The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mustaffa Ahmad, 2021-06-16 06:11:43

HARI GURU KOTA SETAR KIRA KIRA

HARI GURU KOTA SETAR KIRA KIRA

PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

TEMA HARI GURU 2021 :

BERGURU DEMI ILMU , BINA GENERASI BAHARU

Huraian Tema

1. Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan
profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat
memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupa-
kan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memper-
lengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai se-
jajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learn-
ing).Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada
seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik
serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid per-
lu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di
dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang
banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang

2. Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada
berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati ke-
hidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk
mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman ter-
hadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu.
Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan
mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepa-
da masyarakat dan negara.

3. Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hada-
pan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam
dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu.
Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang
lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan

4. KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu’
ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan se-
terusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat
ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari

22 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

2

DOA SEMPENA HARI GURU

‫بِ ْس ِم الل ِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬

‫ََووالَعلَعَاىِقبَآةِل ِهِل ْل َُموأتََّ ِق ْيْص َنَح َا ِبواِهل أَ َّصْجل َاَم ِةع ُْي َ َونال َّسلاَ ُم‬ , ‫لل ِه َر ِّ ِب العَالَ ِم ْي َن‬ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
‫َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis

sambutan Hari Guru pada pagi yang berbahagia ini.

‫يا الله ياعزيز يا ستارفعال لما يريد‬

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru kur-
niakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat

ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh
aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah, mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak

didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kur-
niakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah
pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar dalam Daerah Kota

Setar khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

‫يا الله يا مكوراليل والنهار‬

Pada kesempatan ini , berkat kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kami mohon kurniakan kepada
kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sen-

tiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , sentiasa
mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru kami , semoga kami
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara yang tercinta .

ً‫ َوتَ َف ُّرقَـَ َنا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَ َف ُّرقا‬، ‫اَللَّ ُه َّم ا ْج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
، ‫َم ْع ُص ْو ًما‬
َ‫َولا‬ ‫َم ْط ُر ْو ًدا‬ َ‫َولا‬ ‫َش ِقيًّا‬ ‫َم َع َنا َولاَ َم ْن يَ ْت َبعُ َنا‬ َ‫َولا‬ ‫ِف ْينَا‬ ‫اللَّ ُه َّم‬ ‫تَ ْجعَ ِل‬ َ‫َولا‬
. ‫َم ْح ُر ْو ًما‬
ِ ‫النَّار‬ ‫َع َذا َب‬ ‫ً َو ِقنَا‬ ‫َح َس َنة‬ ‫ً َو ِفي الأ ِخ َر ِة‬ ‫َح َس َنة‬ ‫ال ُّد ْن َيا‬ ‫ِفي‬ ‫َءاتِنَا‬ ‫َربَّنَا‬
، ‫َو َسلَّ َم‬ ‫َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءا ِل ِه َو َص ْح ِب ِه‬ ُ‫الله‬ ‫َو َصلَّى‬
‫َوا ْل َح ْم ُدَِلَِّ ِل َر ِّ ِب العَا َل ِم ْي َن‬

32 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

3

ATUR CARA MAJLIS

09.00 pagi : Persembahan Montaj
11.00 Pagi
: Alu-Aluan Pengacara

: Bacaan Doa

: Ikrar

: Lagu Guru Malaysia

: Ucapan YDP PIBK

: Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar

: Ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

Yang Berbahagia Tuan Haji Rozaini bin Ahmad , B.C.K; A.M.K

: Dedikasi Hari Guru Pelajar Sekolah Rendah

: Penyampaian Anugerah :
* Anugerah Kecemerlangan Akademik
* Anugerah Kecemerlangn Hal Ehwal Murid

: Persembahan (1)
Sajak

: Penyampaian Anugerah ;
* Anugerah Inovatif
* Anugerah Khas PPD
* Anugerah Sumbangsih

