Institusi : IPgkpm Tahun : 2021
Kompilasi
peribahasa Melayu
Dihasilkan oleh : NURNABILAH BINTI HADRI (PISMP TESL 1)
Peribahasa
Simpulan bahasa
Perumpamaan
Bidalan
Simpulan bahasa:
Anak angkat
Buah tangan
Gaji buta
Hidung tinggi
Iri hati
Mulut tempayan
Tajam akal
Simpulan bahasa
biasanya terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud padat dan tepat.
Anak
angkat
Anak orang lain yang
dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh :
Walaupun hanya berstatuskan anak angkat, Aiman diberikan
kasih sayang secukupnya oleh Puan Maimunah.
Buah
tangan
Pemberian atau oleh-oleh.
Contoh :
Abang memberikan buah tangan dari Australia buat kekasih
hatinya.
Gaji
buta
Gaji yang diterima dengan tidak
bekerja bersungguh-sungguh.
Contoh :
Adalah menjadi satu larangan kepada pekerja yang memakan gaji
buta kerana itu merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab.
Hal ini yang demikian kerana, kerja telah dilakukan dengan
sambil lewa sekaligus tidak memberikan impak yang positif
kepada hasil kerja.
Hidung
tinggi
Sombong atau angkuh.
Contoh :
Orang kaya itu digelar sebagai orang yang hidung tinggi.
Walaupun beliau seorang yang kaya tetapi beliau suka untuk
menunjuk hartanya dan sering berasa jijik dengan golongan
bawahan.
Iri
hati
Perasaan dengki atau cemburu.
Contoh :
"Aku tahu kamu hanya iri hati dengan aku kerana aku berjaya
mendapat kerja yang lebih baik daripadamu tetapi tidak
bermaksud kamu boleh menabur fitnah terhadap aku."
Marah Aisyah kepada Raihana yang selalu menganggu dirinya.
Mulut
tempayan
Tidak dapat menyimpan rahsia.
Contoh :
"Jangan kamu ceritakan perkara ini kepada Saif. Hal ini yang
demikian kerana, Saif merupakan seorang mulut tempayan. Jika
kamu beritahunya, berkemungkinan besar rahsia kamu
bukanlah lagi satu perkara yang boleh disorokkan."
Beritahu Hilman kepada Hazel.
Tajam
akal
Pintar.
Contoh :
Sabiha merupakan seorang yang tajam akal dan mampu
mendapatkkan kerja yang baik walaupun pintu hatinya sudah
tertutup buat cinta. Dia berhasrat untuk memfokuskan diri
kepada kerjaya sahaja. Namun, Allah menentukan segalanya.
Akhirnya, Sabiha juga mendapat kebahagiaan buat dirinya.
PERUMPAMAAN
Bagai aur dengan tebing 01
Bagai bulan dipagari bintang 02
Bagai murai tercabut ekor 03
Bagai kacang melupakan kulit 04
Seperti gergaji dua mata 05
Seperti kera kena belacan 06
Seperti rusa masuk ke kampung 07
Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan
kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Pada kebiasaanya,
perumpamaan akan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana,
seperti dan umpama.
01
Bagai aur
dengan tebing
Tolong menolong antara satu
sama lain.
Contoh :
Sempena kenduri yang akan dijalankan di kawasan perumahan
tersebut, satu goyong-royong telah dijalankan dan berdasarkan
aktiviti ini, dapat dilihat bahawa penduduk sekitar bagai aur dengan
tebing bagi menjayakan aktiviti itu.
02
Bagai bulan
dipagari bintang
Kecantikan gadis yang tiada
tandingannya.
Contoh :
Bagai bulan dipagari bintang, muka gadis bernama Haura itu sering
menjadi bualan para penduduk kampung.
03
Bagai murai
tercabut ekor
Seorang yang becok mulutnya.
Contoh :
Amir seorang yang tidak desenangi oleh rakan sekelas kerana dia
bagai murai tercabut ekor.
04
Bagai kacang
melupakan kulit
Orang yang tidak mengenang
budi.
