The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norezlinsulaiman, 2020-07-12 07:41:59

MINIT CURAI LAWATAN TKPPM 12 JULAI 2020

CATATAN MINIT CURAI LAWATAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI ADZMAN BIN TALIB
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KE SMK MOHD KHALID, JOHOR BAHRU
PADA 12 JULAI 2020 (AHAD)

PERKARA TAHAP TINDAKAN
/MAKLUMAN
1.0 KEHADIRAN KE SEKOLAH
• Pentadbir, guru,AKP, pekerja pembersihan, pengusaha kantin dan Tindakan :
pekerja kantin, pengawal keselamatan yang hadir mestilah dalam Pengawal
keadaan yang sihat. (suhu kurang daripada 37.5) keselamatan
• Sekiranya didapati ada yang bacaan suhu tinggi, hendaklah disediakan
tempat duduk untuk rehat dalam masa 5 minit sebelum diperiksa Tindakan :
sekali lagi bacaan suhu. Jika masih tinggi dan bergejala, pihak sekolah Pentadbir sekolah
perlu hubungi klinik berdekatan untuk tindakan lanjut sama ada
dibawa ke hospital menaiki ambulans atau mengikut prosedur yang
diarahkan oleh klinik kesihatan.
• Pemakaian pelitup muka adalah digalakkan. Walaubagaimanapun, jika
melibatkan interaksi secara dekat dengan murid, guru harus memakai
pelitup muka sebagai langkah pencegahan.
• Murid yang hadir ke sekolah menaiki van atau bas sekolah tertakluk
kepada peraturan oleh Kementerian Pengangkutan di mana perlu Makluman
memakai pelitup muka sebelum menaiki bas dan ketika berada di
dalam bas sepanjang masa.
• Isu penggunaan pelitup muka fabrik, 3 lapisan dan boleh dicuci adalah
tidak dihalang (silent), walaubagaimanapun, sebaiknya memakai
pelitup muka pakai buang.
• Pihak sekolah perlu menyediakan pelitup muka bagi murid yang Tindakan:
terlupa untuk memakai ketika hadir ke sekolah. PK HEM
• Bagi murid yang mengalami masalah kesihatan yang serius dan
berimuniti rendah seperti asma, sakit jantung, paru-paru,kencing
manis,pembedahan organ, barah,kekurangan zat, sedang dalam
rawatan dan mengambil steroid atau SLE adalah diwajibkan memakai
pelitup muka sepanjang masa.
• Kehadiran posmen ke sekolah juga dalam peringkat perbincangan Tindakan:
Pengawal
lanjut.Pihak sekolah hendaklah memastikan bacaan suhu posmen juga
direkodkan. Keselamatan

2.0 PERINGATAN KEPADA PELAJAR TENTANG SOP
• Jika sekolah mempunyai alat siaraya, hebahan boleh dijalankan secara
langsung tentang SOP sebelum bermula PdPc, sebelum waktu rehat
dan sebelum waktu balik. Makluman
• Bagi sekolah yang tiada siaraya, boleh gunakan kreativiti untuk
menyampaikan taklimat dan peringatan kepada murid.

3.0 TANDAS SEKOLAH
• Penggunaan tandas sekolah hendaklah berada dalam kawalan dan
mematuhi penjarakan sosial.
• Pihak sekolah boleh menggunakan apa sahaja kreativiti untuk
memastikan bilangan pelajar yang berada di tandas pada satu-satu
masa adalah terkawal.
• Sekolah digalakkan untuk meletakkan sinki mudah alih di sekitar Makluman
sekolah untuk kemudahan murid mencuci tangan.
• Penggunaan sabun untuk mencuci tangan dengan kerap adalah lebih
baik.
• Untuk penggunaan sinki di dalam tandas juga harus mematuhi
penjarakan sosial.
• TKPPM mengucapkan tahniah kepada sekolah atas inisiatif
menyediakan kad pemantauan murid di luar tandas sekolah. Elok juga Tindakan
sekiranya kad tersebut ditanda dengan label tandas seperti T1,T2 atau Guru Penyelaras
T3 supaya murid boleh memilih tandas yang selesa untuk mereka. Tandas Sekolah

4.0 BILIK GURU
• Syabas diucapkan kepada SMKMK kerana susunan bilik guru menepati
dan memenuhi kriteria penjarakan sosial. Makluman
• Ukuran antara sisi dan depan belakang menepati jarak sekurang-
kurangnya 1 meter.