: Penyampaian Anugerah
Tokoh Hari Guru Daerah Kota Setar

: Dedikasi Hari Guru Pelajar Sekolah Menegah

TAMAT

43 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

4

KATA ALU—ALUAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya, kita dapat menyambut Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan yang
tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru sekalian. Seperti biasa, tarikh
keramat ini datang lagi bagi memenuhi ruang pada kalendar seorang pendidik dan se-
terusnya tarikh ini dimasyhurkan sebagai Hari Guru di Malaysia. Selamat Menyambut Hari
Guru, terima kasih cikgu. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua warga pendidik terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi yang
ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab . Jasa dan pengorbanan guru
serta seluruh warga pendidikan terhadap pembangunan pendidikan negara sentiasa
relevan dan dihargai walau dalam apa-apa jua situasi.

Tambahan pula, kita berada dalam situasi ‘Norma Baharu’ dengan kekangan pandemik Covid-19, tidak menghalang kita
untuk merancang sambutan Hari Guru dengan mengambil inisiatif meraikan hari istimewa ini secara maya melalui
platform youtube dan facebook.

Alhamdulillah pencapaian peperiksaan SPM 2020 negeri Kedah amat membanggakan dan memberang-
sangkan.Tahniah diucapkan kepada para guru atas sumbangan ke arah kemenjadian murid dengan peningkatan SPM 2020
PPD Kota Setar GP 4.72, seterusnya membantu peningkatan GPN kepada 4.95. Pencapaian GPN meningkat daripada 5.02
(2019) kepada 4.95 (2020). Peningkatan sebanyak 0.07. Manakala, peratus calon layak sijil juga meningkat iaitu 85.10%
(2019) kepada 87.82% (2020). Hal Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.72%.Tahniah dan terima kasih semua Pegawai
PPD, Pengetua-pengetua, guru-guru , ibu bapa dan semua warga pendidikan Kedah serta pihak-pihak yang membantu
kejayaan ini. Sesungguhnya peningkatan cemerlang ini adalah kejayaan pendidikan negeri Kedah dan hasil daya usaha kita
bersama-sama.

Pada hemat saya, tema hari guru pada tahun ini ialah “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” amat
bertepatan kerana tema ini memberi penekanan terhadap peranan penting guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan
dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, pada tahun ini suasana sambutan
Hari Guru jauh berbeza. Hal Ini kerana, kita masih lagi berusaha mengekang penularan wabak Covid-19. Walau bagaimana-
pun, ini tidak bermakna hari istimewa untuk guru tidak dapat diraikan. Sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan para guru
selama ini tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua

Saya juga berharap dengan keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan melahirkan generasi masa
depan yang peka dengan perubahan landskap Pendidikan Abad ke-21. Sehubungan dengan itu, warga guru perlu memasti-
kan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru berpusatkan murid. Tumpuan perlu diberikan pada pengaplikasian kema-
hiran berfikir aras tinggi iaitu kemahiran berfikir secara kritis, analitis dan kreatif, selain kemahiran komunikasi dan kolabo-
ratif serta penerapan nilai murni dan etika yang menjadi kemahiran penting dalam pendidikan abad ke-21.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh
warga pendidik sekalian. Marilah kita berdoa semoga matlamat kerajaan untuk membina negara bangsa terlaksa-
na dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti. Sama-samalah kita melahirkan lebih ramai insan yang berilmu dan
berketerampilan yang berjaya mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya, warga pendidik
mempunyai kedudukan mulia dan istimewa yang tersendiri dalam masyarakat, disegani dan sentiasa dipandang tinggi.

"Teruskan hasrat KEBERSAMAAN MEMACU PENDIDIKAN NEGERI KEDAH "

Selamat Menyambut Hari Guru.

