The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurtarmizaacik1711, 2021-09-21 07:08:48

sinopsis

sinopsis

NAMA: SITI NOR TARMIZA BT
ISWADI

NO.MAKTAB:PB211135
MRSM:BALIK PULAU
KELAS:1 MAWARDI

GURU KELAS:CG.SYIKIN

ISI
KANDUNGAN

- PENGHARGAAN
- SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

-TEMA NOVEL
-SINOPSIS SETIAP BAB

-JADUAL KOMSAS
-BINAAN PLOT DAN CONTOH

PERISTIWA
-TEKNIK PLOT DAN CONTOH

PERISTIWA

PENGHARGAAN

Saya, Siti Nor Tarmiza Binti Iswadi
ingin menggunakan kesempatan ini
untuk berterima kasih kepada guru-
guru, rakan-rakan dan keluarga yang
telah membantu saya ketika
menyiapkan tugasan ini

Tema Novel

Tema novel ini ialah kesombongan seorang remaja
apabila mendapat sanjungan daripada media

menyebabkannya tidak lagi berdisiplin dalam latihan. Sifat
hormatnya terhadap gurunya juga hilang. Hal ini

dibuktikan menerusi watak utama, Kamarul yang meraih
kejayaan cemerlang dalam sukan MSSM dan seterusnya

terpilih dalam Sukan SEA di Brunei. Media banyak
memaparkan kehebatan Kamarul menyebabkan dia
menjadi sombong dan tidak mahu berlatih lagi di bawah
kelolaan Encik Kadir malahan dia selalu berlatih secara
bersendirian. Hubungan dengan rakannya, Saridah juga
renggang gara-gara sikapnya yang angkuh. Namun, dia
akhirnya insaf apabila terjadi suatu kemalangan yang

tidak diingini keatas dirinya dan mulai berusaha
meningkatkan kecerdasannya kerana tarikh pertandingan

Sukan SEA semakin dekat

sinopsis

KESELURUHAN NOVEL

sinopsis

KESELURUHAN NOVEL

Novel ini mengisahkan tentang seorang pelajar tingkatan
5 yang telah berubah sikap terhadap rakan-rakannya
setelah terpilih dalam kejohanan sukan SEA di Brunei.

Setelah kecelakaan yang tidak diingini menimpanya, dia
mula menginsafi perbuatannya terhadap jurulatihnya dan

rakan-rakannya. Hubungannya dengan jurulatihnya
semakin pulih. Hasratnya untuk mewakili negara telah
direstui sekolah. Berkat latihannya bersama Encik Kadir,
dia berjaya memenangi pingat emas dalam acara larian

100m dan 400m.

sinopsis

SETIAP BAB

BAB 1

MENGAPA MURAM

Selepas bersarapan Kamarul terus mengambil kasutnya di atas rak dekat pintu. Sambil
mengenakan kasut ke kaki, Kamarulmenjuruskan pandangannya ke jalan raya. Emaknya

yang menyedari perkara tersebut mendekatinya lalu menanyakan beberapa soalan.
Kamarul cuba untuk mengelakkan soalan soalan daripada emaknya. Malangnya emaknya

dapat meneka akan masalahnya dengan Saridah. Kamarul terpaku sekali gus dadanya
berdetak. Ketika emaknya memberikan pandangannya terhadap pergaduhannya dengan

Saridah, dia merasakan bahawa emaknya sengaja berpihak kepada wanita. Setelah
perbualannya bersama ibunya selesai dia meminta diri untuk ke perhentian bas. Setelah
kira-kira 5 minit dia menunggu, akhirnya bas pun tiba. Sepanjang Kamarul berada di dalam
bas, dia asyik memikirkan tentang Encik Kadir dan rakan-rakannya. Rakan-rakannya merasa

bahawa sikap Kamarul telah berubah menjadi sombong dan ego. Saridah juga ada
menegurnya tentang sikapnya yang berubah tetapi teguran tersebut menyebabkan
hubungan mereka menjadi renggang. Pada masa yang sama dia merasa bersalah atas
sikapnya terhadap Saridah. Sedang asyik Kamarul memikirkan masalahnya, Rakannya,
Zahudi mengejutkannya dari lamunan tersebut kerana bas yang dinaiki mereka telaj sampai
ke destinasi yang dituju. Setelah loceng rehat dibunyikan, Kamarul menuju ke kelas 5B.
Tujuannya adalah untuki menemui Saridah untuk memohon maaf kepada Saridah atas
kesilapannya. Malangnya dia tiada di kelas itu pada waktu itu. Sewaktu Kamarul sedang
mencari Saridah, dia disapa oleh Sures . Sures mengingatinya untuk menghadiri latihan di

Pusat Sukan Kampung Pandan pada petang nanti.

