The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mustaffa Ahmad, 2019-08-18 06:31:41

Buku 4P 7 Jun 2017

Buku 4P 7 Jun 2017

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

5.5 KEKURANGAN BEKALAN KERTAS PEPERIKSAAN

5.5.1 Sekiranya kertas peperiksaan tidak mencukupi untuk semua Ketua Pengawas
calon yang hadir, KP hendaklah mengambil tindakan berikut: Peperiksaan/

Penyelia Kawasan

a. memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul
asal dengan segera;

b. menutup bahagian sampul yang telah dipotong dan
diseal dengan pita pelekat keselamatan;

c. menyimpan sampul tersebut dalam almari besi berkunci
dalam dewan atau bilik peperiksaan utama;

d. menghubungi PK atau KS, SPP atau KU, UPP, JPN
dengan segera untuk melapor kejadian;

e. mendapatkan maklumat terperinci sebagai asas
penilaian untuk tindakan:

 bilangan kertas peperiksaan berkenaan yang
diperlukan;

 kesediaan pusat berhampiran membekalkan kertas
peperiksaan berkenaan;

 anggaran masa yang diambil untuk mendapatkan
bekalan tambahan kertas peperiksaan berkenaan;

 kemudahan mesin fotostat yang sesuai;

 kemudahan bekalan elektrik;

 bekalan kertas peperiksaan selain daripada saiz A4;
dan

 kertas peperiksaan braille yang tidak boleh dibuat
salinan.

f. Jika bekalan kertas peperiksaan boleh diperolehi dari KS SPP/

pusat peperiksaan yang berdekatan dalam tempoh Penyelia Kawasan

masa yang sesuai, PK mendapatkan bekalan kertas

peperiksaan dari pusat berdekatan;

g. Jika perkara 5.5.1(f) tidak dapat dilaksanakan, KS SPP/ KU UPP
tindakan berikut hendaklah dilakukan:

 memberi arahan untuk membuat salinan fotostat
kertas peperiksaan berkenaan;

 membuat salinan fotostat di sekolah atau lain-lain
premis Kerajaan;

 mengawal selia kerja fotostat;
 menurunkan tandatangan ringkas pada setiap

helaian kertas peperiksaan yang difotostat;

48

PANDUAN PENGURUSAN

 PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

 mengutip semula kertas peperiksaan berkenaan Ketua Pengawas
selepas tamat sidang peperiksaan berkenaan; dan Peperiksaan

 menyerah semula kertas peperiksaan yang telah
dikutip kepada PK untuk disimpan di bilik kebal.

h. Jika perkara 5.5.1 (f) dan 5.5.1 (g) tidak dapat Penyelia Kawasan/

Pegawai Peperiksaan

dilaksanakan, tindakan berikut hendaklah dilakukan:

 membahagikan calon, contohnya kepada dua

kumpulan berdasarkan bilangan kertas peperiksaan;
 memastikan calon kumpulan pertama menduduki

peperiksaan terlebih dahulu. Calon kumpulan kedua

hendaklah dikuarantin;
 mengingatkan calon kumpulan pertama agar tidak

membuat sebarangcatatan atau contengan pada

kertas peperiksaan;
 memastikan calon tidak membawa keluar kertas

peperiksaan dari dewan peperiksaan atau bilik

peperiksaan; dan
 memastikan calon kumpulan kedua menduduki

peperiksaan sebaik sahaja calon kumpulan pertama

tamat.

Nota:

Kaedah 5.5.1 (h) hendaklah dilaksanakan jika berlaku
kekurangan kertas peperiksaan braille.

i. Memastikan calon yang dikuarantin diawasi sehingga Ketua Pengawas/

bekalan kertas peperiksaan mencukupi untuk semua Timbalan Ketua
Pengawas/

calon dan peperiksaan dapat dimulakan; Pengawas Peperiksaan

j. Memastikan PP yang mengawasi calon yang dikuarantin Ketua Pengawas
Peperiksaan
melaksanakan perkara-perkara berikut:

 menerangkan kedudukan yang sebenar kepada calon
dan meminta mereka bertenang dan bersabar;

 memastikan calon tidak keluar dari dewan atau bilik
peperiksaan tanpa ditemani oleh PP; dan

 memastikan tidak ada orang luar menghampiri dewan
atau bilik peperiksaan.

49

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

k. Mendapatkan kerjasama PGB untuk menguruskan makan,
minum dan kebajikan calon jika kuarantin mengambil
masa yang terlalu lama;

l. Merekodkan perkara ini dalam BRP; dan

m. Menyediakan laporan lengkap dan mesti disampaikan
kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan Pengarah
Peperiksaan dengan segera.

5.6 PENGENDALIAN KERTAS PEPERIKSAAN TERTUTUP

5.6.1 Memastikan semua calon menulis angka giliran pada muka Ketua Pengawas/
5b.. 6.2 hadapan sebelah kanan bahagian atas kertas peperiksaan. Timbalan Ketua
5.6.3
Pengawas/
5.6.4 Pengawas
Peperiksaan

Memastikan PP mengambil tindakan berikut bagi semua kertas Ketua Pengawas

Peperiksaan

peperiksaan tertutup yang telah selesai diduduki:

a. mengutip semula semua kertas peperiksaan dan
menyusun mengikut angka giliran.

b. mengira dan memastikan: Ketua Pengawas
 bilangannya akur dengan bilangan yang diberikan; Peperiksaan
 tiada muka surat yang terkoyak atau hilang;
 tiada soalan yang disalin dalam apa jua bentuk.

Membungkus kertas peperiksaan tertutup mengikut tatacara
berikut:

a. memasukkan semula kertas peperiksaan tertutup ke
dalam sampul asal;

b. melengkapkan BKM Kertas Peperiksaan Tertutup
(LP/Am 51) dan menampal borang BKM di bahagian
belakang sampul kertas peperiksaan yang pertama;

c. sampul kertas peperiksaan yang pertama hendaklah
disusun di atas sampul lain dengan borang BKM
mengadap ke atas;

d. mengikat sampul yang telah disusun; dan

e. memasukkan sampul yang diikat ke dalam karung
keselamatan.

Menyerahkan karung keselamatan yang mengandungi kertas Ketua Pengawas

Peperiksaan

peperiksaan tertutup kepada PK pada hari yang sama.

50

PANDUAN PENGURUSAN

 PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

5.6.5 Mengotakkan semua sampul kertas peperiksaan tertutup, Penyelia Kawasan
5.6.6 dilabel dengan perkataan “KERTAS PEPERIKSAAN TERTUTUP”
dan disusun di atas rak di bahagian atas sekali.

Menyimpan kertas peperiksaan tertutup di dalam bilik kebal KS SPP/ KU UPP
untuk dimusnahkan mengikut prosedur keselamatan.

5.7 BEKALAN KERTAS PEPERIKSAAN CALON HOSPITAL ATAU
PUSAT TAHANAN ATAU PUSAT PEMULIHAN ATAU PENJARA

5.7.1 Mengambil kertas peperiksaan dari pusat peperiksaan yang Pengawas
5.7.2 berhampiran setelah sampul kertas peperiksaan dibuka di pusat Peperiksaan
5.7.3 peperiksaan berkenaan.

Memasukkan ke dalam karung keselamatan dan dijerut Ketua Pengawas
dengan seal keselamatan (mouse tail) serta nombor siri seal Peperiksaan
direkodkan di dalam BRP di hadapan KP pusat peperiksaan
berkenaan.

