The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran Terhadap Perlembagaan Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faiz Jijan, 2022-05-06 09:18:09

EFolio_Group6.Faris_F1062 Faiz_F1062

Cabaran Terhadap Perlembagaan Persekutuan

FARIS SYAFEEQ BIN MUHAMMAD FAIZ
FERDAUS SYAKIRIN BIN
(15DET21F1062) AZIZAN

15DEMT2U1HF1A0M7M1 AD FAIZ
SYAKIRIN
(15DET21F1071)

2

BIL TOPIK MUKA
SURAT

1 LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA 4
5
ISI KANDUNGAN

1.1 PERLEMBAGAAN SEBAGAI RUKUN MASYARAKAT

1.2 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 6
2.0 CABARAN TERHADAP PERLEMBAGAAN 7
2.1 HAK ASASI MANUSIA 7-10

2.2 KONTRAK SOSIAL 11-14

2.3 ISU PENDIDIKAN 15-18

2.4 KEGIATAN SUBVERSIF 19
20-21
2.5 PERPADUAN KAUM 22-23
24-25
2.6 KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI
26-27
2.7 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHAS 28-29
KEBANGSAAN 30-31

2.8 KEISTIMEWAAN WARGANEGARA

3 KESIMPULAN
4 RUJUKAN

3

1)LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pengenalan Perlembagaan Persekutuan
merupakan satu set undang-undang tertinggi
bagi Negara Malaysia. Ia telah mula diguna
pakai sejak Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 1957

Perlembagaan Malaysia mengandungi 183
perkara. Mana-mana undang-undang negeri
yang bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan secara automatik akan terbatal. 1
Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga
kali pendengaran (perdebatan).

Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira 4
digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari
ahli dewan rakyat. Bagi negara Malaysia
perlembagaan telah mengikat masyarakat untuk
merujuk pada satu undang yang sama untuk
sesuatu masalah supaya tidak bercanggah antara
satu sama lain (Dr. Noraini Zulkifli,2010)

1.1)PERLEMBAGAAN SEBAGAI RUKUN
MASYARAKAT

Perlembagaan merupakan undang- undang tertinggi yang wujud
dalam sesebuah negara. Bagi negara Malaysia perlembagaan
telah mengikat masyarakat untuk merujuk pada satu undang
yang sama untuk sesuatu masalah supaya tidak bercanggah
antara satu sama lain.

Contohnya Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan
bahawa,Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan
kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen,
dengan bahawa tidak ada seseorang pun yang akan dihalang
dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar atau
mempelajari bahasa-bahasa lain dan tidak ada sebarang
peruntukan dalam fasal ini yang boleh mengganggu hak
kerajaan Persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk
memelihara dan memperkembangkan penggunaan dan
pengkajian bahasa komuniti lain (PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN BAHAGIAN XII 1957).

Ini bermaksud penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
untuk urusan rasmi di Malaysia adalah meliputi setiap agensi
dan kementerian di Malaysia.2 Walau bagaimanapun
penggunaan Bahasa Inggeris boleh digunakan di Sabah dan
Sarawak (Perkara 161 (1) BAHAGIAN XIIA).(Tun Abdul Hamid
Mohammad,2014)

5 25

1.2)KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan penting kerana ia dapat menjamin
kestabilan politik dan sistem pentadbiran negara.
Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960 (ISA) merupakan undang-undang tahanan
pencegahan yang sedang berkuat kuasa di
Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis
selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan
untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam
keselamatan negara atau mana-mana bahagian
daripadanya.

Melalui perlembagaan, corak pemerintahan,

pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan

serta prinsip-prinsip umum cara kuasa dilaksanakan.

