The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH MELALUI PENGGUNAAN PETA ITHINK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mustaffa Ahmad, 2019-07-10 02:49:05

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH MELALUI PENGGUNAAN PETA ITHINK

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH MELALUI PENGGUNAAN PETA ITHINK

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH MELALUI
PENGGUNAAN

PETA I THINK OLEH GURU SEJARAH
SEKOLAH MENENGAH

Abdul Rahim Ali1 dan Asmah binti Abu Bakar2
IPG Kampus Tuanku Bainun1, SMK St. Patrick, Kulim, Kedah2

[email protected]

Abstrak

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis peta i think yang digunakan
oleh guru sejarah sekolah menengah dalam mengajar mata pelajaran Sejarah.
Kajian ini turut menerokai kerapan amalan kategori Kemahiran Pemikiran
Sejarah (KPS) yang dilaksanakan oleh guru sejarah dengan menggunakan
peta pemikiran (peta i think). Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang
terlibat adalah kemahiran mengikut kronologi, menerokai bukti, membuat
imaginasi, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi. Kajian ini juga
meneliti pandangan guru sejarah tentang kesan melaksanakan KPS dengan
menggunakan peta i think yang merangkumi cabaran dan cadangan guru
sejarah terhadap pelaksanaan KPS melalui penggunaan peta i think. Kajian
ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif dengan menggunakan tiga
pendekatan iaitu pemerhatian, temu bual mendalam dan analisis dokumen
untuk mengumpulkan data. Peserta kajian terdiri daripada empat orang
guru sejarah tingkatan empat dan tingkatan lima di salah sebuah sekolah
menengah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah. Peserta kajian dipilih
menggunakan sampel bertujuan untuk memberikan peluang kepada
penyelidik untuk memilih peserta kajian yang khusus, spesifik dan bertepatan
dengan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan guru sejarah
menggunakan peta i think dalam mengajar mata pelajaran Sejarah. Peta i-
think yang digunakan seperti Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda,
Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi. Hasil
kajian ini juga mendapati pelaksanaan KPS oleh guru sejarah tertumpu
kemahiran Membuat Kronologi dan Membuat Rasioalisasi. Kemahiran lain
dilaksanakan secara sederhana dan minima. Kajian juga mendapati tiada
seorang guru pun yang melaksanakan kesemua kelima-lima KPS dalam
amalan PdPc.Walau bagaimanapun, analisis temu bual dan dokumen
menunjukkan wujudnya elemen menyokong pelaksanaan KPS oleh guru.

Kata kunci: kemahiran pemikiran sejarah, I Think, pedagogi KBAT.

36

Pengenalan
Tranformasi pendidikan negara melalui pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan seterusnya pengenalan kepada Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) menurut Sharifah Nor (2012) akan berfokus kepada
daya pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Proses Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) akan berteraskan kemahiran dan strategi berfikir yang
memerlukan penggunaan kaedah yang terancang agar dapat mengembangkan minda
murid berdasarkan standard kurikulum baharu yang telah diperkenalkan KPM
(KPM 2001).

Bagi merealisasikan tuntutan transformasi tersebut, program i-Think diperkenalkan
menggunakan pendekatan seluruh sekolah atau whole school approach yang
memberi latihan kepada pentadbir, guru dan murid dalam proses PdPc. i-Think
bermaksud innovative thinking atau pemikiran inovatif yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid
ke arah menghasilkan murid yang kreatif, kritis dan inovatif . Program ini
adalah hasil kerjasama KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Sebagai
langkah awal, 10 buah sekolah yang terdiri daripada 6 sekolah rendah dan 4
sekolah menengah akan menjadi perintis sebelum diperkembangkan ke seluruh
sekolah di Malaysia pada tahun 2014 (PPPM 2013-2025). Program i-Think
merupakan satu program yang memberi perhatian kepada peta pemikiran. Peta
pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang. Setiap peta
pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau
unit pelajaran. Peta pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8
bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami
merentasi kurikulum
.

Pendedahan guru terhadap i-Think secara interaktif memberikan dimensi baharu
kepada mata pelajaran Sejarah, iaitu dengan meletakkan elemen-elemen grafik
dalam PdPc. Kajian yang dibuat oleh Nor Azura (2008), menunjukkan bahawa
penggunaan unsur grafik dan warna dapat menarik minat dan perhatian murid. Pada
dasarnya, amalan pengajaran menggunakan konsep peta minda dalam PdPc telah
digunakan sejak dulu lagi. Hal ini bertujuan untuk pembelajaran, percambahan
fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para
pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya (Buzan
2004).