5.0 PINTU MASUK UTAMA
• Pihak sekolah digalakkan menyediakan meja pendaftaran / saringan
suhu badan di laluan utama murid hadir ke sekolah.
• Sekiranya didapati ada murid yang mencatat bacaan suhu tinggi,
hendaklah disediakan tempat duduk untuk rehat dalam masa 5 minit
sebelum diperiksa sekali lagi bacaan suhu. Jika masih tinggi dan
bergejala, pihak sekolah perlu hubungi klinik berdekatan untuk
tindakan lanjut sama ada dibawa ke hospital menaiki ambulans atau Tindakan
mengikut prosedur yang diarahkan oleh klinik kesihatan. Guru Bertugas
• Pelajar juga boleh diasingkan di bilik isolasi sementara menunggu ibu dan makluman
bapa sampai.
• Kemungkinan terjadi isu pelajar terlupa bacaan suhu. Justeru, pihak
sekolah boleh mengambil inisiatif mengikut kreativiti contohnya
dengan mencatat bacaan suhu pada sticker kecil dan ditampal pada
baju murid. Guru yang merekod suhu boleh merujuk sticker tersebut
untuk perekodan suhu murid setiap hari.

6.0 KANTIN SEKOLAH
• Pelajar dan guru tidak dibenarkan makan di kantin sekolah.
Walaubagaimanapun, pihak pentadbiran boleh menyediakan bilik lain
yang bersesuaian untuk guru menikmati hidangan memandangkan
suasana di bilik guru yang berhawa dingin mungkin kurang sesuai Tindakan :
dijadikan ruangan makan. Tambahan pula, ada guru kurang selesa Pentadbir
makan di meja kerja.
• Isu kutipan duit tempahan makan pelajar – adalah dinasihatkan pihak
sekolah dan kantin berbincang untuk platform yang sesuai bagi tujuan
serahan makanan dan kutipan wang. Murid dan guru tidak digalakkan

mengutip wang makanan dikhuatiri berlaku kehilangan/kecurian.
Justeru, pihak sekolah boleh memikirkan alternatif lain yang sesuai.
• Penggiliran murid yang mengambil makanan di kantin juga boleh
dijalankan secara berjadual agar tidak hanya pelajar yang sama
mengambil makanan bungkus di kantin setiap hari. Tindakan :
• Lontaran idea : terdapat pengusaha kantin yang menghantar Pentadbir
bungkusan makanan di setiap aras bagi meminimakan pergerakan Pengusaha Kantin
murid. Pihak sekolah boleh juga bekerjasama dengan PIBG/KSIB bagi PIBG/KSIB
memastikan kelancaran agihan makanan pada setiap waktu rehat.

7.0 BILIK DARJAH
• Tahniah SMKMK kerana susunan kerusi meja murid menepati SOP
penjarakan sosial dengan kapasiti maksimum kelas adalah seramai 34
orang murid sahaja.
• Pihak sekolah boleh menyusun atur kedudukan kerusi dan meja
mengikut keperluan asalkan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
• Guru yang sedang mengajar di hadapan boleh membuka pelitup muka
tetapi sekiranya ingin bergerak mendekati murid, pemakaian pelitup
muka adalah diwajibkan sebagai langkah pencegahan. Tindakan :
• Murid perlu sanitasi meja dan kerusi setiap hari sebelum pulang ke Makluman
rumah.
• Pihak sekolah juga boleh menyediakan sinki mudah alih di koridor
atau Kawasan bersesuaian bagi memudahkan murid mencuci tangan
menggunakan sabun.
• Pihak sekolah boleh menggunakan idea kreatif atau inovasi untuk
menyediakan sinki mudah alih tersebut.

