dan sebagainya. 2. Harta Wakaf Tak Alih Harta wakaf tak alih atau ghair manqul adalh harta dan aset wakaf yang tidak boleh berpindah atau dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti tanah,bangunan dan sebagainya. KLASIFIKASIKAN BERDASARKAN MAWQUF ‘ALAIH Umumnya,klasifikasi wakaf daripada sudut mawquf ‘alaih terbahagi kepada dua (2) jenis sahaja sama ada wakaf ahli atau wakaf khayri. 1.Wakaf Ahli Wakaf ahli yang juga disebut sebagai wakaf zurri ini dikhususkan manfaatnya untuk kebajikan dan kepentingan ahli keluarga atau keturunan pewakaf sahaja sebagaimana yang ditentukan oleh pewakaf sendiri. 17


2. Wakaf Khairi Wakaf ini dilakukan semata-mata bagi tujuan kebajikan dan kepentingan maslahat awam,Klasifikasi wakaf Khairi ini pula terbahagi kepada dua kategori iait8 wakaf am dan wakaf khas. 3. Wakaf Am Wakaf Am atau wakaf umum diertikan sebagai suatu wakaf yang diwujudkan bagi maksud khairat umum yang diharuskan oleh syarak,seperti untuk kegunaan keagamaan atau pembangunan ekonomi umat islam atau sebagainya. Dalam konteks ini,pemegang amanah wakaf tersebut boleh membangunkannya dengan sebarang aktiviti patuh syarak yang mendatangkan hasil atau manfaat dengan sebaik mungkin tanpa terikat dengan jenis kebajikan atau bentuk pembangunan tertentu,manakala manfaatnya pula boleh diagihkan kepada apa juga bentuk kebajikan yang mana pahalanya dapat berterusan kepada pewakaf. 4.Wakaf Khas Bagi wakaf khas atau wakaf khusus pula diertikann sebagai suatu wakaf yang diwujudkan bagi maksud khairat tertentu yang diharuskan oleh syarak,seperti untuk madrasah atau rumah anak yatim atau sebagainya. Dalam konteks ini,pemegang amanah wakaf tersebut perlu membangunkannya sebagaimana yang dihasratkan oleh pewakaf tersebut. KLASIFIKAS BERDASARKAN KAEDAH PEWAKAFAN Kaedah pewakafan boleh dilakukan menerusi pelbagai pendekatan patuh syarak yang terus berkembang mengikut ijtihad dari masa ke masa. Terdapat pelbagai klasifikasi wakaf dari sudut kaedah pewakafannya seperti wakaf irsod,wakaf muaqqat,wakaf musytarak,wakaf musya’,wakaf saham,wakaf korporat,wakaf sukuk dan sebagainya. 18


Wakaf Irsod Wakaf irsod bermaksud penyerahan mana-mana harta sebagai wakaf oleh mana-mana pihak Berkuasa Negeri,Kerajaan Persekutuan atau mana-mana perbadanan,institusi,organisasi atau badan-badan lain menurut hukum syarak. Wakaf jenis ini merupakan pewakafan yang diserahkan kepada pentadbiran kerajaan untuk kepentingan awam seperti sekolah dan hospital, Hukumnya adalah dibolehkan walaupun terdapat perselisihan pendangan ulama yang menyatkan ianya bukan dipanggil wakaf irsod sebaliknya hanya disebut sebagai al-irsod sahaja. Wakaf Muaqqat Wakaf muaqqat adalah pewakafan untuk suatu tempoh tertentu sahaja dan bukan untuk berkekalan selama-lamanya. terdapat perbezaan pendangan ulama dalam membincangkan keharusan pelaksanaan wakaf muaqqat ini. Imam Abu Yusuf mengiktiraf konsep pewakafan secara bertempoh dan tidak menerima prinsip alMuktamad terhadap pewakaf melainkan dengan keputusan mahkamah. Pendapat ini sama seperti pandangan dalam Mazhab Maliki iaitu harta yang diwakafkan akan menjadi hak pewakaf atauketurunannya apabila tempoh wakaf yang ditetapkan tersebut tamat. Wakaf Musytarak Wakaf musytarak bermaksud gabungan beberapa jenis wakaf menjadi satu seperti wakaf yang diwujudkan menerusi gabungan saham wakaf dengan istibdal atau gabungan antara wakaf ahli atau zurri dengan wakaf khayri atau sebagainya. 19