Terima kasih cikgu! Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

HAJI ROZAINI BIN AHMAD, A.M.K, B.C.K
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

53 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

5

KATA ALU—ALUAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Salam KS Number One Malaysia.
Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah bersyukur kehadrat-Nya keranan dapat kita
bertemu kembali pada hari yang amat bernilai bagi seorang guru.
“Berguru Demi Ilmu,Bina Generasi Baharu” merupakan tema yang
jelas ditujukan kepada para pendidik dalam melayari bidang pen-
didikan yang mencabar. Guru memainkan peranan yang penting
dalam memperkasakan ilmu pengetahuan dan profesinalisme bagi
membina generasi baharu selaras dengan matlamat Falsafah Pen-
didikan Kebangsaan.
Guru merupakan agen perubahan dalam pendidikan. Perubahan yang kreatif dan inovasi perlu
dijadikan tunggak dalam pendidikan bagi mencetus ilmu bertaraf dunia dalam kalangan pelajar. Malah
pendidik juga perlu mengaplikasikan kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi men-
capai hasil yang terbaik. Keterampilan guru yang tinggi dari segi personaliti , pemikiran luas dan strate-
gik akan mampu meletuskan ledakan ilmu yang diterapkan.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada warga pendidik agar berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif sebagai penggerak intelek yang mampu menghasilkan kualiti yang gemilang dan memperku-
kuhkan amalan terbaik dalam pendidikan.
Akhir kata, saya merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada para guru atas segala
pengorbanan yang dilakukan selama ini. Sesungguhnya guru adalah profesion yang mulia di sisi Allah
SWT kerana guru mewarisi tugas para rasul dan anbia.
Sekian,terima Kasih.

HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI,
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.

