The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN
SK PUTERI PANDAN 2
2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lothman87, 2023-02-08 23:08:40

BUKU PENGURUSAN SKPP2 2023/2024

BUKU PENGURUSAN
SK PUTERI PANDAN 2
2023/2024

Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 51 JAWATANKUASA KECEMERLANGAN AKADEMIK Penyelaras Puan Jagethiswary Awuli Ajk Puan Siti Syara Ismail Puan Salwa Salleh Puan Nik Nurul Husna Ahmad Zaidi Puan Linawaznah Othman Cik Lee Siew Chin DISKIPSI TUGAS • Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan peperiksaan. • Memberikan peluang kepada guru dan murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar pandangan. • Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid. • Memantapkan matlamat dan hala tuju selepas peperiksaan. • Memberikan pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah. • Memberikan pendedahan tentang ransangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan muridmurid JAWATANKUASA PENGURUSAN PBS Penyelaras Puan Salwa Salleh Ajk Penjaminan Kualiti Puan Linawaznah Othman - Pementoran Puan Rosenimaliza Mohd Ali - Pemantauan Cik Lee Siew Chin - Pengesanan En Mohd Hafiz Aris - Penyelarasan Puan Siti Syara Ismail - PAJSK Puan Nik Nurul Husna - Psikometrik JK PEMENTORAN a. Memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai prosedur dan garis panduan kepada guru. b. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru. c. Membimbing dan membantu guru menyelesaikan masalah. d. Meningkatkan profesionalisme dan kualiti kerja guru. 1. JK PEMANTAUAN a. Memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan. b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS. c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS. d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran dalam pelaksanaan PBS. e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan. 2. JK PENGESANAN a. Memastikan instrumen pentaksiran menepati dokumen kurikulum. b. Memastikan item yang dibina sesuai dengan konstruk yang diukur. c. Memastikan item yang dibina menepati prinsip pembinaan item. d. Memastikan item yang dibina sesuai dengan tahap penguasaan murid. e. Memastikan item menggunakan laras bahasa yang sesuai. f. Memastikan masa yang diperuntukkan mencukupi. g. Memastikan kebolehtadbiran dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran. h. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran. 3. JK PENYELARASAN a. Menyelaraskan pengetahuan dan kefahaman guru terhadap panduan penskoran. b. Memastikan guru memeriksa hasil kerja murid berdasarkan panduan penskoran. c. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan sebenar murid. d. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor. e. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 52 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2022/2023


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 53 UNIT HAL EHWAL MURID SK PUTERI PANDAN 2, JALAN PERWIRA, KL PENGENALAN Unit Hal Ehwal Murid SK Puteri Pandan 2 merupakan salah satu unit yang bertanggungjawab membantu pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh melalui pelbagai program dan aktiviti yang akan dijalankan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada setiap pelajar. Keseronokan pelajar datang dan berada di sekolah mempamerkan iklim sekolah yang harmoni dan kondusif. Situasi ini terhasil daripada hubungan yang baik antara warga sekolah yang terdiri daripada berbilang kaum, berlainan agama, budaya dan bahasa. Kesedaran individu untuk saling hormat-menghormati dengan rasa penuh tanggungjawab dapat menyediakan persekitaran yang selamat supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. MOTO ‘Sahsiah Terpuji Perintis Kejayaan’ VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. MATLAMAT PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID ❖ Menggunakan kekuatan sumber manusia secara menyeluruh melalui budaya kerja profesional seiring dengan penghayatan budaya ilmu, permuafakatan dengan komuniti dan agensi luar ke arah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berketerampilan. ❖ Memantapkan Pengurusan dan Perancangan HEM ❖ Membentuk Budaya Sekolah Yang Terpuji melalui: Peningkatan tahap akademik, sahsiah dan disiplin murid. Kemampuan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, disiplin kendiri, berbudaya positif dan berketerampilan. Persekitaran yang sentiasa dalam keadaan selamat, ceria, sihat, berkualiti dan membanggakan. Program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan modal insan di peringkat sekolah. Sumbangan kebajikan demi kesejahteraan murid. Program perpaduan dalam usaha mewujudkan persefahaman dan perasaan saling hormatmenghormati di kalangan murid.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 54 DASAR-DASAR UNIT HAL-EHWAL MURID 1. DASAR TENAGA PENGAJAR 1. Semua guru dan kakitangan di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada semua pelajar. 2. Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk dan aspek tindakan serta keputusan yang dibuat. 3. Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang. 4. Semua guru merupakan guru disiplin dan bertanggungjawab dalam setiap usaha membentuk disiplin dan sahsiah murid ke tahap yang cemerlang. 2. DASAR KEMASUKAN PELAJAR 1. Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan. 2. Setiap pelajar di sekolah ini akan didaftarkan ke dalam Buku Rekod Pendaftaran. 3. Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa. 3. DASAR DISIPLIN PELAJAR 1. Pelajar yang melanggar peraturan sekolah merupakan kategori kesalahan berat. 2. Setiap pelajar yang melanggar peraturan sekolah akan diberi hukuman mengikut prosedur dan jenis hukuman yang telah ditetapkan dalam Buku Peraturan Sekolah. 3. Ibu bapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah. 4. Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin. 5. Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab diperlukan menulis surat kepada guru kelas. 6. Guru kelas mesti membuat tindakan menangani masalah pelajar ponteng mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 4. DASAR KESELAMATAN PELAJAR 1. Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah. 2. Semua pelajar akan dilindungi dengan Skim Insuran Takaful. `