Menurut Sulaiman et al., (2011) antara alat berfikir yang berfungsi untuk
pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran berfikir adalah soalan dan
penyoalan, pengurusan grafik (pg), peta konsep, six thinking hats, peta minda
buzan (pmb), alat cort atau cognitive research trust dan lain-lain. Alat-alat
berfikir ini diperkenalkan bagi membantu murid untuk berfikir dan membuat

37

penaakulan. Namun, pmb adalah alat berfikir yang sangat popular dan amat
berguna dalam kehidupan harian mahupun akademik (Buzan 2005a).

Pernyataan Masalah
Konsep pemikiran sejarah adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
murid agar mereka dapat menguasai kemahiran tersebut secara jelas dan nyata.
Persoalannya adakah PdP guru sejarah di dalam atau di luar bilik darjah benar-benar
difahami oleh murid. Justeru, proses peristiwa sejarah dikatakan sangat
mempengaruhi konsep pemikiran sejarah. Para sarjana sejarah berpendapat bahawa
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif sangat signifikan dengan
konsep pemikiran sejarah dalam kalangan murid sekolah rendah (Abd. Rahim,
1998, 2000). Sehubungan itu, konsep pemikiran sejarah, masih kurang jelas
dilaksanakan oleh guru sejarah dalam P&P mereka (Kamarul Afendey & Ishak,
2013). Mereka cenderung kepada penerangan fakta sejarah yang mengakibatkan
proses peristiwa sejarah dilupakan atau kurang diberi perhatian secara mendalam.
Antaranya ialah guru kurang mendedahkan kepada murid menilai proses peristiwa
sejarah dari sudut memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi,
membuat imaginasi, membuat rasionalisasi dan membuat penjelasan yang
sememangnya terdapat dalam konsep pemikiran sejarah.

Justeru, menjadi satu keperluan untuk menjalankan penyelidikan bagi mengenal
pasti hubungan amalan konsep pemikiran sejarah dalam kalangan guru sejarah
sekolah menengah dalam mengaplikasikan peta i think dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Semoga dapatan kajian ini dapat membantu pihak yang
berkepentingan khususnya guru sejarah agar dapat meningkatkan amalan konsep
pemikiran sejarah dalam P&P mereka kepada murid sekolah rendah bertepatan
dengan hasrat KPM melalui PPPM 2013-2025.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut.

1. Mengenal pasti bentuk peta i-think yang digunakan oleh guru sejarah
dalam mengajar mata pelajaran Sejarah.

2. Mengenal pasti kategori KPS yang dilaksanakan oleh guru sejarah
dengan menggunakan peta i-think.

3. Meneliti pandangan guru sejarah tentang kesan dan cadangan
melaksanakan KPS dengan menggunakan peta i-think.

38

Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:

1.Apakah bentuk peta i-think yang digunakan oleh guru sejarah dalam mengajar
mata pelajaran Sejarah?

2.Apakah kategori KPS yang dilaksanakan oleh guru sejarah dengan menggunakan
peta i- think?

3.Apakah pandangan guru sejarah tentang kesan dan cabaran melaksanakan KPS
dengan menggunakan peta i-think ?

Sorotan Kajian
Ramai yang berpendapat mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau “just tell
stories”. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh.
Sesuatu cerita jika diceritakan dengan baik boleh menarik minat pelajar untuk
belajar sejarah. Para sejarawan sependapat bahawa fakta tidak boleh ‘bercakap’,
jadi menjadi tugas sejarawan untuk membentuk persoalan, membentuk inferens,
membuat penilaian sekiranya perlu dan membuat kesimpulan tentang fakta sejarah
tersebut (Crabtree et all., 1993).

Oleh itu pelajar-pelajar perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran
pemikiran Sejarah. Keadaan ini selaras dengan Orientasi pendidikan sejarah
peringkat Sekolah Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi pemahaman ilmu
dan memupuk pemikiran sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran
pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar-pelajar bukanlah satu perkara yang
mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu subjek yang paling sukar untuk diajar
di sekolah menengah (Sizer, 1984). Ini dapat dibuktikan dengan kaedah pengajaran
guru sejarah yang tidak sesuai dan kurang menarik. Malah ramai yang tidak
mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran Sejarah yang paling baik atau sesuai
(Howard & Mendenhall, 1982).