Wakaf Musya’ Wakaf Musya’ bermaksud mewakafkan apa-apa hak ke atas sebahagian mana-mana harta yang dimikiki secara bersama dengan pihak lain yang tidak boleh dipecah bahagikan. Contohnya seperti dua pihak yang mempunyai hak ke atas sebuah rumah atau ke atas sebuah kereta. Jika salah seorang pemilik mewakafkan bahagiannya,maka wakaf ini adalah sah menurut Mazhab Syafie dan Hanbali. Wakaf Saham Wakaf saham bermaksud mewakafkan saham-saham dalam syarikat yang dimilikinya atau mewakafkannya menerusi pembelian sahamsaham baharu daripada sesebuah syarikat. Wakaf Korporat Wakaf saham korporat merupakan inovasi baharu hasil adaptasi daripada wakaf saham yang dilakukan dalam bentuk wakaf musytarak dengan konsep gabungan antara wakaf ahli dengan wakaf khayri dan antara wakaf wakaf khas denagn wakaf am. Konsep pelaksanaannya adalah apabila sesebuah syarikat korporat (waqif) mewakafkan sebahagian saham-saham yang dimiliki (mawquf) kepada anak syarikat yang ditubuhkan dibawahnya( mawquf ‘alaih) dengan tujuan tertentu tertakluk kepada sighah yang digunakan,dimana sebahagian manfaatnya dikhususkan untuk ahliahli anak syarikat dann sebahagian manfat yang lain pula adalah utuk agihan kebajikan umum. Dalam konteks ini,anak syarikat tersebut bertindak sebagai pengurus dan pentadbir wakaf (sama ada sebagai mutawalli,nazir,qayyim atau sebagainya) dan dalam masa yang sama juga sebagai penerima manfaat (mawquf ‘alaih) hasil saham-saham wakaf tersebut. 20


Wakaf Sukuk Pengertian sukuk menurut The Accounting Auditing Organization for Islamic Financial Institution (AAOIFI) ialah sijil yang mempunyai nilai yang sepadan. Ianya mewakili nilai saham secara keseluruhan dalam pemilikan aset yang nyata,serta perkhidmatan bagi sesebuah projek atau ekuiti untuk kegiatan pelaburan. Sukuk juga mewakili hak pemilikan terhadap sesebuah pelaburan atau projek tertentu yang disokong oleh aset sandaran (back up by underlying assets). Terdapat tiga ketegori pembahagian sukuk secara umum iaitu sukuk kerajaan,sukuk korporat dan yang terakhir sekali sukuk quasi kerajaan. Wakaf sukuk merupakan kaedah pewakafan menerusi ikatan perjanjian bertulis antara penerbit sukuk dengan pemegang sukuk,yang menyatakan perihal pembayaran modal secara bertangguh sebagai pelaburan,dengan pulangan sejumlah wang keuntungan yang berkadaran tertentu sehingga tamat tempoh waktu matang. Pembayaran keseluruhan modal yang dilaburkan oleh pelabur hendaklah dijelaskan oleh penerbit sukuk apabila tempoh matang sukuk tersebut tamat. 21


