BMMB3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN PENGARUH-PENGARUH YANGMENCABAR KEHARMONIAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA PADA MASA HADAPAN. NNAAMMAA PPEENNSSYYAARRAAHH:: PPUUAANN FFAADDZZIILLAAHH BBIINNTTII AABBDDUULL RRAAHHIIMM NNAAMMAA PPEELLAAJJAARR:: CCHHEE SSIITTII SSHHAAKKIIRRAAHH BBIINNTTII AAHHMMAADD
Kod Program Nama Kursus Nama Pelajar: Semester/ Tahun Ambilan Kumpulan : : : Objektif Pentaksiran Berterusan : Pelajar akan dapat: 1. Menerangkan konsep budaya, ciri-ciri budaya, elemen dan proses dalam budaya dengan berkesan melalui penulisan esei. 2. Memperincikan takrif, sejarah serta latar belakang masyarakat Melayu yang menjadi tunjang kepada Kebudayaan Kebangsaan melalui penulisan esei. 3. Membincangkan budaya Melayu sebelum dan selepas menerima pengaruh asing secara Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menjelaskan konsep budaya, ciri-ciri budaya, elemen dan proses dalam budaya dengan berkesan (C2, PLO1) 2. Menganalisis takrif, sejarah serta latar belakang masyarakat Melayu yang menjadi tunjang kepada Kebudayaan Kebangsaan (C4, PLO3, CTPS2) 3. Menghuraikan budaya Melayu sebelum dan selepas menerima pengaruh asing secara pembentangan kumpulan (C5, PLO3, PLO4, PLO5, CTPS3, CS3, TS1) 4. Merumuskan proses pembudayaan dalam masyarakat di Malaysia dalam satu penulisan berbentuk reflektif (C6,PLO3, CTPS3, PLO6, LL1) 5. Menghasilkan penulisan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam pembangunan negara Malaysia (C6, PLO3, CTPS3, PLO6, LL3) Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3, 4 dan 5. Tugasan 1. Penulisan Esei 3. Pembentangan Kumpulan 2. Penulisan Reflektif : PISMP : KEBUDAYAAN KEBANGSAAN : BMMB3163 20.9.2023 19.10.2023 Tarikh Mula 28.8.2023 17.10.2023 26.10. 2023 Semester I / Tahun 4 Jun 2020/ 2024 V1,V2,V3,V4,V5,V6,dan V7 Tarikh Hantar 15.9.2023
pembentangan kumpulan. 4. Memperjelas proses pembudayaan dalam masyarakat di Malaysia dalam satu penulisan berbentuk penulisan reflektif. 5. Merumuskan Dasar Kebangsaan dalam pembangunan negara Malaysia melalui penulisan esei. TUGASAN 1 : Penulisan Esei (25%) Tugasan Individu Pematuhan dasar kebudayaan, sama ada yang sedia ada di bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) atas dasar-dasar perjuangan budaya yang diperbuat dari semasa ke semaasa oleh kerajaan. Sesuatu yang besar seperti kebudayaan yang mencerna kehidupan manusia harus dirancang, dibelai, dipelihara dan dipromosikan bersama-sama kuasa rakyat melalui sistem pemerintahan. Demikian juga, ekonomi, pembangunan negara, pelajaran dan lain-lain perkara, kebudayaan juga perlukan hala tuju dan dasar yang jelas supaya usaha bina insan dan bina negara dapat dijalankan secara jelas dan bersistem (Rais Yatim, 2009). Berdasarkan pernyataan di atas; i. Huraikan konsep budaya, ciri-ciri budaya, elemen dan proses dalam budaya dengan berkesan. ii. Buat analisis tentang takrif, sejarah serta latar belakang masyarakat Melayu yang menjadi tunjang kepada Kebudayaan Kebangsaan. iii. Hasilkan sebuah penulisan tentang empat proses pembudayaan dalam membentuk masyarakat Malaysia. Penulisan esei perlu menggambarkan kemahiran dalam mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritikal dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN 2 : Penulisan Reflektif (25%) Tugasan Individu Jika dilihat pada penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, pembangunan negara sebenarnya telah meminggirkan budaya dan kerangka pembangunan negara. Hari ini, orang tidak lagi bercakap tentang kepentingan budaya dari segi warisan bangsa atau peranan perpaduannya kerana budaya sudah dilihat dari dimensi lain sebagai sumber pembangunan dalam bidang Sains, Pendidikan, Perusahaan dan TeknologI (A. Wahab Hamzah, 2015). i. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan pengaruh-pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan. ii. Penulisan reflektif mestilah mengikut format yang spesifik dan dipersembahkan dalam bentuk ebook
