The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulafiqahizzati7, 2020-10-30 05:29:53

E-MAGAZINE

E-MAGAZINE

RAHSIA KELUARGA BAHAGIA

TOPIK: ‘TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA’

‘IBU BAPA HIKMAH BERBAKTI
ADALAH KEPADA IBU BAPA
INSAN YANG
TELAH
BANYAK
BERKORBAN
UNTUK
MEMBESAR-
KAN KITA
SEHINGGA
DEWASA’

KESAN BERBUAT BAIK KEPADA
IBU BAPA

1

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT

1 PENGENALAN 3-4

2 TANGGUNGJAWAB ANAK 5-9

TERHADAP IBU BAPA

3 KESAN BERBUAT BAIK 10-13

KEPADA IBU BAPA

4 DERHAKA KEPADA IBU 14-15

BAPA

5 HIKMAH BERBAKTI 16

KEPADA IBU BAPA

6 NASIHAT DARI SEORANG 17-19

IBU KEPADA ANAK

7 DOA UNTUK IBU BAPA 20

8 KATA-KATA MUTIARA 21

2

PENGENALAN

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali,
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Surah al-Isra’ 17:23)

3

Dalam ayat itu Allah SWT menyuruh hamba-NYA supaya
mengesakannya dan mengabdi kepadanya. Di samping itu Allah SWT
mengiringi perintah itu dengan perintah berbakti kepada ibu bapa. Ini
membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan syarak.

Kita disuruh bersyukur kepada Allah kerana banyaknya jasa ibu bapa
kepada kita. Kerana mulianya ibu bapa serta besarnya jasa yang sudah
mereka berikan kepada kita, maka berbuat baik kepada mereka pun
sangat besar pahalanya disisi agama islam.

Dalam kitab sahih bukhari ada disebutkan:-

Dari Abdullah, beliau berkata : saya telah bertanya kepada nabi SAW.
tentang amalan apa yang paling disukai Allah SWT. Beliau menjawab:
‘solat pada waktunya’. Saya Tanya lagi : ‘kemudian apa lagi?’ beliau
menjawab : ‘jihad fi sabililah. ’.

Menurut hadis ini berbakti kepada ibu bapa merupakan ibadat yang
paling afdal setelah solat. Maksudnya berbuat baik kepada ibu bapa
seimbang pahalanya dengan mengerjakan solat. Padahal solat itu
sendiri merupakan tiang agama. Ini menunjukkan berbuat baik kepada
ibu bapa dan menghormatinya merupakan satu perkara yang penting
dalam kehidupan sebagai seorang muslim

4

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA
IBU BAPA.

1) Bercakap dengan ibu bapa secara sopan
Ketika bercakap dengan ibu bapa, seorang anak tidak boleh
meninggikan suara. Setiap tutur kata yang di ucapkan perlu
dilakukan secara sopan dan hormat. Malah seorang anak juga
tidak boleh menggunakan perkataan ‘AH’ kepada ibu bapa
kerana dianggap menderhaka kepada ibu bapa. Mengherdik
maksudnya mengeluarkan kata-kata kuat atau bercakap kasar.

Allah SWT berfirman: Dan janganlah engkau mengherdik mereka
dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Surah al-
isra’ : 23)

2) Mentaati perintah ibu bapa.

Islam mewajibkan kita untuk mentaati perintah ibu bapa selagi
segala perintah itu tidak bertentangan syarak. Walaupun ibu bapa
itu berlainan agama tetapi anak memeluk agama islam tetapi
diwajibkan anak itu untuk mentaati ibu bapa.

5

3) Mendoakan kedua ibu bapa.

Ibu bapa merupakan orang yang perlu dihormati. Islam menyuruh
kita untuk sentiakan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa
supaya mendappat pengampunan dan rahmat dari-NYA. doa
yang dibuat oleh Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim :-

Ya tuhan ibu bapa kami dan semua kaum Mukminin kami, ampuni
dosa kami dan kedua pada hari perhintungan hisab/ hari kiamat.

4) Mengunjungi kawan – kawan ibu bapa.

Di antara cara berbakti kepada ibu bapa termasuklah

menghubungkan silaturrahim dengan kawan-kawan mereka.

Tidak kira samada ibu bapa itu masih hidup mahupum sudah

dunia. Seorang anak juga wajib untuk menunaikan atau

menyempurnakan janji dan segala hutang yang dibuat oleh ibu

bapa semasa mereka masih hidup. Janji yang ditunaikan mestilah

tidak melanggar hukum syarak.