63 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

6

LAGU GURU MALAYSIA

73 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

7

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

83 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

8

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat

Dan negara kami.
Kamisentiasa menjunjung

Perlembagaan Negara
Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

93 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

9

103 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

10

ANUGERAH AKADEMIK DAN HEM

BIL KATEGORI ANUGERAH NAMA PENERIMA /SEKOLAH/AGENSI

A ANUGERAH AKADEMIK

1 ANUGERAH PENCAPAIAN GRED PURATA TER- SM SAINS POKOK SENA ( GP 2.19 )
BAIK SPM

2 Anugerah Peningkatan Kualiti Gred Purata SPM SMK SERI GUNUNG ( Peningkatan Beza 1.22 )

3 Anugerah Peningkatan Gred Purata SPM SMK SERI AMPANG

4 Anugerah Peningkatan Gred Purata SPM SMJK KEAT HWA

5 Anugerah Pencapian Straight A Tertinggi SPM SMJK KEAT HWA

6 Anugerah Lonjakan Saujana Gred Purata SPM SMK SERI GUNUNG

7 Anugerah Lonjakan Saujana Gred Purata SPM MAKTAB MAHMUD POKOK SENA

8 Anugerah Lonjakan Saujana Gred Purata SPM SMA IHYA ULUM AD-DINIAH

9 Anugerah Pelajar Cemerlang SPM CBK MUHAMMAD ASNEL BIN ISMAIL 2A 2A- 3B+ 1B 1C 1E -
SMK TAJAR

10 Anugerah Pencapian 100 % Layak Sijil SPM SM SAINS POKOK SENA

11 Anugerah Pencapian 100 % Layak Sijil SPM SMA IHYA ULUM AD-DINIAH

12 Anugerah Pencapian 100 % Layak Sijil SPM SM TEKNIK ALOR SETAR

13 Anugerah Pencapian 100 % Layak Sijil SPM KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

14 Anugerah Pencapian 100 % Layak Sijil SPM SMK AGAMA KEDAH

15 Anugerah Pencapian 100 % Layak Sijil SPM SMK TUNKU SOFIAH

16 Anugerah Pencapian 100 % Layak Sijil SPM SMA DARUSSAADAH

B ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM

17 Anugerah Khas Kepimpinan Guru Kaunseling MOHD HAFISOL BIN CHE PI (SMK TUNKU ABDUL MALIK)

18 Anugerah Asrama Harapan SM KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

19 Anugerah Asrama Harapan SR SEKOLAH KEBANGSAAN JABI

113 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

11

ANUGERAH GURU INOVATIF

BIL KATEGORI ANUGERAH NAMA PENERIMA /SEKOLAH/AGENSI

C ANUGERAH GURU INOVATIF

20 Johan Daerah Kategori PraSekolah (Johan Negeri) SITI HALIJAH BINTI HASHIM (SK HUTAN KAMPUNG)

21 Kedua Daerah Kategori PraSekolah FAUZIAH BINTI OSMAN (SK LANGGAR)

22 Johan Daerah Kategori Sekolah Rendah THILAGAM A/P BIRMA (SJKT LADANG JABI)

23 Kedua Daerah Kategori Sekolah Rendah SYED YUSRI BIN SYED ISA (SK TUNKU RAUDZAH)

24 Ketiga Daerah Kategori Sekolah Rendah ZAHIDAH BINTI ZAKARIA ( SK SERI MAHAWANGSA )

25 Ketiga Daerah Kategori Sekolah Rendah ROBI ROSTON BIN ZAKARIA (SK WAN ABDUL SAMAD)
ISMAIL BIN SALLEH (SMK AGAMA KEDAH)
26 Johan Daerah Kategori Sekolah Menengah DR ABDUL GHANI BIN JALIL (SMK BUKIT PAYONG)
(Johan Negeri)

27 Kedua Daerah Kategori Sekolah Menengah

28 Ketiga Daerah Kategori Sekolah Menengah NUR AUFA BINTI OTHMAN (SMK SULTANAH BAHIYAH)

29 Johan Daerah Kategori Kumpulan (Johan Negeri) OOI BEE HONG
ERNY FARHANA BT. KAMARUDIN
30 Kedua Daerah Kategori Kumpulan (KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID)
ZUZILA BINTI MAT ZAINOL ABIDIN
31 Ketiga Daerah Kategori Kumpulan ROSAIMAH BINTI ABDULLAH (SMK SULTANAH BAHIYAH)
NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI
32 Anugerah Khas Pendidikan - IKON STEM (Johan PANG LEAN KEE (SK SULTANAH ASMA)
Negeri)
SYAKIRAH BT MHMAD NASIR (SM TEKNIK ALOR SETAR)
33 Anugerah Khas Pendidikan - IKON STEM
SITI ROHAYU BT ABDUL KARIM (SMK ALOR MERAH)
34 Inovasi PPD Kota Setar
SHAHRIL AKMAL BIN ABDUL RAHMAN (PPD KOTA SETAR)
35 Inovasi PPD Kota Setar YOUTUBE CHANNEL DAN PORTAL BIG DATA

DR NORWATI BINTI MOHD ZAIN(PPD KOTA SETAR)

36 Inovasi PPD Kota Setar SITI SALWA BINTI AHMAD(PPD KOTA SETAR)

37 Inovasi PPD Kota Setar MOHD SYAKIR BIN OTHMAN(PPD KOTA SETAR)

38 Guru Pendidikan Maya SYAHRUL AZREEN BINTI GHAFAR(SMK SULTANAH ASMA)
EMILY SYAFIRAH BINTI ZAMROD (SMK ALOR JANGGUS)
39 Anugerah Pencipta Kandungan Digital/ Guru DR ABDUL GHANI BIN JALIL (SMK BUKIT PAYONG)
Pendidikan Maya KHAIRUL EFENDDY BIN HAMID (SMK POKOK SENA)

