The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 486 Chew, 2024-02-18 19:17:34

SBLM 1013 Introduction to Writing

Penulisan Popular: Tourism

5173829406 Khazanah Sabah Kota Kinabalu Perlacongan EKSPLORASI E D I S I 1 | J A N U A R I | 2 0 2 4 E K S K L U S I F P E L A N G I P E R J A L A N A N Y A N G T I D A K A K A N D I L U P A K A N Secebis Syurga di Dunia Perlacongan Utama Negeri di Bawah Bayu 30 hari tanpa visa


Ketua Editor Wan Nurin Sabrina Tinta Editor ssalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Illahi dengan Izin-Nya, e-majalah Eksplorasi Eksklusif: Keindahan Sabah dapat diterbitkan. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang amanah sebagal Ketua Editor. Ucapan terima kasih ini juga turut ditujukan kepada rakan rakan sidang redaksi yang telah memberikan bantuan dan kerjasama yang baik dalam penghasilan e-majalah. Berkat kerjasama dan kegigihan semua individu yang terlibat, akhirnya e-majalah Ekplorasi Eksklusif: Keindahan Sabah akhirnya berjaya diterbitkan. A Saya berharap semua pembaca berpuas hati dengan hasil yang telah diterbitkan ini. Akhir kata, saya mewakili, pihak sidang redaksi yang lain ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menerbitkan e-majalah ini. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku sepanjang penerbitan e-majalah ini dijalankan. Sekian, terima kasih. i


Wan Nurin Sabrina Nur Duya Alya Sofea 302175 Editor EKSPLORASI EKSKLUSIF 288162 Anis Humaira Denise Ng Xiang yi 286897 ii 284352 278754 Chew Yong Kang


E K S P L O R A S I E K S K L U S I F 01 I S I K A N D U N G A N A R T I K E L U T A M A A R T I K E L S A M P I N G A N R U A N G A N K R E A T I F B E R I T A S E M A S A 03 K e i n d a h a n S a b a h iii R U N G A N I K L A N 05 07 09


K O T A K I N A B A L U EksplorasiEksklusif K O T A K I N A B A L U KOTA KINABALU? MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH KOTA KINABALU SEBAGAI TEMPAT PELANCONGAN? Sebuah kota penuh dengan keasyikan alam semula jadi yang terletak di Sabah, Malaysia. Merupakan sebuah destinasi pelancongan yang menarik dengan pelbagai tarikan yang boleh memikat pengunjung. Keindahan Alam Semulajadi Diversiti Budaya Kota Kinabalu dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi, termasuk Gunung Kinabalu, taman-taman alam, dan pantaipantai yang cantik. Pemandangan ini memikat para pelancong yang mencari pengalaman alam yang unik. Kota Kinabalu adalah tempat yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya. Pelancong dapat merasai keunikan tradisi dan adat istiadat tempatan melalui makanan, seni, dan perayaan yang diadakan di sini. Melancong ke Kota Kinabalu memberikan peluang untuk menikmati keindahan alam semulajadi, pengalaman budaya, dan kepelbagaian aktiviti yang tersedia. Dengan kombinasi gunung, laut, dan warisan sejarah, tempat ini menawarkan pengalaman pelancongan yang lengkap dan tak terlupakan. Oleh : Chew Yong Kang 1


KOTAKINABALUPesona EksplorasiEksklusif Oleh : Chew Yong Kang Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Taman Kinabalu Park Gunung Kinabalu Panduan bercuti di Kota Kinabalu Masjid ini mempunyai seni bina yang indah dan menjadi mercu tanda di Kota Kinabalu. Keindahan seni bina Islamiknya dan lokasinya yang strategik menjadikannya tempat yang menarik untuk dilawati. Terletak di sekitar Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu Park adalah salah satu warisan dunia UNESCO. Ia menawarkan keindahan alam semulajadi, termasuk air terjun yang menakjubkan, taman bunga, dan flora serta fauna yang unik. Kota Kinabalu menjadi gerbang utama untuk mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Pendakian ke puncak menawarkan pemandangan indah dan pengalaman mendebarkan. 2