Contohnya : seorang ayah mewasiatkan untuk menyumbangkan

sebahagian hartanya kepada fakir miskin, maka wasiat itu wajib

di tunaikan. 6

5) Merendah diri kepada ibu bapa
Merendah diri disini bermaksud menjadikan dan
menganggap ibu bapa lebih hebat dan lebih mulia. Ini
dilakukan melalui tutur kata, cara pandang, gaya dan
tingkah laku. Walaupun setelah kita telah Berjaya dan
lebih mengetahui dari ibu bapa kita dalam segala bidang
namun dilarang sama sekali untuk membanggakan diri.
Sebagai seorang anak perlu tunduk dan hormat seperti
seorang rakyat dengan pemimpin.

7

6. Memberi Nafkah.
Ada ibu bapa yang berdepan
dengan masalah kewangan.
Mereka tidak dapat lagi melakukan
tugas seharian disebabkan faktor
usia. Jika bekerja, tetapi tidak
mencukupi untuk menampung
perbelanjaan keluarga yang
semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab
anak memberi nafkah atau
bantuan kewangan kepada ibu
bapa. Sumbangan itu tidak
seberapa berbanding yang
dibelanjakan ibu bapa untuk
membesar dan mendidik anak
.
7. Menyediakan Tempat Tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang
tempat tinggal atau tidak sesuai
untuk didiami, menjadi
tanggungjawab anak menyediakan
tempat tinggal lebih sesuai kepada
ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa
tinggal bersama agar dapat
menjamin keselamatan dan
keperluan harian mereka
diuruskan dengan baik.

8

8. Menghadiahkan Kejayaan. 10. Mendoakan Kebaikan Untuk
Ibu Bapa.
• Jadi, jika memperoleh kejayaan
dalam pelajaran, mendapat • Anak perlu sentiasa mendoakan
pekerjaan, dinaikkan pangkat kebaikan untuk ibu bapanya.
dan seumpamanya, seharusnya Amalan mendoakan kebaikan
dimaklumkan kepada ibu bapa. untuk ibu bapa perlu diteruskan
Ibu bapa dibawa bersama-sama walaupun mereka meninggal
dalam majlis untuk meraikan dunia.
kejayaan itu.
• Doa untuk ibu bapa
9. Meluangkan Masa Bersama- Sabda Rasulullah
sama. bermaksud: “Apabila meninggal
seseorang itu, maka terputuslah
• Anak yang tinggal berasingan segala amalannya, melainkan
dengan ibu bapa perlu kerap tiga perkara iaitu sedekah jariah
meluangkan masa mengunjungi yang berterusan memberi
mereka. Ibu bapa berasa senang manfaat, ilmu yang memberi
menerima kunjungan dan kebaikan diajarkan kepada
menatap wajah anaknya. orang lain dan anak yang soleh
yang sentiasa mendoakan
kebaikan kepada kedua ibu
bapanya.”

9

KESAN DARIPADA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Berbuat baik kepada ibu bapa
memberi kesan yang besar dalam
agam dan dunia, dan pengaruhnya
dapat dapat segera dilihat di dunia
mahupun kelak di akhirat
antaranya adalah:

1 seseorang akan mendapatkan
kemulian daripada Allah keerana
menjalankan perintahNya iaitu
berbuat baik kepada ibu bapa. Hal
ini juga telah menunjukkan sifat
taat kepada Allah.

2 Berbuat baik adalah sifat yang
disebut untuk menunjukkan
kemulian seseorang sepertimana
yang disebutkan kepada sifat nabi
Yahya dan Isa as dan nabi – nabi
yang lainya yang telah berbuat
baik kepada ibu bapa

10

3 Tambahan lagi, sejarah perjalanan hidup yang baik akan
disebut- sebut oleh orang ramai setelah meninggal dunia.
Perbuatan ini juga akan menjadi satu contoh yang baik kepada
orang ramai dan secara tidak langsung menerima penghargaan
daripada mereka. Seperti mana yang telah disebutkan dalam
hadis sahih bahawasanya Uwaisan al- Qaraniy dikunjungi oleh
orang ramai dan mereka meminta doa dan mohon keampunan
kepada Allah, sebagai satu ikutan kepada wasiat Rasulullah SAW
kerana dia telah berbuat baik kepada ibu bapanya. Sepertimana
riwayat daripada Aisar bin jabir daripada Umar bin al-khatab ra,
berkata ketika melihat Uwaisan : ‘aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda”akan datang kepada kalian Uwais bin
Amir bersama sejumlah orang-orang ahli Yaman, dari Murad dan
dari Qaran. Dia dahulu mempunyai penyakit kusta dan dia telah
sembuh daripadanya kecuali satu tempat sebesar satu dirham.
Apabila engkau dapat memohon ampunan daripadanya maka
lakukanlah hal tersebut”. Maka aku pun memohon ampunan
kepadanya dan dia pun memohonkan untukku, kemudian Umar
berkata”dari manakah engkau berasal?’ dia berkata : ‘ aku
berasal daripada kufah’, berkata Umar: dapatkah aku menulis
padamu satu surat kepada pemerintahnya?’ dia berkata: ‘ aku
akan berada ditengah- tengah orang yang mencintaiku H. R
muslim.