Selain itu, perlembagaan dapat menjamin

keselamatan dan kesejahteraan rakyat dimana hak

asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat

digunakan. Walaupun kebebasan bersuara

dibolehkan namun ia masih dibawah peruntukkan

Akta Hasutan dan Keselamatan Dalam negeri

Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat
dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan
pandangan masing- masing namun ia masih di
bawah undang- undang di mana sekiranya
berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-
harakan keharmonian masyarakat, seseorang
masih boleh didakwa.

https://www.researchgate.net/publication/3 66
26987913_Perlembagaan_Persekutuanpdf

2.0)CABARAN TERHADAP PERLEMBAGAAN

(2.1) HAK ASASI MANUSIA

• Perlembagaan Persekutuan Sebab itulah
melihat hak asasi manusia dari Perlembagaan
sudut sebuah negara yang baru Persekutuan
terlepas daripada belenggu mempunyai
penjajahan selama lebih beberapa
daripada empat abad (dikira peruntukan untuk
daripada kejatuhan Melaka) menyelamatkan
yang membawa kebanjiran keadaan seperti
pendatang bersama-sama Perkara 153,
bahasa, budaya dan agama kedudukan agama
mereka yang hampir Islam dan bahasa
menenggelamkan penduduk Melayu dan
asal di bumi sendiri, yang pemakaian Syari’ah
terpaksa pula berkongsi kuasa dalam undang-
dengan pendatang itu, selepas undang keluarga bagi
Merdeka. orang-orang Islam.

https://tunabdulhamid.me/2015/05/hak-asasi-manusia- 77
penyalahgunaan-dan-cabaran-kepada-orang-melayu-dan- 4
islam-di-malaysia/

Peruntukan Perkara 153 kerapkali disebut
sebagai “hak keistimewaan orang Melayu”
pada hal tajuk sebenarnya ialah “perizaban
kuota berkenaan dengan perkhidmatan,
permit, bagi orang Melayu dan anak negeri
mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak.” Peruntukan yang serupa pun
terdapat dalam Perlembagaan India – (Perkara
16).

Di samping itu hampir semua hak-hak asasi
utama yang disebut dalam UDHR terdapat
dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun
dengan pengecualian-pengecualian dan
pengubah-suaian yang perlu. Ini tidak dapat
dielakkan. Perlembagaan Malaysia mestilah
sesuai dengan keadaan, keperluan dan
aspirasi Malaysia. Hal yang sama terdapat
dalam Perlembagaan mana-mana negara pun.

Secara ringkas, UDHR berbangkit daripada
pengalaman Perang Dunia Kedua.UHDR ialah
United Nations Declaration of Human
Rights.UDHR diterima oleh United Nations
General Assembly pada 10 Disember 1948
dengan 48 buah negara menyokong,
termasuk Afghanistan, Iran, Pakistan dan
Turki. Tetapi 8 buah negara yang terdiri
daripada Blok USSR dan Saudi Arabia
menentang. Yemen tidak hadir untuk
mengundi. Pakistan tidak bersetuju dengan
pendirian Saudi Arabia dan mengkeritik
pendirian Saudi Arabia.UDHR melihat hak
asasi manusia dari sudut pandangan Barat,
selepas Perang Dunia Kedua, semasa kuasa-
kuasa Barat menjadi penjajah di seluruh dunia

8

Penyertaan negara-negara Asia dan Afrika amat
terbatas kerana kebanyakannya sama ada masih
dijajah dan tidak berpeluang mengambil bahagian
atau terlalu lemah untuk memberi apa-apa impak.
Deklarasi itu tidak mempunyai kuatkuasa undang-
undang di sesebuah negara, ia telah diterima pakai
dan mempengaruhi kebanyakan perlembagaan
negara, termasuklah Malaysia. Ia juga telah menjadi
asas kepada undang-undang negara, undang-undang
antarabangsa, konvensyen dan triti

Deklarasi itu juga telah diterima pakai bagi tujuan

mentakrifkan perkataan seperti “fundmental freedoms”

dan “human rights” dalam United Nations Charter yang

mengikat negara-negara yang menjadi anggota Bangsa-

Bangsa Bersatu. Pakar-pakar undang-undang

antarabangsa mengganggapnya sebagai sebahagian

daripada undang-undang antarabangsa. Atas sebab itu,

Deklarasi itu adalah satu dokumen asas Bangsa-Bangsa

Bersatu. Ia telah menjadi satu alat yang kuat untuk

memberi tekanan diplomatik dan moral kepada kerajaan-

kerajaan yang melanggar mana-mana peruntukannya.

United Nations International Conference on Human

Rights 1968 menasihatkan bahawa ia “merangkumi satu

obligasi anggota-anggota komonuti antarabangsa”

kepada semua orang.” (It “constitutes an obligation for

the members of the international community” to all

persons.”