Bab 2 PERLAKSANAAN WAKAF


CARA MOHON WAKAF Yayasan Waqaf Malaysia telah melancarkan Sistem Wakaf Tunai Malaysia (SWTM) pada Jun 2013. Selain daripada menyediakan kemudahan pembayaran wakaf melalui kaedah epayment, ia juga memudahkkan pewakaf yang bekerja di sektor awam dengan potongan gaji melalui atas talian. Transaksi sumbangan wakaf boleh muat turun sendiri oleh pewakaf yang berdaftar dengan SWTM. Ini secara tidak langsung memudahkan pewakaf untuk mendapatkan senarai transaksi yang telah dibuat. Antara kemudahan SWTM ialah : Sumbangan wakaf secara atas talian (FPX Gateway) Permohonan Berwakaf Secara Potongan Gaji Bulanan Menyemak semua senarai transaksi yang telah dibuat melalui SWTM dan; Mencetak penyata tahunan wakaf untuk tujuan potongan cukai https://www.ywm.gov.my/wakaf-online PERBANKAN INTERNET YWM telah menjalinkan kerjasama bersama beberapa buah bank di Malaysia bagi mempelbagaikan kaedah perwakafan. Pewakaf boleh melayari perbankan atas talian pada pautan berikut dengan memilih / menaip nama ‘Yayasan Waqaf Malaysia atau YWM’ di perkhidmatan kutipan bil (Bill Payment) untuk berwakaf. TAKAFUL YWM telah menjalinkan kerjasama bersama beberapa buah syarikat takaful di Malaysia bagi mempelbagaikan kaedah perwakafan. Dengan menambah emelen wakaf kepada produk takaful, peserta pelan boleh memilih untuk menyumbangkan sebahagian daripada nilai caruman atau jumlah manfaat yang diterima kepada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). 23


Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS): Takaful IKHLAS memperuntukkan RM1,000 di atas nama peserta pelan untuk sumbangan wakaf kepada YWM sekiranya berlaku kematian; Peserta pelan juga boleh berwakaf kepada YWM dengan maksimum 1/3 daripada jumlah manfaat sijil takaful setelah kematian peserta pelan.\ https://www.takaful-ikhlas.com.my/ms/produk-kami/ikhlas-waqfendowment-iwe Sun Life Malaysia Takaful Berhad (SLMT): Produk Sun Infinity-i SLMT akan membayar 5% daripada jumlah keseluruhan caruman selepas kematian peserta pelan kepada YWM. Produk ini boleh disertai oleh masyarakat bukan Islam. https://www.sunlifemalaysia.com/plans/protection-needs/savings/suninfinity-i/ Produk SunLink Istismar Plus SLMT akan membayar kepada YWM maksimum 10% daripada manfaat rider manfaat Waqf & Kematian akibat kemalangan diri bagi pihak peserta pelan daripada dana tabarru’ apabila berlakunya kematian. https://www.sunlifemalaysia.com/plans/protectionneeds/protection/cimb-sunlink-istismar-plus/ AmMetLife Takaful Berhad (AmMetLife Takaful): Melalui produk-produk AmMetLife Takaful yang menawarkan rider wakaf, peserta pelan boleh memilih YWM sebagai salah satu penerima manfaat sijil takaful. https://www.ammetlifetakaful.com/ 24


WANG POS Pewakaf boleh hadir ke kaunter pejabat Pos Malaysia Berhad untuk membeli Wang Pos Malaysia. Bayaran wang pos adalah kepada nama ‘Yayasan Waqaf Malaysia’. Sila pos wang pos tersebut ke alamat pejabat YWM. KAUNTER YWM Orang awam boleh hadir ke kaunter pejabat YWM atau mengunjungi booth / kaunter pameran yang disertai oleh YWM. 25


Bab 3 MANFAAT WAKAF


PENGENALAN Manfaat wakaf merupakan satu perkara yang amat penting untuk memastikan konsep jariah dapat dikekalkan demi hasrat pewakaf dan kemaslahatan ummah. Oleh itu, bab ini akan menyentuh pengertian manfaat wakaf, sumber dana manfaat wakaf, objektif, hikmah beserta kepentingan agihan manfaat wakaf. MANFAAT WAKAF Secara asasnya manfaat wakaf adalah merujuk kepada penggunaan ataupun utiliti terhadap harta yang diwakafkan (mawquf) tanpa menghilangkan 'ain asalnya. MANFAAT WAKAF Rajah 2.1: Posisi manfaat dalam wakaf Penggunaan / utiliti harta yang diwakafkan Harta yang di wakafkan (perlu dikekalkan dan dikembangkan) WAQAF MANFAAT WAKAF 27