11

4 Seseorang yang berbuat baik
kepada ibu bapa juga, akan
merasa kelapangan hati kerana
telah menunaikan kewajipan
sebagai seorang anak dan juga
menunjukkan perlakuan yang
baik.

5 Selain itu, tindakan berbuat baik
juga, menyebabkan seorang anak
itu dapat merasakan kenikmatan
bermesra dengan keluarga.
Mereka juga akan lebih
menghargai antara satu sama lain
dalam sebuah keluarga.

6 berbuat baik kepada ibu bapa akan
mendapatkan ganjaran yang berlipat
kali ganda, dalam hadis disebutkan :
berbuat baiklah engkau kepada
bapamu, maka kelak anak-anakmu
akan berbuat baik kepadamu, dan
berlaku jujurlah kelak isteri-isterimu
akan berlaku jujur padamu. Hadis ini
diriwayatkan oleh Al-Thabrani
dengan sanad hasan dari ibnu Umar,
dan hadis ini pula diriwayatkan oleh
Aisyah dan lain – lainya.

12

7 Berbuat baik kepada iu bapa dapat menghapuskan dosa.
Dalam hadis disebutkan bahawasanya seorang lelaki berkata
kepada Rasulullah SAW : ‘nabi aku telah berbuat dosa besar
maka adakah aku dapat bertaubat daripada nya?’ Rasulullah
SAW menjawab. ‘ adakah engkau mempunyai ibu ?’ lelaki itu
menjawab: ‘tidak’. Rasulullah SAW berkata ‘adakah ibumu
mempunyai saudara perempuan?’ lelaki itu menjawab :’ ya’.
Rasulullah SAW berkata ‘ maka berbuat baiklah kepadanya ‘

8 Berbuat baik adalah kunci masuk ke dalam syurga. Dalam
hadis ini disebutkan bahawa seorang berkata : ‘wahai rasulullah
apakah hak ibu bapa daripada anak- anaknya. ?’ Rasulullah SAW
berkata : ‘kedua-duanya adalah kunci syurga dan nerakamu”.

9 Berbuat baik kepada ibu bapa dapat mengangkat darjat
seseorang disisi Allah. Seperti mana yang disebutkan dalah hadis
: ‘ aku masuk ke syurga dan aku dengar suara seseorang di
dalamnya’. aku bertanya: ‘suara siapakah itu?’ mereka berkata.
”suara harithah bin al- nu’man’. rasulullah kemudian berkata: ‘
demikianlah balasan orang yang berbuat baik, dan perkataan ini
di ulangi dua kali.

10 Selain daripada itu, dengan berbuat baik kepada ibu bapa
dapat menyelamatkan diri daripada bahaya melalui doa daripada
ibu bapa. Ini kerana doa daripada ibu bapa tidak akan ditolak oleh
Allah.

13

DERHAKA • Derhaka kepada ibu bapa
KEPADA IBU merupakan perkara yang amat
dilarang oleh islam. Ini dibuktikan
BAPA melalui firman Allah swt iaitu:

“maka sekali-kali janganlah kamu
mengatakan kepada keduanya
perkataan ‘ah’ dan janganlah
kamu membentak mereka dan
ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang mulia. (Surah Al-
Isra:23)

• Orang yang derhaka tidak akan
merasa tenang di dalam
hidupnya. Malah orang di
sekeliling juga tidak akan
menghormati mereka. Mereka
yang derhaka kepada kedua ibu
bapa mereka, akan mendapat
balasan yang setimpal di dunia.
Sabda Rasulullah SAW : ‘berbuat
baiklah kepada orang tuamu agar
anak-anakmu berbuat baik
kepadamu’.

14

• Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu
bapa juga tidak akan berjaya dalam hidupnya.
Mereka ini tidak mempunyai sifat
keperimanusiaan dan tidak mengambil berat
akan masalah orang lain. Mereka ini tidak
mempunyai tempat di tengah-tengah
masyarakat.

• Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu
bapa juga akan disegerakan azab mereka
sebelum di akhirat. Seperti mana yang
ditunjukkan dalam sabda Nabi SAW, ‘setiap
dosa akan diakhirkan oleh Allah swt hingga
hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa
maka Allah menyegerakannya semasa hidup
sebelum dia meninggal’. Hadis riwayat al –
hakim dan disahkan oleh abu bakar.

