The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Juliana, 2021-06-30 00:30:21

UNIT 7: MARA

NOTA

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

UNIT 7 : MAJLIS AMANAH RAKYAT

Course Rationale

Objektif mata pelajaran ini adalah untuk melahirkan warganegara yang setia dan cinta
kepada negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi
cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan
Malaysia di peringkat antarabangsa.

Course Synopsis

Kursus ini menghuraikan tentang warganegara Malaysia yang berwawasan dan mampu
menghadapi cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati
peranan Malaysia di peringkat antarabangsa. Kursus ini memberi penghayatan tentang
sejarah dan politik, perlembagaan Malaysia, kemasyarakatan dan perpaduan,
pemikiran dan kepercayaan, pembangunan negara, isu-isu keperihatinan negara dan
MARA.

Learning Outcomes
Di akhir kursus pelajar boleh:

1. Menerangkan sejarah dan proses politik dalam mencapai kemerdekaan serta
menghuraikan komponen utama sistem dan jentera pentadbiran negara.

2. Membincangkan perkembangan masyarakat dari aspek sosiobudaya, politik dan
ekonomi.

3. Menjelaskan dasar-dasar utama kerajaan dan sumbangannya kepada
pembangunan negara dan membincangkan peranan serta sumbangan Malaysia di
peringkat antarabangsa.

4. Menerangkan peranan MARA dalam mengangkat martabat Bumiputera.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 7

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

Penulis:

Juliana binti Baharudin

Panel Penulis:

Dr. Nazri bin Muslim (panel MQA)
Alimin bin Alias
Norlilawati binti Samak
Ruzaini binti Abdullah
Hanim binti Yusof
Wardatun binti Zubir

Cover Design & Developed by

Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Cawangan Pengajian
Majlis Amanah Rakyat

Edition, Oktober 2016

This module is permitted for KKTM, MJII and IKM use only.

Copyright © BKT, Majlis Amanah Rakyat
All right reserved. No parts of this work may be reproduced in any form of by any means
without the written permission of the Director, Bahagian Kemahiran dan Teknikal ,
MARA.
This module is permitted for internal circulation (KKTM, MJII and IKM) only

Unit Pembangunan Modul Pembelajaran
Cawangan Pengajian
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Web Page: http://www.mara.gov.my

Penasihat Modul
Prof. Madya Dr. Hj. Jamaludin bin Hj. Ahmad
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 7

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

INDEKS

UNIT CONTENTS PAGES
7.0
Sinopsis i
Credit page ii
iii
Indeks

Majlis Amanah Rakyat
7.1 Sejarah & Latar belakang MARA

7.1.1 Penubuhan RIDA
7.1.2 Pengisytiharan Penubuhan RIDA
7.1.3 Penubuhan MARA
7.1.4 Objektif, Misi, Visi MARA
7.1.5 Lagu MARA (Amanah Rakyat)
7.1.6 Logo MARA

7.2 Hala Tuju Baru
7.2.1 Perkembangan MARA hingga Kini.
7.2.2 Hala Tuju baru MARA (2011-2015)
7.2.3 Transformasi Sektor Keusahawanan
7.2.4 Transformasi Sektor Pendidikan

7.3 Peranan & sumbangan MARA.
7.3.1 Tokoh-tokoh MARA
7.3.1 Tokoh Pendidikan
7.32 Tokoh Keusahawanan

Self Assessment

Bibliography

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 7

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

UNIT 7: MAJLIS AMANAH RAKYAT ( MARA )

PENGENALAN

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan
berkanun di bawah Akta MARA 1966. Objektif utama penubuhan MARA adalah untuk
menambah dan meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam kegiatan
perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial
Bumiputera sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru. Penubuhan MARA adalah
berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah
diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi yang
mahukan agar RIDA disusun semula telah diluluskan. RIDA atau Rural and Industrial
Development Authority ditubuhkan pada tahun 1953 bagi membangun dan memajukan
masyarakat di kawasan luar bandar. Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan
kemajuan telah dicapai oleh MARA. Kekuasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran
masa kini dan agenda utama MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera
mempunyai kedudukan yang sewajarnya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