Budaya dalam sistem kepercayaan/ agama kebudayaan pra-Islam: pengaruh Hindu-Buddha. Budaya sistem kesenian dalam kebudayaan Islam: Pengaruh Arab. Budaya Islam dan Ilmu pengetahuan pandangan Syed Muhammad Naguib Al-Attas. Budaya dalam sistem mata pencarian eknomi era penjajahan Barat. Tugasan 3: Pembentangan Kumpulan (10%) i. Ungkapan Islam pada frasa kesenian Islam adalah adjektif. Kesenian Islam boleh terdiri daripada kesenian mana-mana bangsa asalkan sifatnya selaras dengan ajaran Islam. Bincangkan dalam kumpulan dan membuat laporan dalam bentuk dokumentari yang berbentuk video untuk dimuat naik dalam youtube. ii. Setiap kumpulan boleh memilih tajuk yang berikut untuk menghubungkaitkan dokumentari video berdurasi 30 minit itu: iii. Seterusnya, persembahkan hasil tugasan kumpulan secara digital dan lisan dengan menggunakan aplikasi multimedia yang sesuai. Pelaksanaan KPPB: Tugasan ini berkongsi Big Idea iaitu, “Pembudayaan Pembelajaran Digital Daya Cipta Pendidik Madani” dengan kursus BMMB 3152 Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran, BMMB 3233 Sintaksis dan BMMB3173 Penyelidikan dalam Pendidikan. Arahan Pelaksanaan Tugasan 1. Tugasan 1 dan 2 ialah tugasan individu dan jumlah perkataan adalah tidak melebihi 1000 patah perkataan bagi setiap tugasan. 2. Format penulisan akademik adalah seperti berikut: 2.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini dan boleh dimuat turun dari iTEMS 2.2 Font Arial 2.3 Saiz huruf : 11 2.4 Langkau : 1.5 baris 2.5 Rujukan mengikut format APA 7 (American Psychological Association) 2.6 Penulisan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu. 2.7 Rujukan daripada pelbagai sumber (buku, jurnal, sumber internet dan lain-lain) sekurang-kurangnya 10 rujukan bagi setiap tugasan tersebut. 3. Ulasan dan pandangan hendaklah disokong dengan rujukan ilmiah 4. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 5. Kandungan berikut diambil kira untuk menentukan penulisan yang baik : 5.1 Pengenalan yang menarik 5.2 Menjawab soalan dengan mengemukakan hujah dan huraian yang tepat 5.3 Contoh-contoh yang relevan
5.4 Rumusan/kesimpulan 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 7. Tugasan anda perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. 8. Tugasan 3 perlu dilakukan secara berkumpulan (2 atau 3 orang) dan perlu dibentangkan. 9. Anda perlu bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan rujukan. 10. Persembahkan hasil tugasan kumpulan secara bercetak dan lisan dengan menggunakan perisian multimedia yang sesuai. Disediakan oleh : Ros Anita Kartini Mohamed Penyelaras Kursus, Jabatan Pengajian Melayu Disediakan oleh : Dr Hasnah Binti Awang Pakar Bidang (SME) Jabatan Pengajian Melayu. Disahkan oleh : Encik Shamsudin bin Abu Bakar Ketua Jabatan Pengajian Melayu Disahkan oleh : Rozita Binti Omar Pemeriksa Dalam Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh, Perak
PENGHARGAAN Pertama kali syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja khusus saya ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua individu yang telah membantu saya melaksanakan kerja khusus saya ini secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fadzilah Binti Abdul Rahim selaku pensyarah mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya. Kepada kawan-kawan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga saya dapat menyiapkan kerja saya ini dan tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu mendoakan kejayaan saya. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalaam tugasan saya ini. Segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik datangnya daripada allah dan yang jahat datangnya dari kelemahan saya sendiri. Sekian terima kasih.