99

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang
utama Malaysia. Mana-mana undang-undang yang
bercanggah dengannya adalah tak sah dan batal.
Peruntukan UDHR yang tidak selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan juga tidak menjadi
sebahagian daripada undang-undang domestik kita.
Antara lain, ini diperuntukkan dengan jelas oleh
seksyen 4(4) Human Rights Commission of Malaysia Act
1999. Seseorang tidak boleh mengambil tindakan
undang-undang atas alasan dia telah dinafikan hak
asasi manusia seperti yang terdapat dalam UDHR,
misalnya, kerana ia bukanlah undang-undang domestik
kita. Dia mesti tunjukkan bahawa penafian itu adalah
menyalahi peruntukan undang-undang domestik
danatau Perlembagaan kita. Mahkamah perlu
memutuskan tuntutan itu berasaskan sama ada
perbuatan yang diadukan itu melanggar peruntukan
undang-undang dan atau Perlembagaan atau
tidak..(Tun Abdul Hamid Mohamad,2015

LOGO RASMI UDHR

10 10

2.2)KONTRAK SOSIAL

Menyentuh soal perkara yang telah dipersetujui
bersama dalam perlembagaan Malaysia , isu yang
tidak boleh dikesampingkan ialah kontrak sosial.
Kontrak sosial merujuk kepada persepakatan antara
Melayu dan bukan Melayu dalam memelihara
kepentingan bangsa masing-masing dan kemudian
menjadi asas merangka Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka

Secara lebih spesifik, kontrak sosial ini merujuk
kepada persetujuan dalam kalangan pemimpin
moderat dalam UMNO, MCA dan MIC berkait soal
agama, bahasa, kewarganegaraan dan kedudukan
hak-hak istimewa orang Melayu yang merupakan
penduduk pribumi negara ini dalam perlembagaan
Malaysia. Perjuangan nasionalisme Melayu yang
menentang Malayan Union sepanjang 1946 yang
menghakis kuasa, kedudukan dan kedaulatan sultan
serta menentang pemberian longgar
kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada
penduduk Tanah Melayu menunjukkan semangat
cinta akan tanah air yang kuat dalam kalangan
nasionalisme Melayu.

Namun, imigrin Cina dan India yang mahu menetap 11 11
di Tanah Melayu mencabar pendirian nasionalisme
Melayu ini. Bagi kaum Cina dan India yang lahir di
Tanah Melayu, mereka menganggap Tanah Melayu
merupakan leluhur mereka, tetapi mereka tidak
mengetepikan jati diri mereka sebagai orang Cina dan
India

https://www.scribd.com/doc/53544473/Is
u-Isu-Dalam-perlembagaan

Dalam kalangan pemimpin Melayu dan bukan Melayu pada ketika itu
mencari jalan mendamaikan kepentingan-kepentingan bertentangan
supaya matlamat untuk mengecapi kemerdekaan di Tanah Melayu akan
tercapai. Pihak Inggeris sudah menetapkan bahawa sekiranya Tanah
Melayu ingin menjadi sebuah negara yang merdeka, maka penduduk
Melayu dan bukan Melayu hendaklah mengadakan kerjasama politik. Hal
ini bermakna, setiap kaum harus bertolak ansur antara satu sama lain
untuk mengecapi kemerdekaan ini. Dalam kalangan pemimpin-
pemimpin UMNO, MCA dan MIC sedar bahawa tuntutan-tuntutan ini
hanya boleh diselesaikan sekiranya wujud dialog dan rundingan meja
bulat. Parti Perikatan yang merupakan gabungan ketiga-tiga kompenan
parti utama pelbagai kaum ini merupakan landasan terbaik untuk
merealisasikan hasrat mencapai kemerdekaan memandangkan parti
Perikatan ini telah menang besar dalam pilihan raya Persekutuan 1955.

UMNO di bawah Tun Abdul Rahman dan MCA di bawah Tun Tan Cheng
Lock sepakat untuk menghasilkan satu persefahaman untuk mewujudkan
kontrak sosial. Tolak ansur dalam kontrak sosial ini bermula dengan
keputusan UMNO yang mengubah pendirian dalam pemberian
kewarganegaraan kepada penduduk imigran bukan melayu seperti mana
yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
sebelum ini. Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, orang Melayu
yang tinggal menjadi rakyat Raja-Raja Melayu dan rakyat British di
negeri-negeri Selat secara automatik menjadi warganegara persekutuan.