1

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

7.1 SEJARAH & LATAR BELAKANG MARA

7.1.1 Penubuhan RIDA

Selepas Perang Dunia kedua hubungan antara kaum di Tanah Melayu
tidak memuaskan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah dasar politik British
iaitu pecah dan perintah yang mengasingkan kaum berdasarkan petempatan dan
sosio ekonomi. Bagi mengatasi masalah tersebut, kerajaan British telah
menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Laison
Committee (CLC) di Pulau Pinang pada Januari 1949. Pada peringkat awal
penubuhan, CLC dianggotai oleh dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina.
Kaum Melayu diketuai oleh Dato’ Onn b. Jaafar yang mewakili UMNO dan Tan
Cheng Lock mewakili MCA. Menjelang Ogos 1949, anggotanya ditambah
menjadi 13 orang ahli.

Hasil kompromi tersebut beberapa perkara penting dipersetujui iaitu :

1) Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (Rural Industrial
Development Authority-RIDA) pada bulan Oktober 1950. Tujuan penubuhannya
adalah untuk memajukan ekonomi dan pendidikan terutamanya orang Melayu.

2) Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di
Persekutuan Tanah Melayu.Bagaimanapun syaratnya ibu atau bapanya telah
menjadi rakyat Tanah Melayu.

3) Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat
bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.Hasil daripada kompromi
inilah yang membawa kepada penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa
(Rural Industrial Development Authority-RIDA) pada bulan Oktober 1950.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

2

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

7.1.2 Pengisytiharan Penubuhan RIDA

Pengisytiharan penubuhan RIDA diumumkan oleh Sir Henry
Gurney selaku Pesuruhjaya Tinggi British pada bulan Oktober 1950 di
Kuala Lumpur dalam mesyuarat CLC. RIDA ditubuhkan dengan tujuan
membantu mengatasi masalah kemunduran ekonomi dan kemiskinan di
kalangan orang Melayu di luar bandar. Dato Onn Jaafar mencadangkan
Lembaga Kemajuan Industri Desa (RIDA) menggunakan peruntukan
wang dari kerajaan British bagi membangunkan ekonomi, pelajaran dan
kebajikan orang Melayu. RIDA diharapkan akan menjadi alat
pembangunan orang Melayu.

Selepas itu, Dato Onn bin Jaafar telah melakukan lawatan ke Sri
Lanka pada Januari 1951 bagi mengkaji dan melihat program
pembangunan luar bandar yang dilaksanakan di negara tersebut. Kertas
laporan yang dibentangkan kepada Majlis Perundangan Persekutuan iaitu
Kertas No. 10/1951 dijadikan rangka rancangan RIDA.

Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau Rural and
Industrial Development Authority (RIDA) merupakan organisasi yang
ditubuhkan pada tahun 1951 dengan objektif umumnya untuk memberi
keselesaan dan meninggikan taraf sosio-ekonomi menyarakat luar bandar
dengan peningkatan awalnya pembangunan prasarana dan
pembangunan idustri desa.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

3

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

Pada tahun 1965 Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama
telah diadakan di Kuala Lumpur mendesak agar ekonomi orang Melayu
diperkukuhkan. RIDA didapati tidak berkemampuan dan tidak berkesan.
RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.

LOGO RIDA

7.1.3 Penubuhan MARA

Sehingga penubuhan Malaysia pada tahun 1963, kedudukan orang Melayu khasnya
dari segi ekonomi masih tertinggal di belakang berbanding dengan kaum-kaum lain di
negara ini. Masalah ini telah mendapat perhatian daripada cendekiawan Melayu bagi
memperbaiki nasib orang Melayu. Oleh itu, pada 5-7 Jun 1965 satu Kongres
membincangkan cara- cara untuk mengatasi masalah kelemahan orang Melayu.