Memastikan kertas peperiksaan dibawa oleh dua orang Penyelia Kawasan
Petugas Peperiksaan dalam karung keselamatan terus ke
pusat.

51

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

6.0

PENGURUSAN SKRIP JAWAPAN
PEPERIKSAAN

52

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

6.0 PENGURUSAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN

6.1 PENGURUSAN KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB)
DAN KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)

6.1.1 Sebelum Sesi Peperiksaan

a. Mengedarkan kertas JOB sebelum semua calon Pengawas
Peperiksaan
mengambil tempat di dalam dewan dan bilik peperiksaan;

b. Memastikan setiap calon menerima kertas JOB masing- Pengawas
masing; Peperiksaan

c. Memastikan calon mematuhi arahan berikut: Ketua Pengawas/
Pengawas
Peperiksaan

 menyemak semula maklumat yang telah dicetak pada

kertas sepadan dengan maklumat diri calon;

 tidak meminda maklumat yang telah sedia dicetak;
 menggunakan pensel 2B atau BB sahaja;
 menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja;
 tiada kesan pensel di tempat yang dipadam
 tidak menggunakan pemadam jenis cecair;
 tidak melipat, menggulung atau merenyuk kertas

jawapan objektif; dan


 tidak membuat lubang atau apa-apa tanda.

d. Memastikan calon berikut mengisi kertas JOTB dengan Ketua Pengawas/
Pengawas

merujuk kepada Panduan Pengendalian JOTB Di Pusat Peperiksaan

Peperiksaan dan mematuhi perkara 6.1.3 (e):

 calon Hospital atau calon Tahanan atau calon Pusat
Pemulihan atau calon Penjara;

 calon Menumpang; dan
 calon Bantahan.

53

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

6.1.2 Semasa Sesi Peperiksaan

a. Memastikan tindakan berikut diambil sekiranya ada calon Ketua Pengawas/
Pengawas
yang tidak hadir selepas setengah jam peperiksaan Peperiksaan
dimulakan:

 menghitamkan ruang TIDAK HADIR, menandatangani

dan menulis nama di Bahagian B kertas JOB dengan
menggunakan pensil 2B atau BB sahaja; dan

 mengisi maklumat calon yang tidak hadir pada pembalut

dalam (LP/Am 12), Borang Kawalan Kertas Jawapan
Objektif (KOB) dan Borang Mengesan Pergerakan Calon
(LP/Am 29).

b. Memastikan tindakan berikut diambil bagi calon Tercicir, Ketua Pengawas/
Pengawas

calon pindah menumpang, calon pusat Peperiksaan

pemulihan dan calon penjara sekiranya ada calon yang

tidak hadir selepas setengah jam peperiksaan dimulakan:

 menghitamkan ruang di Bahagian C pada kertas JOTB

dengan menggunakan pensil 2B atau BB sahaja; dan

 mengisi maklumat calon yang tidak hadir pada pembalut

dalam (LP/Am 12), Borang Kawalan Kertas Jawapan
Objektif (KOB) dan Borang Mengesan Pergerakan Calon
(LP/Am 29);

c. Melengkapkan maklumat dalam Borang KOB seperti Ketua Pengawas/
Pengawas
prosedur di Bahagian 3.0; dan Peperiksaan

d. Mengutip kertas jawapan objektif calon yang telah siap. Ketua Pengawas/
Pengawas

Peperiksaan

6.1.3 Selepas Sesi Peperiksaan

a. Memastikan calon tidak keluar dari dewan dan bilik Ketua Pengawas/
Pengawas
peperiksaan sehingga diberi kebenaran;
Peperiksaan

Ketua Pengawas/

b. Mengutip dan menyusun kertas JOB mengikut urutan Pengawas
Peperiksaan
dalam Jadual Kedatangan;
Ketua Pengawas/
Pengawas

c. Memastikan jumlah kertas JOB akur dengan jumlah calon Peperiksaan

dalam Jadual Kedatangan sebelum calon dibenarkan

keluar;

54

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

d. Menyusun semua kertas JOB calon mengikut urutan dalam Ketua Pengawas/
Pengawas

Jadual Kedatangan; Peperiksaan

e. Kertas JOTB calon tercicir, calon menumpang, calon Ketua Pengawas/

pindah menumpang dan calon bantahan hendaklah Pengawas
Peperiksaan

diletakkan di bahagian atas susunan kertas JOB; dan

f. Mengisi maklumat kehadiran calon pada pembalut dalam Ketua Pengawas/
Pengawas

(LP/Am 12) atau (LP/Am 13), Borang Kawalan Kertas Peperiksaan

Jawapan Objektif dan Borang Mengesan Pergerakan Calon

(LP/Am 29).

6.1.4 Pembungkusan Kertas Jawapan Objektif

a. Memastikan maklumat pada Pembalut Dalam (LP/Am Ketua Pengawas
Peperiksaan

12), Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif dan Borang

Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) adalah sama;

b. Memastikan kertas JOB diapit dengan kad pelapik; Ketua Pengawas
Peperiksaan

c. Memastikan kertas jawapan objektif dibungkus dengan Ketua Pengawas

Pembalut Dalam (LP/Am 12); Peperiksaan

d. Memasukkan kertas jawapan objektif ke dalam plastik Ketua Pengawas

pembungkus; Peperiksaan

e. Melekatkan pita keselamatan pada sampul plastik Timbalan Ketua
pembungkus skrip (selaras nama sampul ini) dengan cara: Pengawas

 buka bahagian atas pita keselamatan yang dikhususkan
untuk Ketua Pengawas; dan

 rapatkan dengan menekan bahagian yang berpelekat
dengan plastik pembungkus dan memastikan kedua-dua
permukaan bertutup rapat.

f. Memastikan alamat LP ditulis dengan betul seperti dalam Ketua Pengawas
Peperiksaan
Jadual Pengiriman;

g. Mengikat bungkusan kertas JOB dengan kemas dan kuat. Ketua Pengawas
Peperiksaan
Mencatatkan nombor pembungkus plastik dalam BRP; dan

h. Menyimpan bungkusan kertas JOB dalam peti besi Timbalan Ketua
Pengawas

berkunci dan sentiasa dikawal oleh petugas sekiranya

masih ada sidang peperiksaan yang perlu dilaksanakan

pada hari tersebut.

55

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

6.1.5 Penghantaran Kertas Jawapan Objektif

a. Memasukkan bungkusan kertas JOB dalam karung Ketua Pengawas/
Pengawas
keselamatan mengikut sidang dan menjerutnya dengan Peperiksaan
seal keselamatan (mouse tail) dan menghantar ke bilik
kebal atau bilik keselamatan pada hari yang sama; dan

b. Memastikan PK menandatangani akuan penerimaan Penyelia Kawasan/
Ketua Pengawas

bungkusan kertas JOB dalam BRP.

6.2 PENGURUSAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN (SJP)

6.2.1 Sebelum Sesi Peperiksaan

a. Mengedarkan Buku Jawapan (BJ) atau Helaian Ketua Pengawas
dan Pengawas

Tambahan (HT) mengikut peperiksaan sebelum semua Peperiksaan

tempat di dalam bilik dan dewan peperiksaan

b. Memastikan edaran awal HT dihadkan kepada dua helai Ketua Pengawas

sahaja, bagi kertas peperiksaan yang menggunakan HT dan Pengawas
Peperiksaan

sebagai kertas jawapan;

c. Memastikan calon mengisi maklumat angka giliran, Ketua Pengawas
nombor kad pengenalan, nama dan kod kertas dan Pengawas

Peperiksaan

peperiksaan pada BJ atau setiap HT yang digunakan; dan;

d. Memastikan calon mengisi maklumat iaitu angka giliran Ketua Pengawas
dan Pengawas
dan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan Peperiksaan
bagi kertas jawapan yang dijawab dalam kertas
peperiksaan.

