MAJLIS
PERASMIAN
PENUTUPAN
SEKOLAH
RENDAH & SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SABAH
SECARA ATAS TALIAN
Dirasmikan Oleh
YANG BERUSAHA PN. TAH NIA BINTI HAJI JAMAN
Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
SEKAPUR SIREH 1
PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
Pn. Tah Niah binti Haji JamaN
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Salam Sepakat Sabah Hebat.
Kepada pegawai-pegawai JPN, KPPD, wakil 22 PPD, guru-guru dan murid-murid.
Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kudratNya dapat kita bersama-sama hadir
bagi menjayakan Pertandingan Cabaran Silat Seni Peringkat Negeri Sabah
(Pertandingan Secara Dalam Talian) pada tahun ini yang dikelolakan oleh PPD Tawau.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan syabas kepada tuan
rumah merangkap AJK pengelola Pertandingan Cabaran Silat Seni Peringkat Negeri
Sabah ini dengan j a yany a . Sya bas juga s
s-alyuam uc apkan kepa da s e k o l ah -s eko lah di
bawah PPD Sabah k e rana t lah ber ungk us mencu ngkil po e n s i pe la jar da am
e t u t l
seni persilatan. Saya juga turut berbesar hati kerana diberi peluang untuk
menyampaikan sedikit amanat dan seterusnya merasmikan majlis penutupan
Pertandingan Cabaran Silat Seni Peringkat Negeri Sabah walaupun melalui medium
dalam talian.
Malaysia sudah tidak asing dengan keharmonian dan kekayaan budaya serta kesenian
yang pelbagai. Penganjuran Pertandingan Cabaran Silat Seni ini secara tidak langsung
dapat memberi peluang kepada para pelajar kita untuk merasai sendiri sekali gus,
menerajui aset ini melalui pertandingan yang diadakan .
Penganjuran Pertandingan Cabaran Silat Seni pada tahun ini juga sejajar dengan
usaha KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 dalam
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan bertaraf antarabangsa dengan
memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk
mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan hanya
bertumpu kepada akademik semata-mata. Pertandingan ini dianjurkan agar dapat
memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menggilap bakat dan dalam masa yang
sama mampu menjamin keamanan negara dengan menguasai seni mempertahankan diri.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Cabaran Silat Seni
Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2022. Penganjuran pertandingan ini diharapkan
dapat menyumbang ke arah kemenjadian murid iaitu murid yang dididik secara holistik
dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang
sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
penutupan Pertandingan Cabaran Silat Seni Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2022.
SEKAPUR SIREH 2
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAWAU
EN. ZAMRI BIN HJ. PEHAKAN
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Salam Sepakat Sabah Hebat.
Kepada perasmi, pegawai JPN, PPD, guru-guru dan murid-murid.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia, kasih dan sayang serta izin-
Nya, dapat kita berkumpul secara maya untuk sama-sama menjayakan majlis perasmian
penutupan Pertandingan Cabaran Silat Seni Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2022.
Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian pasti menyemarakkan lagi
majlis kita yang penuh bermakna ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JPNS atas kepercayaan
dan mandat yang diberikan kepada PPD b
Taagwi a u h un tuk . mengelolakan Pertandingan
Cabaran Silat Seni Peringkat Negeri Sabah t a un ini Saya juga ingin merakamkan
ucapan tahniah dan syabas kepada semua sekolah-sekolah daerah Tawau yang terlibat
dengan pelaksanaan pertandingan ini bermula dari peringkat daerah sehinggalah ke
peringkat negeri. Segala kerja keras yang dicurahkan dengan penuh dedikasi dalam
melaksanakan tugas untuk merealisasikan pertandingan ini cukup membanggakan.
Bangsa yang merdeka mempunyai jati diri, wacana, wajah serta budaya yang tersendiri.
Demikianlah keistimewaan utama Malaysia sebagai negara yang mempunyai
kepelbagaian budaya yang unik namun kekal dengan perpaduan yang harmoni sungguh
pun, Malaysia terdiri daripada gabungan warna-warni ras budaya dan kepelbagaian
kaum serta kepercayaan. Semua ini dapat ditonjolkan dalam penglibatan aktiviti-
aktiviti seperti seni mempertahankan diri tidak hanya diungguli oleh satu bangsa dan
penganut agama tertentu semata-mata namun, Malaysia membuktikan setiap individu
dengan latar belakang berbeza tetap mempunyai hak yang sama dalam mempelajari
pelbagai ilmu yang bermanfaat.
Pertandingan Cabaran Silat Seni Peringkat Negeri Sabah dimulakan pada 22 Ogos
2022 dan penjurian dilaksanakan selama dua hari. Saya difahamkan bahawa juri yang
terlibat telah dilantik oleh Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah. Terima kasih diucapkan kepada mereka dan sudah pasti mereka yang bertugas
telah memilih pemenang yang bakal mewakili Sabah dengan adil dan berwibawa.