Ini berikutan wakaf secara prinsipnya adalah satu kontrak berkekalan dan kegagalan memenuhi syarat kontrak boleh mengakibatkan ianya tidak sah. Namun syarat ini tidak mutlak kerana ianya mash lagi tertakluk di dalam had kerangka peruntukan undang-undang Islam dan mesti dikembalikan kepada asas-asas agama. HIKMAH MANFAAT WAKAF a) Ganjaran pahala kepada pewakaf secara berterusan; b) Menyuburkan mawquf supaya lebih produktif dan dapat meningkatkan dana wakaf yang sedia ada; c) Memperkembangkan hasil manfaat wakaf umat Islam selaras dengan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara; dan d) Menyalurkan agihan hasil manfaat wakaf secara lebih menyeluruh dan berkesan. 28 Keistimewaan dan keunikan wakaf terletak kepada konsep pemisahan di antara hak pemilikan dan faedah penggunaan harta yang diwakafkan. Secara majazinya harta wakaf adalah milik Allah SWT. Pewakaf tidak lagi memiliki harta yang telah diwakafkannya dengan apa jua cara sekalipun, ecuali sebagai pengurus harta wakaf.


KATEGORI MANFAAT WAKAF Penggunaan harta atau manfaat wakaf pula boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu: a) kelangsungan penggunaan; b) Skop pengunaan; dan c) penjanaan pendapatan daripada penggunaan. Dari aspek kelangsungan, manfaat diukur melalui kewujudan perhubungan langsung antara penerima manfaat dan mawquf. 29 OBJEKTIF MANFAAT WAKAF Manfaat wakaf mempunyai matlamat dan objektif tertentu, antaranya ialah: a) Memastikan ganjaran yang berterusan kepada pewakaf hasil daripada sumbangan wakaf mereka yang dimanfaatkan; b) Memastikan harta wakaf diuruskan dengan sebaiknya selari dengan hasrat pewakaf; c) Mengurus sumbangan masyarakat keseluruhannya samada tunai atau aset bagi pembangunan ummah; dan d) Menjamin kelestarian harta wakaf.


Bab 4 WAKAF AM


wakaf am PERUNTUKAN AM PERISYTIHARAN (1) Sebelum memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi mendaftarkan apa-apa mawquf, Majlis hendaklah membuat perisytiharan mengenainya melalui:- 1. a) Pemberitahuan yang disiarkan: (i) Warta (ii) Sekurang-kurangnya satu akhbar harian yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian yang diterbitkan dalam apa-apa bahasa lain dan mempunyai edaran di seluruh negara b) Dalam hal harta tidak alih, pemberitahuan yang diletakkan di tempat yang mudah dilihat pada mawquf itu dan di masjid kariah di tempat mawquf itu terletak c) Pemberitahuan yang dihantar kepada waqif atau mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai mawquf itu, atau kedua-duanya. Wakaf am atau wakaf umum diertikan sebagai suatu wakaf yang diwujudkan bagi maksud khairat umum yang diharuskan oleh syarak, seperti untuk kegunaan keagamaan atau pembangunan ekonomi umat Islam atau sebagainya. Dalam konteks ini, pemegang amanah wakaf tersebut boleh membangunkannya dengan sebarang aktiviti patuh syarak yang mendatangkan hasil atau manfaat dengan sebaik mungkin tanpa terikat dengan jenis kebajikan atau bentuk pembangunan tertentu, manakala manfaatnya pula boleh diagihkan kepada apa juga bentuk kebajikan yang mana pahalanya dapat berterusan kepada pewakaf. 31


