Cikgu…
Keluarga adalah
segalanya , kan?
Tapi…
Sayangi Keluarga
Apabila bercakap tentang keluarga,
pasti kamu
semua terbayang wajah ibu, ayah,atuk ,
nenek dan juga adik beradik kamu.
Tanpa keluarga, mungkin hidup akan
kurang serinya.
Hargai dan sayangi ahli keluarga dengan
ikhlas dan penuh kesyukuran.
Ibu & ayah adalah insan yang paling
bermakna dalam hidup ini. Begitu juga
adik beradik.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula
adik beradik. Pasti ada masanya kamu
berselisih faham, tetapi usah biar ia
berlarutan. Air dicincang tak akan
putus. Kasihi dan sayangi adik beradik
kerana merekalah yang akan bersama
kamu saat susah dan senang.
Tapi cikgu,
Kenapa keluarga saya tak
sama macam keluarga
kawan-kawan yang lain?
Sabar ya..
Allah menguji tanda Allah sayang kamu
Pasti ada hikmah di sebalik semua yang
berlaku
Percayalah, kamu juga akan rasa suasana
keluarga yang bahagia.
Tidak akan selamanya dalam sedih dan
duka. Doa dan terus berdoa. Yakin dan
.jangan pernah putus asa.
Cikgu rasa ibu ayah sayang saya
tak?
Kamu sayang ibu dan ayah?
Kalau sayang, sudah tentu
ibu dan ayah sayang kamu
lebih lagi
Tapi..kenapa semua yang saya
nak mereka tak bagi?
Sedangkan kawan saya
tu…semua boleh.
Mak ayah mereka sporting
Ibu ayah sedang mendidik kamu menjadi manusia
yang selalu bersyukur,
Jangan pernah membanding kehidupan kamu
dengan orang lain kerana kesulitan dan
kepayahan mereka kita tak pernah tahu.
Yang dilihat pada masa kasar tidak semestinya
sempurna. Barangkali mereka juga cemburu
dengan kamu.
Jadi, maksud cikgu saya kena
berhenti mengeluh?
Pandai….
Pernah tak kamu terfikir,
Mengeluh akan membuat kamu bertambah duka
dan sakit
Mengeluh tidak menyelesaikan masalah pun
Mengeluh akan membuat kamu lesu dan hilang
semangat
Kamu mahu terus begitu?
Tak mahu cikgu, kenapa selama ni saya asyik
mencari salah, sedangkan….
Ibu dan ayah bukan hanya perlu mengurus diri saya
sahaja
Mereka perlu mencari rezeki untuk keluarga
Mereka juga ada tanggungjawab yang lain di tempat
kerja
Kenapa saya asyik mendesak perkara yang belum
tentu berguna?
Sedangkan makan, pakai, sekolah saya semua
terjaga
Keluarga itu ibarat Pohon
Ayah adalah akarnya, yang mencari dan menyerap sumber
air untuk menghidupi batang, dahan, ranting dan daun.
Ibu ibarat batang pohon, menyokong dahan agar tetap
utuh. Anak pula ibarat ranting ,perpanjangan tangan akar
dan batang, yang menumbuhkan daun., Pohon harus disirami,
agar selalu tumbuh dan berbuah. Dan siraman itu adalah
CINTA
Cintalah yang membuat keluarga bersatu, sehati dan sejiwa.
Quote of the day..
Keluarga Bahagia
Peraturan & Nilai
keluarga
KELUARGA
Kasihi selagi ada
Sayangi selagi punya
Syukuri selagi bernyawa
Kelak jika kau hilang semua
Harta banyak pun tidak
berguna
Kerana KELUARGA
Tiang segala
Cikgu Ezlin
Mei 2020