BAB 2

JANGAN MUNGKIR

Setelah 20 minit menunggu Kamarul, dia tetap belum sampai. Sures agak kecewa
kerana Kamarul tidak menepati janjinya. Sikap Kamarul telah banyak berubah
sejak kebelakangan ni. Dia kerap ponteng latihan tanpa memberikan sebab.
Kadang-kadang sikap Kamarul ini menjadilkan Sures berasa pelik. Dia sudah
jarang berbual dengan rakan-rakan lainnya. Ketika guru-guru dan yang lainnya
menegurnya dia akan memprotes dan menunjukkan sikap kurang senangnya.
Sures menganggap bahawa Kamarul sudah menjadi sombong kerana dia sudah
terkenal. Setelah bahang panas mula sudah beransur kurang, Sures pun mula
memanaskan badannya. Ketika Sures membuat beberapa latihan, Encik Kadir
melaungkan namanya. Sures dengan segera berlari-lari anak menuju ke Encik

Kadir. Encik Kadir menyakan beberapa soalan mengenai Kamarul. Setelah dijawab
soalan-soalan tersebut, Encik Kadir berasa amat kecewa akan sikap Kamarul yang
telah banyak berubah. Latihan tersebut diteruskan dengan lima pusingan larian

pantas. Sebelum bersurai, Encik Kadir mendekati Sures. Dia ingin Sures
menyampaikan pesananya keoada Kamarul agar datang berjumpanya pada esok

hari di pejabat.

BAB 3

SURAT TAK BERSAMPUL

Sudah 10 minit Saridah berada di satu sudut di perpustakaan. Dia
tampaknya menunggu seseorang kerana dia memerhatikan setiap murid
yang masuk. Rupa-rupanya dia sedang menunggu Kamarul. Dia menunggu
Kamarul dengan berdebar. Semakin lama menunggu semaki resah jadinya.
Dia tidak dapat bersabar lagi. Dia menolak kerusi dengan kasar lalu keluar
dari perpustakan tersebut. Mok Oi dan Rejeswary yang berselisih dengannya
menggelengkan kepala melihatnya. Dia menuju ke kelasnya. Semua murid
5B beratur masuk ke kelas dan Saridah yang berada di barisan belakang

melangkah longlai menuju ke mejanya. Dia menarik kerusinya dan
mengehempaskan punggungnya dengan kasar. Juriah yang melihatnya
menyapanya. Tetapi Saridah diam sahaja. Kemudian Juriah memberikan
nasihat kepadanya. Saridah pun meluahkan segalanya kepada Juriah kerana
Juriah adalah satu-satunya rakan yang dipercayainya untuk menyimpan
segala rahsianya. Saridah berterima kasih kepada Juriah akan keperhatianya
terhadapnya. Sebaik loceng pulang berbunyi, Saridah terus ke perpustakaan.
Dia bernekad untuk menulis surat untuk Kamarul. jika tidak puas hatinya, dia
akan mengeronyokkan kertas itu. Setelah berpuas hati dia melipatkan kertas
itu. Dia kembali ke kelas untuk berjumpa dengan Juriah. Dia ingin meminta

tolong Juriah agar menyampaikan surat tersebut kepada Kamarul

BAB 4

SEBAK DI DADA

Setelah minum petang, Kamarul mendapatkan kasut jogingnya. Mak
Jah yang melihatnya mengemaskan tali kasutnya menanyakan kepada

Kamarul menanyakannya tujuannya untuk keluar. Tujuan Kamarul
untuk keluar adalah untuk berjoging di sekitar kawasan rumahnya.
Sebelum Kamrul pergi, Mak Jah memberikan surat kepadanya. Setelah
mengambil surat tersebut dia melangkah keluar dari pagar rumahnya.