(2) Pemberitahuan di bawah perenggan (1) (c) hendaklah: a) diserahkan ke diri waqif atau mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai mawquf itu; atau b) dihantar melalui pos berdaftar akuan terima kepada waqif atau mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai mawquf itu. (3) Jika pemberitahuan dalam perenggan (1) (c) diserahkan melalui pos berdaftar akuan terima, pemberitahuan itu hendaklah disifatkan telahdiserahkan pada hari yang mengikut hari pemberitahuan itu sepatutnya telah diterima dalam perjalanan biasa pos jika pemberitahuan itu dialamatkan:- a) dalam hal orang perseorangan, ke alamat biasa atau alat terakhir yang diketahui bagi waqif atau mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai mawquf itu b) dalam hal satu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, ke alaat berdaftarnya. (4) Jika mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan perkongsian atau pertubuhan yang kepadanya telah dialamatkan suatu pos akuan terima dahulu yang mengandungi pemberitahuan di bawah perenggan (1) (c) diberitahu bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabat pos, dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu enggan atau abai untuk mengambil pemberitahuan itu, pemberitahuan itu hendaklah disifatkan telah diserahkan kepada orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu pada tarikh orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu diberitahu. 32


(5) Mana-mana orang yang mempunyai apa-apa bantahan terhadap permohonan yang disebut dalam perisytiharan yang dibuat di bawakh subseksyen (1) bolehlah mengemukakan bantahan mereka kepada Majlis dalam masa yang ditetapkan dalam perisytiharan itu. (6) Majlis hendaklah mempertimbangkan apa-apa bantahan yang dikemukakan dibawah subseksyen (5) sebelum Majlis membuat apaapa permohonan kepada Mahkamah. (7) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri……. Hendaklah terpakai bagi apa-apa permohonan yang dibuat kepada Mahkamah bagi maksud seksyen ini. PENTAFSIRAN SURAT CARA YANG MEWUJUDKAN ATAU MENENTU WAKAF 2. Jika pada pendapat Majlis bahawa pengertian atau penafsiran mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf adalah samar-samar atau tidak jelas, Majlis boleh merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa surat cara atau perisytiharan itu bagi mendapatkan keputusan tentang pengertian dan tafsiran mengenainya dan keputusan Jawatankuasa Fatwa mengenainya adalah muktamad. 33


HUKUM SYARAK 3. (1) Apa-apa peruntukan atau tafsiran peruntukan-peruntukan Enakmen ini yang tidak selaras dengan Hukum Syarak hendaklah, setakat ketidakselarasan itu, menjadi batal. (2) sekiranya ada lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, rujukan hendaklah dibuat kepada Hukum Syarak. RUJUKAN KEPADA JAWATANKUASA FATWA 4. (1) Majlis hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa untuk mendapatkan apa-apa keputusan yang melibatkan apa-apa isu penentuan Hukum Syarak (2) Segala keputusan Jawatankuasa Fatwa berkenaan Enakmen ini menjadi muktamad. KECUALIAN 5. Semua wakaf yang terletak hak pada Majlis di bawag Enakmen Pentadbiran hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, disifatkan telah terletak hak pada Majlis di bawah Enakmen ini. 34


Bab 5 PENGURUSAN WAKAF DI TERENGGANU


Sistem pengurusan wakaf di terengganu Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) adalah badan authority yang mengendalikan apa-apa yang berkaitan entiti Wakaf termasuk Waqaf Tunai sebagaimana termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Tahun 2001 Seksyen 63 “Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf”. Pelaksanaan wakaf MAIDAM dimulakan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 10-12 April 2007 yang memutuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam dan seterusnya membenarkan Skim Wakaf Tunai untuk dilaksanakan. Sejarah Perasmian Skim Wakaf Tunai dikuatkuasakan oleh MAIDAM dilaksanakan bermula pada 27 Disember 2007 dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu sehingga sekarang. Wakaf Tunai bermaksud mewakafkan wang tunai kepada mana-mana pemegang amanah wakaf, di mana wang modalnya dikekalkan dalam bentuk aset yang kekal kemudian manfaatnya disalurkan kepada penerima wakaf (mawquf alaih). Para fuqaha salaf menggunakan istilah wakaf wang dirham dan wang dinar (waqf al-darahim waqf al-dananir). Wang-wang tersebut akan dikumpulkan dan kemudiannya ditukarkan kepada harta kekal yang dinamakan badal. Manfaat hasil wakaf tunai tersebut akan digunakan untuk kebajikan dan pembangunan ummah. Projek wakaf tunai Maidam aktif membuat kempen mengumpul dana wakaf tunai umum dengan menyediakan platform pembayaran secara online untuk memudahkan serta mengembangkan aset ummat Islam. PENGENALAN WAKAF MAIDAM TAKRIF WAKAF TUNAI 36