Walaubagaimana pun, kajian yang dilakukan oleh Wineburg dan Wilson (1992),
mendapati antara cara untuk memberi kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan
pelajar ialah, guru Sejarah perlu melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta
menggunakan pelbagai teknik dan kaedah seperti debat, main peranan, demonstrasi,
analogi dan lain-lain. Kaedah pengajaran yang aktif ini berkesan kerana ia
menyebabkan pelajar-pelajar ‘berkomunikasi’ dengan mata pelajaran tersebut dan
secara tidak langsung dapat menimbulkan minat pelajar.

Bagi menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik darjah, proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran pelajar. Ini

39

boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses
mencari bukti, membuat pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi
dengan bimbingan guru. Oleh itu para guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman
dan pengetahuan mengenai kemahiran pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam
pengajaran mereka.

Bersesuaian dengan pendapat Antonio (2008) yang menyatakan, pengajaran Sejarah
dalam bilik darjah perlu menggunakan kaedah pengajaran aktif. Menurutnya lagi
Sejarah adalah satu proses menyiasat tentang sumber primer dan sumber sekunder.
Sejarawan kebiasaannya akan menyoal dengan pertanyaan seperti mengapa dan
bagaimana ketika menjalani proses Sejarah. Malah guru juga turut menggunakan
kaedah menyoal ketika mengajar tetapi tujuan menyoal seorang guru Sejarah
berbeza dengan seorang sejarawan. Tujuan seorang sejarawan menyoal adalah
untuk memberi makna kepada fakta-fakta yang diperolehi. Manakala guru Sejarah
pula menyoal untuk menggalakkan pelajar agar berfikir mengikut pendekatan
Sejarah.

Selain daripada itu salah satu cara untuk membentuk kemahiran pemikiran sejarah
ialah dengan menggunakan kaedah inkuiri terhadap sesuatu bahan atau sumber
(bukti) sejarah. Kaedah inkuiri ini yang mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri
pelajar untuk melakukan proses pencarian dan penemuan. Keadaan ini secara tidak
langsung dapat melatih pelajar untuk berhjah secara logik, bernas dan disokong oleh
fakta-fakta sejarah (Antonio, 2008)

Bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah, ia
memerlukan bukan sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga
perlu mempunyai kemahiran menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta
yang lain. Justeru itu, pelajar-pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
bagi menyokong hipotesis serta sebab dan akibat.

Pemikiran sejarah sebenarnya, memerlukan persoalan, yang mana jawapan kepada
persoalan-persoalan yang timbul tidak memerlukan satu jawapan yang benar atau
salah. Apa yang penting dalam mendapatkan jawapan pelajar perlulah mencari
hipotesis-hipotesis yang sesuai. Pelajar perlu menyusun bukti-bukti untuk
menyokong hipotesis mereka. Malah berfikir secara sejarah juga memerlukan
pelajar menganalisis sebab dan akibat (Holt, 1990). Keadaan ini juga memerlukan
pelajar dapat membezakan anatara sebab segara dan sebab panjang sesuatu
peristiwa itu berlaku. Berdasarkan penerangan dapatlah kita rumuskan bahawa
pemikiran sejarah dapat melatih pelajar berfikir secara kritis.

40

Definisi Istilah
Kemahiran Pemikiran Sejarah
.
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merujuk kepada proses berfikir secara
analitis, kritis dan kreatif bertujuan memahami peristiwa yang berlaku pada
masa lalu untuk dihubungkan dengan masa kini dan sebagai persediaan untuk masa
akan datang (Siti Hawa Abdullah, 2007). Dalam kajian ini, pemikiran Sejarah
dikesan melalui penilaian menurut lima kategori pemikiran Sejarah yang disaran
oleh KPM iaitu kemahiran memahami kronologi, menerokai bukti, membuat
interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. Takrifan KPS
dalam kajian ini adalah merujuk kepada kajian Baharudin Jabar (2007), Pusat
Perkembangan Kurikulum (2002) serta literatur berkaitan. Antara kemahiran
pemikiran Sejarah yang digariskan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah
Menengah (2002) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk
diterapkan oleh guru-guru Sejrah kepada para pelajar ialah:-

i. Memahami Kronologi.
Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang
mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh pelajar
tingkatan satu yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta
masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik
dan Logam. Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat
perkaitan antara masa lalu dengan masa kini.

ii. Meneroka Bukti
Kemahiran ini mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta membuat
perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat
daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan
kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka
bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai.