Kamarul mula berlari sambil meletakkan surat tersebut di kocek
seluarnya. Kemudian dia berhenti berlari dan melangkah ka arah satu

tembok di tepi jalan. Dia mula membaca surat tersebut tanpa
mengihiraukan orang yang lalu lalang disitu. Sewaktu membaca surat
tersebut dia mula teringat akan sikapnya terhadap Saridah selama ini.

Kamarul mengeronyokkan kertas tersebut lalu membuangnya ke
dalam longkang. Hatinya kembali marah dan geram

BAB 5

JEMU MENUNGGU

Saridah teringatkan tindakan Kamarul yang tidak menemuinya di
perpustakaan. Dia teringatkan surat yang dikirim untuk Kamarul
melalui Juriah. Dia tertanya-tanya jika dia sudah menerima surat
tersebut dan sudi memaafkannya. Dia memujuk hatinya sekali gus

memmbuang rasa resah yang hinggap di hatinya. Dia lantas
bangun dan mengambil album yang berada di lacinya. Dia
membelek-belek album tersebut dan mengingati kenangan-
kenangan manisnya bersama Kamarul sewaktu menyertai sukan
MSSM. Saridah amat menyenangi Kamarul dan merasakan
kemesraannya menyentuh perasaan. Tetapi sikapnya mulai

berubah siki demi sedikit.

BAB 6

MENGAPA, KAMARUL?

Kamarul di Pusat Kampung Pandan lewat 15 minit dari masa yang
ditetapkan namun dia tidak menunjukkan keresahannya.Dia juga
sengaja melengah-lengahkan masa sewaktu dalam perjalanannya

kesana. Ketika Kamarul ingin meyertai rakan-rakannya di satu
skanudut, Encik Kadir memanggilnya. Encik Kadir menyatakan
bahawa dia ingin berjumpa dengannya setelah latihan tersebut
tamat. Sebelum latihan tersebut dijalankan, Encik Kadir memberitahu
catatan larian mereka. Latihan pada petang itu berjalan dengan
lancar akan tetapi Kamarul belum lagi seratus peratus cergas. Oleh itu
Encik Kadir mengarahkannya untuk berlari mengelilingi padang
sebanyak lapan kali. Setelah latihan tersebut tamat, Encik Kadir
mendekatinya. Encik Kadir memberikan nasihat kepada Kamarul agar
lebih berdisiplin. Akan tetapi Kamarul menunjukkan sikap yang tidak
bermoral terhadap Encik Kadir. Kamarul meniggalkan Encik Kadir.
Encik Kadir terpempan melihar Kamarul yang meninggalkannya.

BAB 7

MELEPASKAN MARAH

Sejerus Kamarul pulang daripada latihannya, dia mengehempaskan beg sekolahnya
keatas di atas meja lalu dia terus ke ruang dapur. Dia mengeluarkan sebotol air oren

sejuk dari peti sejuk dan menuangkan air tersebut ke dalam gelas. Dia lantas
meminum air tersebut untuk menghilangkan rasa hausnya. Selepas itu dia

menyandar ke kusyen di ruang tamu. Dia mencapai akhbar lalu meneliti berita sukan
tanah air. Sewaktu muka jurulatihnya terpampang di dalam akhbar tersebut, dia

menusuk-nusuk gambar tersebut dengan jarinya menyebabkan kertas surat khabar
itu koyak. Mak Jah yang menyedarinya menegurnya. Mak Jah memberikan nasihat
agar tidak menanamkan rasa benci terhadap seseorang. Ketika Kamarul ingin ke
biliknya, Saridah menelefonnya. Dalam perbualan tersebut, Saridah meminta maaf
kepada Kamarul dan mendoakan Kamarul agar berjaya untuk pertandingan sukan
SEA yang akan berlangsung. Keesokannya disekolah, Saridah cuba mencari Kamarul
di kantin. Kemudian Juriah menyapanya. Juriah menasihati Saridah agar fokus akan
peperiksaan SPM yang bakal bermula tidak lama lagi. Dia juga menyuruh Saridah

melupakan Kamarul

BAB 8

SEMOGA BERJAYA

Kira-kira lima minit lagi sebelum loceng rehat berbunyi, Kamarul sudah
keluar dari kelas untuk berjumpa dengan Cikgu Zainal. Adibah selaku
ketua kelas menghalangnya kerana loceng rehat belum lagi berbunyi.
Kamarul menjeling Adibah. Walaupun Adibah menasihatinya berkali-