6.2.2 Semasa Sesi Peperiksaan

a. Memastikan HT diedarkan berdasarkan keperluan; Ketua Pengawas
dan Pengawas
Peperiksaan

b. Memastikan tindakan berikut diambil sekiranya ada calon Ketua Pengawas

yang tidak hadir selepas setengah jam peperiksaan dan Pengawas
Peperiksaan

dimulakan:

56

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

 mengisi maklumat iaitu angka giliran, nombor kad Ketua Pengawas
pengenalan, nama dan kod kertas peperiksaan dengan Peperiksaan dan

Pengawas

menggunakan HT; Peperiksaan

 menulis perkataan TIDAK HADIR dengan jelas secara

menyilang, menandatangani dan menulis nama KP pada
HT tersebut serta diikat dengan benang;

 menyusun HT ini bersama SJP calon yang hadir

mengikut urutan angka giliran; dan

 mengisi maklumat calon ini pada pembalut dalam

(LP/Am 12) sekiranya berkenaan atau (LP/Am 13),
Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) dan
BRP.

6.2.3 Selepas Sesi Peperiksaan

a. Memastikan calon tidak keluar dari dewan dan bilik Ketua Pengawas
dan Pengawas

peperiksaan sehingga diberi kebenaran; Peperiksaan

Ketua Pengawas

b. Memastikan semua maklumat yang ditulis adalah betul dan Pengawas
Peperiksaan
dan lengkap;

c. Memastikan SJP disusun mengikut tertib nombor soalan Ketua Pengawas
dan Pengawas

dan mengikatnya dengan kemas walaupun hanya sehelai Peperiksaan

sahaja;

d. Memastikan SJP dikutip dan disusun mengikut urutan Ketua Pengawas
dan Pengawas

angka giliran; Peperiksaan

e. Memastikan jumlah SJP akur dengan jumlah calon dalam Ketua Pengawas
dan Pengawas
JK sebelum calon dibenarkan keluar; dan
Peperiksaan

f. Memastikan maklumat kehadiran calon pada pembalut Ketua Pengawas

dalam (LP/Am 12) atau (LP/Am 13), Borang Mengesan dan Pengawas
Peperiksaan

Pergerakan Calon (LP/Am 29) dan BRP adalah sama.

6.2.4 Pembungkusan SJP

a. Memastikan SJP dibungkus dengan Pembalut Dalam Ketua Pengawas
Peperiksaan dan
(LP/Am 12). Bagi kertas jawapan subjektif yang bersaiz Pengawas

besar seperti kertas Lukisan Kejuruteraan dan Pendidikan Peperiksaan

Seni Visual Kertas 2, Pembalut Dalam (LP/Am 13)

digunakan;

b. Memastikan bungkusan SJP diikat dengan kemas; Ketua Pengawas
dan Pengawas
Peperiksaan

c. Memastikan alamat penerima SJP ditulis berpandukan Ketua Pengawas
Jadual Pengiriman menggunakan pena mata bulat pada dan Timbalan Ketua

ruangan yang disediakan di pembungkus plastik; Pengawas
Peperiksaan

d. Memasukkan SJP ke dalam pembungkus plastik; Ketua Pengawas
dan Pengawas
Peperiksaan

57

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

e. Memastikan ketebalan satu bungkusan SJP tidak melebihi Ketua Pengawas
dan Pengawas
10sm. Sekiranya ketebalan satu bungkusan melebihi Peperiksaan
10sm, bungkusan tersebut hendaklah dibahagikan kepada
dua atau lebih;

f. Memastikan nombor bungkusan ditulis pada ruang yang Ketua Pengawas
dan Pengawas

disediakan pada setiap bungkusan sekiranya terdapat lebih Peperiksaan

daripada satu bungkusan.

Contohnya jika 2 bungkusan catatkan:

 (1/2) pada bungkusan pertama; dan

 (2/2) pada bungkusan kedua.

g. Memastikan pita keselamatan dilekatkan dengan cara Ketua Pengawas

berikut: dan Pengawas
Peperiksaan

 buka bahagian atas pita keselamatan yang dikhususkan

untuk Ketua Pengawas; dan

 rapatkan dengan cara menekan bahagian yang
berpelekat dengan pembungkus plastikdan memastikan

kedua-dua permukaan bertutup rapat.

h. Menyimpan bungkusan SJP dalam peti besi berkunci dan

Ketua Pengawas

sentiasa dikawal oleh petugas sekiranya masih ada sidang Peperiksaan dan

peperiksaan yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut. Pengawas
Peperiksaan

6.2.5 Penghantaran Kertas Jawapan Subjektif Secara Pos

a. Memastikan maklumat dalam Borang Kiriman Domestik Ketua Pengawas
PL1A diisikan dengan betul berdasarkan Jadual Peperiksaan
Pengiriman;

b. Melengkapkan Borang Kiriman Domestik PL1A bagi setiap Ketua Pengawas
bungkusan. Sekiranya bungkusan kertas jawapan subjektif Peperiksaan
melebihi satu bungkusan, catatkan nombor bungkusan
tambahan di bahagian bawah sebelah kanan ruang
Pengirim.

Contohnya jika dua bungkusan catatkan:
 (1/2) pada Borang Kiriman Domestik PL1A bungkusan

pertama; dan

 (2/2) pada Borang Kiriman Domestik PL1A bungkusan
kedua.

58

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

c. Memastikan Borang Kiriman Domestik PL1A dimasukkan Ketua Pengawas
ke dalam doket dan ditampal pada bahagian belakang Peperiksaan
bungkusan SJP. Nombor PL1A dan nombor pembungkus
plastik hendaklah dicatatkan dalam BRP;

d. Memasukkan bungkusan kertas jawapan subjektif ke Ketua Pengawas
dan Pengawas
dalam karung keselamatan mengikut sidang dan Peperiksaan
menjerutnya dengan seal keselamatan (mouse tail)
sebelum dihantar ke bilik kebal atau bilik keselamatan
atau Pejabat Pos Laju.

6.3 PENGHANTARAN SKRIP CONTOH KE LEMBAGA PEPERIKSAAN
SECARA SERAHAN TANGAN

6.3.1 Memasukkan bungkusan SJP kertas jawapan subjektif ke dalam Ketua Pengawas
karung keselamatan mengikut sidang dan menjerutnya dengan Peperiksaan

seal keselamatan (mouse tail).

6.3.2 Mencatatkan nombor siri seal keselamatan (mouse tail) dalam Ketua Pengawas

BRP. Peperiksaan

6.3.3 Menghantar karung keselamatan bungkusan kertas jawapan Ketua Pengawas
subjektif yang beralamat LP ke bilik kebal kawasan atau bilik dan Pengawas
keselamatan. Peperiksaan

6.3.4 Memastikan PK menandatangani akuan penerimaan bungkusan Penyelia Kawasan

kertas jawapan subjektif dalam BRP. dan Ketua
Pengawas

6.3.5 Menghantar karung keselamatan mengandungi kertas jawapan Penyelia Kawasan
subjektif tersebut kepada KS, SPP atau KU, UPP, JPN atau UPP dan pengiring

atau PPD mengikut jadual yang ditetapkan.