Melalui kongres tersebut persetujuan dicapai supaya RIDA dibubar dan digantikan
dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada bulan Disember 1965, Parlimen Malaysia
telah meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Amanah Rakyat (MARA). Akta MARA ini
telah mendapat persetujuan Diraja pada 9 Februari 1966. Penubuhan MARA telah
dikuatkuasakan mulai 1 Mac 1966 di bawah Akta MARA Bil. 20/1966.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

4

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

7.1.4 Objektif, Misi dan visi MARA

MARA sebagai sebuah badan Berkanun di bawah yang dulunya di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai objektif, visi dan misi yang
tersendiri.

OBJEKTIF
i- Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
ii- Melahirkan modal insan global dan berintegriti
iii- Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
iv- Memudahkan sistem penyampaian

STRATEGI

Berteraskan Inovasi
i-Usahawan
i-Pekerja
i-Pelaburan
i-Organisasi

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

5

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

VISI
Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk

mengangkat martabat bangsa
MISI

Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk
penguasaan ekuiti Bumiputera
MOTTO

“Keusahawanan dan Pendidikan Global”

NILAI BERSAMA
Amanah rakyat

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

6

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

7.1.5 Lagu MARA (AMANAH RAKYAT)

Demi satu keunggulan
Bangsa yang berdaulat
Sebuah lambang menawan puncak jaya
Perkasa di persada dunia

Obor para Cendekia
Merentas masa hadapan
Usahawan jaya tercipta bahagia
Maju MARA maju jaya

MARA perkasa, menjunjung Amanah Rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Bersemangat perintis penuh yakin
Demi satu amanah mulia

MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Penuh keyakinan demi satu
Amanah mulia………

Lagu : Dato’ Mohd Nasir Mohamed ( M. Nasir )
Lirik : Mohd Khirin Omar dan Dato’ Mohd Nasir Mohamed
Tahun : 2012

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

7

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

7.1.6 Logo MARA

RODA BERGIGI (14)
Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia di mana MARA memberi perkhidmatannya
secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.

BUKU TERBUKA
Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi wawasan MARA
untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan keusahawanan serta pendidikan.

JANGKA LUKIS TERBUKA
Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak, membimbing,
melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju ke arah
Masyarakat Perdagangan & Perindustrian.

SPANA dan SKREW
Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan dan pendidikan
berteraskan teknologi serta pembangunan sumber tenaga mahir negara. Teknologi
merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat setinggi-tingginya.

TULISAN RUMI & JAWI MAJLIS AMANAH RAKYAT
Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan MARA dan penerapan ciri-
ciri keislaman.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

8

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

WARNA
i. Merah melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai

peluang- peluang baru.
ii. Biru pula melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan

Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta
martabat bangsa.
iii. Hitam sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk
membantu secara berterusan golongan Bumiputera.

7.2 HALA TUJU BARU

7.2.1 Perkembangan MARA hingga kini
PERKEMBANGAN MARA

1950 1969
RIDA, Pembiayaan Perniagaan Pertama Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

diwujudkan

1956 1972
Dewan Latihan RIDA diwujudkan MRSM

1964 1977
Penubuhan Pusat Kemajuan Pertukangan Kolej Profesional MARA (KPM)
Tangan (diperbadankan sebagai Kraftangan

Malaysia di bawah akta 222 pada 1973)

1965 1982
Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama (KEB) Kemudahan pengeluaran dan Perantisan
bersetuju RIDA diganti dengan Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Maktab MARA ditubuhkan. 1985
Kolej MARA
1966
MARA diperbadankan sebagai badan berkanun 1986
Kerajaan melalui Akta MARA No..20 Tahun 1966 Giat MARA, MARA Holding (diambilalih oleh

1967 Nadi Corp, Holding Sdn BHD pada 2000)
Amanah Saham MARA Berhad, Institut Teknilpgi
MARA ditubuhkan (dipindahkan di Kementerian 1992
GMI
Pendidikan 1976)

1968
Institut Kemahiran MARA

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

9

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

PERKEMBANGAN MARA

1994 2010
Fitec Pelancaran Program IBS-Hardware MARA,
Pelancaran Pembiayaan Skim Jaminan Usahawan
1995
Pembiayaan Perniagaan MARA (SJUM)
(Berkonsepkan Islam dilancarkan)
2011
Pelancaran Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress

(SPIKE)

