Amalan IBSE dalam Bilik Darjah
Cindy Wong Chyee Chen, Koay Suan See dan Vitcsy Michael Niob
Pengenalan
Pelaksanaan IBSE akan terdapat perbezaan di bilik darjah yang berbeza.
Guru memainkan peranan penting sebagai fasilitator dalam menggalakkan pelaksanaan
pendekatan IBSE. Namun, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan IBSE
dalam sesebuah bilik darjah mungkin agak berbeza antara satu sama lain. Hal ini demikian
kerana seseorang guru perlu membuat keputusan tentang strategi pegagogi yang akan
digunakan.
“All teaching in science will involve teachers in a range of pedagogical decisions.
These include: decisions about classroom organisation; encouraging collaborative
work; the kinds of questions to ask; using students’ prior experiences; developing
students’ knowledge, understanding and skills; organising different kinds of discussions;
how students will record and report their work; what kind of feedback to give to
students on their work; and using assessment to help learning. Enabling students to
learn through inquiry may require a shift in how these aspects of teaching are carried
out.” (Harlen, 2012, p.11-19).
Beberapa strategi pedagogi yang harus dipertimbangkan ketika melaksanakan IBSE telah
dijelaskan dalam Pollen (2009, p.14-23). Pemahaman yang jelas serta pengetahuan berkenaan
strategi pedagogi dalam IBSE membolehkan guru memilih aktiviti yang bersesuaian untuk
PdP sains. Dengan ini, guru mampu meningkatkan minat dan perhatian murid terhadap PdP,
sekaligus menggalakkan penyertaan mereka (murid) dalam aktiviti yang dilaksanakan dan
akhirnya mencapai objektif pembelajaran selain murid memproleh pembelajaran yang lebih
bermakna.
Ringkasan Aktiviti
Fokus aktiviti ini adalah terhadap guru dan bukannya murid. Ianya bertujuan untuk
membolehkan para guru memahami dan mengenali strategi pedagogi dalam IBSE.
Aktiviti ini dimulai dengan pendedahan kepada beberapa video PdP yang dikendalikan oleh
guru di luar negara dan dalam negara. Dengan berpandukan borang Video Analysis Checklist
(Lampiran S16A-1), guru menganalisis video-video terbabit dengan mengenal pasti amalan
terbaik dalam IBSE dari tiga aspek, iaitu:
a. prasyarat bilik darjah dan persekitaran pembelajaran;
b. peranan guru; dan
c. pengalaman pelajar
Selepas menonton video-video terbabit, dalam kumpulan kecil, para guru diminta untuk
membincangkan hasil analisis video tadi dengan membuat perbandingan antara pelaksanaan
IBSE di luar negara dan dalam negara untuk mengenal pasti kekuatan masing-masing.
Perbandingan tersebut haruslah berpandukan kepada tiga aspek IBSE (a, b & c) di atas. Hasil
perbincangan dalam kumpulan kecil tersebut akan dibentangkan
Objektif
Di akhir slot ini, peserta dapat:
1. Menganalisis rakaman video bilik darjah untuk mengenal pasti aspek-aspek dalam IBSE:
a. Prasyarat dan persekitaran pembelajaran di bilik darjah
b. Peranan guru
c. Pengalaman murid
2. Membuat perbandingan dan mengenal pasti kekuatan amalam IBSE luar negara dan
tempatan.
Alat dan bahan
1. LCD
2. Laptop
3. Speaker
4. Video Analysis Checklist (Lampiran S16A-1)
5. Video-video (seperti dalam Lampiran S16A-2)
Masa: 1 jam 30 minit
Prosedur
A. Analisis Video (Luar Negara)
1. Semasa menonton video mimi souris, kenal pasti fasa-fasa aktiviti yang dilaksanakan
oleh murid (pengalaman murid). Catat nota secara individu.
2. Fasilitator dan peserta membincangkan fasa-fasa aktiviti yang dilaksanakan oleh murid.
3. Tonton 2 video yang lain iaitu:
a. La circulation et la respiration
b. L’objet poisson
4. Semasa menonton video, fokus / analisis aspek-aspek berikut:
a. Prasyarat dan persekitaran pembelajaran di bilik darjah
b. Peranan guru dalam proses pembelajaran
c. Aktiviti yang dilaksanakan oleh murid (pengalaman murid)
5. Dalam kumpulan (4 orang), analisis video tersebut (berdasarkan senarai semak), kenal
pasti kekuatan, kelemahan dan sebagainya.
6. Fasilitator dan peserta berbincang tentang aspek pedagogi penting yang perlu
dipertimbangkan oleh guru dalam pelaksanaan IBSE (rujuk Harlen, 2012).
B. Analisis Video (Tempatan)
1. Tonton video-video berikut:
a. Asid dan Alkali
b. Getaran
2. Semasa menonton video, analisis aspek-aspek berikut:
a. Prasyarat dan persekitaran pembelajaran di bilik darjah
b. peranan guru
c. pengalaman murid (aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh murid)
3. Catat nota secara individu / Guna Video Analysis Checklist (Lampiran S16A-1).
4. Dalam kumpulan (4 orang), bandingkan 2 video tersebut (berdasarkan senarai semak,
kekuatan, kelemahan dan sebagainya).
5. Buat pembentangan / perkongsian dengan peserta lain.
Penilaian dan refleksi
1. Jelaskan aspek pedagogi penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam
pelaksanaan IBSE.
2. Terangkan kekuatan amalan IBSE dalam negara dan luar negara.
3. Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas PdP saya pada kemudian hari.
Lampiran
1. Lampiran S16A-1: Video Analysis Checklist
2. Lampiran S16A-2: Video
a. Video La circulation et la respiration
b. Video L’objet poisson
c. Video mimi-souris
d. Video Asid dan Alkali (https://youtu.be/xoPS7bt1dAc)
e. Video Getaran (https://youtu.be/n9QPoEcT-uo)
Panduan untuk fasilitator
1. Fasilitator mengingati peserta: Hormati orang lain serta hasil kerja mereka (guru-guru
dalam rakaman video)
2. Semasa melaksankaan analisis, kenal pasti kekuatan/kelebihan sesi ini.
3. Proses analisis harus berfokus kepada aspek-aspek berikut (termasuk aspek yang boleh
diperhatikan, tetapi tidak terhad kepada):
• Fasa-fasa pelajaran (iaitu, aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid)
• Pedagogi penting dalam pelaksanaan IBSE
• Tingkahlaku pengamal IBSE (seperti isyarat linguistik, sikap).
• Tingkahlaku yang terbentuk hasil daripada rangsangan keadaan persekitaran tempat
pembelajaran (seperti sikap, kerja, kata-kata murid).
Rujukan
Harlen, W. (2012). Inquiry in science education. Retrieved from https://www.fondation-
lamap.org/sites/default/files/upload/media/minisites/action_internationale/inquiry_in_sci
ence_education.pdf
Pollen (2009). Designing and implementing inquiry-based science units for primary
education. Montrouge: La main à la pâte. Retrieved from https://www.fondation-
lamap.org/sites/default/files/upload/media/Guide_Designing%20and%20implementing%
20IBSE_final_light.pdf