iii. Membuat Interpretasi
Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan
dan kupasan. Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta
Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga
bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang
sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul
& Elder, 2006). Sebagai contoh pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang
konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan Islam. Dengan membandingkan
kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat tafsiran dan ulasan serta
perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan Islam.

iv. Membuat Imaginasi
Merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan
pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran
imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada

41

seseorang yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang
terlibat, contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman
mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada
tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini
boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil.

v. Membuat Rasionalisasi
Melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran
mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat
inferens daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat
pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing
kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder,
2006). Contoh yang boleh diambil untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan
pelajar untuk membincangkan tentang Perang Dunia Kedua yang membawa banyak
kemusnahan atau mengapa Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan.

Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenalpasti enam elemen spesifik
dalam disiplin Sejarah bagi membentuk satu rangka kerja tentang pemikiran Sejarah
yang perlu diterapkan kepada para pelajar.

Peta Pemikiran I-Think
Melalui Program i-Think, Peta Pemikiran telah diperkenalkan. I-Think
merupakan singkatan kepada innovative THINKing (Pemikiran Inovatif).
Pengalaman pembelajaran yang menarik dan kreatif diperoleh melalui kemahiran
berfikir yang dibekalkan kepada murid. Berdasarkan kepada kajian kecerdasan
yang dijalankan, proses pembelajaran kognitif dan persembahan maklumat
dalam bentuk visual mahu pun grafik dapat digabungkan melalui Peta
Pemikiran. Peta Pemikiran adalah salah satu cabang alat berfikir yang
dikembangkan secara visual yang mudah diaplikasi dan difahami merentas
kurikulum melalui lapan bentuk Peta Pemikiran. Peta pemikiran i-Think yang
kerap dilaksanakan turut membantu pelajar dalam membudayakan kemahiran
berfikir (Khalidah et al. , 2015) Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) turut
menjelaskan bahawa penggunaan peta pemikiran sebagai satu cabang alat
berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk pelajar
untuk berfikir serta menaakul. Setiap satu Peta Pemikiran mempunyai proses
pemikiran yang tertentu. Lapan jenis peta pemikiran yang dicadangkan dalam
Program i-Think adalah Peta Bulatan, Peta Pokok , Peta Buih, Peta Dakap , Peta
Alir, Peta Buih Berganda, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titian. Rajah 1
menunjukkan gambar keseluruhan secara umum berkenaan peta pemikiran
yang diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

42

Rajah 1: Jenis-Jenis Peta I-Think

KBAT dalam PdP Sejarah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KBAT yang berkesan perlu berpusatkan
murid dengan melibatkan mereka secara aktif dalam PdP melalui tugasan dan soalan yang
mencabar pemikiran. Justeru, guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif bagi
merangsang murid berfikir. Guru juga boleh menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan
dalam usaha membudayakan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam kalangan murid.

Pedagogi yang melibatkan murid berfikir telah lama dilaksanakan, melalui program seperti
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) yang dilaksanakan di sekolah pada tahun 1994.
Program ini diteruskan dan dimantapkan dengan pengenalan KBAT seperti yang disarankan
dalam PPPM (2013-2025).

Pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang ada pada seseorang individu memainkan
peranan penting dalam proses berfikir. Kesemua aspek ini menjadi latar belakang untuk
membuat penaakulan dan refleksi sehingga membolehkan seseorang individu berfikir aras
lebih tinggi dalam konteks dapat membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi
dan mencipta. Dalam proses ini, empat tahap pemikiran yang tinggi diberi fokus iaitu
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Metodologi
Pemerhatian – PdPc 4 orang guru
Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct
observation) dan Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation).
Kaedah pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti
pengiraan jumlah pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak

43

melibatkan komunikasi dengan manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan
pula berasal dari bidang antropologi (kajian tentang kehidupan masyarakat).
Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya
untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat
tersebut. Pengkaji kualitatif secara automatik akan melakukan pemerhatian
berperanan serta terhadap subjek pengkajiannya. Pemerhatian berperanan serta
merujuk pada proses kajian yang empersyaratkan interaksi sosial antara pengkaji
dan subjek pengkajian nya dalam lingkungan subjek pengkajian itu sendiri.
Interaksi ini bertujuan untuk memperoleh data melalui teknik yang sitematik.