59

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

7.0

PENGURUSAN KES KHAS

60

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

7.0 PENGURUSAN KES KHAS

7.1 CALON TERCICIR

7.1.1 Merujuk Borang Pendaftaran Calon peperiksaan asal yang Ketua Pengawas/
SUP

disimpan oleh pihak sekolah untuk mengesahkan maklumat

calon tercicir.

7.1.2 Melengkapkan semua butiran calon tercicir dan semua kertas Ketua Pengawas
peperiksaan berdasarkan semua mata pelajaran yang Peperiksaan
didaftarkan dengan menggunakan pen dakwat merah pada
helaian JK kosong yang berasingan.

7.1.3 Mencatat angka giliran calon tercicir dalam Borang Mengesan Ketua Pengawas
7.1.4 Pergerakan Calon (LP/Am 29). Peperiksaan dan

Pengawas
Peperiksaan

Menyusun skrip jawapan calon tercicir dengan cara Ketua Pengawas
meletakkannya di kedudukan paling atas dalam susunan Peperiksaan
keseluruhan SJP pusat tersebut, dan membungkusnya mengikut
tatacara pembungkusan SJP.

7.2 CALON MENUMPANG

7.2.1 Memberi kebenaran untuk calon menumpang di sesuatu pusat Ketua Pengawas
peperiksaan jika calon telah mendapat kelulusan daripada KS, Peperiksaan
SPP atau KU, UPP, JPN atau dapat mengemukakan sebab-sebab
kecemasan yang munasabah.

7.2.2 Memastikan kertas peperiksaan yang hendak diambil oleh calon Ketua Pengawas

menumpang ada dibekalkan ke pusat peperiksaan tersebut. Peperiksaan

7.2.3 Melengkapkan semua butiran calon menumpang dan kertas Ketua Pengawas
peperiksaan yang diambil dengan menggunakan pen dakwat Peperiksaan

merah pada helaian JK kosong yang berasingan.

7.2.4 Mencatat angka giliran calon menumpang dalam Borang Ketua Pengawas
7.2.5 Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29).
Peperiksaan/
Lembaga

Peperiksaan

Menyusun skrip jawapan calon menumpang dengan cara Ketua Pengawas
meletakkannya di kedudukan paling atas dalam susunan Peperiksaan dan
keseluruhan SJP pusat tersebut, dan membungkusnya mengikut
tatacara pembungkusan SJP. Pengawas
Peperiksaan

7.3 CALON BANTAHAN

7.3.1 Memastikan calon bantahan mengemukakan Borang Pengetua/ Guru
Pendaftaran Calon yang asal bagi menjustifikasikan bantahan Besar
tersebut.

61

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

7.3.2 Memastikan mengisi dua salinan Borang Bantahan (LP/Am 32) Ketua Pengawas
dengan lengkap. Peperiksaan

Menguruskan Borang LP/Am 32 seperti berikut:

Salinan Pertama:
Dihantar ke LP bersama-sama dengan wang pos.

Salinan Kedua:
Diserahkan ke Bilik Kebal setelah tamat keseluruhan
peperiksaan.

7.3.3 Memaklumkan kepada calon bahawa Pengarah Peperiksaan Ketua Pengawas

Peperiksaan

mempunyai kuasa muktamad untuk menentukan sama ada
bantahannya itu diterima atau ditolak.

7.3.4 Memaklumkan kepada calon bantahan bahawa Pengarah Ketua Pengawas

Peperiksaan

Peperiksaan berhak tidak mengeluarkan keputusan peperiksaan
sekiranya maklumat yang diberikan palsu atau bayaran bantahan
tidak dijelaskan.

7.3.5 Memastikan calon bantahan dikenakan bayaran bantahan Ketua Pengawas

Peperiksaan

sekiranya mendapati kesilapan semasa pendaftaran dilakukan
oleh calon sendiri.

7.3.6 Melengkapkan semua butiran calon bantahan dan kertas Ketua Pengawas

Peperiksaan

peperiksaan berkenaan dengan menggunakan pen dakwat merah
pada helaian JK kosong yang berasingan.

7.3.7 Mencatat angka giliran calon bantahan dalam Borang Khas Ketua Pengawas
dan Pengawas
Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29).
Peperiksaan

7.3.8 Menyusun skrip jawapan calon bantahan dengan cara Ketua Pengawas

dan Pengawas

meletakkannya di kedudukan paling atas dalam susunan Peperiksaan
keseluruhan SJP pusat tersebut, dan membungkusnya mengikut
tatacara pembungkusan SJP.

62

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

7.4 CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)

7.4.1 Menyediakan keperluan atau peralatan kepada semua CBK yang Pengetua/

Guru Besar/

mendapat kelulusan keperluan atau peralatan daripada JPN atau KU UPP/ KS SPP/
LP. LP

7.4.2 Pengendalian Peperiksaan CBK Kurang Upaya Penglihatan
(Rabun/Buta).

a. Menempatkan calon dalam sebuah bilik berasingan yang Pengetua/ Guru

dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai bagi Besar/

mereka seperti mesin Braille, kertas Braille dan peralatan KU UPP/ KS SPP

serta perisian khas;

b. Memberi tambahan masa mengikut Jadual Masa Ketua Pengawas
Peperiksaan

Tambahan yang ditetapkan oleh LP;

c. Melantik sekurang-kurangnya seorang PP atau seorang Pengetua/ Guru

Besar/

guru bertugas (dari sekolah yang sama dengan calon) yang
mahir dalam Braille bagi semua kertas peperiksaan;

d. Memastikan mesin Braille dan peralatan serta perisian khas Ketua Pengawas/

di pusat peperiksaan itu berfungsi dengan baik pada setiap Pengawas
Peperiksaan

hari sebelum peperiksaan dimulakan;

e. Memastikan calon menaip angka giliran di sudut kiri dan Ketua Pengawas/
Pengawas
nombor muka surat di sudut kanan sebelah atas tiap-tiap Peperiksaan
helai SJP masing-masing;

f. Menulis perkataan yang dikehendaki atau disebut oleh Ketua Pengawas/
Pengawas

calon di sebelah atas perkataan yang salah dibraillekan dan Peperiksaan

hendaklah ditandatangani di ruang tepi sebelah kiri SJP;

g. Memasukkan SJP bagi semua calon mengikut kertas Ketua Pengawas/

peperiksaan ke dalam kotak khas yang disediakan; Pengawas
Peperiksaan

Ketua Pengawas/

h. Melengkapkan maklumat pada bahagian luar kotak khas Pengawas

tersebut; Peperiksaan

i. Menghantar kotak khas yang mengandungi SJP calon Ketua Pengawas

Peperiksaan

kepada PK;

j. Menghantar kotak khas yang mengandungi SJP calon ke Penyelia Kawasan
Bilik Kebal yang ditetapkan oleh JPN; dan

k. Menghantar kotak khas yang mengandungi SJP calon ke LP KU UPP/ KS SPP
selepas tamat keseluruhan peperiksaan.

63

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

7.4.3 Pengendalian Peperiksaan CBK bagi Masalah Pembelajaran,
Kurang Upaya Penglihatan (buta), Kurang Upaya Pelbagai,
Kurang Upaya Pertuturan, Kurang Upaya Pendengaran, Kurang
Upaya Penglihatan (rabun) dan Kurang Upaya Fizikal.

a. Menempatkan calon dalam sebuah bilik berasingan dengan Pengetua/ Guru

Besar

kemudahan yang cukup dan sesuai;

b. Memberi tambahan masa mengikut Jadual Masa Ketua Pengawas

Tambahan yang ditetapkan oleh LP; Peperiksaan

c. Memastikan setiap helaian SJP CBK disusun mengikut Ketua Pengawas/
Pengawas

urutan dan diikat dengan kemas; Peperiksaan

d. Memasukkan SJP CBK ke dalam plastik pembungkus Ketua Pengawas/
Pengawas
berasingan; dan
Peperiksaan

e. Meletakkan sampul plastik pembungkus yang Ketua Pengawas/
Pengawas
mengandungi SJP CBK di sebelah atas bungkusan Peperiksaan
keseluruhan SJP pusat tersebut, dan membungkusnya
mengikut tatacara pembungkusan.