40 Anugerah Guru Hebat Bahasa (Johan Negeri)

41 Anugerah Khas Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR)

123 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

12

ANUGERAH KHAS PPD

BIL KATEGORI ANUGERAH NAMA PENERIMA /SEKOLAH/AGENSI

D ANUGERAH KHAS PPD

42 PKG TERBAIK 2020 PENGERUSI PKG LANGGAR

43 Amalan Terbaik Kaunseling SM TEKNIK ALOR SETAR, KEDAH

44 Amalan Terbaik Disiplin SM SMK CONVENT, ALOR SETAR,KEDAH.

45 Amalan Terbaik Disiplin SR SEK.KEB ALOR MENGKUDU

46 Anugerah PIBK Cemerlang SMK SIMPANG KUALA

47 Ikon PIBK EN ABDUL MALIK BIN SAAD (YDP PIBG SK ALOR MENGKUDU)

48 Anugerah Kepimpinan ICT ZAMRI BIN ABDULLAH (SK ALOR JANGGUS)

49 Anugerah Guru Pemulihan Khas Terbaik ROSNITA BINTI AZIZAN (SK TITI GAJAH)

50 Anugerah Sekolah Cemerlang PAJSK ( SM ) KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN

51 Anugerah Sekolah Cemerlang PAJSK (SM ) SM SAINS POKOK SENA

52 Anugerah Sekolah Cemerlang PAJSK ( SR ) SK TAMAN UDA

53 Anugerah Sekolah Cemerlang PAJSK ( SR ) SJKC KEAT HWA H

54 Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2020 NUR NADA BINTI AZHAR ( SMK AGAMA KEDAH ) 11A+, 1B +

55 Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2020 POH SHI LYNN ( SMK KEAT HWA 1 ) 11 A+

56 Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2020 LAI YONG QIAN ( SMK KEAT HWA 1 ) 11 A+

57 Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2020 DING YEEN JI ( SMK KEAT HWA 1 ) 10 A+
58 Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2020
WAN NUR IZYAN BINTI WAN NAJMI
( SMK SULTANAH ASMA ) 10A+

13 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

13

ANUGERAH SUMBANGSIH

BIL KATEGORI ANUGERAH NAMA PENERIMA /SEKOLAH/AGENSI

E ANUGERAH SUMBANGSIH

59 Bank Rakyat Alor Setar . PENGURUS BANK RAKYAT ALOR SETAR

60 Pejabat Kesihatan Bandar Alor Setar PEGAWAI KESIHATAN DAERAH ALOR SETAR

61 Yayasan Sultanah Bahiyah PENGERUSI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

62 Yapiem PENGURUS YAPIEM

63 Jemaah Nazir Kedah KETUA JEMAAH NAZIR KEDAH

64 Jabatan Zakat Negeri Kedah KETUA EKSUKUTIF LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

65 Bank Simpanan Nasional PENGURUS BANK SIMPANAN NASIONAL

66 NCER PENGURUS NCER
67 Yayasan Pelajaran Mara (YPM)
PEGAWAI PERHUBUNGAN PENDIDIKAN NEGERI YPM
KEDAH/PERLIS

143 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

14

153 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

15

BIODATA TOKOH GURU

163 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

16

JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATAN KUASA INDUK :

Penasihat : Tn Hj Rozaini bin Ahmad , A.M.K ; B.C.K
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

Pengerusi : Tn Hj Ishak Bin Zulkifli,
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar

N.Pengerusi : Datin Hamidah Bin Ismail
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

En Ismail Bin Yahya
Timbalan PPD Sektor Perancangan

Pn Azimah Binti Hj Mahmud
Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah

En Dziauddin Bin Saad
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

Setiausaha : Pn Rohaya Binti Abdullah
Pegawai SISC+ Sains Sosial

Pen. Setiausaha I: Cik Sofazaiyada binti Ibrahim
Pen. PPD Perancangan

173 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

17

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATAN KUASA KERJA BIDANG TUGAS

1 BACKDROP/PERSIAPAN HOST GM/
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA TOKOH GURU/
SUSUNAN DAN GUBUNGAN BAHAN DIGITAL
DAN MULTIMEDIA/URUSAN TEKNIKAL ICT

En. Mohd Hairi bin Suhaimi@Sahimi Menyediakan backdrop secara maya
En. Mohd Syakir bin Othman Menyediakan link GM dan Youtube live
En. Shahril Akmal bin Abdul Rahman Menggabungkan video ucapan Hari Gur da-
Pn. Siti Salwa binti Ahmad ripada murid-murid
Pn. Norazaina binti Abdul Manan Membuat pengambaran Sejarah Tokoh Guru.
En. Muhammad Asyraf bin Ahmad Zuhkhori Menyediakan persembahan multimedia.
En. Mohd Nor Hafifi bin Anuar Memastikan persembahan multimedia berkualiti
En. Mazlinizam bin Abdullah@Ahmad dan menepati keperluan majlis.
Memastikan Majlis Hari Guru Online berjalan
lancar.

