INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1
PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TUGASAN 1
NAMA ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN
MUHAMMAD NOR AZREN BIN 2022042340080 030116-06-0417
MOHD AZHAR
AIN AFFARIHA BINTI KHAIR 2022042340071 030619-01-1430
RUSMAN
ILYA MAISARA BINTI ZAIROL 2022042340078 011111-01-0732
HISHAM
KUMPULAN PENDIDIKAN ISLAM SK 1
KOD DAN NAMA KURSUS MPU3221
LAM SHENN YUH
NAMA PENSYARAH 30 Ogos 2022
TARIKH HANTAR
PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk
dan fahami. (Ikut urutan nama di atas)
Tandatangan Pelajar:_______________________ Tarikh :
Tandatangan Pelajar:_______________________ Tarikh :
Tandatangan Pelajar:_______________________ Tarikh :
SEKOLAH KEBANGSAAN
BATU LINTANG
KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN KELAB KEBUDAYAAN DAN
WARISAN ISLAM
SK BATU LINTANG
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Penubuhan Persatuan
2.1 Struktur Jawatankuasa
2.2 Jenis Persatuan
2.3 Ciri-ciri Persatuan
2.4 Peraturan Penubuhan Persatuan
2.5 Pekeliling Berkaitan Kokurikulum Persatuan
3.0 Kaedah Penubuhan Persatuan
3.1 Langkah-langkah Penubuhan Persatuan
3.2 Carta Alir Penubuhan Persatuan
3.3 Perlembagaan dan Peraturan Persatuan
4.0 Identiti Persatuan
4.1 Logo dan Maksud Logo
4.2 Moto dan Lagu Persatuan
5.0 Rumusan
6.0 Rujukan
7.0 Lampiran
1.0 Pendahuluan
Kebudayaan dan warisan merupakan lambang dan identiti bagi setiap bangsa di Malaysia.
Penubuhan kelab kebudayaan dan warisan Islam ditubuhkan bagi mencungkil bakat dan
memupuk minat para pelajar dalam bidang kebudayaan Islam. Pendedahan terhadap
kebudayaan dan warisan Islam amat penting bagi memupuk setiap pelajar cinta akan budaya
dan warisan Islam. Selain itu, kelab ini juga dapat dijadikan medium bagi menyebarkan budaya
dan warisan Islam kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Oleh itu,
kebudayaan dan warisan Islam akan sentiasa berkembang luas dan terus dipelihara.
2.0 Penubuhan Persatuan
2.1 Struktur Jawatankuasa
Pengerusi : Encik Muhammad Azreen Bin Mohd Nor
Guru Besar SK Batu Lintang
Naib Pengerusi : Nurul Atikah Binti Malik
Setiausaha : Dayana Nazira Binti Md Don
Bendahari : Maxwell Juanna Hendry
Guru Penasihat 1 : Puan Farihah Binti Abdul Halim
Guru Penasihat 2 : Cik Maisara Binti Anuar Zain
Jurulatih 1 : Dahlia Farhana Binti Rusdi
Guru Cemerlang subjek Sejarah SK Batu Lintang
Jurulatih 2 : Sakinah Binti Syukur
Guru subjek Pendidikan Islam SK Batu Lintang
2.2 Jenis Kelab
Kelab Kebudayaan dan Warisan Islam merupakan kelab berasaskan kesenian.
2.3 CIRI-CIRI KELAB
1. Keberkesanan
- Pelaksanaan aktiviti mempunyai impak positif kepada para pelajar.
2. Jangka masa dan berterusan
- Aktiviti kelab haruslah dijalankan secara konsisten bagi mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.
3. Pengetahuan
- Para ahli kelab didedahkan dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan mengenai
budaya dan warisan Islam.
4. Interaksi
- Aktiviti yang diadakan memerlukan kerjasama daripada semua pihak bagi
membentuk hubungan yang kukuh.