PULAU MABUL SECEBIS SYURGA DI DUNIA ol eh : Ani s Huma ir a K H A Z A N A H S A B A H : N O M A D I C | 2 4 egeri di bawah bayu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan keindahan pulau-pulau yang memukau mata pelancong yang datang melancong. Pulau Mabul merupakan salah sebuah pulau yang menjadi tumpuan para pelancong terutamanya kepada peminat aktiviti-aktiviti menyelam. Pulau Mabul, terletak di lepas pantai timur Sabah, Malaysia, adalah destinasi impian bagi para penyelam dan pencinta keindahan bawah laut. Pulau ini mempunyai saiz yang agak kecil dan sekiranya dilihat dari atas pulau ini berbentuk melengkung serta dapat dilihat pelbagai jenis batu karang. Pulau Mabul terkenal dengan kehidupan laut yang indah untuk disajikan kepada pelancong yang datang serta menawarkan pengalaman menyelam yang unik dan pemandangan bawah laut yang memukau.Pulau Mabul terkenal dengan terumbu karangnya yang indah dan kepelbagaian hidupan laut. Tambaham pula airnya yang jernih seperti kaca memberi pengalaman buat para pelancong menikmati keindahan terumbu karang dan hidupan laut dengan jelas. Terumbu karang yang berwarnawarni, ikan-ikan yang pelbagai jenis dan keindahan laut akan membuatkan sesiapa sahaja yang datang jatuh cinta dengan keindahannya. EksplorasiEksklusif 3


Masa terbaik untuk melawat Pulau Mabul adalah semasa musim kemarau antara Mac hingga Oktober. Tempoh yang sesuai untuk anda terokai pulau ini adalah selama 3 atau 4 hari. Dalam tempoh ini, cuaca cerah dan kering serta laut tenang dan jernih, menjadikannya sesuai untuk melakukan aktiviti scuba diving dan snorkeling. Walau bagaimanapun, harga akan menjadi lebih tinggi pada musim ini kerana musim yang high demand. Masa Terbaik untuk Melawat Pulau Mabul EksplorasiEksklusif Aktiviti menarik di Pulau Mabul Aktiviti utama di pulau ini adalah menyelam. Ini kerana menyelam di Mabul adalah sama sekali berbeza dengan pengalaman biasa di pulau-pulau lain. Di Pulau Mabul terdapat ikanikan besar dan terubu-terumbu karang yang indah.Pulau Mabul dikenali sebagai salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia. Pulau Mabul kaya dengan keindahan lautnya yang luar biasa, merupakan surga kecil yang tersembunyi di Sabah. Dari kepelbagaian keindahan terumbu karangnya hingga keunikan kehidupan laut yang pelbagai telah menjajikan pengalaman yang tidak akan dapat dicari di tempat lain Bagi mereka yang mencari pengalalaman meneroka keindahan laut yang terbaik Pulau Mabul adalah destinasi yang tepat untuk anda kunjungi. 4


Semakin kumendekatimu gemilang rasa aku, kekasihku, menyerah tanpa perlawanan. Wajahmu, Kinabalu selepas fajar, bagai sutera sulaman dari malam seribu kencana keindahan yang lebur pada getaran dan resapan menyerap inderaku. Adunan warna, bentuk dan garis teruji penyair menyulam kata samudera rasa dan fikir yang bergolak. Kau, inspirasi yang turun bagai gadis berhijab melafaz ayat-ayat al Qur'an di lembah malam. Gunung Kinabalu, kubawa kau dalam mimpi kaujauh tetapi selaluterasa dekat panggilanmu menghibur larasang musafir ketika kurenungmu dari seribusiangaku melihat kebesaran-Mu. GUNUNG KINABALU 5 EksplorasiEksklusif