8.0 INTERAKSI TKPPM BERSAMA MURID 5 PHYSICIAN
• Murid harus faham akan situasi kebiasaan baharu yang perlu
diadaptasi oleh semua.
• Murid diingatkan agar sentiasa mematuhi penjarakan sosial sepanjang
masa.
• Isu covid-19 adalah isu global. Pihak KPM sentiasa berbincang
Bersama KKM dan MKN tentang prosedur dan keperluan apabila
anak-anak kembali ke sekolah.
• Penjarakan sosial adalah dalam jarak 1 meter dari bahu ke bahu


1 meter Tindakan :
Meja murid Makluman

1 meter




• Murid dibenarkan untuk menurunkan pelitup muka semasa sesi PdPc.
Walaubagaimanapun jika ingin berinteraksi dengan guru dalam jarak
yang dekat, pelitup muka hendaklah dipakai sepenuhnya.
• Murid diingatkan agar menjaga kebersihan diri pada setiap masa.

• Peringatan pemakaian pelitup muka bagi murid yang menaiki bas
sekolah atau pengangkutan awam.
• Pelitup muka boleh cuci boleh digunakan mengikut kesesuaian.
Namun, pemakaian pelitup muka pakai buang adalah lebih baik.
• Murid tahun ini berhadapan cabaran kerana akan mengambil SPM
pada tahun 2021. Justeru, murid diingatkan agar sentiasa hadir ke
sekolah serta menumpukan perhatian kepada pelajaran dalam sesi
bersemuka Bersama guru.
• Murid hendaklah menggunakan masa terluang untuk mengulangkaji
serta meninggalkan perkara lain yang boleh mengalih perhatian murid
terhadap pelajaran.
• Jadikan kecemerlangan sebagai hadiah bermakna kepada kedua ibu Tindakan :
bapa dan guru. Makluman
• TKPPM berkongsi kisah beliau semasa menerima keputusan SPM.
• Murid perlu beriltizam untuk mengubah hidup kea rah yang lebih baik
serta berusaha kuat untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam
SPM.
• Gunakan setiap peluang yang ada untuk mencapai apa yang
diimpikan.
• TKPPM mendoakan kejayaan calon SPM SMKMK serta berpesan agar
sentiasalah berbuat baik kepada orang lain kerana Allah pasti
membalas kebaikan tersebut.
• Susun atur kelas boleh juga disusun dalam kedudukan zig zag
mengikut kesesuaian.

9.0 DEWAN MAKAN ASRAMA
• TKPPM mengucapkan tahniah kerana susunan di dewan makanan
sangat baik dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM. Makluman
• Peringatan kepada pengurusan dewan makan iaitu peramu saji di
dewan makan hendaklah memakai pelitup muka serta memakai
sarung tangan plastik apabila menyenduk lauk /nasi kepada murid.
• Murid dilarang menyentuh senduk atau mengambil lauk sendiri. Ini Tindakan :
bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa terjaga. Penyelia Asrama
• Pihak sekolah tiada masalah kerana sesi makan adalah 1 sidang Pengusaha DM
kerana kemudahan kerusi meja di dewan makan adalah mencukupi.

10.0 ASRAMA
• Bacaan suhu murid hendaklah diambil di asrama.
• Pagi – sebelum keluar asrama dan sekali lagi ketika pulang ke asrama.
Semua bacaan perlu direkodkan dengan kemas.
• Susun atur di asrama SMKMK sangat baik dengan kapasiti 6 orang
sebilik dan mengikut SOP. Tindakan:
• Murid asrama yang bergejala perlu dirujuk kepada klinik kesihatan Warden
yang berhampiran untuk tindakan lanjut. Penyelia Asrama
• Bilik isolasi juga perlu disediakan di asrama sebagai langkah berjaga-
jaga.
• Bilik isolasi mestilah diasingkan antara murid lelaki dan murid
perempuan serta ada petugas yang menjaga sekiranya murid di
isolasi.

11.0 MAKMAL
• Penjarakan sosial di makmal – 1 meja 4 orang dan SMKMK telah Makluman
mematuhi SOP tersebut.


Click to View FlipBook Version