The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by quraturaini, 2021-10-17 21:37:45

PESARAAN TN HJ MD RAHIM

PESARAAN TN HJ MD RAHIM

03 Januari 1984 – 19 Oktober 2021

Persaraan Tn. Hj. Md. Rahim Yahaya

: Ucapan aluan pengerusi majlis

: Bacaan doa
- Ustaz Zawadi bin Che Seman (live)

: Ucapan Pengerusi MPPU
- Muhammad Hasrol Aiman bin Hasim (Tayangan video)

: Ucapan NYDP PIBG
- Pn Wan Maziah bt Wan Abd Razak (Tayangan video)

: Tayangan video Perjalanan hidupku
- Tn Hj Md Rahim bin Yahaya

: Ucapan Yang Diraikan
- Tn Hj Md. Rahim bin Yahaya

: Ucapan Tuan Pengetua SMKTIZ
- En Mohd Kamari bin Ibrahim

: Persembahan pelajar Ting 6 (Tayangan video)

: Penyampaian hadiah kepada Tn Hj Md Rahim bin Yahaya

: Jamuan makan (Take away)

: Majlis bersurai

SEJARAH PERKHIDMATAN

Persaraan Tn. Hj. Md. Rahim Yahaya

Pada tanggal 20 Oktober 1961, lahirlah seorang insan yang bernama Md. Rahim bin Yahaya. Beliau
dilahirkan di Kampung Jambu Bongkok, Marang, Terengganu dan merupakan anak ke-2 daripada 12 orang

adik-beradik.
Tuan Haji Md. Rahim menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Abang pada tahun 1968

hingga tahun 1972 dan di Sekolah Kebangsaan Pusat, Dungun pada tahun 1973. Detik waktu menginjak
pantas dan tahun juga bersilih ganti. Setelah enam tahun di sekolah rendah, pada tahun 1974 hingga tahun
1978, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah. Persekolahan menengah beliau sepenuhnya di

SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.
Minat yang mendalam dalam bidang pendidikan telah mendorong beliau melanjutkan pelajaran di maktab
perguruan. Pada tahun 1981 hingga tahun 1983, beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruan di Maktab
Perguruan Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan dalam bidang pendidikan peringkat awal kanak-kanak
(Am). Pada tahun 1987 hingga tahun 1992, beliau menyambung pengajian luar kampus dalam bidang Ilmu

Kemanusiaan - Sastera dan Geografi di Universiti Sains Malaysia.
Beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena

pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang, alah bisa tegal biasa.
Negeri Sarawak merupakan penempatan awal beliau sebagai seorang pendidik. Pada tahun 1984 hingga tahun

1987 beliau memulakan tugas sebagai seorang guru di negeri Sarawak. SRK lubuk Punggur, Simunjan,
Sarawak merupakan sekolah pertama beliau. Seterusnya pada tahun 1988 hingga tahun 1996 beliau telah

bertukar ke SMK Simunjan No.1, Sarawak.
13 Jun 1987 merupakan tarikh keramat buat pasangan Tuan Haji Rahim dan puan Saadiah binti Harmi
apabila mereka diijabkabulkan pada tarikh ini. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang anak dan

lima orang cucu.
Selama 13 tahun menabur bakti di bumi Sarawak, akhirnya pada tahun 1996 Tuan Haji Md Rahim
memulakan tugasnya di negeri Terengganu. Sekolah pertama yang mendapat sentuhan beliau ialah SMK
Sultan Omar, Dungun. Perjalanan Tuan Haji Md Rahim dalam saf kepimpinan sekolah bermula pada tahun

2004, apabila dinaikkan pangkat sebagai GKMPB di SMK Seri Rasau, Dungun.
Masih memegang jawatan yang sama sebagai GKMPB, pada tahun 2006, sekali lagi beliau bertukar sekolah
ke SMK Sultan Omar, Dungun. Seterusnya pada tahun 2016, beliau telah dinaikkan pangkat dan jawatan

yang dipegang oleh beliau ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Bukit Besi, Dungun.

SEJARAH PERKHIDMATAN

Persaraan Tn. Hj. Md. Rahim Yahaya

Seterusnya pada tahun 2017 beliau telah bertukar ke SMK Tengku Intan Zaharah sebagai Guru
Akademik Tingkatan Enam dan SMKTIZ merupakan destinasi terakhir beliau sebagai guru sebelum
menamatkan perkhidmatan beliau. Beliau begitu prihatin terhadap anak-anak didiknya malah sentiasa

mengutamakan mereka dalam banyak hal.
Pada tahun 2002 Tuan Haji Md Rahim berjaya memperoleh pergerakan gaji melintang ketika
berkhidmat di SMKSO dan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2008 di sekolah

yang sama.
Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik, Tuan Haji Md Rahim telah menyandang
pelbagai tugas, antaranya pada tahun 1996 hingga tahun 2020, beliau pernah berkhidmat sebagai

pemeriksa STPM bagi mata pelajaran bahasa Melayu kertas 2. Beliau juga merupakan ketua
kumpulan pemeriksa STPM bagi mata pelajaran bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2, pada tahun