Pendekatan Bertujuan
Rujukan (Menurut Frankeal & Wallen (2006), pendekatan bertujuan sesuai digunakan
untuk memilih peserta kajian yang memerlukan kriteria khusus. Selain itu, ia juga
mempunyai kelebihan kerana dapat memastikan maklumat secukupnya diperolehi bagi
menjawab persoalan kajian. · Pendekatan bertujuan yang digunakan dalam kajian ini adalah
berasaskan andaian pengkaji dapat menerokai, memahami, dan menumpukan kajian secara
mendalam pada kes yang spesifik (Merriam, 2002). Pandangan ini adalah selaras dengan
pendapat Patton (1990) yang menegaskan bahawa pendekatan bertujuan adalah sesuai
digunakan bagi memilih peserta kajian supaya maklumat yang kaya dapat diperolehi
daripada peserta kajian Borang Pemerhatian/Instrumen.

Selain daripada pemerhatian, penyelidik juga menggunakan kaedah temubual bagi
mengumpulkan data.Temu bual mendalam adalah percakapan dua arah dalam
suasana kesetaraan, akrab dan informal. Soalan temu bual dibentuk dengan
menggabungkan idea pengkaji sendiri dan diubahsuaikan daripada instrumen temu duga Nik
Azis (1987), Thompson (1996), dan Thompson dan Saldhana (2003)..Temu bual
mendalam merupakan instrumen yang agak penting. Dengan temu bual yang
terperinci maklumat yang disampaikan oleh responden dapat diambil sebagai data
penting kajian. Tindak balas yang relevan akan dicatatkan kata demi kata. Dalam
masa yang sama, dengan jumlah responden sebanyak 4 orang, penyelidik mampu
menghasilkan data yang tidak terjangkau oleh responden kerana batasan
masa.Temubual antara penyelidik dan responden kajian juga dapat membantu
pengkaji memahami pandangan subjek kajian mengenai pengalamannya, ataupun
situasi sebagaimana diungkapkan dalam bahasanya sendiri (Taylor dan Bogdan,
1984). Bagi mengukuhkan dapatan penyelidikan, penyelidikan ini turut menganalisis
dokumen bahan PdPc Guru yang terlibat bagi melihat bentuk penggunaan peta i-ting yang
kerap digunakan. Bahan/Nota Murid Soalan Latihan/Ujian/ Peperiksaan Murid dan skrip
jawapan murid turut dianalisis bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian

44

Dapatan Kajian
Apakah bentuk peta i-think yang digunakan oleh guru sejarah dalam mengajar
mata pelajaran Sejarah?
Analisa dapatan terhadap data pemerhat penggunaan peta i think dalam PdP
sejarah.

Rajah 2 : Perbandingan kekerapan penggunaan peta bulatan dalam kalangan guru
sejarah

Berdasarkan Rajah 2 di atas, didapati Guru C menggunakan tiga kali penggunaan
Peta Bulatan dalam pengajarannya. Manakala Guru B dan Guru D masing-masing
mencatat satu kali penggunaan. Bagi Guru A pula Peta Bulatan tidak menjadi
pilihannya.

Rajah 3 : Perbandingan bilangan kekerapan penggunaan peta buih dalam kalangan
guru sejarah
45

Berdasarkan Rajah 3 di atas, didapati Guru C menggunakan tiga kali penggunaan
Peta Buih dalam pengajarannya. Manakala Guru B dan Guru D masing-masing
mencatat satu kali penggunaan. Bagi Guru A pula Peta Buih tidak menjadi
pilihannya.

Rajah 4: Perbandingan bilangan kekerapan penggunaan Peta Buih Berganda
dalam kalangan guru sejarah

Berdasarkan Rajah 4 di atas, didapati Guru C menggunakan dua kali penggunaan
Peta Buih Berganda dalam pengajarannya. Manakala Guru A, Guru B dan Guru D
didapati masing-masing tidak mencatat penggunaan Peta Buih Berganda dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Rajah 5: Perbandingan bilangan kekerapan penggunaan Peta Pokok dalam
kalangan guru sejarah
46

Berdasarkan Rajah 5 di atas, didapati Guru B menggunakan tiga kali penggunaan
Peta Pokok dalam pengajarannya. Manakala Guru A dan Guru D didapati mencatat
sekali penggunaan Peta Pokok dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Guru
C, tidak menggunakan Peta Pokok dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Rajah 6: Perbandingan bilangan kekerapan penggunaan Peta Dakap dalam
kalangan guru sejarah

Berdasarkan Rajah 6 di atas, didapati semua guru mencatat sekali penggunaan Peta
Dakap dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Rajah 7: Perbandingan bilangan kekerapan penggunaan Peta Alir dalam kalangan
guru sejarah

Berdasarkan Rajah 7 di atas, didapati hanya Guru D sahaja mencatat sekali
penggunaan Peta Pokok Alir dalam pengajarannya. Manakala Guru A, Guru B dan
Guru C didapati, tidak menggunakan Peta Alir dalam pengajaran dan
pembelajarannya.