Namun , bagi kaum imigran yang ingin menjadi penduduk Tanah Melayu,
mereka perlu memenuhi syarat kewarganegaraan yang lebih ketat dan
bukannya berdasarkan prinsip jus soli.Namun, selepas kemenangan
dalam pilihan raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan telah menilai
semula perjanjian ini dan mewujudkan kesefahaman baru yang memberi
syarat.

12 12

kewarganegaraan yang baru dengan menyatakan bahawa
kewarganegaraan tidak hanya terbatas kepada rakyat Raja-raja
Melayu sahaja tetapi kepada sesiapa yang lahir dan bermastautin
di Tanah Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan juga telah dipersetujui tanpa meminggirkan bahasa

lain yang boleh digunakan untuk pembangunan kaum-kaum
tersebut tetapi mengkehendaki bahasa Melayu menjadi salah

satu mata pelajaran wajib di setiap sekolah dan kurikulum
pembelajaran mestilah berasaskan tanah melayu

Tidak dapat dinafikan, bahawa masih terdapat tentangan dalam
perlaksanaan kontrak sosial ini sehingga ke hari ini. Ada

sesetengah pihak yang mempersoalkan persetujuan dalam
kontrak sosial ini. Mereka mahukan kontrak sosial ini dirunding
semula kerana mereka katakana bahawa kontrak sosial ini berat

sebelah dan member keutamaan kepada kaum Melayu
berbanding kaum Cina dan India

Oleh itu, timbul pelbagai propaganda yang boleh menghancurkan
keharmonian negara sekiranya isu ini tidak dipandang secara
serius. Maka, cabaran-cabaran yang timbul selepas wujudnya
perlembagaan perlu diperhalusi dan dicari jalan penyelesaian
supaya isu ini tidak mengundang malapetaka kepada negara
seperti mana terjadinya peristiwa 13 Mei 1969.(Chamil
wariya,2010)

13

13

PARTI PERIKATAN

PARTI UMNO

PARTI MCA PARTI MIC

Tunku Abdul Tun Dato' Sir Tan Cheng V.T.
Rahman Putra Al- Lock(pengasas MCA) Sambanthan(Penga
Haj (pengasas sas MIC)
UMNO)

14 14

2.3)ISU PENDIDIKAN

Sekolah Inggeris Semasa zaman penjajahan, sistem
tertua di Asia Tenggara pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu
(Penang free school) boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
iaitu pertama; pendidikan Inggeris rendah
dan menengah yang dihadiri oleh anak-
anak kalangan bangsawan Melayu dan
hartawan Cina dan India. Kedua; sekolah
Melayu peringkat rendah yang dibantu
oleh Inggeris dengan matlamat untuk
menjadikan mereka sebagai petani yang
lebih baik daripada ibubapa mereka

Pihak Inggeris juga membenarkan

kewujudan sekolah agama dan mengaji

Al-Quran. Pada peringkat ini, tiada

sekolah menengah Melayu. Peringkat

ketiga; sekolah vernakular Cina dan Tamil.

Sekolah Cina ini dibiayai oleh masyarakat

Cina sendiri. Selain perbezaan dalam

aliran pendidikan, kerencaman

sistem pendidikan vernakular juga dapat

dilihat daripada sudut kurikulum, Sekolah pondok pertama
di Pulau
sukatan mata pelajaran Chondrong,Kelantan

serta orientasi matlamatnya.

Bagi pendidikan aliran Cina dan Tamil,

kurikulum, sukatan mata pelajaran dan

orientasinya adalah berasaskan negara

asal mereka. . Penetapan lokasi sekolah

yang berbeza juga (Melayu di

perkampungan, Cina di pekan atau

bandar, dan India di estet menyebabkan

terbentuknya masyarakat majmuk

Sekolah vernakular cina perkauman yang terpisah dari segi
di Tanah Melayu dahulu
interaksi sosial, di mana hubungan antara
https://www.scribd.com/doc/5354447
3/Isu-Isu-Dalam-perlembagaan kaum tidak akrab, meskipun keadaan

sosialnya aman. Kewujudan sekolah

vernakular masih menjadi pertik1a5 ian

beberapa pihak. 15

Sekolah ini kononnya menunjukkan
bahawa bangsa Melayu gagal

mendaulatkan bahasa di tanah air
sendiri. Justeru hal ini menyebabkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan
pihak terbabit dan ini adalah salah

satu punca meletusnya ketidak
sefahaman antara pelbagai kaum.