2 PERHIMPUNAN DAN UPACARA / Menyediakan teks pengacaraan dan mengacara-
PENGACARA MAJLIS kan majlis hingga tamat .
En. Johari bin Ahmad(K) Mengurus dan memastikan raptai dijalankan.
En. Mohamad Hafiz bin Zakaria Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ke-
Pn. Siti Fatimah binti Mohd Nawi jayaan majlis.

3 PANEL PENERIMA HADIAH & TOKOH GURU

En. Zakimi bin Abdullah (K) Melantik jawatankuasa kecil

En. Mohd Dzhir bin Salleh Menetapkan kategori anugerah yang akan diberi.

En. Salihuddin bin Lahamin Menyediakan senarai nama penerima anugerah

mengikut kategori yang ditetapkan.

Menghubungi penerima anugerah dan

mengesahkan kehadiran penerima.

Menyerahkan senarai nama penerima anugerah

kepada jawatankuasa hadian dan buku program.

4 SIJIL/ HADIAH/ CENDERAMATA Berbincang dengan PPD/Timbalan PPD mengenai
Pn. Halijah bt Mahmud(K) kategori hadiah
Pn. Ruzita binti Ahmad Mencetak sijil/ pembelian cenderamata dan hal
Pn. Rumini bt Abdullah yang berkaitan.
Pn. Hazidah binti Zainol Menguruskan penyampaian hadiah kepada
penerima hadiah semasa majlis berjalan.

183 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

18

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATAN KUASA KERJA BIDANG TUGAS
5 BUKU PROGRAM-FLIP-BOOK
Menyediakan draf buku program
En Mustaffa bin Ahmad (K) Menguruskan percetakan buku program
En Asri bin Mansor Menyerahkan buku program kepada Jawatankuasa
En Mohd A'sri bin Abdul Ghani Sambutan untuk diedarkan.
Merakam gambar yang penting sepanjang peristiwa.
6 PENDAFTARAN ONLINE
En. Mohd Roszi bin Md Rejab (K) Menyediakan link pendaftran online
Pn. Norzaini bt Othman Mengedarkan link semasa acara berlansung

7 TEKS UCAPAN Menyediakan dua teks ucapan :
Pn Dzurina bt Idris (K) Ucapan Alu-aluan PPD
Pn Noorlela bt Mohd Yusop Ucapan Pengarah
Pn Norazaina bt Abd Manan
Menyediakan teks doa
8 DOA Memimpin bacaan doa.
En. Mohd Dzhir bin Salleh(K)

9 SURAT-MENYURAT/JEMPUTAN Mendapatkan senarai jemputan daripada urusetia
Pn Norsiah Bbnti Mohamad Josli (K) Menyediakan surat/kad jemputan
Pn Fariza binti Mohamad Akhir Mengedarkan surat/kad jemputan.
Pn. Zaharah binti Othman
Merancang konsep persembahan yang sesuai
10 PERSEMBAHAN , NYANYIAN LAGU ‘GURU Berurusan dengan pihak sekolah sekiranya
MALAYSIA’ DAN BACAAN IKRAR melibatkan murid/pelajar.
En. A. Saiful Azman bin Aziz (K) Mengadakan latihan dan raptai.
En. Mohd Khairul Nizam bin Abdullah Memastikan persembahan berjalan lancar.
MPSM Menguruskan Nyanyian Lagu “ Guru Malaysia” dan
MGB bacaan ikrar
PIBK
Menyediakan dokumentasi selepas majlis
11 DOKUMENTASI berlangsung.
Cik Sofazaiyada binti Ibrahim (K)
Pn Rohaya binti Abdullah

183 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

19

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

183 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

20

PENGHARGAAN

JAWATANKUASA PELAKSANA

SAMBUTAN HARI GURU 2021 PPD KOTA SETAR

Merakamkan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada :

YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI ROZAINI BIN AHMAD ,A.M.K; B.C.K

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

193 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

21

20 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021

22


Click to View FlipBook Version