7.5 CALON YANG MEMERLUKAN KEMUDAHAN ATAU PERALATAN TAMBAHAN

7.5.1 Peralatan atau Kemudahan Tambahan

a. Komputer.

 Memastikan keperluan komputer yang disediakan Pengetua/
Guru Besar/
berfungsi dengan baik dan telah dinyahmaklumat Ketua Pengawas

pada setiap hari sebelum peperiksaan dimulakan;

 Membuat instalasi perisian yang diluluskan sahaja KU UPP/ KS SPP

untuk kegunaan calon;

 Memastikan calon menggunakan perisian MS Word, Ketua Pengawas/

huruf jenis New Times Roman, saiz huruf 11 dengan Pengawas
Peperiksaan

jarak baris 1.5;

 Memastikan fungsi auto (auto correct, auto check) Pengetua/
pada komputer tidak diaktifkan; Guru Besar/

Ketua Pengawas

 Mengesahkan kertas cetakan putih bersaiz A4 yang Ketua Pengawas

digunakan oleh calon adalah tidak tercatat sebarang Peperiksaan
maklumat atau tulisan;

 Memastikan jawapan calon dicetak dengan angka Ketua Pengawas/

giliran tercatat di sudut kiri dan nombor muka surat Pengawas
Peperiksaan

tercatat di sudut kanan sebelah atas setiap helaian

SJP;

64

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

 Menyimpan komputer di tempat yang tidak boleh Ketua Pengawas/
Pengawas
diakses oleh orang yang tidak berkenaan; dan
Peperiksaan

 Membungkus SJP calon bersama-sama SJP calon asal Ketua Pengawas/
mengikut urutan dalam JK. Pengawas

Peperiksaan

b. Pembaca Soalan atau Jurutulis.

 Membuat permohonan kepada JPN untuk Pengetua/
Guru Besar
mendapatkan khidmat bantu daripada Pembaca
Soalan atau Jurutulis atau kedua-dua sekali bagi pihak
calon yang tidak boleh membaca kertas soalan kerana
Kurang Upaya Penglihatan rabun atau buta secara
tiba-tiba;

 Membuat permohonan kepada JPN untuk Pengetua/
Guru Besar
mendapatkan khidmat bantu daripada Jurutulis bagi
pihak calon yang tidak boleh menulis secara tiba-tiba
dengan anggota yang biasa digunakan untuk menulis
semasa peperiksaan;

 Mencalonkan guru sekolah lain yang mengajar mata Pengetua/
Guru Besar
pelajaran yang sama kepada JPN untuk dilantik
sebagai Pembaca Soalan atau Jurutulis;

 Memastikan rakaman audio dibuat sepanjang tempoh Ketua Pengawas/

peperiksaan; Pengawas
Peperiksaan

 Membaca soalan berulangkali atas permintaan

calon; Pembaca Soalan

 Dilarang membantu calon dalam menjawab soalan Pembaca Soalan

peperiksaan;

 Menulis angka giliran dan kod kertas peperiksaan Ketua Pengawas/

pada pita rakaman yang digunakan; Pengawas
Peperiksaan

65

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

 Memasukkan pita rakaman dan SJP calon mengikut Ketua Pengawas/

kertas peperiksaan ke dalam sampul khas (LP/Am63B) Pengawas
Peperiksaan

dengan melengkapkan maklumat pada bahagian luar

sampul tersebut;

 Menghantar sampul khas (LP/Am 63B) SJP calon Ketua Pengawas

kepada PK; Peperiksaan

 Menghantar sampul khas (LP/Am 63B) SJP calon ke Penyelia Kawasan

Bilik Kebal yang ditetapkan oleh JPN; dan

 Menghantar semua sampul khas (LP/Am 63B) SJP KU UPP/ KS SPP

calon ke LP selepas tamat keseluruhan peperiksaan.

c. Guru Pendamping (GP)

 Memaklumkan kepada GP tiada bayaran bagi Penyelia Kawasan/

Ketua Pengawas

perkhidmatan yang diberikan; Peperiksaan

 Memastikan GP menandatangani Borang Akta Rahsia Ketua Pengawas
Peperiksaan
Rasmi 1972 Lampiran D sebelum peperiksaan
bermula; Ketua Pengawas
Peperiksaan
 Mencatat maklumat GP dalam BRP;
 Memastikan GP berada bersama dengan calon Ketua Pengawas
Peperiksaan
sepanjang tempoh peperiksaan;

 Memastikan GP tidak membawa apa-apa bahan atau Ketua Pengawas
dokumen yang tidak dibenarkan; Peperiksaan

 Memastikan GP tidak membantu calon sepanjang Ketua Pengawas
Peperiksaan
tempoh peperiksaan;

 Menempatkan calon, GP dan satu orang PP yang Ketua Pengawas
berkecuali di bilik berasingan; dan Peperiksaan

 Membungkus SJP calon bersama-sama SJP calon Ketua Pengawas
asal mengikut urutan dalam JK. Peperiksaan







66

PANDUAN PENGURUSAN
 PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS





7.6 CALON HOSPITAL

7.6.1 Situasi 1:
Calon berada di hospital di negeri calon mendaftar.
Pengetua/
Memaklumkan secara rasmi kepada KS, SPP, JPN dengan kadar Guru Besar
segera berkenaan maklumat nama dan angka giliran calon,
nama pusat peperiksaan calon, nama hospital di mana calon
telah ditahan bagi mana-mana calon yang ditahan dan
ditempatkan di hospital atas sebab rawatan sebelum atau pada
hari peperiksaan.

7.6.2 Situasi 2: Pengetua/
Calon berada di hospital di luar negeri calon mendaftar. Guru Besar

Memaklumkan secara rasmi kepada KS, SPP, JPN asal dengan
kadar segera berkenaan maklumat nama dan angka giliran
calon, nama pusat peperiksaan calon, nama hospital di mana
calon telah ditahan bagi mana-mana calon yang ditahan dan
ditempatkan di hospital atas sebab rawatan sebelum atau pada
hari peperiksaan.

Memaklumkan juga perkara yang sama kepada KS, SPP, JPN
di mana calon menduduki peperiksaan dengan kadar segera.

Contohnya:

Calon yang mendaftar di Selangor menduduki peperiksaan di
Hospital Putrajaya. Sekolah calon di Selangor memaklumkan
kepada KS, SPP, JPN Selangor. Perkara yang sama juga
dimaklumkan kepada KS, SPP, JPN Wilayah Persekutuan
Putrajaya. Ini bagi memastikan calon menerima kertas
peperiksaan mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

Tindakan Jabatan Pendidikan Negeri

7.6.3 Mendapatkan maklumat mengenai calon yang perlu menduduki
peperiksaan di hospital dalam daerah/negeri dan luar
daerah/negeri.

Situasi 1: KU UPP/ KS SPP
Calon berada di hospital di negeri calon mendaftar.