Persetujuan kepimpinan Parti Perikatan 16 16
terhadap Penyata Razak 1956 dan Rahman

Talib 1960 adalah melalui proses
musyawarah telah secara langsung
mengiktiraf penggunaan Bahasa Melayu
sebagai alat untuk penyatuan tanpa
menjejaskan bahasa etnik-etnik lain.
Terdapat pandangan yang menyatakan
bahawa penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan juga mempunyai motif

ekonomi yang tersirat.

Perkara ini tercatat dalam laporan
jawatankuasa Barnes tahun 1951, antara
lain menegaskan untuk menggalak dan
membolehkan etnik Melayu mendapat

kedudukan dalam jabatan-jabatan
tertentu. Walaupun Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang dirangka berasaskan
Laporan Razak, kemudian diperkukuhkan

oleh Laporan Rahman Talib dan
perlaksanaannya dibuat menerusi Akta

Pelajaran 1961 dipersetujui secara
consensus, tetapi ada kalangan bukan

Melayu yang secara terus-menerus
mempersoalkan dasar itu terutamanya
berkait dengan masa depan sekolah-
sekolah yang menggunakan bahasa Cina

Ini kerana Akta Pelajaran itu terdapat satu peruntukan
yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk
menukar mana-mana sekolah rendah jenis kebangsaan
kepada sekolah kebangsaan pada bila-bila masa saja
sekiranya beliau merasakan pertukaran itu dirasakan
perlu dibuat. Walaupun sebelum ini tidak pernah Menteri
Pelajaran berbuat demikian, tetapi dalam kalangan
masyarakat Cina ada kebimbangan bahawa menteri akan
menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menjadikan
sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil
menjadi sekolah kebangsaan.

Mereka berpendapat sekiranya hal itu terjadi, maka
peluang untuk generasi bukan Melayu untuk mempelajari
bahasa mereka terhapus. Kerana itu, dari masa ke semasa
soal kuasa menteri yang diperuntukkan dalam Fasal 21 (2)
Akta Pelajaran 1961 kerap kali ditimbulkan. Nyata selagi
peruntukan itu dipertahankan masyarakat Cina masih
tidak berpuas hati, walaupun jaminan sudah banyak kali
diberikan, baik oleh Menteri Pelajaran yang ada, mahupun
oleh menteri-menteri pelajaran sebelum ini, yang kerajaan
tidak akan sesuka hati menggunakan kuasa menukar
sekolah rendah jenis kebangsaan itu.

17 17

Secara beransur, bermula Oleh yang demikian,
pada Julai 1969, kerajaan masyarakat Cina masih

telah melaksanakan mempertahankan
penggunaan Bahasa sekolah jenis
Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di kebangsaan Cina.
semua sekolah bantuan Namun begitu, sukatan
kerajaan. Pada masa yang
sama, golongan bukan pelajaran di sekolah-
Bumiputera khususnya sekolah jenis

masyarakat Cina kebangsaan Cina
merasakan satu adalah selaras dengan
keperluan untuk apa yang ditetapkan
melindungi budaya
warisan nenek moyang oleh Kementerian
dengan menggunakan Pelajaran Malaysia. Hal
wadah pendidikan
ini penting untuk
memastikan

perpaduan dan
pembinaan bangsa
Malaysia dapat dicapai.

18 18

2.4)KEGIATAN

SUBVERSIF

Ancaman tentera Subversif pula merupakan gerakan yang bertujuan
komunis pada 40 an yang untuk melemahkan atau menghancurkan sesebuah
lalu
kerajaan, agama atau sistem ekonomł sesebuah
negara. Kegiatan subversif ini biasanya dilakukan

oleh pemberontak secara sulit dengan cara
menyebarkan hasutan atau mengenakan serangan.