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 55 SK PUTERI PANDAN 2, JALAN PERWIRA, 55100, KUALA LUMPUR CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID 2022/2023 PENGERUSI PN NORA AKIR (GURU BESAR) PENDAFTARAN MURID PN JEGATHISWARY a/p AWULI BIMBINGAN & KAUNSELING PN NIK NURUL HUSNA AHMAD ZAIDI PENGURUSAN KELAS PN LINAWAZNAH OTHMAN KEBAJIKAN & BANTUAN PN SITI SYARA ISMAIL PENGURUSAN DISIPLIN MURID PN NORAIDA ABD RAHMAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS PN SALWA SALLEH PENGURUSAN 3K PN ROSENIMALIZA MOHD ALI PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN KENEGARAAN PN NIK NURUL HUSNA AHMAD ZAIDI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH EN MOHD HAFIZ ARIS NAIB PENGERUSI PN AZZIAH NORDIN (GPK HEM) SETIAUSAHA PN ROSENIMALIZA BINTI MOHD ALI AHLI JAWATANKUASA


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 56 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Linawaznah Othman AJK : Pn Siti Syara Ismail Pn Rosenimaliza Mohd Ali Pn Jegathiswary a/p Awuli Pn Nik Nurul Husna Ahmad Zaidi Cik Hanis Atikah Mohamad BIDANG TUGAS 1.0 SENARAI TUGAS 2.0 Pengurusan dan Organisasi Kelas 2.1.1 Membentuk organisasi yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan AJK Kebersihan serta Keceriaan kelas. Guru Kelas hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif dan ceria sepanjang masa. 2.1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut berada di dalam kelas i. Jadual Waktu ii. Jadual Tugas iii. Senarai Inventori iv. Moto Kelas v. Alatan untuk kebersihan kelas vi. Pelan Kecemasan dan Kebakaran vii. Senarai nama murid/nama guru kelas viii. Papan kenyataan mata pelajaran ix. Borang Pertandingan Kebersihan Kelas x. Sudut PA Ke- 21 2.1.3 Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan . 2.1.4 Melaporkan kerosakan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan. 2.1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. 2.1.6 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid untuk keceriaan dan kebajikan kelas yang berkenaan. JAWATANKUASA PENGURUSAN KELAS


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 57 3.0 E- Kehadiran ( APDM ) 3.1 Mengemaskini kedatangan murid selewat-lewatnya sebelum jam 9.00 pada setiap hari. 3.2 Melengkapkan dan mengemaskini semua butir maklumat yang dikehendaki dalam APDM. 3.2.1 Jika guru kelas tidak hadir kerana berkursus atau sebab-sebab lain, guru APDM dimestikan mengisi kehadiran kelas tersebut. 3.2.2 Pastikan tanda kehadiran murid dengan betul. Jika murid tidak hadir , pastikan sebab murid tidak hadir adalah tepat dan betul. 3.2.3 Setiap akhir bulan sila semak semula pengisian kehadiran dan sahkan . Kemudian cetak, serahkan satu salinan kehadiran bulan tersebut kepada GPK HEM.Guru kelas dimestikan menyimpan satu salinan kehadiran bulan di dalam fail yang disediakan. 3.2.4 Guru kelas perlu mengikut SOP jika murid tidak hadir ke sekolah melebihi hari yang telah ditetapkan. 3.2.5 Memberitahu ibu bapa / penjaga dengan surat / telefon sekiranya terdapat murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa sebab. 3.2.6 Memastikan murid memberi surat sebab tidak hadir atau sijil cuti sakit jika murid sakit. 3.3 Fail Peribadi Murid 3.3.1 Guru kelas memastikan setiap murid mempunyai fail peribadi yang lengkap dengan dokumen-dokumen yang sepatutnya. 3.4 Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin 3.4.1 Menjadi fasilitator kepada murid. 3.4.2 Prihatin terhadap kebajikan dan kesihatan murid. 3.4.3 Merujuk murid yang memerlukan motivasi dan rangsangan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling. 3.4.4 Melaporkan kepada guru disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin sekolah. 3.4.5 Melaporkan kes ketidakhadiran / ponteng sekolah mengikut prosedur kepada ibu bapa / waris. 4.0 Buku Teks dan Bantuan 4.1 Memastikan skim SPBT diagihkan kepada semua murid. Guru juga memastikan bukubuku dibalut dan ditulis nama murid. 4.2 Mengemaskini data bantuan murid dalam APDM. 4.3 Memastikan murid mengembalikan buku teks pada akhir tahun persekolahan dan mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan bersama guru SPBT. 4.4 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bantuan kepada guru-guru yang berkenaan.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 58 5.0 Kutipan Bayaran Derma PIBG 5.1.1 Mengutip bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 5.1.2 Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang telah dibuat. 5.1.3 Menyerahkan semua kutipan berkenaan kepada Bendahari PIBG. 6.0 Pendaftaran Murid Baharu 6.1 Menerima kemasukan murid baharu dari GPK HEM. 6.2 Mendaftarkan murid baharu ke dalam buku pendaftaran murid. 6.3 Memastikan semua murid warganegara mendapat buku teks . 6.4 Menyemak jika murid ini menerima sebarang bantuan termasuk KWAPM dan lain-lain. 6.5 Menentukan bahawa murid membawa fail peribadi dari sekolah asal 6.6 Memastikan butiran murid berada dalam APDM sekolah. 7.0 Murid Pindah 7.1 Memastikan surat kelulusan telah diterima . 7.2 Menyerahkan fail peribadi kepada murid berkenaan. 7.3 Menentukan maklumat peperiksaan telah disempurnakan bagi murid Tahun 6 dengan kerjasama s/u peperiksaan . 7.4 Mencetak maklumat murid dari APDM dan memberikannya kepada ibu bapa murid tersebut.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 59 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Jegathiswary a/p Awuli AJK : Pn Salwa Salleh Pn Nik Basmath Nik Yahya En Khairul Faizi Abdul Karim BIDANG TUGAS 1. Mengurus pendataran merangkumi proses proses pemakluman, pengesahan, penerimaan borang penempatan dan pengurusan data murid. 2. Mengurus pendataran murid dari sekolah bukan kerajaan/swasta/ persendirian atau bukan warganegara yang telah mendapat kelulusan penempatan oleh JPN. 3. Mendaftar maklumat murid ke dalam Buku Kemasukan Sekolah. 4. Memastikan setiap murid mendapat nombor daftar sekolah. 5. Mengemaskini data murid melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid ( APDM) dan memasukkan nombor pendataran sekolah 6. Menyemak dan mengumpulkan semua maklumat murid berkaitan SPBT, kebajikan dan bantuan. 7. Mengurus pertukaran murid merangkumi proses pengisian dan penyerahan borang pertukaran kepada ibu bapa/penjaga untuk diserahkan kepada PPD. 8 Mengumpulkan semula borang pertukaran yang telah dilulusakan oleh PPD. 9 Mengurus murid yang memohon berhenti atau tamat sekolah rendah merangkumi proses permohonan,penyerahan fail murid dan jual pengeluaran sijil berhenti murid. 10. Mendapatkan pengesahan akaun bebas hutang bagi murid yang memohon berhent sekolah dan berpindah keluar. 11. Mengurus nama murid yang bertukar dan berhenti sekolah dalm APDM dengan bantuan guru admin APDM. 12. Bekerjasama dengan Agensi luar KPM dalam urusan berkaitan pendaftaran murid cicir. JAWATANKUASA PENDAFTARAN MURID