Semoga dengan adanya program seumpama ini, akan dapat menarik minat murid untuk
menyertai lebih banyak pertandingan yang mampu mengembangkan lagi potensi diri.
Akhir kalam, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang
terlibat dan diharap para pemenang yang menjuarai Pertandingan Cabaran Silat Seni
peringkat Negeri Sabah dalam semua kategori yang dipertandingkan akan beroleh
kejayaan yang lebih cemerlang di peringkat kebangsaan nanti.
Saya sudahi ucapan ini dengan wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
t
JAWATANKUASA INDUK & PENGELOLA
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : Dr. Latip bin Muhammad
Pengarah
PENGERUSI Bahagian Sukan, Ko-kurikulum dan Kesenian
: YBrs Puan Tah Nia binti Haji Jaman
A.M.N.,A.S.D.K.
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
TIMB. PENGERUSI : En. Muddin bin Beting
Timb. Pengarah Sektor Pembangunan Murid
SETIAUSAHA 1 : En. Ruslan bin Mardisal
Ketua Penolong Pengarah Kanan
SETIAUSAHA 2 : En. Sudirman bin Sinti
Pen. Pengarah Unit Pembangunan Bakat
Murid, Sektor Pembangunan Murid
BENDAHARI : Pn. Ajijah @ Azizah binti Baba
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pengurusan
JAWATANKUASA PENGELOLA
PENAUNG : YBrs Puan Tah Nia binti Haji Jaman
A.M.N.,A.S.D.K.
PENASIHAT 1 Pengarah
PENASIHAT 2 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
: En. Muddin bin Beting
Timb. Pengarah Sektor Pembangunan Murid
: Tn. Haji Zamri bin Pehakan
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau
PENGERUSI : En. Vaea bin Sarima
TIMB. PENGERUSI : Hj. Ahmad Rasyid bin Hj. Kahar
SETIAUSAHA : En. Sudirman bin Sinti
TIMB. SETIAUSAHA : En. Sandy Kahar bin Kaharuddin
BENDAHARI : Pn. Cindy Prisiilla binti Usman
JAWATANKUASA PELAKSANA
PK KOKURIKULUM : Tn. Hj. Mohd. Ridzwan bin Abdullah
PK PENTADBIRAN : Pn. Arobiiah binti Abd. Rahman
PK HEM : Pn. Rafidah binti Abd. Latip
AJK PENGELOLAAN : Pn. Andi Suriani binti Neni
: Pn. Hasnah binti Tahir
: Pn. Jazilah binti Jaafar
: Cik Haryati binti Hassan
AJK PENDAFTARAN : Cik Marchella Viviana
: Cik Nurulshifa' binti Samsuddin
AJK : Pn. Odah bin Tai
ICT/MULTIMEDIA : En. Amri bin Arase
AJK HADIAH/ : Pn. Ubaidah binti Abd. Kadir
CENDERAMATA : Pn. Junaidah binti Rahman
AJK MAKANAN : Pn. Siti Saharia binti Abd Halak
: Cik Sharipah Aini binti Syed Abd Hadi
AJK SIJIL : Pn. Nor Hasyimah binti Abd Salleh
AJK PERALATAN/ : Ustz Mohd. Rauf bin Baharin
BAHAN
AJK SIARAYA : En. Ramle bin Mappalabong
AJK PENGACARA : Pn. Siti Norrezan bin Merah
MAJLIS
AJK TEKS UCAPAN : Pn. Hjh Suharni bin Subu
AJK DOKUMENTASI : Cik Siti Zafirah binti Ripin
AJK PERSIAPAN : Cik Sitti Zubaidah binti Talata
TEMPAT
RUMUSAN PENYERTAAN
SENARAI PPD YANG MENYERTAI
JURI-JURI SILAT
En. Reza bin Jinli
Tn . Hj. Raji bin Rajikin
En. Herwan bin Mohd Yusuf
En. Mohd Fauzi bin Kasina
JURI-JURI SILAT
En. Mohd Khairul Azfar bin
Abd Laha
En. Nazarul Akmal bin Alias
En. Hussein Mohd Kassim
En. Muhammad Alif Kamaruddin
TENTATIF
2.00 PETANG : Persiapan majlis
2.30 PETANG : Nyanyian lagu "Negaraku" dan Sabah
2.45 PETANG
Tanah Airku"
4.00 PETANG : Bacaan Doa
: Ucapan alu-aluan oleh:
Encik Muddin bin Beting
Timb. Pen. Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
: Ucapan Perasmian Penutupan oleh:
Pn. Tah Nia binti Hj. Jaman
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
: Persembahan Montaj
: Rumusan Ketua Wasit
: Pengumuman Keputusan Pertandingan
: Demo Silat
: Majlis dijangka selesai
PENGHARGAAN
SEKALUNG PENGHARGAAN TERIMA KASIH:
PENGARAH JPN SABAH
TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
SEMUA PPD
SEMUA PGB
AJK INDUK & PENGELOLA
SEMUA PELAJAR DAN INDIVIDU YANG TERLIBAT SECARA
LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS
INI