kali, Kamarul tetap mengendahkannya. Keadaan mulai memburuk
kerana masing-masing rasa tercabar. Pergaduhan tersebut berakhir

apabila loceng rehat berbunyi. Adibah pun kembali ke tempat
duduknya. Kamarul kemudian pergi berjumpa Cikgu Zainal. Setibanya
Kamarul disana, Cikgu Zainal menyatakan bahawa dia telah menerima
sepucuk telegram daei pihak KOM. Surat tersebut menyataan bahawa
Kamarul dibenarkan untuk bercuti mewakili negara. Kamaraul berasa

lega setelah mendapat berita itu. Cikgu Zainal juga menyatakan
bahawa Enck Kadir berjumpanya pada pagi tadi . Katanya dia ingin
membenarkan Kamarul keluar berlatih pada sebelah petang. Cikgu
Zainal membenarkan Kamarul untuk datang lewat mulai esok. Cikgu
Zainal mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaannya untuk

mewakili negara.

BAB 9

DIA TIDAK SUDI

Pada petang itu, Kamarul tiba agak awal dari biasa. Sures yang
menyedari ketibaan Kamarul itu menyapanya. Encik Kadir yang

juga menyedari akan kehadiran Kamarul itu memberikan
senyuman kepadanya. Kamarul dan rakan-rakannya melakukan
beberapa senaman ringan. Latihan pada hari tersebut diteruskan
dengan menguji kecegarsan mereka. Latihan pada petang berjalan
dengan lancar. Setelah latihan pada petang itu tamat, Encik Kadir
memberikan nasihat kepada Kamarul tentang sikapnya yang suka
ponteng latihan. Encik Kadir memberikannya sebutir pingat untuk
menyemangatinya. Tetapi Kamarul melemparkan pingat tersebut.
Encik Kadir yang melihatnya tergamam. Ketika Kamarul dalam

perjalanan pulang, suara Encik Kadir terngiang-ngiang di
telinganya. Hal tersebut menyebabkan Kamarul hilang fokus ketika

dia ingin melintas jalan. Tiba-tiba Kamarul merasakan badannya
terlambung ke udara kemudian terhempas ke jalan yang pejal.

BAB 10

SEPATUTNYA BEREHAT

Walaupun sudah ditegur agar tidak banyak bergerak, Kamaa\rul masih
berdegil. Mak Jah dengan kasih sayang, mnemegang tangan Kamarul

dan memicit lengannya. Dia berasa sayu melihat keadaan Kamarul
yang demikian. Nasib Kamarul baik kerana dia hanya cedera sedikit
sahaja. Sejurus sahaja Kamarul melelapkan matanya, Encik Kadir dan
Saridah datang menjeguknya. Encik Kadir beredar dari situ setelah
menyapa Mak Jah kerana ada beberapa hal yang harus diuruskan.

Setelah Kamarul sedar dari tidurnya, dia berbual dengan Saridah
dengan rancak sekali. Dua hari telah pun berlalu. Akhirnya Kamarul
dapat pulang ke rumah. Kamarul berasa riang kerana dia dapat pulang
sebentar nanti. Kamarul mula mengingati akan rakan-rakan dan guru-

gurunya. Lawatan mereka sewaktu Kamarul berada di hospital
memberikannya semangat baharu. Sewaktu Encik Kadir datang
menjemputnya, Kamarul memohon maaf kepada Encik Kadir atas

segala kesalahan yang dia lakukan.

BAB 11

HARAPAN TINGGI

Setelah sampai di Pusat Sukan Kampung Pandan, hatinya masih resah.
Dia memikirkan jika dia masih dapat meningkatkan kecergasannya. Ketika

latihan bermula, Encik Kadir memberikan semangat kepada Kamarul
supaya dia lebih bersemangat dan yakin pada dirinya. Setelah beberapa

minit dia berlatih, dia meminta izin kepada Encik Kadir untuk pulang
berehat. Encik Kadir yang memahaminya pun membenarkannya untuk

pulang berehat. Setelah selesai makan malam, Kamarul meluru ke
biliknya. Dia berbaring di atas katil sambil meneliti gambar-gambar pelari

luar negara yang ditampal di setiap sudut dindingnya. Setelah dia
merenung gambar-gambar tersebut dia mula membandingkan catatan

yang ditulisnya pada suatu ketika dahulu dengan catatan yang baru
ditulisnya pada petang tadi. Dia menyedari bahawa dia benar-benar

sudah ketinggalan jauh.