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 60 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Noraida Abd Rahman AJK : Pn Nik Nurul Husna Ahmad Zaidi : Pn Siti Syara Ismail Cik Lee Siew Chin BIDANG TUGAS 1. Merekod segala kesalahan dan hukuman yang dikenakan ke atas murid-murid dalam SSDM. 2. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan menjalankan pemantauan yang berkesan. 3. Membantu Guru Besar dan GPK HEM dalam penguatkuasakan peraturan sekolah. 4. Bekerjasama dan sentiasa berhubung rapat dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam membantu serta menyelesaikan masalah murid. 5. Bekerjasama dengan Guru Bertugas Mingguan atau Harian dan Lembaga Pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin murid. 6. Membantu Guru Besar / GPK HEM mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga murid yang bermasalah. 7. Menyelesaikan sebarang masalah yang tidak dapat di atasi oleh Lembaga Pengawas sekolah serta merujukkan kepada Guru Besar jika perlu. 8. Bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti PIBG, polis atau agensi luar yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid. 9. Menjalankan pemeriksaan mengejut dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar. 10. Mengadakan kursus kepemimpinan dan kesedaran untuk pengawas. 11. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada PPD / JPWPKL/KPM. 12. Merancang dan melaksanakan aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah(KPJ) 13. Pengurusan murid Cicir: a. Penataran senarai dan maklumat murid berisiko cicir, b. Bersama-sama Unit B&K merancang dan melaksanakan program intervensi bagi murid berisiko cicir. c. Bekerjasam dengan PIBG bagi mengatasi isu murid berisiko cicir. d. Pemantauan kemajuan program intervensi murid berisiko cicir dilakukan oleh PGB atau GPK HEM. JAWATANKUASA PENGURUSAN DISIPLIN MURID