47

Rajah 8: Perbandingan bilangan kekerapan penggunaan Peta Pelbagai Alir dalam
kalangan guru sejarah

Berdasarkan Rajah 8 di atas, didapati hanya Guru C sahaja mencatat sekali
penggunaan Peta Pokok Pelbagai Alir dalam pengajarannya. Manakala Guru A,
Guru B dan Guru D didapati, tidak menggunakan Peta Pelbagai Alir dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Rajah 9: Perbandingan bilangan kekerapan penggunaan Peta Titi dalam kalangan
guru sejarah

Berdasarkan Rajah 9 di atas, didapati hanya Guru A dan Guru D sahaja mencatat
sekali penggunaan Peta Titi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Manakala
Guru B dan Guru D didapati, tidak menggunakan Peta Titi dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.

48

Rajah 10: Keseluruhan Kekerapan Amalan Penggunaan Peta I Think
Dapatan kajian ini didapati kesemua lapan bentuk peta i think digunakan oleh guru
sejarah semasa pengajaran dan pembelajaran. Daripada sample empat orang guru
didapati Peta Buih, Peta Pokok dan Peta Dakap menjadi pilihan utama mencatat
empat kali penggunaan. Peta Bulatan mencatat tiga kali penggunaan dan ikuti oleh
Peta Titi iaitu dua kali penggunaan. Manakala Peta Buih Berganda, Peta Alir dan
Peta Pelbagai Alir hanya mencatat sekali penggunaan.
Apakah kategori KPS yang dilaksanakan oleh guru sejarah dengan menggunakan
peta i-think?

Rajah 11:Amalan pelaksanaan elemen KPS dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah
49

Berdasarkan Rajah 11, didapati pelaksanan Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi
Memahami Kronologi(55 kali), Membuat Rasionalisasi(35 kali),Membuat
Inteprestasi(25 kali),Membuat Imaginasi(20 kali) dan Meneroka Bukti(18
kali).Dapatan ini menunjukkan guru-guru Sejarah mengaplikasikan ke lima lima
KPS dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kemahiran Memahami
Kronologi mencatat amalan tertinggi iaitu 55 kali dan Kemahiran Meneroka Bukti
mencatat amalan terendah iaitu 18 kali.

Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat
melibatkan proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para
guru akan membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa
kini, menganalisis, menyelidik dan memproses bukti-bukti,membuat hipotesis,
memahami dan memberi penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia
pula akan terlaksana apabila para guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif dalam
proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu, secara tidak langsung para pelajar akan
memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan (Zahara & Nik Azleena,
2007). Apakah pandangan guru sejarah tentang kesan, dan cabaran melaksanakan
KPS dengan menggunakan peta i think ?

Kesan Penggunaan Peta I Think Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran

Murid
Pendedahan harus diberikan kepada murid tentang ilmu pengetahuan dalam
penggunaan pelbagai alat berfikir. Pelajar akan dapat menggunakan alat berfikir
bukan sahaja dalam pembelajaran mereka malahan dalam situasi harian jika
mereka dapat menguasai penggunaannya yang betul (Tee et al. 2010). Kajian
Sidek (2012) turut mendapati murid menjadi lebih positif dan rajin dalam
pembelajaran dengan amalan pengajaran yang diamalkan guru melalui peta
pemikiran ini.

Dapatan kajian Norfarahin dan Tengku Zawawi (2014) menunjukkan bahawa
intervensi melalui peta pemikiran i-Think yang digunakan berjaya membantu
semua peserta kajian memahami dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan
perimeter bentuk dua dimensi bergabung. Peta Alir i-Think telah digunakan dalam
intervensi tersebut dan antara hasilnya adalah ia telah membantu penjanaan
pemikiran kreatif dalam kalangan murid di samping pembelajaran matematik yang
bermakna dapat digalakkan.

