The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ayembara Warisan Pantun (SANTUN) merupakan pertandingan pantun yang disertai oleh mahasiswa/i di samping mengetengahkan budaya tradisional menerusi bahasa kebangsaan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Farhanah, 2024-06-29 19:30:49

SAYEMBARA WARISAN PANTUN 2024

ayembara Warisan Pantun (SANTUN) merupakan pertandingan pantun yang disertai oleh mahasiswa/i di samping mengetengahkan budaya tradisional menerusi bahasa kebangsaan.

Keywords: SANTUN 2024

AUDITORIUM DEWAN BUDAYA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JUMAAT - AHAD JUN 2024 “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”


UCAPAN PENGARAH PROJEK Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya kita diberi peluang untuk berkumpul pada hari yang penuh bermakna ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Sayembara Warisan Pantun (SANTUN) tahun 2024. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Majlis Penutupan SANTUN 2024. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengelola program, penaja, peserta dan barisan sekretariat yang bekerja keras dan bertungkus lumus bagi menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak. SANTUN bertujuan memupuk perpaduan, memelihara warisan budaya, dan mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar. Melalui seni pantun, kita tidak hanya memelihara tradisi puisi Melayu tradisional, tetapi juga membentuk generasi yang cekap dan kreatif. Usaha program sebegini adalah untuk menyokong para peserta dalam membangunkan bakat mereka dan juga menghargai keindahan dan keunikan pantun dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat kita. Akhir kata, saya berharap agar karya pantun dapat terus diperkukuh sebagai khazanah bernilai dan warisan seni kata kita. Sekian, terima kasih


UCAPAN PENASIHAT PROJEK Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, saya diberikan kesempatan untuk memberikan kata-kata aluan bagi Program Sayembara Warisan Pantun (SANTUN). Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada program ini. Program ini merupakan satu inisiatif yang sangat bermakna dalam usaha menggalakkan dan mempertingkatkan penglibatan mahasiswa/i dari semua IPTA/IPTS tempatan mahupun antarabangsa untuk menonjolkan kebolehan dalam seni berpantun. Program ini bertujuan untuk memperkasa puisi tradisional Melayu dalam kalangan mahasiswa/i yang berdaya saing, berilmu serta menghargai masa dan budaya. Pada tahun ini, SANTUN dikelolakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun, Universiti Sains Malaysia yang mengangkat tema “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”. Saya selaku penggawa Desasiswa Tekun juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua barisan sekretariat Sayembara Warisan Pantun (SANTUN). Usaha gigih anda semua dalam menjayakan dan menjalankan program ini amat dihargai. Tanpa komitmen dan dedikasi anda, program ini tidak mungkin dapat direalisasikan dengan begitu cemerlang. Terima kasih atas usaha dan kerjasama yang diberikan. Akhir kata, saya berharap program Sayembara Warisan Santun (SANTUN) ini akan mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Semoga semangat juang setiap peserta sentiasa berterusan demi mencapai kejayaan. Sekian, terima kasih


PENGENALAN Sayembara Warisan Pantun (SANTUN) merupakan pertandingan pantun yang disertai oleh mahasiswa/i di samping mengetengahkan budaya tradisional menerusi bahasa kebangsaan. SANTUN telah mencapai kejayaan dalam penganjuran sidangsidang akademik yang lepas melalui penyertaan pasukan pantun dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta pasukan desasiswa USM. Pada tahun ini, SANTUN dikelolakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun, Universiti Sains Malaysia yang mengangkat tema “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”. Program ini bertujuan memperkasakan puisi tradisional Melayu dalam kalangan mahasiswa/i yang berdaya saing, berilmu serta menghargai bahasa dan budaya. SANTUN 2024 dilaksanakan dengan kolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Bahagian Jaringan Industri Masyarakat (BJIM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dewan Budaya USM.


LATAR BELAKANG Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk memartabatkan puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, Majlis Penggawa telah memperkenal pertandingan berbalas pantun antara Desasiswa yang dikenali sebagai Pesta Pantun Antara Desasiswa (PADU). Namun demikian, kini PADU sudah dikenali sebagai Sayembara Warisan Pantun (SANTUN). Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Penggawa dan Majlis Yang Dipertua Majls Penghuni Desasiswa dan dikelolakan mengikut penggiliran oleh semua Desasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi setiap sidang akademik. Program ini merupakan satu inisiatif bagi menggalakkan penglibatan mahasiswa/i dari semua IPTA/IPTS tempatan mahupun antarabangsa dalam menonjolkan kebolehan dalam seni berpantun.


1. Menyemai perpaduan berlandaskan konsep “Malaysia Madani” dalam kalangan mahasiswa/i melalui pertandingan pantun. 2. Mengekalkan sastera dalam seni berpantun sebagai khazanah puisi Melayu tradisional dan warisan bangsa. 3. Memelihara seni warisan bangsa agar terus berkembang sejajar dengan arus pembangunan dan pemodenan. 4. Mengekalkan sikap cinta akan warisan bangsa dan memelihara kesenian dalam kalangan mahsiswa/i. 5. Meningkatkan potensi diri dan sedia bersaing scara sihat dalam pertandingan. OBJEKTIF PROJEK


PENGLIBATAN KUMPULAN YANG BERTANDING


PENAJAAN DAN KOLABORASI PENAJA RAKAN KOLABORASI


Click to View FlipBook Version