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 61 GURU DISIPLIN 1. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah. 2. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi. 3. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku murid. 4. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin / buku laporan disiplin dan dimasukkan ke dalam SSDM. 5. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada GPK HEM. 6. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke semasa di perhimpunan sekolah. Disiplin Murid (Guru kelas) ‘Disiplin Murid Adalah Tanggungjawab Bersama’ 1. Rekod Disiplin (Buku Kawalan Disiplin Kelas) adalah dokumen penting. 2. Guru-guru mata pelajaran dikehendaki mencatat salah laku murid dalam Buku Kawalan Disiplin Kelas (BKDK). 3. Salahlaku disiplin hendaklah dilaporkan kepada Guru Disiplin / GPK HEM. 4. BKDK disimpan di pejabat dan dihantar semula ke pejabat pada waktu balik. 5. Di luar kelas, salah laku murid dicatat dalam Buku Log Pengawas. 6. Penggunaan ‘Pas Keluar’ hendaklah dikuatkuasakan. PAS KELUAR disimpan di pejabat. Ketua / Penolong Ketua Kelas dibenarkan mengambil dari pejabat dan memulangkan semula pada waktu akhir. BIDANG TUGAS Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah 1. Penguruskan hal pencalonan dan pelantikan pegawas-pengawas. 2. Menguruskan perhimpunan rasmi. 3. Menyelia pengawas-pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas dengan sempurna dan menjaga disiplin diri. 4. Menghadiri mesyuarat Lembaga Pengawas Sekolah dan menyampaikan maklumat berkaitan kepada semua guru. 5. Menyediakan dan merancangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas. 6. Menyediakan laporan tahunan Lembaga Pengawas Sekolah. 7. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke masa di perhimpunan sekolah. 8. Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. 9. Mengatur jadual tugasan pengawas semasa guru-guru bermesyuarat atau urusan-urusan lain. 10. Mengambil tindakan untuk dirujuk kepada badan Pengawas Sekolah Dan Lembaga Disiplin Sekolah.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 62 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Rosenimaliza Md Ali AJK : Pn Linawaznah Othman : Pn Jegathiswary a/p Awuli Cik Lee Siew Chin Pn Noraida Abd Rahman Cik Hanis Atikah Mohamad Pn Awalliah Juri En Mohd Hafiz Aris Pn Salwa Salleh YDP PIBG Pengusaha kantin Syarikat Kawalan Keselamatan Sekolah (Swasta) Syarikat Pembersihan Kawasan & Bangunan Pegawai Perhubungan Polis (PPS) BIDANG TUGAS. A. TUGAS UTAMA JAWATANKUASA 3K 1. PGB dan GPK melakukan pe,mantauan, kawal selia dan pegesahan prestasi perkhidmatam kerja-keja pembersihan dan keselamatan di sekolah. 2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K peringkat sekolah tiga(3) kali setahun(Januari, Jun dan September). 3. Merancang dan mengemaskinikan Program 3K di peringkat sekolah. 4. Memastikan warga sekolah pelaksanakan Program 3K. 5. Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksaan Program 3K. 6. Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah. 7. Laporan segera kes aduan mengikut tempoh 1:3:7 kepada PPD.(1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap,7 hari kes telah selesai dan diambil tindakan) 8. Megumpul maklumat Program 3K a. Penggredan Kendiri Kantin Sekolah ( oleh pengusaha kantin) b. Senarai Semak keselamatan Sekolah JAWATANKUASA KEBERSIHAN , KESIHATAN & KESELAMATAN (3K)


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 63 B. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 1. Memastikan klim suasana sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap masa. 2. Memastikan panduan kebersihan bagi sekolah dipatuhi. 3. Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti peningkatan kebersihan sekolah. 4. Memastikan warga sekolah pelaksanakan Program 3K. 5. Melaksanakan saranan dan cadanagn yang terkandung dalam Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah. 6. Menangani masalah disiplin murid dengan mewujudkan persekitaran sosial sekolah yang dapat membantu perkembangan emosi,,rohani dan sosial yang sihat. 7. Merancang dan meningkatkan keceriaan dan kebersihan tandas di sekolah 8. Menjadi Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti Gotong Royong untuk keceriaan persekitaran sekolah. 9. Memastikan langkah-langkah pencegahan denggi dilaksanakan: a. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. b. Memberikan garis panduan kepada guru bagi menyelaraskan aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. c. Menyebarkan maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi dalam pelbagai kaedah media. d. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. e. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi. f. Memantau, melaporkan dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib. C. KESIHATAN 1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi. 2. Mengumpulkan dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama Guru Kelas/ Penyelaras Tahun. 3. Membantu pegawai kesihatan mengurus pemeriksaan kesihatan gigi dan suntikan. 4. Membantu mengurus murid yang memerlukan rawatan awal. 5. Menyimpan minit-minit mesyuarat JK Pengurusan 3K. 6. Memastikan premis dan persekitaran sekolah, termasuk bilik darjah, tandas, asrama dan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat supaya murid tidak dijangkiti penyakit. 7. Melaporkan semua kes penyakit berjangkit muntah, cirit-birit dalam kalangan murid dan kakitangan sekolah/kantin kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran dan tidak


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 64 membenarkan murid yang disahkan menghidapi penyakit berjangkit hadir ke sekolah yang ditentukan oleh Pegawai Kesihatan yang bertauliah. 8. Menggalakkan murid-murid menjaga serta mengawal kebersihan diri dan kebersihan alam sekitar, seperti: a. membasuh tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas. b. membasuh tangan sebelum menjamah makanan. c. menjaga kebersihan tandas. 9. Menitikberatkan aspek-aspek kesihatan diri, makanan dan pemakanan, kesihatan masyarakat dan sebagainya kepada murid-murid serta menegaskan kaitannya dengan penyakit berjangkit, terutama penyakit-penyakit yang merebak melalui makanan dan minuman. 10. Melarang murid-murid membeli makanan dan minuman dari penjaja di luar kawasan sekolah. 11. Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensiagensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat. D .KESELAMATAN 1. Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah yang berkaitan risiko keselamatan untuk tindakan selanjutnya. 2. Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran PGB sebelum berurusan di sekolah. 3. Mencadangkan lantikan pengawal lalu lintas sekolah kepada PGB. 4. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan (jika perlu). 5. Merancang dan melaksanakan program keselamatan. 6. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. 7. Memastikan pelan laluan keselamatan dan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal di bilik darjah dan di dalam buku latihan murid. 8. Memastikan peralatan alat pemadam api berada di tempat sepatutnya serta memaklum pada pentadbir jika sudah menghampiri tarikh luput. 9. Meletakkan tanda amaran 'BAHAYA' di tempat-tempat yang berbahaya. 10. Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah. 11. Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan. 12. Melaporkan sebarang kerosakan suis, alat elektrik dan pendawaian kepada pentadbir. 13. Memaklumkan dengan segera kepada ibu bapa jika berlaku sekolah dicutikan kerana kecemasan, kebakaran dan bencana melalui platform komunikasi dan Internet yang ada. 14. Mengisi Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS).