Antara contoh subversif di Malaysia adalah
kegiatan komunis pada era 40-an lalu yang bergiat

di dalam hutan dan melancarkan serangan
menentang kerajaan British

Hal ehwal yang berkaitan dengan subversif dan Operasi membanteras
darurat terkandung dalam Perlembagaan operasi pencerobohan
tentera sulu di,Lahad
persekutuan. Menerusi Perkara 149, parlimen Datu,Sabah
diberi kuasa dalam menentang perbuatan
subversif, keganasan dan jenayah yang

memudaratkan orang awam. Mengikut Perkara
149 (l), Parlimen boleh mengambil tindakan

terhadap mereka yang menyebabkan keganasan,
menyebarkan hasutan, membangkitkan

perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan
Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam
Persekutuan dan menimbulkan sentimen
perkauman sehlngga memudaratkan
ketenteraman awam.

Perkara 159 dalam Tindakan yang dikenakan di bawah kuasa
perlembagaan parlimen ini tidak terikat dengan hal hak

asasi manusia dalam Perkara 5, 9, 10
atau 13 yakni kebebasan diri, kebebasan

bersuara, kebebasan bergerak dan
kebebasan memiliki harta.

https://www.slideshare.net/peningla/konsep-darurat-dan- 19 19
subversif-kuasa

2.5) Perpaduan Kaum

Isu-isu sensitif dalam
masyarakat majmuk di
Malaysia. Dalam peralihan
kerajaan yang lama ke
kerajaan baharu, isu-isu
kaum dan agama masih lagi
menjadi bahan provokasi
pihak-pihak dalam menuntut
hak dan kesamarataan
antara kaum, agama dan

gender.

Isu sensitif yang timbul dapat https://images.app.goo.
mewujudkan pola hubungan gl/G55kzcAtmvnLTTGa9

sosial yang tidak harmoni
antara kaum dan agama
dalam konteks masyarakat

majmuk di Malaysia.

Isu-Isu Sensitif Dalam Masyarakat 20 20
Majmuk Di Malaysia Pasca
Pilihanraya Umum (PRU14 ).
Sebelum PRU14, isu sensitif

melibatkan agama dan kaum di
Malaysia kebanyakannya melibatkan

orang Islam dan bukan Islam.

Jadual 1 menunjukkan isu
sensitif sebelum PRU 14.

Bil Isu Aspek Pihak-pihak
1. Penghinaan terhadap
Agama Orang Islam,
agama Islam Kaabah dan Agama bukan Islam
Nabi Muhammad SAW dan Ateis
2. Kalimah Allah
Orang Islam
3. Bible dalam bahasa dan Kristian
Malaysia
Agama Orang Islam
4. Hak penjagaan anak dan Kristian
Agama
5. Pesta arak/Oktober Fest Orang Islam
Agama dan agama
6. Status Islam sebagai lain
agama rasmi persekutuan. Agama/
Hak Orang Islam
7. Mencabar hak dan agama
keistimewaan Melayu istimewa lain
dalam perlembagaan Hak
Orang Islam
8. Membuka MARA kepada istimewa dan ultra-
bukan bumiputera. pluralis
Hak
istimewa Orang
Melayu dan
ultra-pluralis

Orang
Melayu dan
ultra-pluralis

21

21

2.6) Kedudukan
Islam Sebagai
Agama Rasmi

Perkara 3(1): Agama Islam ialah agama bagi
Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana

bahagian Persekutuan.

Perkara 3(2): Dalam tiap-tiap Negeri melainkan
Negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, kedudukan

Raja sebagai ketua agama Islam dalam negerinya
secara dan setakat mana yang diakui dan

diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga,
tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala
hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang

dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam tidaklah
tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara yang telah

dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya meliputi
seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain
hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam
membenarkan Yang Di Pertuan Agong mewakilinya..

22 22

Perkara 3(3): Perlembagaan-perlembagaan
bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak hendaklah masing-

masing membuat peruntukan bagi
memberi kepada Yang Di Pertuan Agong
kedudukan sebagai Ketua agama dalam

Negeri itu.