1996 2012
Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) Pelancaran Pelaburan MARA Berhad

2000 2013
Kolej Kemahiran Tinggi MARA

2001 2014
KPTM,
Inkubator Teknologi Perkilangan (INTEP)

2002 2015
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
2016
2007 Uni MARA
Pelancaran Lanskap Peruncitan Bumiputera

2008
Design Development Centre, MARA Inc.

Sumber : Akhbar (Utusan Malaysia, 1 Mac 2012)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

10

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

Pelan Strategik MARA (PSM) 2011-2015 merupakan usaha untuk
mentransformasi MARA bagi menyesuaikan MARA dengan cabaran globalisasi dalam
usaha menyeluruh untuk membangun agenda bangsa

7.2.2 Hala Tuju Baru MARA (2011-2015)

7.2.2.1 Transformasi Sektor Keusahawanan

Transformasi sektor keusahawan adalah pemacu ke arah melahirkan usahawan
baru, memperkasakan usahawan sedia ada dan membangun enterprise. Inisiatif ini
direalisasikan melalui pendekatan bersepadu dengan memberi tumpuan kepada
pembangunan usahawan, pewujudan peluang perniagaan, penyediaan premis
perniagaan dan penyediaan modal. Pendekatan ini diperkukuhkan dengan program
pemasaran, penjenamaan serta latihan industri. Matllamat akhir transformasi ini dapat
melahirtkan kelompok usahawan korporat, tekno usahawan, usahawan peruncitan dan
usahawan pembuatan serta kontraktor berwibawa.

Inisiatif yang diambil bagi transformasi sektor keusahawanan ialah:-
i) Program Conversion
ii) Program Groombig
iii) Pembiayaan berteraskan Customer Driven
iv) Dana Wakaf
v) International Innovation and Entrepreneurship Exposition.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

11

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

7.2.2.2 Transformasi Sektor Pendidikan

Transformasi Sektor Pendidikan menumpu kepada pembangunan modal insan
berteraskan nilai murni, berkemahiran dan berpengetahuan berorientasikan
keusahawanan. Usaha ini dilaksanakan melalui dua laluan utama iaitu Pendidikan
Akademik dan Pendidikan Teknikal & Vokasional untuk mewujudkan pemimpin
perniagaan awam, profesional dan graduan cemerlang serta melahirkan global
competent technologist, tekchnopreneur and meister craftsman.

Laluan Pendidikan Akademikk bermula dari peringkat menengah di Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM) kepada Pra-universiti di Kolej MARA (KM) dan separa
profesional di Kolej Profesional MARA (KPM)serta Kollej Poly-Tech MARA(KPTM).
Laluan Pendidikan Teknikal & Vokasional diperkasa dari peringkat sijil di GIATMARA
dan Instiitut Kemahiran MARA (IKM). Program Bridging diwujudkan untuk memberi
peluang kepada pelajar menyambung pengajian ke peringkat diploma dan Higher
National Diploma (HND) di Kolej Kemahiran tinggi MARA (KKTM), German Malaysian
Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi melahirkan tenaga mahir
dalam 12 bidang NKEA.

Penajaan ke universiti terkemuka seluruh dunia dillaksanakan bagi kedua-dua laluan
tersebut.

Transformasi Sektor Pendidikan dilaksanakan melalui empat(4) inisiatif iaitu:

i) Usahasama institusi luar negara melalui program berkembar
ii) Pemantapan program latihan industri dalam dan luar negara
iii) Program kepimpinan dan insaniah di Institusi pendidikan MARA
iv) Program MRSM Antarabangsa iaitu pelaksanaan Program International General

Certificate of Secondary Educaion (IGSE)