1.0 PENGENALAN 2.0 PENGARUH-PENGARUH YANG MENCABAR KEHARMONIAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA PADA MASA HADAPAN 2.1 CABARAN POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI 2.2 CABARAN BAHASA MELAYU DAN PENDIDIKAN 3.0 KESIMPULAN RUJUKAN ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan Negara Malaysia amatlah bertuah kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Kepelbagaian etnik di Malaysia merupakan kebanggaan di persada dunia. Corak ini pastinya menimbulkan kepelbagaian budaya yang perlu dihormati oleh setiap lapisan masyarakat. Budaya merupakan faktor pengaruh yang berkesan terhadap individu dan mempengaruhi cara individu berfikir dan bertindak, mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhirah Syed Ahmad, 2011). Justeru, bagi mewujudkan asimilasi budaya masyarakat majmuk Malaysia, hubungan di antara kaum amat penting untuk dipupuk bagi mewujudkan kesefahaman dan penerimaan antara satu sama lain serta mengukuhkan lagi keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia ini pada masa hadapan. Oleh itu, proses pembentukan kebudayaan kebangsaan memerlukan perancangan yang terperinci supaya dapat melahirkan cara hidup yang mencerminkan identiti Malaysia (P. Sivarajan, 2015). Dalam usaha memupuk hubungan antara etnik di Malaysia, terdapat beberapa pengaruh yang menjadi cabaran keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia.
2.0 PENGARUH-PENGARUH YANG MENCABAR KEHARMONIAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA PADA MASA HADAPAN RAJAH 1
Berdasarkan rajah di atas menunjukkan terdapatnya dua cabaran iaitu pengaruh politik dan pengaruh sosial. Pengaruh pertama yang boleh mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia adalah melalui pengaruh politik. Persaingan politik di Malaysia sering berkisar pada isu-isu identiti seperti etnik dan agama. Terdapat sesetengah ahli politik itu sendiri menggunakan pendekatan ke arah pendekatan perkauman bagi memenuhi kehendak yang akan mempertahankan sosiobudaya masing-masing dan bukannya dalam konteks kebudayaan kebangsaan. Menurut Azman Abdul Manaf (2001), politik yang bersifat perkauman menjadi halangan dalam usaha pemupukan perpaduan kerana mereka hanya memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Jika politik identiti ini terlalu ditekankan, keharmonian dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza di Malaysia ini akan semakin runtuh. Di samping itu, terdapat juga pemimpin parti-parti politik yang menggunakan taktik yang kotor dengan membuat hasutan, meracuni pemikiran rakyat dan memainkan sentimen perkauman dengan tujuan untuk mengapi-apikan kaum di Malaysia untuk kepentingan mereka sendiri. Hal yang demikian akan menyebabkan penyokong parti politik tersebut akan dapat merasakan benci akan kaum yang bukan daripada parti yang disokongya itu. Kewujudan parti politik mewakili kaum juga akan menyebabkan wujudnya perjuangan dan provokasi melampau bagi memperjuangkan kepetingan kaum masing-masing walaupun bercanggah dengan perkara yang termaktub di dalam perlembagaan. Perkara tersebut dapat dilihat apabila wujudnya parti politik seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mewakili kaum Melayu, Persatuan Cina Malaysia (MCA), dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mewakili kaum Cina, Kongres India Malaysia (MIC) dan beberapa lagi parti politik lain. Dalam melaksanakan sistem kerajaan yang bakal dibentuk, kelompok etnik utama harus berkerjasama, tetapi parti politik yang dibentuk adalah berasaskan etnik (Milne & Mauzy, 1999). Oleh itu, pemikiran prejudis terhadap kaum lain perlu dielakkan oleh setiap etnik untuk membentuk hubungan lebih jitu dalam membantu meningkatkan kemajuan negara. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berfikiran terbuka untuk menyokong parti politik yang membawa kepada perpaduan etnik di Malaysia. 2.1 CABARAN POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI
Selain itu, pengaruh yang kedua yang boleh mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan adalah dari aspek sosial yang melalui pengaruh media sosial. Terdapatnya cara di mana media sosial boleh mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan termasuk penyebaran berita palsu. Media sosial membolehkan penyebaran berita palsu dengan cepat, yang boleh memicu ketegangan antara kumpulan etnik atau agama di Malaysia. Masyarakat akan mudah tunduk dan terpengaruh dengan ideologi yang bertujuan menyemai kebencian dan syak wasangka antara kaum dan budaya di negara ini. Ini boleh merosakkan kepercayaan antara komuniti masyarakat Malaysia dan boleh membuatkan masyarakat berpecah belah. Contoh yang boleh diberikan mengenai penyebaran berita palsu adalah seperti terdapatnya kes penyebaran berita palsu melalui platform Facebook yang mengaitkan agama dengan tindakan negatif atau mencemarkan nama baik agama tertentu. Ini boleh mencetuskan kemarahan dalam kalangan penganut agama tersebut. Ini sangat bahaya kerana boleh menular dengan cepat dalam kalangan pengguna media sosial. Justeru, perbalahan serta perpecahan akan berlaku di antara kaum di Malaysia yang sekaligus akan menggugatkan keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di negara kita Malaysia ini. Untuk menghadapi cabaran ini, pihak berkuasa dan masyarakat Malaysia perlu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemahaman dan toleransi antara kumpulan etnik dan agama. Pendidikan dan penggunaan media sosial yang bijak juga boleh membantu mengekalkan keharmonian kebangsaan di masa hadapan.
RAJAH 2
Seterusnya, berdasarkan rajah di atas dominasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman. Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah, manakala kaum Cina pula bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan. Hal ini dapat dilihat, apabila kaum-kaum Melayu dan India tidak mendapat peluang untuk menceburi sektor ekonomi yang lebih menguntungkan dan stabil ini, kemungkinan integrasi antara kaum akan semakin merosot. Selain itu, kaum Melayu, India dan Cina yang tidak berada di dalam satu sektor ekonomi yang sama, akan menyebabkan kurangnya interaksi antara mereka serta penggunaan bahasa Melayu yang boleh mengukuhkan lagi keharmonian kebudayaan kebangsaan kita juga tidak akan digunakan. Jelaslah hal ini boleh mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan pada masa akan datang.
RAJAH 3
2.2 CABARAN BAHASA MELAYU DAN PENDIDIKAN Seterusnya, terdapat juga pengaruh lain yang menjadi penyebab atau halangan untuk mengekalkan keharmonian Kebudayaan Kebangsaan pada masa hadapan iaitu pengaruh bahasa ibunda yang merencatkan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Menurut Goay Teck Chong, (2013), bahasa kebangsaan boleh didefinisikan sebagai bahasa yang menjadi lambang identiti unik sesuatu bangsa atau negara, terutamanya dalam konteks perbincangan politik dan undang-undang, serta ditentukan oleh kerajaan negara tersebut. Oleh itu, bahasa kebangsaan adalah salah satu aspek penting identiti nasional sesebuah negara. Di Malaysia, Bahasa Melayu yang dipatuhi piawaian Dewan Bahasa dan Pustaka dan dinyatakan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai bahasa kebangsaan berperanan sebagai medium utama komunikasi dan merupakan identiti nasional yang dikongsi oleh semua masyarakat tidak kira kaum di negara ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga masyarakat di negara ini yang memperjuangkan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi mereka. Hal ini terjadi kerana golongan ini merasakan bahawa dengan menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan dan sebagai bahasa perantara mereka dalam kehidupan seharian, mereka akan berasa lebih bangga kerana terlihat mereka mempunyai latar belakang pelajaran yang baik. Tambahan pula, terdapat juga segelintir daripada mereka yang mencampuradukkan penggunaan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu dalam komunikasi yang menyebabkan wujudnya bahasa rojak yang mencemarkan lagi identiti nasional serta keindahan dalam pertuturan bahasa Melayu sebagai medium utama komunikasi. Contoh penggunaan bahasa rojak dalam komunkasi adalah seperti “I think I nak makan nasi lah”. Di samping itu, terdapat juga masyarakat Malaysia yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai medium utama komunikasi seperti kaum India yang menggunakan bahasa Tamil dalam komunikasi kerana mereka merasakan bahawa mereka perlu juga memartabatkan bahasa ibunda mereka. Hal yang demikian semestinya akan merencatkan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai identiti nasional. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berganding bahu memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi agar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan dapat dikecapi.