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 65 D.1 KESELAMATAN DIRI MURID 1. Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. 2. Memastikan kebersihkan semak samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh murid-murid supaya lebih terbuka dan selamat. 3. Mempamerkan poster atau peraturan mengenai keselamatan bagi meningkatkan kepekaan dan kesedaran murid tentang pentingnya amalan dan sikap sentiasa berhatihati dan berwaspada apabila dalam perjalanan pergi dan balik sekolah. 4. Menggalakkan murid agar sentiasa berkumpulan khususnya ketika pergi dan balik dari sekolah dan melarang murid-murid berseorangan khususnya ketika berada di tempattempat sunyi dan terselindung tanpa pengetahuan sesiapa. 5. Menggunakan apa sahaja ruang, seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru tingkatan, guru darjah dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya, bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing. 6. Bekerjasama dalam merancang aktiviti bersama-sama dengan Kelab Pencegahan Jenayah yang ditubuhkan di sekolah. D.2 KESELAMATAN BANGUNAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN 1. Memastikan semua pendawaian di bangunan sekolah berfungsi dengan baiknya dan berada dalam keadaan selamat dengan merujuk kepada pihak JKR dan Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri. 2. Memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menggantikan pendawaian telah melebihi jangka masa piawaian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). 3. Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba, pemadam api (fire extinguisher), dan alat pencegah kebakaran automatik/manual sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 4. Mengadakan ceramah dan pameran bomba. 5. Mengadakan aktiviti fire drill di sekolah dengan melibatkan semua murid, guru-guru, dan semua kakitangan sekolah. 6. Mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher). 7. Mengadakan hari/minggu pencegahan kebakaran di sekolah. 8. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah. D.3 PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 1. Memberikan pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan. 2. Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 66 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Siti Syara Ismail AJK : Cik Hanis Atikah Mohamad Pn Nik Nurul Husna Ahmad Zaidi Pn Linawaznah Othman BIDANG TUGAS TUGAS UMUM JAWATANKUASA 1. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan. 2. Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan kebajikan. 3. Menyediakan borang permohonan, mengumpul dan membuat keputusan melalui mesyuarat. 4. Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lainlain. 5. Mengurus agihan derma dan bantuan dalam/luar dari semasa ke semasa. 6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. A. BANTUAN KEWANGAN 1. Memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan berbentuk kewangan. 2. Menyediakan minit mesyuarat yang lengkap mengandungi maklumat bagi tujuan auditan dan pemantauan seperti berikut: a. Senarai nama murid yang membuat permohonan. b. Senarai nama murid yang diperakukan oleh jawatankuasa. c. Senarai nama murid yang tidak diperakukan bersama justifikasi penolakan. 3. Menentukan bayaran bantuan kewangan sama ada dimasukkan ke akaun murid, wang tunai, cek atau pemberian dalam bentuk barangan. 4. Memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas. 5. Melaporkan kepada Bahagian Kewangan, KPM sekiranya terdapat keraguan pada senarai penerima Data Sedia Ada (DSA) dan status Miskin/Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH dan Data Murid Orang Asal (DMOA). JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN BANTUAN