Perkara 3(5): Walau apa-apa jua dalam
Perlembagaan ini, Yang Di Pertuan Agong
hendaklah menjadi ketua agama Islam dalam
Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini
Parlimen boleh dengan undang-undang
membuat peruntukan-peruntukan bagi
mengadakan peraturan mengenai hal ehwal
agama Islam dan bagi menubuhkan suatu
Majlis untuk menasihatkan Yang Di Pertuan
Agong mengenai perkara-perkara berhubung

dengan agama Islam.

https://imag
es.app.goo.gl
/DGKWwQK
B7CwkMTup
7

23 23

2.7) Kedudukan Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa

Kebangsaan

Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
serentak dengan itu, Perkara 152 (1) Perlembagaan
Persekutuan 1957 telah menetapkan bahawa bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi bagi Persekutuan.

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
bagi negara ini dapat dilihat melalui pendapat Za’ba
(Adnan Hj. Nawang, 2003) dalam tulisannya bertajuk

“Bahasa Kebangsaan Malaya Sa-Lepas Merdeka”.
Dalam tulisan tersebut, Za’ba telah memberikan
enam sebab mengapa bahasa Melayu dipilih menjadi
bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu

yang merdeka.

https://ima
ges.app.goo
.gl/C8YjHBp
E2iXVbSTL7

24 24

Sebab-sebab tersebut ialah, Tanah
Melayu ialah negeri orang Melayu;
bahasa Melayu ialah bahasa tulen
negeri ini; bahasa Melayu adalah

bahasa perantaraan negeri ini;
bahasa Melayu adalah bahasa yang
hidup dan berkembang mengikut
peredaran zaman; bahasa Melayu

telah menjadi bahasa republik
Indonesia dan bahasa Melayu adalah
bahasa yang mudah ( Za’ba, 1956).

Aspek pentadbiran penting
kerana ia merupakan jentera

yang menjalankan segala
urusan pentadbiran kerajaan.
Manakala aspek pendidikan

pula perlu diberi perhatian
kerana semua rakyat Malaysia
mesti tahu berbahasa Melayu
untuk melambangkan identiti

sebagai rakyat Malaysia.

https://images.app.goo.gl/j 25 25
huXkg81YyuM39vF6

2.8) Keistimewaan
Warganegara

Kewarganegaraan Malaysia merujuk kepada
penduduk yang bermastautin di Malaysia.
Kriteria-kriteria untuk kewarganegaraan Malaysia
ditentukan dalam Peraturan Kewarganegaraan
Malaysia 1964.Kewarganegaraan Malaysia telah
mula dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia
sebelum negara mencapai kemerdekaan dan

kedaulatan.

Naturalization Act 1867 menyatakan bahawa
mana-mana orang, yang tinggal di jajahan
Negeri-negeri Selat, keistimewaan
kewarganegaraan boleh diberikan

kepadanya.Perkara 153 Perlembagaan Malaysia
memberikan Yang di-Pertuan Agong (Raja
Malaysia) tanggungjawab untuk "menjaga

kedudukan istimewa 'Melayu' dan penduduk asli
mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak

26 26

Perkara 153 adalah salah satu perkara paling
berkontroversi dalam perlembagaan Malaysia.
Pengkritik menganggapnya mewujudkan perbezaan
yang tidak perlu dan perkauman antara rakyat

Malaysia yang berlainan etnik, kerana telah
menyebabkan pelaksanaan tindakan afirmatif dasar
yang hanya menguntungkan Bumiputera, yang terdiri

daripada majoriti penduduk. Secara teknikal,
membincangkan pemansuhan Perkara 153 adalah

diharamkan[1]bahkan di Parlimen, walaupun ia
digubal sebagai peruntukan sementara untuk

Perlembagaan.

Artikel ini terutamanya dilihat

sebagai kesinambungan dari

undang-undang sebelumnya

yang dibuat oleh British untuk

melindungi masyarakat asal

daripada dibanjiri oleh

kedatangan pekerja orang Cina

https://images.app.goo.gl/ dan India ke Tanah Melayu.
UT3jSdkN2UggEvgQ9
Pada tahun-tahun selepas
Warganegara mempunyai hak
untuk mengundi kemerdekaan pada tahun
https://images.app.goo.gl/QnFv
xKioCpYhXv3V9 1957, orang Cina dan India

pada umumnya merupakan

penduduk bandar yang kaya,

sementara Bumiputera

kebanyakannya petani miskin

atau buruh kasar.Klausa

pertama perkara tersebut

menetapkan bahawa

pemerintah harus bertindak

"sesuai dengan ketentuan

Perkara ini". 27 27

KESIMPULAN

Konklusinya, dapat diperkatakan bahawa walaupun mendapat
persetujuan diantara semua kaum di Tanah Melayu bagi
membentuk perlembagaan Malaysia namun masih wujud rasa
tidak puas hati dengan perlembagaan tersebut. Hal ini dapat dilihat
daripada cabaran-cabaran di dalam isu-isu panas yang melibatkan
ketiga-tiga kaum di negara ini. Antara isu-isu yang hangat
dibahaskan tersebut ialah isu hak keistimewaan orang Melayu yang
telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
masyarakat Cina.