Guru

50

Sehubungan itu, guru seharusnya mahir dalam menggunakan alat berfikir ini untuk
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan
dan masa. Disebabkan kekangan masa untuk guru mengajar dan memberi
pendedahan ilmu pengetahuan berkaitan alat berfikir ini, penggunaan modul
pembelajaran kendiri amat disarankan sebagai kaedah pembelajaran alternatif.
Justeru, murid dapat memanfaatkan penggunaan alat-alat berfikir yang telah
dicadangkan sepenuhnya dalam pembelajaran dan kehidupan seharian mereka (Tee
et al., 2009).

Secara umumnya mendapati bahawa penggunaan peta i think dalam pdp Sejarah
memberi kesan positif kepada pelajar- pelajar kerana peta pemikiran yang
disediakan adalah membantu serta amat berguna sebagai asas dan kemudahan
untuk mereka berfikir. Kebanyakan pelajar bersetuju program ini dijadikan sebagai
salah satu alat berfikir, kaedah pengajaran berkesan, membantu meningkatkan
kemahiran berfikir dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Sistem Pendidikan Di Malaysia
Sistem pendidikan yang baik akan dapat membantu meningkatkan serta
membangunkan negara tidak kira dari aspek ekonomi, politik mahupun sosial.
Perubahan atau inovasi dalam pendidikan seperti peta pemikiran ini adalah
sebagai salah satu langkah bagi melahirkan rakyat yang mampu memberi
sumbangan kepada negara. Menurut Wahidah (2011), pendekatan pembelajaran
yang berkesan dilihat sebagai pendorong ke arah mencapai kecemerlangan
pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
insan serba boleh, bertanggungjawab, berkemahiran dan berfikiran positif.

Sekiranya Malaysia mahu berdaya saing dengan negara-negara maju seperti Jepun,
Korea, Singapura dan sebagainya, usaha penerapan peta pemikiran ini merupakan
salah satu usaha yang penting dan harus dilaksana dengan telus agar
matlamatnya dapat dicapai dengan baik.

Cabaran dalam pelaksanaan peta i think dalam pengajaran dan pembelajaran
sejarah.
Pelaksanaan peta pemikiran i-Think ini harus dipandang serius dari pelbagai
sudut. Dari segi pelaksanaan di sekolah, ia bukanlah satu program atau menjadi
mata pelajaran yang wajib, namun ia seharusnya diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang dibuat oleh guru. Guru juga
boleh berkongsikan peta pemikiran yang dibina sebagai salah satu alat bantu
mengajar dalam PdP. Namun begitu, dalam melaksanakan peta pemikiran i-
Think ini, terdapat cabaran yang perlu disedari oleh semua pihak terutamanya guru
dan murid sendiri, sistem pendidikan di Malaysia kini adalah sistem yang

51

menjadikan peperiksaan sebagai asas dalam penilaian terhadap murid dengan
menekankan mereka dengan menghafal dan mengimbas kembali fakta-fakta.

Menyedari kepentingan Kemahiran Befikir Aras Tinggi yang telah ditekankan
berdasarkan analisis PISA dan TIMSS serta Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025), peta pemikiran i-Think diperkenalkan di semua sekolah
rendah dan sekolah menengah. Sungguh pun alat berfikir ini membantu murid
dalam mencari ilmu pengetahuan, inisiatif perlu dilakukan dan mereka juga
perlu membangunkan kemahiran dalam pengetahuan tersebut agar mereka
berjaya dalam persekitaran dunia yang kian berubah.

Rumusan
Secara kesimpulannya, perubahan pembelajaran melalui aplikasi peta pemikiran
i-Think ini harus dilalui dan dilaksana dengan sebaik mungkin bagi mewujudkan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Seiring dengan pembelajaran abad ke-21
yang menekankan
pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru sebagai pemudahcara,
pengaplikasian peta pemikiran ini harus ditekankan dalam membentuk muird yang
kreatif dan kritis dalam pemikiran mereka. Oleh itu, kita seharusnya peka
tentang segala isu dalam dunia pendidikan agar kita dapat mengekori negara-
negara maju dalam segala aspek.

Pelajar kita harus maju kehadapan dalam menghadapi perubahan dan kita
memerlukan alat berfikir yang relevan dan mudah untuk membolehkan mereka
melakukan sesuatu jika kitaingin menjadikan pemikiran pelajar kita setanding
dengan pelajar-pelajar di negara lain. Hal ini kerana, mereka perlu menghadapi
pesatnya perkembangan teknologi, arus globalisasi yang bersaing serta
pertandingan reka cipta dan inovasi yang semakin popular kini.