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 67 BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS) 1. Menerima peruntukan BPS dan mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur Bantuan Persekolahan Lain (BPL) dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK). 2. Menyelenggarakan Akaun Subsidiari BPS. 3. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan BPS secara berkala kepada JPN. B. BANTUAN MAKANAN (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DAN PROGRAM SUSU SEKOLAH) 1. Memilih dan menyediakan senarai nama murid yang layak menerima bantuan berdasarkan permohonan melalui pengisian Borang Permohonan Bantuan Persekolahan KPM . 2. Menyediakan dokumen pelaksanaan program (kehadiran, rekod perkembangan fizikal, buku log dan sebagainya) dan laporan berhubung kualiti dan kuantiti makanan serta taraf kebersihan tempat penyediaan makanan seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pengurusan program. 3. Membimbing pembekal makanan dalam kaedah penyediaan menu makanan yang ditentukan oleh pihak sekolah supaya menepati kualiti dan kuantiti yang ditetapkan. 4. Menyediakan Jadual Tugas Harian guru-guru. 5. Memantau dan memastikan agihan bantuan makanan murid mencukupi mengikut jumlah penerima. 6. Membuat laporan dan analisa mengikut garis panduan yang diberikan. B. SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA KPM telah melantik Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad melaksanakan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) untuk memberikan kemudahan kepada murid sekolah di seluruh Malaysia menuntut takaful perlindungan sekiranya berlaku kemalangan di luar jangkaan. Tatacara membuat tuntutan: 1. Notis Pemberitahuan Kemalangan/Tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan. 2. Pihak sekolah/ibu bapa/murid/waris boleh mengemukakan tuntutan terus ke Unit Tuntutan TPSM, Ibu Pejabat, cawangan Takaful Malaysia yang berdekatan melalui pengesahan sekolah dengan menggunakan Borang Tuntutan TPSM. 3. Borang tuntutan hendaklah diisi oleh sekolah berkenaan dengan membuat pengesahan dan perakuan daripada PGB atau GPK HEM. 4. PGB hendaklah memastikan bahawa: a. Murid yang menuntut ialah murid yang sah dan berdaftar di sekolah berkenaan. b. Tuntutan yang dibuat benar-benar berada bawah skop perlindungan yang dinyatakan. 5. Borang tuntutan hendaklah diisi dengan betulnya dan tepatnya. 6. Semua borang mestilah ditandatangani oleh PGB atau GPK HEM. 7. Bayaran manfaat tuntutan akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 68 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Nik Nurul Husna Ahmad Zaidi AJK : Pn Siti Syara Ismail : Pn Jegathiswary a/p Awuli Pn Awalliah Juri BIDANG TUGAS 1. Merancang dan menyelaraskan program bimbingan dan kaunseling bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling (HR22/HR23). 2. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfokus kepada program dan aktiviti berikut: a. Pembangunan dan pengembangan sahsiah murid b. Peningkatan disiplin diri murid. c. Pengurusan kerjaya murid. d. Psikososial dan kesejahteraan mental murid. 3. Menyelaraskan dan menyeliakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan. 4. Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua murid. 5. Merancang dan menyelaraskan program PRS. 6. Bersedia membimbing murid-murid dalam memilih kerjaya mereka. 7. Menjalankan program motivasi untuk murid. 8. Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan. 9. Memberikan khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin yang dirujuk kepadanya. 10. Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerlukannya. 11. Menyusun atur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid. JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 69 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Salwa Salleh AJK : Pn Jegathiswary a/p Awuli Cik Lee Siew Chin BIDANG TUGAS 1. Mengemaskinikan Bilik Buku SPBT Sekolah (BOSS). 2. Menyemak penyata berkomputer yang sampai bersama bekalan buku untuk tindakan selanjutnya jika ada masalah. 3. Menerima dan memproses buku daripada pembekal. 4. Mengagihkan buku kepada murid pada minggu pertama persekolahan. 5. Mengagihkan borang G kepada guru untuk dilengkapkan dan disimpan oleh GPK HEM. 6. Menyediakan senarai hapus kira untuk dihantar kepada semua murid dari semasa ke semasa. 7. Mengadakan pemeriksaan Buku Teks mengejut kepada semua murid dari semasa ke semasa. 8. Melantik Pembantu SPBT di kalangan murid Tahap 2. 9. Memastikan bilik BOSS sentiasa kemas dan bersih serta semua buku tersusun mengikut mata pelajaran. 10. Memproses permohonan SPBT dan memberikan kelulusan sama ada layak atau tidak. 11. Bermesyuarat bersama Penyelaras Tahun apabila diperlukan. 12. Penyelaras Tahun perlu membuat senarai semak kelayakan dan selesai seminggu dari tarikh Panel Kelayakan bersesi. 13. Penyelaras Tahun membantu Penyelaras SPBT mengedarkan surat pemberitahuan kelayakan. 14. Memastikan Guru Kelas melaksanakan tugas seperti berikut: a. Bekerjasama dengan Penyelaras SPBT dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT. b. Mengedar, mengumpul dan menyemak Borang Kelayakan Murid (Borang SPBT1) sebelum diserahkan kepada Penyelaras Tahun. c. Menyediakan senarai nama layak dan tidak layak menerima SPBT. d. Bertanggungjawab mengagihkan dan mengumpulkan semula Buku Teks dari murid. e. Mengisi Borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks dari murid. f. Memastikan murid menggantikan buku teks yang hilang/rosak oleh muridmurid. g. Memastikan buku teks di tangan murid dijaga dengan baiknya. h. Memastikan murid melengkapkan maklumat diri mereka pada ruang yang disediakan pada cap SPBT. JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 70 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : En Hafiz Aris AJK : Pn Rosenimaliza Mohd Ali : Cik Hanis Atikah Mohamad BIDANG TUGAS 1. Menentukan warga sekolah didedahkan tentang Pendidikan Pencegahan Dadah. 2. Bekerjasama dengan komuniti setempat, agensi kerajaan dan NGO menangani penyalahgunaan dadah. 3. Menghadiri mesyuarat dan aktiviti/program dari pihak AADK. 4. Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah berdasarkan 4 strategi iaitu: a. Pengurusan dan kepimpinan b. Kurikulum c. Kokurikulum d. Pembangunan Sahsiah 5. Melaksanakan program Pencegahan, Pengesanan dan Intervensi di peringkat sekolah. 6. Mengadakan sudut, laluan atau bilik PPDa. Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Nik Nurul Husna Ahmad Zaidi AJK : Pn. Siti Syara Ismail : Pn Jegathiswary a/p Awuli Pn Noraida Abd Rahman BIDANG TUGAS 1. Merancang aktiviti dalam membangunkan modal insan yang memepunyai jati diri yang kukuh,berterampilan,keperibadiaan mulia,berpengetahuan dan kemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2. Merancang, melaksanakan dan menilai Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR yang merangkumi Modul Berbudi Bahasa,Modul Mutadayyin,Modul Penampilan Diri dan Modul Jati Diri untuk membentuk modal insan dan berkeperibadian unggul. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN & KENEGARAAN JAWATANKUASA PENGURUSAN PPDa