Disamping itu juga, kesan daripada penjajahan British yang telah
membentuk sistem pendidikan di negara ini telah memberikan
kesan kepada ketiga-tiga kaum di negara ini. Hal ini telah
menyebabkan isu pendidikan iaitu tertubuhnya Sekolah
Kebangsaan telah menyebabkan kaum Cina dan India tidak
berpuas hati. Walaupun sistem pendidikan sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Kebangsaan Tamil masih dikekalkan namun
mereka masih perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi di sekolah mereka. Oleh yang demikian, walaupun
telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia namun rasa
tidak puas hati itu masih wujud.

Akhirnya, bagi memuaskan hati semua pihak,
perlembagaan Malaysia perlu dilihat semula serta perlu
memikirkan mengenai hak ketiga-tiga kaum di negara ini
bagi mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara
Malaysia.

28

Secara keseluruhan, menunjukkan bahawa masyarakat
pelbagai agama di Malaysia bersetuju bahawa agama
Islam sebagai agama rasmi,namun terdapat pelbagai
perbalahan yang berlaku sewaktu membentuk
perlembagaan Malaysia.Kini,masyarakat yang
berlatarbelakang selain daripada agama Islam
menerima baik prinsip atau gaya hidup yang diamalkan
oleh masyarakat yang majoritinya beragama Islam.Dan
tidak lupa juga mereka yang bukan beragama Islam
menghormati dan patut dengan perintah Sultan sebagai
ketua agama Islam dan juga ketua negara.

Secara kesimpulannya,Malaysia telah mencapaikan
objektif dalam membentuk negara yang
berpelembagaan, dengan mengekalkan keharmonian
rakyat yang pelbagai kaum dan agama.Ini tidak aneh
jika Malaysia menjadi contoh kepada negara lain
dalam membentuk sebuah negara perlembagaan
yang sejahtera dan aman.

29 29

RUJUKAN

• Arina Rodzi. https://www.scribd.com/doc/53544473/Isu-
Isu-Dalam-perlembagaan

• Kedudukan agama Islam dalam perlembagaan Wan Mohd
Fazrul Azdi Wan Razali
https://www.researchgate.net/publication/345600767_ISL
AM_SEBAGAI_AGAMA_PERSEKUTUAN_DALAM_KONTRAK_
SOSIAL_DI_MALAYSIA

• Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Zainal Abidin Ahmad pemikiran (Za’ba)
http://journalarticle.ukm.my/7751/1/Pemikiran_za%27ba_
dalam_membentuk....pdf

• Keistimewaan Warganegara
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/12/
504655/perkara-153-jamin-hak-semua-kaum

• Konsep darurat dan subversif.
https://www.slideshare.net/peningla/konsep-darurat-dan-
subversif-kuasa

30 30

• Noraini Zulkifli.Mei 2010.Perlembagaan Persekutuan:Rukun
Pembentukan Masyarakat Harmoni from
https://www.researchgate.net/publication/326987913_Perle
mbagaan_Persekutuanpdf

• Tunku Abdul Rahman utamakan perpaduan kaum, kata
Tengku Razaleigh https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/tunku-abdul-rahman-utamakan-perpaduan-kaum-
kata-tengku-razaleigh-123875

• Tun Abdul Hamid Mohamad.(7 May 2015).Former Justice of
Malaysia.Hak Asasi Manusia:Penyalahgunaan Dan Cabaran
kepada orang Melayu Dan Islam Di Malaysia.
https://tunabdulhamid.me/2015/05/hak-asasi-manusia-
penyalahgunaan-dan-cabaran-kepada-orang-melayu-dan-
islam-di-malaysia

31 31


Click to View FlipBook Version