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

12

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

7.3 PERANAN & SUMBANGAN MARA

Secara umumnya peranan dan sumbangan MARA ialah:-

i. Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera
ii. Mengambil bahagian yang aktif dalam perdagangan dan perindustrian tertentu

melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah
perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia
perniagaan.
iii. Menambah bilangan guna tenaga bumiputera yang terlatih dalam pelbagai
bidang di semua peringkat khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan
perindustrian.
iv. Menyedia dan memberi kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai
dan menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau
umum untuk meningkatkan taraf ekonomi bumiputera
v. Memberi pendidikan dan ilmu berkaitan peluang-peluang perniagaan kepada
bumiputera
vi. Memberi kemudahan pinjaman kewangan
vii. Membuka pusat-pusat latihan dan kemahiran
viii. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada bumiputera dalam sektor
perniagaan, perdagangan dan perindustrian
ix. Membangunkan kawasan luar bandar contohnya dengan menyediakan
kemudahan-kemudahan seperti premis perniagaan bagi menggalakkan
penyertaan bumiputera dalam perniagaan.
x. Membantu meningkatkan pencapaian pegangan ekuiti bumiputera ke tahap 30%
sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru.
xi. Memberi maklumat, menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan
demi melonjakkan pencapaian bumuputera di dalam bidang ekonomi

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

13

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

7.3.1 Tokoh-Tokoh MARA
7.3.1.1 Tokoh Pendidikan
DATUK DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR

Mengimbau kembali saat-saat kejayaan Malaysia melahirkan angkasawan
Negara pada tahun 2007 pasti mengundang kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh
seluruh rakyat Malaysia. Buat pertama kalinya angkasawan Malaysia berjaya
menjejakkan kaki di ruang angkasaraya. Suatu kejayaan besar buat Malaysia tercipta.
Namun kisah disebalik kejayaan ini adalah hasil usaha kerajaan Malaysia dan
ketekunan daripada seorang insan yang bernama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Lebih daripada 11,000 permohonan secara online, kemudian 435 orang
meneruskan impian di saringan pertama, hanya 199 yang layak. Saringan kedua pula
iaitu Pemeriksaan Perubatan Asas berdasarkan Syarat Program NASA termasuk
pemeriksaan mata dan ujian air kencing - 194 diuji hanya 59 yang lulus. Akhirnya
setelah mengharungi pelbagai saringan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
diumumkan oleh Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri pada ketika itu
sebagai angkasawan pertama Negara.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

14

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

Menaiki Soyuz TMA-11 ke angkasa, anak kelahiran Kuala Lumpur ini telah
menjalankan eksperimen berkaitan sel-sel kanser hati, sel-sel leukemia dan eksperimen
melibatkan mikrob serta penghabluran protein, melibatkan enzim lipases ketika dia
berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

"SAYA menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar dari 1985 hingga
1989 dan pelbagai memori manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang tempoh 5
tahun belajar di sekolah asrama penuh itu. Segala didikan dan amalan dipelajari di
sekolah berkenaan. Di situlah saya mempelajari hidup berkeluarga tidak mengira
pangkat mahupun kekayaan. Setiap pelajar dianggap sama rata dan kami sering bantu
membantu di antara satu sama lain untuk mengejar impian hidup. Sebagai alumni
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), saya dapati MRSM mempunyai sistem
pendidikan yang unik dan perlu dibanggakan apabila berjaya melahirkan golongan bijak
pandai di kalangan pelajar luar bandar. Syabas kepada MARA (Majlis Amanah Rakyat)
terhadap usaha mereka yang kini membuahkan kejayaan." ujar bekas pelajar Sekolah
Menengah Sains MARA Muar ini dalam sebuah wawancara.

Anak ketiga daripada lima beradik ini juga berjaya menamatkan pelajarannya
di Kolej Perubatan Kastuba, Manipal, India dan bergelar doktor bedah ortopedik serta
pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM). Beliau telah berkahwin dengan Datin Dr. Halina Mohd Yunos dan
dikurniakan dua orang cahaya mata.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

15

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

7.3.1.2 Tokoh Keusahawanan

ZULKIFLI HARON

Zulkifli Haron memandu uji hovercraft ciptaannya di Zull Design Autotronic

“MARA bukan sahaja mendidik saya dalam kemahiran teknikal malah turut
memberi tanggungjawab kepada saya untuk menjadi pengajar di beberapa institusi
pendidikan kepentingan Bumiputera ini. “Malah MARA juga memberi kepercayaan
kepada saya untuk menganggotai Lembaga Pengarah Pusat Pembangunan Reka
Bentuk (DDEC) untuk mencetuskan idea-idea baharu dalam industri reka bentuk
negara ini,” kata Zulkifli Haron.