2.4 PERATURAN PENUBUHAN KELAB
PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT
1. Nama kelab : Kelab Kebudayaan dan Warisan Islam
2. Alamat : Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Jalan Kolej, Batu Lintang,
93200 Kuching, Sarawak
PERATURAN 2 : MATLAMAT
Menerapkan para pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman
kebudayaan bagi melahirkan generasi yang cinta akan budaya dan warisan Islam.
PERATURAN 3 : OBJEKTIF
1. Menyemai perasaan cinta akan budaya dan warisan Islam dalam kalangan pelajar.
2. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang
kebudayaan.
PERATURAN 4 : KEAHLIAN
Keahlian Kelab Kebudayaan dan Warisan Islam adalah terbuka kepada 100 pelajar SK
Batu Lintang.
2.5 PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM KELAB
Rujuk lampiran 1
3.0 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN
3.1 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN
LANGKAH PROSES KERJA PENERANGAN
1 ● Menubuhkan jawatankuasa Penggerak/
Mewujudkan Jawatankuasa
Penaja Jawatankuasa Penaja.
● Mengadakan mesyuarat antara
2 Menghasilkan kertas kerja
jawatankuasa yang terlibat.
3 Menyerahkan kertas kerja ● Pelaksanaan tugas hasil mesyuarat
dan borang permohonan
penubuhan persatuan. berdasarkan jawatan masing-masing.
4 Semakan kertas kerja dan ● Menghasilkan kertas kerja penubuhan
borang permohonan persatuan di sekolah
5 Mesyuarat Agung ● Memastikan kertas kerja yang
dihasilkan lengkap dan memenuhi
6 Laporan Mesyuarat Agung format yang diperlukan.
● Menghantar Borang Permohonan
Penubuhan Persatuan.
● Kertas kerja dan borang permohonan
disemak dalam masa 3 hari bekerja
● Mengadakan Mesyuarat Agung
Pertama antara Penasihat dan ahli
persatuan.
● Menghasilkan laporan mesyuarat
● Menghantar laporan mesyuarat
3.2 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN
3.3 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN PERSATUAN
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN KELAB KEBUDAYAAN DAN WARISAN ISLAM SK BATU
LINTANG
PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT
1. Nama kelab :Kelab Kebudayaan dan Warisan Islam
2. Alamat :Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Jalan Kolej, Batu Lintang,
93200 Kuching, Sarawak
PERATURAN 2: MATLAMAT
Menerapkan para pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman
kebudayaan bagi melahirkan generasi yang cinta akan budaya dan warisan Islam.
PERATURAN 3: OBJEKTIF
1. Menyemai perasaan cinta akan budaya dan warisan Islam dalam kalangan pelajar.
2. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berpengalam dalam bidang kebudayaan.
PERATURAN 4: KEAHLIAN
Keahlian Kelab Kebudayaan dan Warisan Islam adalah terbuka kepada 100 pelajar SK
Batu Lintang.
PERATURAN 5: GURU PENASIHAT
1. Guru Penasihat Kelab Kebudayaan dan Warisan Islam terdiri daripada 6 orang guru SK
Batu Lintang.
2. Guru Penasihat hendaklah memastikan setiap aktiviti yang dijalankan dapat memberikan
kesan positif kepada para pelajar.
3. Keselamatan para pelajar adalah di bawah tanggungjawab Guru Penasihat ketika aktiviti
dijalankan.
PERATURAN 6: AHLI JAWATANKUASA
1. Ahli Jawatankuasa akan dipilih dalam kalangan pelajar Kelab Kebudayaan dan Warisan
Islam
2. Ahli Jawatankuasa akan dilantik pada perjumpaan pertama melalui undian daripada
para pelajar.