Antaranya projek wakaf tunai yang telah berjaya dilaksanakan adalah wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu bagi membangunkan sebuah tanah perkuburan yang sistematik dengan konsep kubur yang seragam dan pengurusan cekap dan berkesan. Begitu juga dengan Wakaf Al-Quran Qiraat Asyaraa oleh yayasan pendidikan untuk membekalkan Mushaf Qiraat bagi keperluan pelajar-pelajar tahfiz yang mendalami pengajian Quran. OBJEKTIF WAKAF MAIDAM Menyuburkan dan membudayakan semula amalan berwakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut dalam Islam. 1. Menyediakan kemudahan alternatif kepada umat Islam untuk menyertai ibadat maliah seperti wakaf mengikut kemampuan masing-masing tanpa melibatkan harta/aset kekal. 2. Menggalakkan umat Islam mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotesi untuk menggerakkan pembangunan sosioekonomi ummah. 3. Menanam dan mendidik sikap, semangat dan kerjasama yang erat sesama umat Islam berkonsepkan ukhuwah Islamiah dan semangat taawun dalam Islam. 4. Memperbanyakkan lagi pegangan aset umat Islam hasil daripada pengumpulan wang tunai dan disalurkan untuk kepentingan agama dan pembangunan sosio-ekonomi ummah. 5. Dapat melaksanakan pembangunan harta-harta wakaf dan sosioekonomi ummah dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu. 6. Meluaskan saluran kebajikan dengan lebih holistik,sistematik dan berkesan. 7. Melahir dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf yang lebih produktif dan berwibawa. 8. 37


Segala pelaksanaan wakaf adalah tertakluk di bawah Enakmen Wakaf (Terengganu) 2016 yang merangkumi rukun wakaf, jenis wakaf, pewakaf (waqif), harta yang diwakafkan (mawquf), tujuan wakaf (mawquf alahi). Secara terperinci bagi semua perkara tersebut adalah sebagaimana berikut: 1.Rukun wakaf mestilah mempunyai 4 rukun iaitu [Seksyen 12]: Pewakaf (waqif) [Seksyen 12 (a)] Harta yang diwakaf [Seksyen 12 (b)] Tujuan wakaf [Seksyen 12 (c)] Sighah [Seksyen 12 (d)] 2. Jenis wakaf [Seksyen 14] Wakaf am [Seksyen 14 (a)] Wakaf khas [Seksyen 14 (b)] 3. Pewakaf (waqif) [Seksyen 13] Sudah mencapai umur lapan belas tahun [Seksyen 13 (a)] Sempurna akal [Seksyen 13 (b)] Tidak diisytiharkan bankrap [Seksyen 13 (c)] Dengan rela hati [Seksyen 13 (d)] ENAKMEN PELAKSANAAN WAKAF TUNAI MAIDAM 38


4. Harta yang hendak diwakafkan (mawquf) [Seksyen 23 (1)] Mestilah harta pewakaf [Seksyen 23 (1) (a)] Harta yang hendak diwakaf mestilah boleh dipindahmilik atau diserahkan tanpa sebarang halangan [Seksyen 23 (1) (b)]. Harta yang hendak diwakaf mestilah mempunyai manfaat atau faedah [Seksyen 23 (1) (c)]. 5. Tujuan wakaf (mawquf alaih): Tujuan wakaf mestilah bukan untuk maksiat [Seksyen 22 (a)]. Pewakaf boleh mewakafkan tujuan manfaat ke atas dirinya [Seksyen 22 (b)]. Tujuan wakaf mestilah tidak bercanggah dengah hukum syarak [Seksyen 22 (a)]. 38