2006 hingga tahun 2019. Tidak berhenti di situ sahaja, beliau juga merupakan jurulatih utama
kebangsaan bagi kerja kursus bahasa Melayu STPM pada tahun 2012 hingga tahun 2019. Kehebatan

beliau juga terbukti apabila beliau merupakan guru Akram bahasa Melayu STPM bermula pada
tahun 2012 hingga tahun 2021. Tidak hairanlah, dengan ilmu dan kepakaran yang dimiliki beliau sering
dijemput menjadi penceramah dan fasilitator STPM Negeri Terengganu, sejak tahun 2000. Beliau juga

merupakan penulis buku bahasa Melayu STPM semester 1 dan Semester 2. Perkhidmatan dan
sumbangan beliau telah banyak membantu anak didik berjaya dalam pelajaran.

Bak kata bidalan Melayu, benih yang baik, dilempar ke mana-mana pun tetap memberikan hasil,
begitulah juga dengan Tuan Haji Md Rahim. Khidmat bakti beliau sentiasa ditagih lantaran semangat

beliau yang sentiasa membara dan tidak pernah mahu mengalah.
Demikianlah serba sedikit biodata Tuan Haji Md Rahim bin Yahaya, yang akan menamatkan
perkhidmatan beliau pada hari ini. Segala jasa bakti beliau akan dikenang sepanjang hayat kita dan

hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Sekian, terima kasih

JAWATAN KUASA INDUK

Persaraan Tn. Hj. Md. Rahim Yahaya

- En Mohd Kamari bin Ibrahim ( Pengetua SMKTIZ )
- Tn Hj Ahmad Jelani bin Abd. Ghani ( YDP PIBG SMKTIZ )

- En Abd Aziz bin Nik Mat ( PK Pentadbiran SMKTIZ )
- Tn. Hj. Razak bin Awang ( PK Ting 6 SMKTIZ )

- En. Ahmad Lotfi bin Md. Daud ( Pengerusi Intest SMKTIZ )

- En Ahmad Burham bin Awang ( PK HEM SMKTIZ )
- Pn Hjh Kamariah bt Abd. Rahman ( PK Ko Kurikulum SMKTIZ )
- Pn. Anita binti Jusoh ( Timbalan Pengerusi Intest SMKTIZ )

- Pn Wan Maziah bt Wan Abd Razak ( NaibYDP PIBG SMKTIZ)

- Pn. Hjh. Maizatul Akmaliah bt Yusof (GKMP Kemanusiaan)
- Pn. Hjh Che Hasidah bt Che Hamzah (GKMP Sains dan Matematik)

- Pn. Nozana bt Ab. Ghani (GKMP Bahasa)
- En. Edy Murad bin Adnan (GKMP Votek)

- Pn Hjh Khalifah Rahayu binti Saripan ( Penyelaras HEM T6 )
- En Juri bin Jusoh ( Penyelaras Ko Kurikulum T6)

JAWATAN KUASA KERJA

PersJaAraWanATTAnN.KHUjA.SMAdK. ERRaJhAim Yahaya

l PENGERUSI
En Ahmad Lotfi bin Md. Daud (Pengerusi Intest )

TIMBALAN PENGERUSI
Pn Anita binti Jusoh (Timbalan Pengerusi Intest )

SETIAUSAHA
Pn Najwa Wadhiha ( Setiausaha Intest )

BENDAHARI
Pn Norliza binti Muda ( Bendahari Intest )

PENYELARAS
En Alfian bin Ismail

PENGACARA MAJLIS
En Mohd Najid bin Mohd Nor
Pn. Noor Rizilawati Mohd Riffin ( voice over )
Pn Zaiton Ismail ( skrip biodata )

JKPERSIAPAN TEMPAT JK BANNER
Semua AJK INTEST En Mohd Najid Mohd Nor

JK SIARAYA
En. Mat Ghani bin Muda

JK HADIAH / CENDERAHATI JK JEMPUTAN
Pn Rohani Mohd Nor Pn Noor Azhana Ali
Pn Roslinah Shafian Pn Roslina Abdullah
Pn Noor Azizah Ab Aziz
Pn W. Rospawati Sakinah W. Kaffi

JK PERSEMBAHAN / TAYANGAN VIDEO
Tn Hj Zul bin Mohammad

JK DOKUMENTASI JK PAMPLET
En Mohd Wafi bin Embong Pn Zuraini bt Arshad

JK GOOGLE MEET/ZOOM
Pn Noor Azizah Ab Aziz

KENANGAN BERSAMA

Persaraan Tn. Hj. Md. Rahim Yahaya


Click to View FlipBook Version