Memaklumkan maklumat nama dan angka giliran calon, nama
pusat peperiksaan calon, nama hospital di mana calon telah
ditahan bagi mana-mana calon yang ditahan dan ditempatkan
di hospital atas sebab rawatan sebelum atau pada hari
peperiksaan kepada Pengawas Hospital.

67

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

Situasi 2: KU UPP/ KS SPP
Calon berada di hospital di luar negeri calon mendaftar.

Memaklumkan maklumat nama dan angka giliran calon, nama
pusat peperiksaan calon, nama hospital di mana calon telah
ditahan bagi mana-mana calon yang ditahan dan ditempatkan
di hospital atas sebab rawatan sebelum atau pada hari
peperiksaan kepada Pengawas Hospital.

Memohon kebenaran pihak hospital atau tempat tahanan
terlebih dahulu sebelum menjalankan peperiksaan.

7.6.4 Memastikan pihak hospital atau tempat tahanan menyediakan KU UPP/ KS SPP
kemudahan mengikut arahan dan peraturan keselamatan
peperiksaan.

7.6.5 Melantik PP untuk mengawasi calon hospital atau tempat KU UPP/ KS SPP
7.6.6 tahanan.

Mengurus kertas jawapan objektif bagi calon hospital atau Ketua Pengawas/
Pengawas

tempat tahanan. Peperiksaan

7.6.7 Mengurus Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29) bagi Pengawas
7.6.8 calon hospital atau tempat tahanan. Peperiksaan

Mengurus Jadual Kedatangan bagi calon hospital atau tempat Pengawas
tahanan. Peperiksaan

Rujuk Bahagian 3.0.

7.6.9 Memastikan calon mendapat tempoh masa yang diperuntukkan Pengawas

Peperiksaan

untuk menjawab kertas peperiksaan.

7.6.10 Memasukkan SJP calon ke dalam sampul khas (LP/Am 63A) Pengawas
bagi calon hospital atau tempat tahanan. Peperiksaan

7.6.11 Menghantar sampul SJP calon kepada PK. Pengawas
Peperiksaan

7.6.12 Menghantar sampul SJP calon ke Bilik Kebal yang ditetapkan Penyelia Kawasan
oleh JPN.

7.6.13 Menghantar semua sampul SJP calon ke LP selepas tamat KU UPP/ KS SPP
keseluruhan peperiksaan.

68

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

7.7 KES KECEMASAN

7.7.1 Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba.

Situasi 1, 2 dan 3 merujuk kepada calon yang menduduki
peperiksaan dalam waktu yang ditetapkan pada Jadual Waktu
Peperiksaan Calon Berkeperluan Khas kategori A. Situasi
1, 2 dan 3 tidak terpakai sekiranya calon ingin mula menjawab
kertas peperiksaan setelah waktu yang ditetapkan pada Jadual
Waktu Peperiksaan CBK kategori A telah tamat. Sekiranya
waktu yang ditetapkan Jadual Waktu Peperiksaan CBK kategori
A telah tamat, calon tidak dibenarkan menduduki kertas
peperiksaan berkenaan.

Situasi 1:

Calon di hospital tidak sedarkan diri sebelum kertas
peperiksaan dimulakan tetapi sedar sebelum waktu
peperiksaan tamat.

Calon dibenarkan menduduki peperiksaan setelah mendapat
pengesahan daripada pegawai perubatan dan diberi masa
gantian.

a. Mengasingkan calon di bilik khas dengan diawasi oleh PP; Ketua Pengawas/
Pengawas

Peperiksaan

b. Menghubungi pihak sekolah untuk tindakan segera; Ketua Pengawas
Peperiksaan

c. Memastikan kertas peperiksaan dan SJP calon Ketua Pengawas/
disimpan dalam almari besi dan berkunci; dan Pengawas

Peperiksaan

d. Memastikan maklumat kejadian direkod dalam BRP dan Ketua Pengawas
Peperiksaan

Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90).

Situasi 2:

Calon di pusat peperiksaan tidak sedarkan diri sebelum
kertas peperiksaan dimulakan tetapi sedar sebelum waktu
peperiksaan tamat.

Calon dibenarkan menduduki peperiksaan setelah mendapat
pengesahan daripada pegawai perubatan dan diberi masa
gantian.

e. Calon yang dibawa ke hospital:

 memastikan PP mengiringi dan mengawasi calon pada Ketua Pengawas
setiap masa. Peperiksaan

69

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

 menghubungi PK dan PP yang dilantik untuk bertugas di Ketua Pengawas
Peperiksaan
hospital bagi memaklumkan maklumat kejadian.

 Memastikan kertas peperiksaan dan SJP calon dibawa Penyelia Kawasan/
ke hospital mengikut prosedur keselamatan: Ketua Pengawas

Peperiksaan

- Kertas peperiksaan dan SJP dimasukkan ke dalam

plastik pembungkus skrip jawapan dan dilakri.

- Pembungkus Skrip Jawapan (PSJ) dimasukkan di

dalam beg tertutup.

- Kertas peperiksaan dan SJP hendaklah dibawa ke

hospital oleh dua orang petugas peperiksaan.

f. Calon yang kekal di pusat peperiksaan:

 membenarkan calon meneruskan peperiksaan Ketua Pengawas
meneruskan Peperiksaan
sekiranya calon mampu dan mahu
peperiksaan.

 memberikan masa gantian pada hari yang sama kepada Penyelia Kawasan/
Ketua Pengawas

calon bagi masa yang belum digunakan. Peperiksaan

Situasi 3:
Calon di pusat peperiksaan tidak sedarkan diri semasa kertas
peperiksaan dimulakan tetapi sedar sebelum waktu
peperiksaan tamat.

Calon dibenarkan menduduki peperiksaan setelah mendapat
pengesahan daripada pegawai perubatan dan diberi masa
gantian.

g. Calon yang dibawa ke hospital:

 memastikan PP mengiringi dan mengawasi calon pada

setiap masa.

 menghubungi PK dan PP yang dilantik untuk bertugas di

hospital bagi memaklumkan maklumat kejadian.

 Memastikan kertas peperiksaan dan SJP calon dibawa

ke hospital mengikut prosedur keselamatan:

- Kertas peperiksaan dan SJP dimasukkan ke dalam Ketua Pengawas

plastik pembungkus skrip jawapan dan dilakri. Peperiksaan

- PSJ dimasukkan di dalam beg tertutup. Ketua Pengawas
Peperiksaan

- Kertas peperiksaan dan SJP hendaklah dibawa ke Ketua Pengawas

hospital oleh dua orang petugas peperiksaan. Peperiksaan

70

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

h. Calon yang kekal di pusat peperiksaan:

 membenarkan calon meneruskan peperiksaan Ketua Pengawas

Peperiksaan
sekiranya calon mampu dan mahu meneruskan

peperiksaan setelah mendapat pengesahan daripada

pegawai perubatan.

 memberikan masa gantian pada hari yang sama Ketua Pengawas
Peperiksaan
kepada calon bagi masa yang belum digunakan.



i. Calon yang dibawa ke hospital dan dibawa balik
semula ke pusat peperiksaan (selepas mendapat
kebenaran doktor):

 memastikan PP mengiringi dan mengawasi calon pada Ketua Pengawas
Peperiksaan

setiap masa.

 membenarkan calon meneruskan peperiksaan Ketua Pengawas

sekiranya calon mampu dan mahu Peperiksaan
peperiksaan.
meneruskan

 memberikan masa gantian pada hari yang sama Ketua Pengawas
kepada calon bagi masa yang belum digunakan. Peperiksaan

j. Menguruskan SJP calon seperti berikut:

 memasukkan SJP calon ke dalam Pembungkus Skrip Pengawas
Jawapan seterusnya memasukkan SJP ke dalam Peperiksaan

sampul khas (LP/AM 63A). Pengawas
 melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul Peperiksaan

khas tersebut.

 memasukkan sampul khas (LP/AM 63A) dalam beg Pengawas
tertutup. Peperiksaan

 menghantar sampul khas (LP/AM 63A) ke Bilik Kebal Pengawas

yang ditetapkan oleh SPP, JPN. Peperiksaan/
Penyelia Kawasan

Situasi 4:

Calon di hospital atau di pusat peperiksaan tidak sedarkan diri
semasa kertas peperiksaan dimulakan tetapi sedar selepas
waktu peperiksaan tamat.

Calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

7.7.2 Penyakit Berjangkit

Contoh: penyakit berjangkit termasuk demam campak, cacar Ketua Pengawas/
dan sakit mata. Pengawas

Peperiksaan

a. Mengasingkan calon di bilik khas dan diawasi oleh Ketua Pengawas
Peperiksaan
Pengawas;

b. Memastikan maklumat kejadian direkod dalam BRP dan Ketua Pengawas
Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90);
Peperiksaan

71

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

c. Menghubungi PK bagi memaklumkan maklumat Ketua Pengawas
kejadian;
Peperiksaan

d. Memohon PP tambahan untuk mengawas calon Ketua Pengawas/
tersebut sekiranya perlu; dan Pengawas

Membungkus SJP calon bersama-sama SJP calon asal Peperiksaan
mengikut urutan dalam JK.

7.8 KES SALAH LAKU

7.8.1 Kategori Kes Salah Laku :
a. Meniru.

 Calon dituduh atau disabit meniru jika menggunakan

beberapa atau ayat atau perkataan jawapan calon lain
sebagai jawapannya atau memberi atau menyampaikan
atau mendedahkan jawapannya kepada calon lain
dalam keadaan sedar semasa peperiksaan sedang
berjalan.

 Contohnya:

Calon memberi peluang kepada kawan untuk meniru
atau menolong menjawab sesuatu soalan atau meniru
dari kawan.

b. Menyeludup.

 Calon dituduh atau disabit menyeludup jika calon

membawa masuk buku ramalan atau jawapan yang
telah tersedia atau catatan atau nota atau buku atau
ringkasan atau rumusan atau lakaran lukisan ke dalam
bilik atau dewan peperiksaan sedang dijalankan bagi
tujuan meniru atau calon menggunakan skrip calon lain
sebagai skripnya atau hasil kerja kursus yang diupah
atau beli atau calon menceroboh masuk ke kawasan

larangan atau makmal atau bilik atau dewan

peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.


 Contohnya:

Calon membawa apa-apa buku, nota, kertas, dokumen,
gambar, atau apa-apa peranti lain, kecuali apa yang

dibenarkan oleh KP, ke dalam atau ke luar dari dewan

atau bilik peperiksaan.

72

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

c. Mendapat Bantuan.

 Calon dituduh atau disabit meniru dengan mendapat

bantuan jika calon menerima bantuan atau pertolongan
daripada orang lain yang berada di luar atau dalam bilik

atau dewan peperiksaan menjawab soalan bagi pihak

dirinya semasa peperiksaan sedang berjalan.


 Contohnya:

Orang luar menyampaikan jawapan atau maklumat

kepada calon atau petugas peperiksaan membantu
calon atau membiarkan calon meniru.

d. Menyamar.

 Calon dituduh atau disabit menyamar jika calon terbabit

menggunakan kad pengenalan (sementara) yang

dipalsukan atau telah diubah atau bertukar-tukar angka

giliran sesama sendiri semasa peperiksaan sedang

berjalan. Seseorang calon yang didapati bersalah sabit

dengan bukti yang jelas daripada PP atau Pemeriksa

atau kurang bukti tetapi ada keyakinan tanda-tanda
meniru telah dilakukan calon.

 Contohnya:
Orang luar menyamar sebagai calon. 

e. Melanggar Peraturan Peperiksaan.

 Calon yang dituduh atau disabit melanggar peraturan

dan amaran yang termaktub di dalam arahan dan
amaran Jadual Waktu Peperiksaan Tahun berkenaan.
Seseorang calon yang didapati bersalah sabit dengan
bukti yang jelas daripada PP dan Pemeriksa atau kurang

bukti tetapi ada keyakinan tanda-tanda meniru

dilakukan calon.


 Contohnya:

Calon mengedarkan kertas jawapan untuk dijadikan

panduan atau menggunakan isyarat.

Calon mengambilnota dan membuat rujukan di luar

bilik peperiksaan.

Calon menulis nota pada anggotabadan, di dinding bilik

peperiksaan atau atas meja tulis.

Menipu atau cuba menipu atau berkelakuan dengan

cara yang boleh dianggap sebagai menipu atau cuba

menipu untuk tujuan peperiksaan

73

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

7.8.2 Kaedah Pencegahan Salah Laku.
7.8.3
Pengetua/

a. Memastikan calon memasuki dewan/bilik peperiksaan Guru Besar/

melalui satu pintu sahaja dan mengingatkan calon supaya Penyelia Kawasan/
Ketua Pengawas/

tidak membawa masuk bahan larangan seperti mana yang Timbalan/
Ketua Pengawas/
tercatat di dalam Jadual Waktu peperiksaan;
Pengawas

Peperiksaan

b. Membacakan arahan, amaran, larangan dan peringatan Ketua Pengawas

seperti yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan Peperiksaan /
Pengawas

kepada calon di dewan dan semua bilik peperiksaan; Peperiksaan

c. Mengawas secara aktif dan sentiasa berwaspada kepada Ketua Pengawas/
Pengawas
sebarang cubaan salah laku; Peperiksaan

d. Tidak membenarkan pihak yang tidak berkenaan Ketua Pengawas/
Pengawas
menghampiri dewan atau bilik peperiksaan;
Peperiksaan

e. Memeriksa dokumen pengenalan diri calon yang Ketua Pengawas/
Pengawas
bergambar pada setiap sesi peperiksaan bagi mengelakkan Peperiksaan
penyamaran;

f. Memastikan PP mengistiharkan pengakuan sekiranya Ketua Pengawas/

mempunyai hubungan persaudaraan dengan calon; dan Pengawas
Peperiksaan

g. Tidak menempatkan PP yang mempunyai hubungan Ketua Pengawas/

persaudaraan dengan calon di bilik calon itu mengambil Pengawas
Peperiksaan

peperiksaan.

Tindakan Jika Berlaku Salah Laku.

a. Mengambil bahan bukti salah laku secara serta merta dan Ketua Pengawas
mencatat maklumat yang berkaitan tanpa menganggu Peperiksaan
calon;

b. Membenarkan calon terus menjawab hingga tamat masa Ketua Pengawas
Peperiksaan

peperiksaan;

c. Membungkus SJP calon tersebut bersama dengan SJP Ketua Pengawas/
Pengawas
calon pusat peperiksaan berkenaan;
Peperiksaan

d. Memastikan calon yang melakukan salah laku mengisi Ketua Pengawas/

Borang Kes Salah Laku Calon Peperiksaan (LP/Am 31 Pin Pengawas
Peperiksaan

1/2017) dengan tulisan tangan sendiri;

e. Memastikan calon menulis dengan tulisan tangan sendiri Ketua Pengawas/
Pengawas

pengakuan dan butiran diri calon pada bahan bukti Peperiksaan

tersebut;

74

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

Bahan Bukti Cara Catatan

Nota bercetak Ambil nota Calon turunkan

bercetak pengakuan dan

tandatangan pada

nota.