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 71 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Cik Lee Siew Chin AJK : Pn Jegathiswary a/p Awuli Pn Noraida Abd Rahman BIDANG TUGAS 1. Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan JK Pengurusan 3K (JR18) dalam mengurus hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan, kesihatan dan keselamatan. 2. Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan luarnya dalam keadaan bersih, tidak berbau, cantik, selesa, selamat dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan sampah perlu diselia selalu. 3. Memastikan kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan tong sampah serta lain-lain alat kelengkapan yang digunakan perlu ditinjau dari segi kebersihan, keselamatan dan kegunaannya dari semasa ke semasa. 4. Memastikan pihak kantin menyediakan makanan dan minuman halal mengikut menu dan harga seperti dalam surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta harganya hendaklah dipamerkan. 5. Memastikan pengusaha kantin akur dengan pekeliling dan panduan Kementerian Kesihatan berkaitan dengan pengurusan kantin sekolah. 6. Memastikan pekerja kantin menjaga kebersihan dirinya dan mengelakkan amalanamalan yang boleh yang menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahanbahan makanan dan minuman. 7. Memastikan makanan yang dijual di kantin mestilah bersih, bermutu, berzat, selamat untuk dimakan dan harganya berpatutan. 8. Memastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih. 9. Memastikan pengusaha/pengendali makanan memasak makanan di dalam kawasan sekolah. 10. Memastikan makanan bermasak yang disediakan tidak dimasak tidak melebihi empat (4) jam. 11. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. 12. Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan menggalakkan kebersihan dan kesihatan. 13. Mengurus sebut harga dan Perja.njian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah bagi memastikan kantin dapat beroperasi JAWATANKUASA KANTIN & KEDAI BUKU


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 72 Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Rosenimaliza Mohd Ali AJK : Pn Linawaznah Othman : Cik Hanis Atikah Mohamad BIDANG TUGAS 1. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. 2. Menyebarluaskan garis panduan Pendidikan Pencegahan Denggi (PPDe) kepada warga sekolah bagi menyelaraskan aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. 3. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. 4. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di sekolah. 5. Memantau, melaporkan dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib. Pengerusi : Pn Nora binti Akir (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Azziah binti Nordin (GPK HEM) Pn Hayati binti Yusof (GPK Pentadbiran) Pn Farehan binti Hj Khalid (GPK KOKURIKULUM) Penyelaras : Pn Nik Nurul Husna Ahmad Zaidi AJK : Pn Jegathiswary a/p Awuli : Pn Siti Syara Ismail (I) AMALAN GURU PENYAYANG 1. Merancang dan melaksanakan aktiviti amalan penyayang antara guru dan murid seperti aktiviti yang berikut: a. Mengalu-alukan kehadiran murid. b. Memberikan penghargaan kepada murid. c. Program mentor mentee. d. Ziarah Cakna. 2. Melaksanakan konsep penyayang sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 3. Membuat analisa setiap bulan bagi menilai impak pelaksanaannya. 4. Melibatkan pihak luar seperti ibu bapa, komuniti dan masyarakat setempat. Sentiasa menunjukkan penampilan yang kemas, ceria, berbudi bahasa, prihatin terhadap murid dan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah. JAWATANKUASA PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI (PPDe) JAWATANKUASA AMALAN GURU PENYAYANG