Pengarah Urusan Zull Design Autotronic (ZDA) atau lebih dikenali sebagai
‘MacGyver’ membantu dalam membangkitkan semangat juang usahawan Bumiputera
bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antrabangsa.

“Hasil bantuan dalam banyak perkara membolehkan usahawan itu mampu bergerak
sehingga mencapai kejayaan yang sangat dibanggakan."

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

16

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

“MARA membawa saya ke era baharu dalam bidang reka bentuk dan paling
menggembirakan saya dilantik untuk menduduki Lembaga Pengarah Pusat Reka
Bentuk Malaysia (DDEC) sejak empat tahun lalu,” katanya.

Malah Zull Design pada asalnya hanya sebuah syarikat kecil kini semakin membesar
dengan mempunyai sebanyak 25 kakitangan terdiri daripada pereka, pentadbir, tenaga
teknikal dan pelbagai tenaga profesional.

Beliau telah menghasilkan banyak reka bentuk mesin dan peralatan baharu
untuk keperluan industri kecil dan sederhana (IKS) bukan sahaja untuk keperluan
tempatan malah hingga ke peringkat antarabangsa. Zulkifli yang merupakan pemilik
syarikat Zull Design Autotronic (ZDA) berkata, bukan tiada syarikat luar negara yang
boleh menghasilkan mesin seumpama itu secara khusus tetapi kos yang diperlukan
untuk melaksanakan kajian penyelidikan teramat mahal.

“Saya bercadang mendirikan International Technician School untuk mendidik
mereka yang tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi mampu mendapat pendidikan di
syarikat-syarikat terkemuka di dunia seperti Ferrari dan sebagainya.”

ZULKIFLI HARON –
Pemilik dan Pengarah Urusan Zull Design Autotronic

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

17

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

KESIMPULAN

Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh
MARA. Kekuasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan agenda utama
MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan yang
sewajarnya. Malah untuk menjamin pendidikan kaum bumiputera terus berkembang
pesat MARA juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan
kepada golongan ini di antaranya adalah pusat-pusat latihan kemahiran, pinjaman
kewangan, nasihat dan bimbingan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

18

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

Soalan Latihan

Jawab semua soalan

1. Apakah nama lama bagi MARA?
2. Apakah 3 objektif dan 3 matlamat penubuhan MARA?
3. Apakah 3 punca pencemaran air?

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

19

PENGAJIAN MALAYSIA ( DIPLOMA )

________________________________________________________________________________________________________

Bibliografi:

1. Bangunan MARA:Potret Wajah Pelbagai Zaman The MARA Building Through
The Passage Of Time (2006)Terbitan Bahagian Pembangunan Sumber MARA

2. Utusan Melayu, 1 Mac 2012, hlm 37.
3. Pelan Strategik MARA 2011-2015 (2011), Kuala Lumpur, Terbitan Majlis

Amanah Rakyat.
4. Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA. Modul Pengajian Malaysia 2 (2015).

ISBN 9789670541105
5. Mardiana dan Hasnah Hussin. 2014. Pengajian Malaysia. Edisi kelima. Shah

Alam: Oxford Fajar. ISBN: 978-983-47-1201-3
6. Mardiana dan Hasnah Hussin. 2011. Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford

Fajar. ISBN: 967657810X
7. Nazarudddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan

Ismail Hj Mohd Rashid. 2004. Pengajian Malaysia : Kenegaraan dan
Kewarganegaraan. Edisi Kedua. Petaling Jaya.Prentice Hall. ISBN: 967-65-
8626-9
8. INTAN .1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara.
9. Mohamed Suffian Hashim. 1994. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Edisi
Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Zainal Abidin Wahid. 1979. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2010. Kenegaraan
Malaysia. Edisi Kedua. Shah Alam : Oxford Fajar
12. http://www.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=561
13. http://www.mara.gov.my/home
14. http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Amanah_Rakyat#Kronologi

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 7

20


Click to View FlipBook Version