BAB 12

SELAMAT JALAN

Sepatutnya, penerbangan ke Bangkok akan berlepas pada pukul 9:00
pagi. Tetapi disebabkan gangguan teknikal yang tidak dapat dielakkan,
penerbangan terpaksa ditunda selama dua jam. Walaupun masa hanya
tinggal lagi 25 minit lagi untuk kapal terbang berlepas, Saridah masih
belum memunculkan dirinya. setelah lama menunggu, akhirnya Saridah

memunculkan dirinya. Saridah memohon maaf atas kelewatannya
kepada Kamarul. Tanpa sempat berbual panjang, Kamarul harus
meninggalkan Saridah kerana dia terpaksa mengikuti masa yang telah
ditetapkan. Kamarul dan rakan-rakannya mula bergerak menuju ke

kapal terbang.

BAB 13

DIA PEMINAT DE WEGA

Setelah pintu pesawat dibuka, kontinjen Malaysia yang diiringi oleh
beberapa orang pengawai itu pun turun. Kamarul dan Sures membawa
beg mereka dan menuju ke terminal. Setelah selesai segala urusan, mereka
menuju ke hotel Narai. Penyambut tetamu disana menyambut mereka
dengan senyuman. Sewaktu Sures mengemas baju-bajunya, dia menyedari
bahawa Kamarul kelihatan muram. Selepas ditanya Kamarul menerangkan
bahawa dia masih bimbang akan prestasinya. Dia masih ragu-ragu kerana
dia pernah mengalami kecederaan. Sures cuba memberikan kata-kata
semangat kepada Kamarul agar Kamarul yakin akan dirinya. Selepas tamat

berbual, pintu mereka diketuk lalu dibuka. Encik Kadir datang untuk
memberitahu bahawa mereka harus berkumpul di bilik persidangan hotel
pada pukul 7.00 malam. Keesokan harinya, mereka mula berlatih dengan
ujian kepantasan. Akhirnya kecergasan Kamarul sudah sepenuhnya pulih.
Sewaktu Kamarul sedang berlatih matanya terlihat suatu susuk tubuh yang
diminatinya iaitu De Wega, seorang pelari asal Filipina yang diminati oleh

Kamarul. Kamarul mendekatinya dan berbual rancak bersamanya.

BAB 14

DADANYA MENCECAH PITA

Tiga hari sudah berlalu. Malaysia sudah berjaya memperoleh enam
pingat emas, lapan pingat perak dan 11 pingat gangsa. Encik Kadir dan
penolong jurulatih begitu kerap memberikan semangat kepada mereka.
Tidak lama kemudian, nama-nama atlet diumumkan. Kamarul, Sures

dan Rajip terus menuju ke garisan permulaan. Dada Kamarul mulai
berdebar ketika melihat De Wega. Akan tetapi dia mendapat semangat

baharu. Tembakan permulaan pun dilepaskan. Kamarul
mempercepatkan lariannya sehingga ke garisan penamat. Kamarul
melonjak kegembiraan. Dia berjaya mencipta rekod baharu Sukan SEA.
Selepas tamat, Encik Kadir datang menjumpainya dan memberikannya

pingat sebagai kenangan kerana Encik Kadir akan besara.

BAB 15

UCAPAN TAHNIAH

Upacara penutupan Sukan SEA bermula. Dalam acara olah
raga Malaysia mendapat tempat kedua di belakang Filipina.
Tempat ketiga pula disandang oleh Thailand. Setelah tamat

acara penutupan, Kamarul pergi berjumpa dengan De
Wega. Mereka berbual-bual dan saling bertukar hadiah.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, Kamarul sudah dapat

membayangkan wajah rakan-rakan dan keluarganya.
Sejurus tiba di ruangan menunggu, Keluarganya dan rakan-

rakannya mengucapkan tahniah kepadanya.