Contoh :
Amna bagai kacang melupakan kulit apabila berpura-pura tidak
mengenali kawan-kawan dari kampungnya ketika bersama teman
lelaki kayanya. Sedangkan, kawan-kawan Amna yang
membantunya untuk pergi ke bandar.
05
Bagai gergaji
dua mata
Seseorang yang mengambil kesempatan
daripada pertelingkahan dua pihak.
Contoh :
"Sungguh tidak ku sangka kamu bagai gergaji dua mata."
Dapat didengari bibit-bibit kedukaan Sultan Hamza yang sudah berada di
hujung nyawa dan suara itu diajukan kepada Khalis. Khalis tanpa rasa kasihan
berlalu pergi meninggalkan Sultan Hamza yang berlumuran darah.
"Harta lebih bermakna buatku. Akan ku sembunyikan diri daripada menyertai
perang yang sia-sia antara Roan dan Ham."
06
seperti kera kena
belacan
Tidak suka duduk diam.
Contoh :
Han seperti kera kena belacan apabila mendapati bahawa
dompet pemberian arwah bapanya telah hilang.
07
seperti rusa
masuk ke kampung
Berasa hairan dan tercengang-cengang
apabila berada di tempat yang baru
Contoh :
Perasaan janggal sungguh kuat dirasai oleh Amsyar kerana dia
merupakan pelajar baru di sekolah. Maka, kelihatan dia seperti
rusa masuk ke kampung.
PERIBAHASA
BIDALAN
TIDAK MEMPUNYAI SESUATU KATA YANG
TERTENTU SEPERTI PERUMPAMAAN
Bidalan
Ada gula ada semut.
Alah bisa tegal biasa.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Darah setampuk pinang.
Hilang di mata, di hati jangan.
Ukur baju di badan sendiri.
Ada gula ada semut
Orang akan berkumpul di
tempat mendapat rezeki dengan mudah.
Contoh :
Ramai anak muda berhijrah ke bandar
kerana ada gula ada semut.
Alah bisa tegal biasa
Pekerjaan yang susah akan
menjadi mudah jika terlalu dilakukan.
Contoh :
"Saya mengalami kesukaran untuk mengingati
cara menjawab soalan matematik itu."
Rungutan kecil dilakukan oleh si adik.
Lalu kakaknya bersuara,
"Lakukanlah latihan itu banyak kali.
Alah bisa tegal biasa."
Harapkan pagar, pagar makan padi
Mengharapkan kepada seseorang.
Namun, orang itu yang membinasakan
kepercayaan yang diberikan.
Contoh :
Tangisan Layla keluar tanpa henti
disebabkan tindakan ayah kandungnya.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Layla kini sudah hilang kesucian yang dijaga
rapi kerana ayahnya sendiri.
Darah setampuk pinang
Belum berpengalaman.
Contoh :
Darah setampuk pinang sering diserasikan dengan orang muda
lepasan universiti.
Tanggapan ini telah membuatkan bahawa susahnya buat mereka
untuk mendapatkan kerja.
Namun begitu, pengalaman boleh dicari tetapi dimanakah mereka
mampu mencari pengalaman jika peluang tidak diberikan?
Hilang di mata, di hati jangan
Walaupun berjauhan, tetap ingat di hati.
Contoh :
Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah
memberikan kesan kepada masyarakat sehingga terpisahnya
orang kesayangan.
Sungguhpun demikian, hilang di mata, di hati jangan.
Penggunaan teknologi yang canggih mampu menghubungkan
dua insan. Maka, terubat sedikit hati mereka kerana rindu.
Ukur baju di badan sendiri
Melakukan sesuatu hendaklah
mengikut kemampuan diri sendiri.
Contoh :
Berbelanja dengan mengukur baju
di badan sendiri bagi mengelakkan
terjerumusnya diri dalam lembah hutang kelak.
Bibliografi
Kamil, A. R. (2018). Xpress Hebat :
Bahasa Melayu UPSR Tahun 4, 5, 6.
Sasbadi Sd. Bhd.
Oleh :
Nurnabilah binti Hadri, PISMP TESL 1,
Ambilan Jun 2020, Tahun 2, Sem 3
IPGKPM
Sekian
TERIMA
KASIH.