The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mnaz415, 2023-09-20 01:17:50

Kertas Kerja Maulidur Rasul SKPPr 2023

program maulidur rasul kafa skppr 2023

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (1445H/2023) PERINGKAT SEKOLAH KAFA SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR 1.0 PENGENALAN Sempena bulan Rabiulawal, kafa Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir (SKPPr) akan mengadakan hari memperingati sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Para pelajar didedahkan dengan perjuangan sirah rasulullah serta peribadi baginda melalui pertandingan, kuiz dan lain-lain yang disertai agar ianya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian pelajar. 2.0 MATLAMAT I. Memperingati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dan perjuangannya dalam menegakkan syiar islam. II. Mengambil contoh teladan dan peristiwa yang tersirat dan tersurat dari sejarah kerasulan baginda. III. Mencungkil bakat dan pengetahuan pelajar berkaitan dengan sirah rasulullah S.A.W. 3.0 OBJEKTIF I. Memupuk semangat sifat kecintaan kepada baginda rasulullah S.A.W. dengan berpegang pada perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. II. Mendorong murid mempraktikkan Sunnah baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya. III. Membantu pelajar mengembangkan potensi yang ada serta membina jati diri melalui program-program yang dijalankan.


4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh : 28 September 2023 (Khamis) Masa : 2.30 petang – 5.00 petang Tempat : Dewan Al-Farabi Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir 5.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru dan pelajar kafa SKPPr. 6.0 AKTIVITI CADANGAN I. Perarakan selawat semua pelajar II. Tazkirah Ringkas tentang Maulidur rasul III. Pertandingan kuiz/silangkata IV. Pertandingan Pakaian Sunnah V. Persembahan Nasyid 7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (1445H/2023) Penasihat Puan Rosmila Bt Che Ros Penyelaras Program Siti Zaleha Bt Abdullah Pengerusi Aida Farahim bt Abdul Aziz Setiausaha Che Maizan bt Zakaria


Bendahari Umi Kalsom bt Omar Bacaan doa Muhammad Hafizuddin Bin Idrus Persiapan Tempat @ Dewan Umi Kalsom Bt Omar Siti Zaleha Bt Abdullah Zalina Bt Abdul Hamid PA sistem dan Persiapan Umi Kalsom Bt Omar Aida Farahin Bt Abdul Aziz Che Maizan Bt Zakaria Muhammad Akmal Bin Ishak Kebersihan Nor Afiqah Bt Roslan Siti Zubaidah Bt Isa Kawalan Murid Muhammad Hafizuddin Bin Idrus Salwa Bt Md Nor Zalina Bt Abdul Hamid Faridah Bt Hj Ramli


8.0 TENTATIF PROGRAM 2:25 - Semua pelajar dan warga kafa sekolah berkumpul di dewan Al Farabi 2:35 - Perarakan Maulidurrasul mengikut kelas / tahun berserta selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w 3:00 – Tazkirah Ringkas sempena Maulidur Rasul 3:30 - Rehat (Tahap 1 dan Tahap 2) 4:00 - Pertandingan Pakaian Sunnah (Tahap 1 dan Tahap 2) 4:30 - Pertandingan kuiz / silangkata (Tahap 1 dan Tahap 2) 5:00- Solat Asar 5:30 - Selesai 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN NO PERKARA KUANTITI RM 1 Sepanduk/Poster Maulidur Rasul 2 90 Photostat (silangkata) 30 2 Hadiah (silangkata dan /puzzle) Tempat Pertama rm 7 x 10 kelas Tempat kedua rm 5 x 10 kelas Tempat ketiga rm 3 x 10 kelas 10 10 10 70 50 30 3 Hadiah (kuiz maulidur rasul) RM 1 X 15 15 15 4 Hadiah Pakaian Sunnah Tempat pertama RM 10 X 1 Tempat Kedua RM 8 X 1 Tempat Ketiga RM 5 X 1 Saguhati RM 3 X 7 1 1 1 7 10 8 5 21 JUMLAH KESELURUHAN 329


10.0 PENUTUP Semoga dengan terlaksananya program seperti ini, akan dapat menambahkan kecintaan terhadap Rasullah s.a.w dengan mengingati kembali tentang sirah,sunnah yang mampu membentuk jati diri dan peribadi berpandukan Al quran dan Al Sunnah khasnya semua warga kafa SKPPr. Kerjasama dan sokongan daripada semua diucapkan ribuan terima kasih dalam menjayakan program ini.


Click to View FlipBook Version