RAJAH 4
Pengaruh terakhir yang menjadi cabaran dalam mewujudkan keharmonian Kebudayaan Kebangsaan adalah dari aspek pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum, sistem pendidikan di Malaysia ini masih mengekalkan sistem pendidikan vernakular yang diperkenalkan semasa era imprealisme British. Sistem pendidikan vernakular masih diguna pakai sehingga hari ini dalam sistem pendidikan negara menerusi kewujudan beberapa buah sekolah vernakular (Sufean Hussin, 2004). Contoh sekolah vernakular tersebut adalah seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pada peringkat rendah. Dalam hal ini, sekolah-sekolah berkenaan menggunakan bahasa ibunda masing-masing iaitu bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa komunikasi mereka termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah tersebut. Hal yang demikian semestinya akan merencatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah vernakluar tersebut disebabkan mereka tidak dipraktikkan dengan lebih meluas berkenaan penggunaan bahasa Melayu. Melalui sistem sekolah vernakular ini juga, perpaduan antara murid berlainan etnik akan sukar untuk dibentuk. Hal ini kerana, di sesebuah sekolah vernakular itu tidak akan ada ramai murid daripada kaum lain, secara tidak langsung pemupukan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi antara murid berlainan kaum atau etnik tidak dapat dibentuk. Ini telah mendorong, pengenalan kepada konsep Sekolah Wawasan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Usaha ini adalah bertujuan agar penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah vernakular cina dan Tamil dapat diperkukuhkan. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2013) telah menyatakan bahawa Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang menfokuskan pendekatan pembelajaran secara bersama dalam satu kawasan yang sama, tanpa mengira etnik atau agama. Namun, usaha yang dilakukan melalui konsep sekolah wawasan ini tidak mencapai objektifnya kerana masyarakat di negara ini masih mementingkan identiti serta jati diri kaum mereka sendiri. Hal ini dapat dibuktikan apabila Gabungan Persatuan Guru-guru dan Lembaga Pengelola Sekolah Cina telah menentang usaha kerajaan untuk melaksanakan konsep Sekolah Wawasan tersebut. Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia harus berfikiran terbuka dan bersedia untuk menerima dan menjayakan semula konsep Sekolah Wawasan tersebut agar keharmonian kebudayaan kebangsaan terus dapat dikecapi pada masa akan datang.
3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat pelbagai pengaruh yang boleh menjadi cabaran dan memberi impak yang negatif kepada keharmonian Kebudayaan Kebangsaan serta perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia pada masa akan datang. Pengaruh-pengaruh yang dibincangkan sememangnya boleh berlarutan hingga menyebabkan hubungan antara kaum atau etnik di negara kita mulai goyah. Kestabilan dari segi ekonomi, politik dan sosial amat penting kerana aspek tersebut merupakan asas kepada perpaduan sesebuah negara. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Oleh itu, setiap pihak harus berganding bahu bagi melakukan usaha-usaha yang sewajarnya agar segala pengaruh yang menjadi cabaran kepada keharmonian Kebudayaan Kebangsaan pada masa akan datang dapat dijauhkan.
RUJUKAN Azman Abdul Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Goay Teck Chong. (2013). Teks Pra-U Pengajian Am Penggal 2. Pearson Malaysia Sendirian Berhad. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Milne, R.S. and Mauzy, D.K. (1999). Malaysian Politics under Mahathir. Routledge. Noriati Abd. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhirah Syed Ahmad. (2017). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sivarajan a/l Ponniah, (2015). Sejarah tahun 6 sekolah kebangsaan. DBP. Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia: Isu dan Cabaran Semasa. Utusan Publications dan Distributors Sendirian Berhad.