EksplorasiEksklusif 6 Puisi Kukagumi kerajinan kaum Dusun untuk mereka syair kususun tentang tumbuh-tumbuhan di hutan dan kebun salah dan silap harap diampun. Timadang itu persis terap, Nama umumnya buah tarap; Isinya putih manis dan sedap, Pabila makan santun beradab. Kulit tarap persis nagka, Banyak bujur bulat pun ada; Elok direbus buah yang muda, Lauk kegemaran si emak janda. Polod adalah sejenis umbut, Pohon palma bayas disebut; Banyak di bukit di hutan Sugut, Warnanya putih sangat lembut. Polod boleh dimakan mentah, Budak-budak suka meratah; Dimasak lemak lebihkan kuah, Lauk nenek di sulap sawah. Tomborua itu umbut rotan, Asalnya memang dari hutan; Rasanya pahit bukan buatan, Demi khasiat tetap dimakan. Tomborua itu lauk pesara, Kaum ibu dan anak dara; Tetap ditelan tanpa bicara. Awet muda menglipur lara. Orang lama simpan rahsia, cara mengelak disengat lebah. Tanahnya luas di Timur Malaysia, dikenali sebagai negeri Sabah. Puteri raja sungguh pemalu, apabila bertemu dengan si putera. Di Ranau terletak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara. Lepas kenyang tidur lena, berselimut dengan kain batik. Pulau Sipadan terletak di Semporna, lautnya jernih pantainya cantik. Dalam hutan ada si badak, di tepi kolam ada si itik. Kota Kinabalu ramai sumandak. bahasanya lembut orangnya cantik. Pantun Moden Karya Tempatan


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata negeri Sabah menyasarkan ketibaan 2.8 juta pelancong pada tahun depan yang dijangka menjana pendapatan RM5.6 bilion semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah. Keputusan kerajaan Persekutuan mengenai kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk warga China dan India mulai 31 Disember 2023. Keputusan ini juga memberi manfaat kepada perkhidmatan hotel, makanan dan minuman selain pengangkutan dan pusat beli-belah termasuk kedai cenderamata untuk meningkatkan sumber pendapatan negeri Sabah. Sambutan Ulang Tahun ke-50 antara Malaysia dan China Kemasukan Tanpa Visa 30 Hari Untuk Rangsang Sabah Tahun Depan Menjangka Ketibaan Lebih Ramai Pelancong ke Sabah pada Tahun 2024 EksplorasiEksklusif 7


SABAH BAKAL JADI DESTINASI PELANCONGAN DURIAN RASMI KOTA KINABALU: Sabah mungkin tidak lama lagi akan menjadi salah satu destinasi Pelancongan Durian rasmi Malaysia kerana terdapat potensi besar untuk inisiatif agro pelancongan seumpama itu di negeri ini. Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Trecey J Tojuka berkata ini dibuktikan dengan kejayaan Pesta Durian dan Kopi yang diadakan tahun lepas di Keningau, yang menarik kira-kira 5,000 hingga 6,000 pengunjung termasuk pelancong asing EksplorasiEksklusif 8 08 Januari 2024


TERBANG KE SABAH Mount Kinabalu Climb “The Little Konabatangan” Proboscis Monkey & Fireflies River Cruise 2D1N Borneo Natural Sukau Bilit Resort - Kinabatangan River Cruise & Jungle Walk (Budget) Sandakan - Sepilok Orang Utan Centre dan banyak lagi Sekali datang pasti mahu lagi! EksplorasiEksklusif Pakej yang ditawarkan: Harga: Bergantung kepada pakej yang ditawarkan Serendah RM250 sahaja! Tunggu apa lagi? Daftar sekarang. 9 layari: https://www.amazingborneo.com


TERBANG KE SABAH Sekali datang pasti mahu lagi! EksplorasiEksklusif Pakej yang ditawarkan: 10


Click to View FlipBook Version