3. Mana-mana Ahli Jawatankuasa yang ingin menarik diri hendaklah menyerahkan surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat
4. Ahli Jawatankuasa kelab terdiri daripada :
a) Pengerusi
b) Naib Pengerusi
c) Setiausaha
d) Naib Setiausaha
e) Bendahari
f) Naib Bendahari
g) Ahli Jawatankuasa Kelas
PERATURAN 7: KEWANGAN
Sumber kewangan Kelab Kebudayaan dan Warisan Islam :
1. Yuran tahunan : RM10 seorang setahun
2. Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru : RM100
PERATURAN 8: KEHADIRAN/PENYERTAAN
1. Semua ahli kelab wajib menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.
2. Ahli kelab yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut hendaklah mengemukakan
surat tunjuk sebab dan menyerahkannya kepada Guru Penasihat
PERATURAN 9: AKTIVITI
1. Sebarang aktiviti yang dijalankan adalah hasil perbincangan bersama Guru Penasihat
dan Ahli Jawatankuasa
2. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui Ahli Jawatankuasa untuk disampaikan
kepada para ahli
PERATURAN 10: PERATURAN-PERATURAN
1. Peraturan sekolah merupakan peraturan asas yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli kelab.
2. Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat ahli kelab yang melanggar peraturan.
PERATURAN 11: TINDAKAN DISIPLIN
1. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada para ahli kelab yang melanggar peraturan
seperti berikut :
I) Amaran secara lisan
II) Amaran secara bertulis
2. Keputusan Guru Penasihat adalah muktamad dan para ahli boleh membuat rayuan
secara bertulis kepada Guru Penasihat
PERATURAN 12: PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Setiap bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga perkara dipinda.
2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dilaksanakan oleh Ahli Jawatan kuasa, Guru
Penasihat dan pihak sekolah secara bertulis.
PERATURAN 13: PEMBUBARAN PERSATUAN
1. Guru besar memegang kuasa untuk membubarkan persatuan jika terdapat peraturan
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dilanggar.
2. Setiap hutang mestilah dijelaskan dengan segera manakala baki kewangan akan
diutarakan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 14: HAL-HAL LAIN
1. Setiap ahli kelab hendaklah mengetahui tanggungjawab dan peranan masing-masing.
2. Ahli-ahli persatuan mestilah cakna mengenai setiap aktiviti yang akan dijalankan.
4.0 IDENTITI PERSATUAN
4.1 LOGO DAN MAKSUD LOGO
1. Bulatan pada logo kelab : Warisan agama Islam yang harus dijaga
2. Bulan dan bintang : Lambang agama Islam
3. Tiga cabang berwarna putih : Asas agama Islam iaitu Islam, Iman dan Ihsan
4. Lima bintang putih : Rukun Islam
4.2 MOTO DAN LAGU Persatuan
4.2.1 MOTO PERSATUAN
“ MENJULANG SYARIAT, MEMBUDAYA ADAT”
4.2.2 LAGU PERSATUAN
Tajuk : Warisan Budaya Islam
Melodi : Bapaku Pulang Dari Kota
Kelab Budaya dan Warisan Islam
Warisan budaya yang harus dikekalkan
Mari bersama kami menjaga
Membimbing, pelihara, berkhidmat dan berjasa
Marilah kita bersatu hati
Kembangkan bakat, pupuk minat
Agar generasi cinta budaya
dan warisan Islam
5.0 RUMUSAN
Dapat dirumuskan bahawa Penubuhan Kelab Kebudayaan dan Warisan Islam SK Batu
Lintang merupakan antara usaha yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam (GPI)
bagi memberi pendedahan asas kepada para pelajar mengenai kebudayaan dan
warisan Islam. Melalui penubuhan kelab ini para pelajar dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dengan cara yang lebih menyeronokkan dan menarik di samping
berupaya menarik minat murid-murid untuk mendalaminya. Diharapkan pihak
pengurusan dapat mempertimbangkan dan meluluskan kertas cadangan penubuhan
Kelab Kebudayaan dan Warisan Islam di SK Batu Lintang ini.
Patah Perkataan : 1027
6.0 RUJUKAN
Asyiqin, N. (2018). Kertas cadangan penubuhan kelab pencinta alam sekitar.
Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/36224924/KERTAS_CADANGAN_PENUBUHAN_KELAB
_PENCINTA_ALAM_SEKITAR
Hafifi, H. (2019). Format kertas kerja penubuhan persatuan. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/38611050/Edoc_site_format_kertas_kerja_penubuhan_persatu
an
7.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3