KONSEP WAKAF TUNAI Dana wakaf yang terkumpul akan diistibdalkan (ditukar) kepada aset kekal yang mendatangkan hasil atau manfaat. 1. Aset kekal tersebut boleh jadi dalam bentuk pembangunan masjid, surau, premis perniagaan, perindustrian dan lain-lain. 2. Hasil yang diperolehi akan diagihkan kepada penerima yang berhak sama ada dalam sektor kesihatan, pendidikan, agama mahupun sosial. 3. 4. Istibdal (pertukaran aset) yang telah berjaya dilaksanakan: Membina surau Darul Akhyar di Asrama Anak Yatim Darul Akhyar, Batu Rakit Membeli 4 lot kedai 3 tingkat di Batu Enam CONTOH IKLAN WAKAF 39


PROSEDUR PENYERTAAN WAKAF MAIDAM MELALUI KAUNTER Sila hadir ke Ibu Pejabat MAIDAM di Kompleks Seri Iman atau Pusat Urusan Zakat Daerah. 1. Sila ambil nombor giliran Kaunter Pelbagai (Ibu Pejabat) dan mana-mana kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah. 2. 3.Buat pembayaran dan resit akan dikeluarkan. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 09-6303030 sambung ke 3106. 4. PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI JOMPAY Sila ke laman web ePay MAIDAM. Log masuk ke perbankan internet bank anda dan cari menu JomPAY. 1. 2. Masukkan Biller Code 34116 dan jumlah sumbangan. 3. Masukkan Ref 1 : Kod Janaan Sistem ePay MAIDAM PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI TABUNG 1. Sumbangan Wakaf Tunai boleh dimasukkan ke dalam tabungtabung yang disediakan di Ibu Pejabat MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, Pusat Urusan Zakat Daerah-daerah atau Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. 2. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 096303030 samb. 3106. 40


DATA TANAH WAKAF KHAS DAN WAKAF AM DI TERENGGANU Sumber : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (2020) 41


KESIMPULAN Wakaf merupakan salah satu sistem terhadap pembangunan ekonomi Islam. Ini menunjukkan bahawa wakaf mempunyai kepelbagaian bentuk bagi menjana hasil terhadap sesebuah harta. Buku manual pengurusan dan pengenalan wakaf adalah untuk menjelaskan beberapa kekeliruan terhadap kedudukan wakaf yang dianggap wakaf hanya sebuah harta yang tidak dinamik. Kedudukan wakaf bukan sahaja dilihat dari sudut hukum syarak, bahkan juga melibatkan perundangan iaitu enakmen wakaf negeri serta tadbir urus secara komprehensif di peringkat Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Dalam konteks pembangunan wakaf di MAIDAM, beberapa hartanah wakaf telah berjaya dibangunkan seperti Hotel Grand Puteri yang terletak di tengah pusat Bandar, 30 unit kediaman asnaf yang dibina di atas tanah wakaf iaitu terletak di Kampung Banggol Peradong Manir, pembinaan asrama anak yatim di kampung Mengambang Kapal Batu Rakit, pembinaan lima unit bagi premis perniagaan yang terletak di Kampung Padang Air Kuala Nerus Mawquf: Aset seperti kedai, pejabat, rumah sewa Hasil @ Manfaat Implikasi wakaf khas Mawquf Alahi: Manfaat Wakaf Ahli Zuriat Mawquf: Aset seperti kedai, pejabat, rumah sewa Hasil Manfaat Mawquf Alahi: Sembilan jenis bantuan Implikasi wakaf am dan banyak lagi hartanah wakaf yang lain telah dibangunkan. Hartanah wakaf ini turut memberi sumbangan positif kepada pihak masyarakat sama ada golongan miskin, anak yatim, usahawan dan sebagainya. 42


Bab 6 SOALAN LAZIM


soalanlazim wakafterengganu (maidam) 1.Apakah pengertian wakaf ? BAHASA: Berhenti, Menahan, Menghalang ISTILAH / SYARAK: Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT. 2. Siapa yang layak wakaf ? Orang-orang yang memenuhi kriteria berikut: Baligh Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewakaf Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa 3. Apakah pandangan ulama tentang wakaf tunai? Hukum Wakaf Tunai adalah DIBOLEHKAN (harus). (Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu - Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam). 44


Click to View FlipBook Version