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 73 DASAR PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID 2022/2023 WAKTU PERSEKOLAHAN WAKTU PAGI MASA PERKARA 6.45 pagi – 7.20 pagi - Murid mencuci tangan dan terus masuk ke kelas -Murid mesti membaca semasa berada di dalam kelas. -Guru subjek pertama dan pengawas bertugas mesti berada di kelas untuk memantau murid-murid. -Dua orang guru bertugas mesti berada di pintu pagar bersama GPK/Guru Besar bagi Program Guru Penyayang WAKTU REHAT MASA PERKARA 10.00 pagi – 10.30 pagi - Wakil kelas pergi ke kantin untuk mengambil makanan. - Murid makan di dalam kelas bersama guru WAKTU BALIK MASA PERKARA 12.30 tengah hari 1.30 tengah hari - Murid membersihkan kelas, masukkan kerusi, tutup lampu dan kipas dan tutup pintu kelas. - Murid beratur di luar kelas bersama guru waktu akhir - Murid-murid turun mengikut laluan yang betul. - Kelas- kelas yang belum tamat sesi persekolahan berada di dalam kelas seperti biasa. - Murid-murid menunggu ibu bapa /penjaga di dewan mengikut kelas dan nama yang telah ditetapkan. - TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kelas jika waktu persekolahan sudah tamat WAKTU KELUARASA MASUK KELAS SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA PERKARA Tidak terhad - Tidak dibenarkan murid keluar dari kelas KECUALI ada urusan penting. - Murid MESTI menggunakan pas kebenaran keluar daripada guru yang mengajar ketika itu.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 74 1. Loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.30 pagi. Pintu pagar B akan ditutup sepenuhnya pada 7.30 pagi. Pintu pagar A digunakan untuk kegunaan kereta guru, staf dan pelawat-pelawat yang dibenarkan sahaja. 2. Murid yang hadir lewat dikehendaki menggunakan pintu pagar A. 3. Semua pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah diminta mengikut SOP yang telah ditetapkan iaitu menulis nama dalam buku pelawat,menggunakan pelitup muka , sanitasi tangan dan hendaklah memakai pas pelawat di pondok pengawal keselamatan dan seterusnya mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir untuk segala urusan. 4. Waktu balik tengah hari, loceng dibunyikan mengikut ketetapan. Murid perlu beratur di luar kelas dan bergerak mengikut laluan yang telah ditetapkan. 5. Pintu pagar B akan dibuka pada pukul 11.50 pagi sehingga 1.15 tengah hari. Selepas itu murid dikehendaki menggunakan pintu pagar A. PERATURAN SEKOLAH 1. Persekolahan bagi sesi 2022 akan bermula pada 21.03.2022 iaitu pada hari Rabu . Waktu persekolahan dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bagi tahap 1 dan tahap 2 dari pukul 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari 2. Murid-murid dikehendaki tiba di sekolah lebih awal sebelum loceng dibunyikan iaitu 7.20 pagi untuk pra PdP. 3. Semua pintu pagar akan dikunci pada jam 7.30 pagi. Murid lewat akan menulis nama di dalam Buku Catatan Kehadiran Lewat. 4. Guru akan menghubungi ibu bapa melalui telefon atau surat sekiranya didapati murid yang berkenaan tiba lewat ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau berselang hari. 5. Semua murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan lencana dipakai pada hari-hari persekolahan dan menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah. - Pakaian seragam murid perempuan ialah baju kurung berpesak yang berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua kecuali murid-murid yang bukan beragama islam memakai ‘pinafore’ berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu singkat / ketat. - Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yang sesuai. - Murid sekolah dikehendaki memakai kasut kanvas dan sarung kaki berwarna putih/hitam - Baju kemeja pengawas sekolah berlengan panjang berwarna biru muda / baju kurung berwarna biru muda dan bertudung biru. (Murid-murid bukan Islam dimestikan memakai kain sarung labuh) dengan kasut kanvas dan sarung kasut berwarna hitam. - Memandangkan sekarang ini negara dilanda pandemik Covid-19, murid diberi kelonggaran berpakaian ke sekolah mengikut kesesuaian dan mestilah kemas 6. Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan menggunakan riben atau cekak hitam, putih atau biru tua. 7. Murid–murid dilarang menyimpan kuku panjang atau mewarnakannya dengan cat kuku atau inai. 8. Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis dan dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang,rantai leher,anting-anting, subang,cincin dll. 9. Semua murid mesti memakai ‘t-shirt’ sekolah dan seluar panjang (track bottom) semasa pdp Pendidikan Jasmani dan murid dibolehkan memakai pakaian tersebut sehingga waktu balik.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 75 10. Ibu bapa dilarang berada di kawasan sekolah (sewaktu pembelajaran murid dijalankan) tanpa sebarang urusan. 11. Pada waktu rehat, ibu bapa tidak dibenarkan menghantar makanan kepada anak-anak. Bekalan makanan hendaklah dibawa oleh anak-anak di dalam bekas yang sesuai. 12. Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat, mesti berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip setelah digunakan dan jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / lubang tandas. 13. Ibu bapa perlu menentukan anak mereka sentiasa datang ke sekolah. Sekiranya mereka tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab yang tidak dapat dielakkan. Ibu bapa dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar / guru kelas bagi memaklumkan ketidakhadiran mereka 14. Sekiranya murid sakit dan memerlukan pemeriksaan doktor dan rawatan di hospital / klinik kerajaan, ibu bapa boleh mendapatkan surat memohon pemeriksaan doktor dan rawatan di pejabat sekolah. 15. Jika ada sesuatu perkara mustahak yang tidak dapat dielakkan dan murid perlu dibawa pulang, ibu bapa hendaklah berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan HEM, atau guru kelas untuk meminta kebenaran dan kemudian mencatatnya di dalam Buku Rekod Murid Keluar di pejabat sekolah. 16. Ibu bapa diminta menghantar / mengambil anak di bahagian pintu pagar sekolah dan adalah dilarang menghalang laluan pagar utama. 17. Ibu bapa patut menyemak kerja dan kemajuan anak dari semasa ke semasa, sekurangkurangnya seminggu sekali. Tentukan anak-anak sentiasa rajin dan boleh menguasai ajaran guru. Pastikan anak-anak membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. 18. Apabila diminta menandatangani Buku Adab dan Buku Latihan anak-anak, semak dahulu dan bertanya jika ada kemusykilan. 19. Digalakkan ibu bapa menyelia dan membimbing anak-anak ke arah aktiviti-aktiviti yang sihat. 20. Sekolah mementingkan SOP ,kebersihan bagi membendung Covid-19 selaras dengan hasrat kerajaan ,KKM dan KPM. Oleh itu, amalan mencuci tangan dan membersihkan bilik darjah dilakukan oleh murid-murid pada setiap masa dan hari persekolahan. 21. Budaya membaca telah diterapkan di kalangan murid-murid sekolah ini. Murid-murid dikehendaki menggunakan masa yang terluang di sekolah untuk membaca buku-buku berfaedah. 22. Ibu bapa merupakan salah seorang ahli PIBG sekolah, oleh itu, peranan ibu bapa sangat-sangat dihargai untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memajukan anak-anak dan diharap dapat memberi sumbangan dari segi tenaga atau buah fikiran demi kepentingan dan kemajuan sekolah. 23. Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan buah fikiran /syor/ pandangan ibu bapa dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah ini. Sehubungan itu sebuah peti cadangan telah disediakan di hadapan pejabat sekolah bagi memudahkan ibu bapa menyalurkan maklumat dan cadangan. 24. Pihak sekolah sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa / penjaga dan ahli masyarakat. Oleh itu sekiranya terdapat sebarang masalah/kemusykilan, diharap ibu bapa dapat menghubungi pihak sekolah dengan segera untuk sesi perbincangan.


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 76 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2022/2023


Buku Perancangan Pengurusan dan Takwim 2022/2023 77


Click to View FlipBook Version