Jadual
Komsas

Bab 1 (Mengapa Muram)

Bab 2 (Jangan Mungkir)

Bab 3 (Surat tak Bersampul)

Bab 4 (Sebak di Dada)

Bab 5 (Jemu Menunggu)

Bab 6 (Mengapa, Kamarul)

Bab 7 (Melepaskan Marah)

Bab 8 (Semoga Berjaya)

Bab 9 (Dia Tidak Sudi)

Bab 10 (Sepatutnya Berehat)

Bab 11 (Harapan Tinggi)

Bab 12 (Selamat Jalan)

Bab 13 (Dia Peminat De Wega)

Bab 14 (Dadanya Mencecah Pita)

Bab 15 (Ucapan Tahniah)

Binaan Plot

Permulaan




Kamarul bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.
Fikirannya berkecamuk kerana dia terkenang
akan hubungannya dengan Saridah semakin
renggang disebabkan satu perbalahan. Kamarul
juga teringatkan Jurulatihnya, Encik Kadir dan
rakan-rakaannya yang merasakan sikapnya telah
berubah selepas terpilih mewakili negara untuk

Sukan SEA

Perkembangan




Kamarul semakin sombong. Dia merasakan
prestasinya sama sebelum ini. Oleh itu dia

enggan menghadiri latihan dan kurang
bergaul rakn-rakan lainnya.

Klimaks

Kamaru
l berasa tertekan kerana Sures telah
mengatasi rekod Kamarul. Dia juga

bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia
memprotes kata-kata Encik Kadir. Akibat
terlalu runsing memikirkan kata-kata Encik
Kadir, dia melintasi jalan tanpa menoleh ke

kiri dan ke kanan. Akibatnya, dia
menghadapi kemalangan yang tidak

diinginkan

Peleraian

Selepas kemal
angan yang tidak diingini menimpanya,
Kamarul mulai insaf akan perbuatannya. Dia mulai
berusaha meningkatkan kecergasannya.
Kecergasannya mulai meningkat. Kamarul berjumpa
dengan idolanya, De Wega. De Wega menceritakan
kepada Kamarul pengalaman hidupnya. Kamarul

berjaya memperolehi dua pingat emas dalam acara lari
pecut 100 meter dan 400 meter. Dia dan De Wega
bertukar-tukar hadiah sebelum pulang. Kamarul

mendapat pujian dari keluarga,Encik Kadir dan rakan-
rakannya

Teknik plot

Novel yang saya kaji di tingkatan 1 ialah Pelari Muda karya Ghazali Ngah
Azia. Terdapat beberapa teknik plot yang digunakan dalam novel ini


Teknik plot yang pertama ialah pemerian. Pengarang mengambarkan

suasana di Pusat Sukan Kampung Pandan. Sebagai contoh, Pusat Sukan
Kampung Pandan lazimnya dipenuhi oleh murid-murid yang menghadiri
latihan bersama Encik Kadir dan pembantunya. Ada yang memanaskan

badan dan ada yang bersembang dengan rakan-rakannya.



Selain itu, Terdapat teknik dialog. Dialog diantara Mak Jah dan Kamarul,
Mak Jah ingin mengetahui kemanakah Kamarul ingin pergi. Sebagai

contoh, "Kamu nak kemana ni?" tanya Mak Jah "Joging di sekitar sini saja,
mak," ucap Kamarul.



Seterusnya terdapat teknik imbas kembali. Saridah terbayangkan
Kamarul. Sebagai contoh, Kamarullah yang selalu memberikan kata-kata

semangat kepadanya



Seterusnya terdapat juga teknik imbas muka. Pembaca tahu bahawa
Kamarul akan meminta maaf kepada Encik Kadir atas perbuatannya.

Sebagai contoh, "Sekali lagi saya memohon maaf" ujar Kamarul.

Seterusnya terdapat teknik suspens. Penonton tertanya apa
yang terjadi selepas Kamarul mengalami kemalangan yang
tidak dinggini. Sebagai contoh, selepas Kamarul mengalami
kemalangan yang tidak dingiini, dia mulai insaf dan mula

bersunguh-sungguh untuk menaikkan kecergasannya.



Selain itu terdapar teknnik konflik. Konflik yang terjadi antara
Kamarul dan Encik Kadir, Konflik terjadi kerana Kamarul
selalu memprotes kata-kata Encik Kadir yang cuba
menasihatinya.



Akhir sekali terdapat teknik monolog. Ketika Saridah barada
di perpustakaan dia memikirkan bahawa Kamarul adalah
seorang yang perajuk dan pendedam.


Click to View FlipBook Version