Telefon Ambil gambar Calon turunkan

telefon dan nota pengakuan dan

dalam telefon. tandatangan pada

salinan gambar

telefon dan gambar

nota dalam telefon

Nota pada Ambil gambar nota Calon turunkan

baju/ bahagian pada baju atau pengakuan dan

badan/ dan bahagian badan tandatangan pada

lain-lain salinan gambar

tempat nota pada bau atau

bahagain badan.

f. Mengisi Borang Laporan Kes Salah Laku Calon Ketua Pengawas
Peperiksaan

Peperiksaan (LP/Am 30 Pin 1 / 2017) dengan

selengkapnya dan disertakan bersama bahan bukti

berkaitan atau Rakaman/ salinan bahan bukti; dan

g. Menghantar Borang Laporan Kes Salah Laku Calon Ketua Pengawas/
Peperiksaan (LP/Am 30 Pin 1 / 2017) dan Borang Kes Penyelia Kawasan
Salah Laku Calon Peperiksaan (LP/Am 31 Pin 1 / 2017)
dan bahan bukti kepada KS,SPP melalui PK dengan
segera.

75

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS
7.9 KES LUAR JANGKAAN SEMASA PEPERIKSAAN

7.9.1 Cuti khas
7.9.2
a. Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan KU UPP/ KS SPP/
7.9.3 kenyataan rasmi berhubung perjalanan peperiksaan Penyelia Kawasan/
7.9.4
Ketua Pengawas

jika Kerajaan Pusat mengisytiharkan cuti khas;

b. Sekiranya Pengarah Peperiksaan tidak
mengeluarkan kenyataan rasmi, peperiksaan akan
terus dijalankan seperti yang dijadualkan; dan

c. Sekiranya Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti
khas, peperiksaan akan terus dijalankan seperti
yang dijadualkan.

Keadaan Darurat dan Perintah Berkurung

a. Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah berhubung KU UPP/ KS SPP/
dengan Pengarah Operasi Agensi yang berkenaan Penyelia Kawasan/
untuk mengetahui keadaan sebenar jika berlaku Ketua Pengawas
keadaan darurat atau perintah berkurung dan
meminta kebenaran serta bantuan pihak berkuasa
untuk membolehkan calon menduduki peperiksaan
seperti biasa;

b. Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan
kenyataan rasmi berhubung perjalanan peperiksaan
jika Kerajaan pusat mengisytiharkan keadaan
darurat dan perintah berkurung; dan

c. Sekiranya Pengarah Peperiksaan tidak
mengeluarkan kenyataan rasmi, peperiksaan akan
terus dijalankan seperti yang dijadualkan.

Banjir

Merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir Yang KU UPP/ KS SPP/

Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil. 1/01 (Operasi Penyelia Kawasan/
Ketua Pengawas

Payung) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika

berlaku banjir di sesuatu kawasan yang mengancam

peperiksaan dari semasa ke semasa.

Bencana Alam

a. Menghubungi PK atau KS SPP, JPN sekiranya KU UPP/ KS SPP/

berlaku bencana alam; dan Penyelia Kawasan/
Ketua Pengawas

b. KS, SPP, JPN hendaklah berhubung dengan
Pengarah Operasi Agensi yang berkenaan untuk
mengetahui keadaan sebenar jika berlaku bencana
alam dan meminta kebenaran serta bantuan pihak
berkuasa untuk membolehkan calon menduduki
peperiksaan seperti biasa.

76

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

7.9.5 Ancaman Bom
7.9.6
7.9.7 Merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Ancaman Bom KU UPP/ KS SPP/
Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil. 1/2001
(Operasi Bom) tentang persediaan untuk mengatasi Penyelia Kawasan/
keadaan jika berlaku ancaman bom di sesuatu pusat Ketua Pengawas
peperiksaan.

Jerebu

Merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu KU UPP/ KS SPP/
Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil. 1/2005
(Operasi Topeng) tentang persediaan untuk mengatasi Penyelia Kawasan/
keadaan jika berlaku jerebu di sesuatu kawasan. Ketua Pengawas

Bilik Kebal Gagal Dibuka

Merujuk Pekeliling Persediaan Menghadapi Situasi Pintu KU UPP/ KS SPP/

Bilik Kebal Yang Tidak Boleh Dibuka Dan Boleh Penyelia Kawasan/
Ketua Pengawas

Menjejaskan Perjalanan Peperiksaan Bil. 1/2007 (Operasi

Tebuk) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika

berlaku pintu bilik kebal yang tidak boleh dibuka.

77

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

LAMPIRAN TAMBAHAN

Pusat Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU),
Pusat Persendirian dan Pusat Peperiksaan Luar Negeri

Tanggungjawab

a. Menyediakan pusat peperiksaan yang mematuhi Pengetua/

Guru Besar

Arahan Keselamatan yang disediakan oleh LP;
b. Memastikan dewan dan bilik peperiksaan dikunci dan Pengetua/

Guru Besar

dibuka setiap hari peperiksaan;

c. Mencalonkan pelantikan petugas peperiksaan yang Pengetua/

Guru Besar

berintegriti, amanah, berwibawa dan lulus tapisan
keselamatan bagi mengelakkan ketirisan maklumat;

d. Melantik Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas Pengetua/
dan Pengawas Peperiksaan dalam kalangan guru Guru Besar

sekolah kerajaan gred DG bagi menjalankan tugas

pengawasan;

e. Calon menyemak sampul kertas peperiksaan dan Ketua Pengawas

Peperiksan

menurunkan tanda tangan pada label bungkusan
kertas peperiksaan bagi mengesahkan tiadanya kesan
pencerobohan sampul kertas peperiksaan;

f. Memastikan semua bahan dan peralatan yang dilarang Ketua Pengawas

Peperiksan

tidak dibawa masuk oleh calon ke dalam dewan/bilik
peperiksaan;

g. Menerima dan mengurus bahan am peperiksaan; Ketua Pengawas
Peperiksan

h. Menentukan keselamatan kertas peperiksaan, bahan Ketua Pengawas

Peperiksan

terperingkat dan bahan am yang berada di sekolah
mengikut prosedur operasi standard dan Arahan
Keselamatan; dan

i. Menentukan perjalanan peperiksaan bertulis adalah Ketua Pengawas

Peperiksan

lancar mengikut prosedur operasi standard dan
Arahan Keselamatan.

*Dibaca bersama arahan dan peraturan lain seperti di atas.

78

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

8.0

GLOSARI

79

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LP - Lembaga Peperiksaan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
SJP - Skrip Jawapan Peperiksaan
PK - Penyelia Kawasan
KP - Ketua Pengawas
TKP - Timbalan Ketua Pengawas
PP - Pengawas Peperiksaan
PGB - Pengetua/Guru Besar
BRP - Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan
BPC - Borang Pengakuan Calon

80

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

9.0

BORANG

81

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

PANDUAN PENGURUSA7N5

PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

82

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

PANDUAN PENGURUS76AN

PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

83

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

84

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

85

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

86

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

87

PAND
PUSAT PEPE

DUAN PENGURUSAN
ERIKSAAN BERTULIS

88

PANDUAN PENGURUSAN
PUSAT PEPERIKSAAN BERTULIS

89

PAND
PUSAT PEPE

DUAN PENGURUSAN
ERIKSAAN BERTULIS

90


Click to View FlipBook Version