Buat masa ini, tiada lagi alat berfikir yang dapat memenuhi keperluan guru
dan murid selain program i-Think ini. Menurut kajian Wahidah (2011),
kebanyakan pelajar mengakui keberkesanan mempraktikkan penggunaan peta
pemikiran dalam program ini bagi mengharungi situasi baru dalam proses
pembelajaran mereka malahan permintaan mengikuti kursus ini mendapat
sambutan yang baik dan meningkat.

52

Rujukan

Abd. Rahim, A.R(1998). Ilmu Sejarah: Teori dan amalan dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium
Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 30–31 Oktober.

Baharuddin Bin Jabar (2006). Persektif Pelajar Terhadap Pengajaran
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah Di Sekolah Menengah:Satu Kajian Kes Di daerah Hilir Perak.

Buzan, B. (2004). ‘From International To World Society?: English School
Theory And The Social Structure Of Globalisation’, Cambridge, UK,
New York: Cambridge University Press

Buzan, T. (2003). Mind Maps For Kids: An Introduction- The Shortcut To Success
At School. London: Thorsons.

Buzan, T. (2004). Mind Maps for Kids: Study Skills. London: Thorsons.
Buzan, T. (2005a). Mind Maps for Kids: Max Your Memory and Concentration.

London: Thorsons
Crabtree, C. 1989. Improving History in the schools. Educational Leadership 47(3):

25-28.
Fraenkel, J. R dan Wallen, N. (1993). How to Design and Evaluate Research in

Education. Singapore: Mc. Graw Hill.
Howard, J., & Mendenhall, T. (1982). Making history come alive: The place of

history in the school. Report of the History Commission of the Council for
Basic Education. Washington,DC: The Council for Basic Education
Kamarul Afendey & Ishak (2013).Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013
(UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Draf Buku I-Think. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia . (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Huraian sukatan pelajaran pelajaran
sejarah
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. 11 Anjakan Utama Untuk
Mentransformasikan SistemPendidikan Negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Khalidah, et al., ( 2015). Kajian Tinjauan : Aplikasi Pemikiran i-Think dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Literasi dan Nombor. Prosiding " 6th
Pedagogy International
Merriam S. 2002.Introduction Qualitative Research. San Francisco
Muhamad Sidek, Mohamad Ab Kadir & Mohamad Sabri Awang Hitam. 2013.
Penilaian Pelaksanaan Program I think :Satu Pengenalan
Nik Azis Nik P a . 1987. Children’s fractional schemes. Ph.D Dissertation,
University of Georgia, Athens

53

Nor Azura Mohd Zaki. (2008). Menerangkah Konsep Istilah Penging Dalam Mata
Pelajaran Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Dengan Motivasi “My Aura
Map”. Jurnal Penyelidikan Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun
2008, 89-98.

Norfarahin Izzati & Tengku Zawawi. 2014. Penggunaan Peta Alir i-Think dan Kit
“Pat-Pat North Carolina; Thinking Maps. Inc.

Pelaksanaan Program i-Think: Satu Pengenalan. Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. September 2012. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. September 2012. Kementerian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pembelajaran Berasaskan Masalah. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Fakulti
Pendidikan Teknik Dan Vokasional. pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pengajaran dan Pembelajaran Literasi dan Nombor. Prosiding "6th Pedagogy
International Seminar 2015" Jilid II. 425-829.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah
Tingkatan 4.

Sharifah Nor Puteh. (2012). Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam
Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu 2(11): 19-31.

Sistem Pendidikan Negara, hlm 21-43. Laporan Awal- Ringkasan Eksekutif Pelan
Sizer,T. 1992. Horace”s School:Boston Houghton Mifflin
Sulaiman, R., Aziz, M. & Mok, S. S. (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor:

Penerbitan Multimedia
Tee Tze, et al., (2010). Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam

mengambil nota Tingkatan Dua. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Thompson, P. W., & Saldanha, L. (2003). Fractions and multiplicative reasoning. In
J. Kilpatrick, G. Martin, & D. Schifter (Eds.), Research companion to the
Principles and Standards for School Mathematics (pp. 95–114). Reston, VA:
National Council of Teachers of Mathematics.
Wahidah Abu Bakar. 2011. Keberkesanan konsep peta minda dalam
pembelajaran berasaskan masalah. Diss. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, 2011.
Wineburg, S. (2001). Making Historical Sense. In Stearns, P.N. Seixas, P. and
Wineburg, S.

54


Click to View FlipBook Version