• Perbuatan menderhaka kepada kedua ibu
bapa juga akan mudah mendapat kecelakaan
dari doa ibu bapa. Doa ibu bapa amat
mustajab seperti mana yang terdapat dalam
hadis juraiz jikalau ibu bapa mendoakan bala
musibah menimpanya, maka benar akan
berlaku kepadanya.

15

a. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah lebih utama
daripada keluar berjihad pada jalan Allah.

b. Memberi Khidmat kepada kedua ibu bapa pahalanya adalah
menyamai pahala orang yang mengerjakan haji, umrah dan
jihad.

c. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa akan meluaskan rezeki
anak dan Allah akan melanjutkan usianya.

d. Memandang kepada kedua ibu bapa dengan penuh rasa
cinta dan kasih sayang, pahalanya sama dengan orang yang
mengerjakan haji.

e. Syurga yang kita impikan terletak dibawah telapak kaki ibu,
dengan keredhoaan ibu barulah kita boleh menjejaki syurga
Allah.

f. Kegembiran ibu bapa seiring dengan kegembiraan Allah
sedang kemarahan keduanya adalah seiring dengan
kemurkaan Allah.

g. Berkhidmat kepada kedua ibu bapa adalah amalan yang
paling mulia sekali diantara ibadah-ibadah yang lain.

Hikmah Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa

Nasihat seorang ibu untuk anaknya….

Orang selalu cakap,ibu-ibu kuat membebel.Tapi,sebenarnya
ia adalah kata-kata nasihat kerana mereka sayangkan anak-
anak.Dan jika anda perasan,kata-kata ibu itulah yang
membantuanak-anak menjalani kehidupan kerana ia nasihat
seorang ibu untuk anaknya

1.Anda tak 2.Belajar untuk berehat
bertanggungjawab atas • Jangan bekerja terlalu
kebahagiaan orang lain
• ‘Ibu saya memberitahu keras.Ingat yang nada
boleh diganti di tempat
yang saya tidak kerja,tapi anda tidak
bertanggungjawab atas boleh dapat hidup lain
kebahagiaan orang lain’ • Bekerja terlalu kuat boleh
• Sepatutya semua orang menyebabkan badan
harus bertanggungjawab terlalu penat dan
atas kebahagiaan sakit.Masa ketika sakit
sendiri.Kita yang pilih apa tidak boleh dipatah balik
yang kita rasa.Jika terjadi atau diganti,ia akan terus
sesuatu yang melukakan berlalu.jadi,berlajarlah
hati orang,jangan sering untuk berehat.
menyalahkan diri. • Kerja selamanya tidak
• Rasa bersalah akan akan habis.Hargai
memakan diri kita.Kita tidak kehidupan anda.
boleh membuatkan semua
orang gembira pada masa
yang sama,Kita hanyalah
manusia biasa sama seperti
mereka

17

3.Orang datang dan pergi 4.Belajar untuk kata
• Ketika membesar,saya tidak
• ‘Ibu saya sering
kehilangan kawan dan
ibu akan mengingatkan memberitahu saya
saya yang orang akan untuk belajar berkata
dating dan pergi.Masih tidak’
ramai orang di luar sana • Selalu bukan kita
yang sayangkan berada dalam situasi
anda.Kita hanya perlu sukar untuk menolak
cuba lagi sesuatu,Lebih-lebih jika
• Tiada apa yang kekal terfikir takut tindakan
selamanya.Semuanya di kita itu mampu
dunia ini bersifat menyakitkan hati
sementara.Termasuklah seseorang
orang,sama ada kawan • Tetapi
,keluarga atau musuh sebenarnya,penting
• Jika kita kehilangan untuk berkata tidak
seseorang,terima agar orang lain tidak
dengan hati terbuka mengambil
,kerana hidup perlu kesempatan
diteruskan

18

5.Cemburu adalah 6.Anda seorang yang
perbuatan sia-sia penting
• ‘Sentiasa akan ada • ‘Sentiasa ingat yang

orang yang lebih dari anda penting dan
kita,cemburu adalah diperlukan.Semua yang
perbuatan yang sia-sia’ anda ada,setiap
• Di dunia ini,pasti akan bahagianya adalah
ada orang yang selalu indah dan unik’
lebih dari kita.Sama • Tiada seorang pun di
ada dari segi dunia ini harus ada rasa
harta,rupa tidak penting atau
paras,kepunyaan,apa tidak diperlukan .Kita
sahaja lah semua adalah penting
• Mengapa mesti untuk seseorang dan
cemburu dengan kita harus ingat akan
kelebihan orang lain ini.
sedangkan diri kita
sendiri juga
mempunyai kelebihan
kita yang sendiri?

19

20

21


Click to View FlipBook Version