INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) - PANDU PUTERI KADETKURSUS : PANDU PUTERI KADET KOD KURSUS : MPU 3441a KANDUNGAN : TUGASAN 1 – Penulisan Buku Log Nama Pelajar : RACHEL CHUA JIA WEN No Angka Giliran : 2021072340226 Kumpulan : PISMP BCNB SJKC Ambilan : JUN 2022 No. Telefon Bimbit : 016-2517019 Alamat E-mel : [email protected] Nama Pensyarah Kursus : Puan Roselyn Gubal
BIODATA
ISI KANDUNGAN 1.LAMBANG PANDU PUTERI 2.LENCANA PANDU PUTERI 3.BENDERA PANDU PUTERI DUNIA 4.BENDERA PANDU PUTERI MALAYSIA 5.PRINSIP-PRINSIP ASAS PANDU PUTERI 6.MOTO PANDU PUTERI 7.IKRAR PANDU PUTERI 8.LAGU PANDU PUTERI 9.PENGURUSAN KEAHLIAN PANDU PUTERI 10.PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI 11.UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI 12.PIAGAM PANDU PUTERI 13.SALAM PANDU PUTERI 14.BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI 15.SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI 16.TUJUAN PENUBUHAN PANDU PUTERI 17.PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI 18.MISI DAN VISI PANDU PUTERI MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENUBUHAN PANDU PUTERI 19. 20.PENGASAS PANDU PUTERI 21.TUJUAN PENUBUHAN PANDU PUTERI 22.STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN 23.AHLI JAWATANKUASA IPGKG 2024 24.PERANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH RENDAH 25.LAPORAN AKTIVITI
LAMBANG PANDU PUTERI Lencana Pandu Puteri Malaysia hampir sama bentuknya dengan lencana Pandu Puteri Sedunia. Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia ini diperkenalkan dan digunakan dalam bulan Januari 1962. Lencana dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan di Ibu Pejabat Pandu Puteri Malaysia. Lencana ini mempunyai lambang daun atau cabang trefoil yang melambangkan tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri. Bintang pecah empat belas melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan satu pecahan lagi menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang boleh dianggapkan sebagai petunjuk ke jalan yang sebenar. Lencana ini dipinkan di tali leher ahli Pandu Puteri dan kadet semasa upacara pelantikan.
TANDA/SIMBOL MAKSUD Trefoil Emas Tangkai bawah daun Tiga bahagian persetiaan Pandu puteri Kasih sayang manusia sejagat Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan Pandu Puteri Jarum menghala ke atas Arah yang harus dituju dalam Pandu Puteri Trefoil Emas latar belakang biru Matahari yang menyinari seluruh kanak-kanak dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. LENCANA PANDU PUTERI
TANDA/SIMBOL MAKSUD Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah Tiga bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru Komitmen semua ahli Pandu Puteri danPengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru Matahari menyinari kanak-kanak di dunia BEndera PANDU PUTERI DUNIA
TANDA/SIMBOL MAKSUD Tiga rangkaian daun lebar Tiga bahagian persetiaan Pandu Puteri Bintang pecah empat belas Perpaduan tiga belas buah negeri dan satu wilayah persekutuan Lencana Pandu Puteri di tengah Matahari menyinari kanak-kanak di dunia BEndera PANDU PUTERI MALAYSIA
Prinsip asas Pandu Puteri adalah berteraskan Persetiaan dan UndangUndang Pandu Puteri. Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjadi ahli pergerakan Pandu Puteri. Sistem nilai tersebut menjadi panduan hidup ahli pergerakan Pandu Puteri. PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN PERTuBUHAN PANDU PUTERI Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang pemimpin berwaran hendaklah memakai lencana pelantikan dan lencana dunia. Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukarela menyertai Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai seorang ahli. Seseorang ahli yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri tergerak memberi penglibatan yang penuh dan padu kepada pergerakan Pandu Puteri dan sentiasa mengamalkan semangat Pandu Puteri. Kadar bayaran yuran yang dibayar kepada ibu pejabat kebangsaan dipertimbangkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia setiap tiga tahun. Jumlah yuran keahlian yang dikutip oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia di peringkat cawangan dan daerah adalah mengikut budi bicara Majlis Jawatankuasa Kerja Cawangan dan Majlis Jawatankuasa Kerja Daerah.
MOTO SELALU SEDIA Bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulur bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan.
IKRAR persatuan PANDU PUTERI malaysia Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri
Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. Lagu DUNIA Versi Bahasa Melayu
Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give. Versi Bahasa Inggeris Lagu DUNIA
PENGURUSAN KEAHLIAN PANDU PUTERI Keahlian Pandu Puteri Tunas •Dahulunya dikenali sebagai Tunas Puteri tapi sekarang ia sudah ditukar kepada Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh pelajar perempuan berumur 7 - 12 tahun sahaja. Keahlian Pandu Puteri Remaja •Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur antara 11 hingga 15 tahun. •Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan. Keahlian Renjer Puteri •Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8)orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu.Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.
Pakaian SERAGAM 1. Pakaian Pandu Puteri Tunas • Kemeja hijau berlengan panjang • Seluar panjang biru tua • Skaf (berwarna coklat) • Lambang kumpulan • Lambang Negeri • Woggle • Lencana dunia • `Shoulder Flashes' • Stoking hitam • Kasut hitam • Tudung hitam (bagi yang Muslim) 2. PAKAIAN PANDU PUTERI REMAJA • Baju kemeja berwarna hijau • Skaf (berwarna kuning) • Jata Negeri • Woggle • `Shoulder Flashes' • Lambang Kumpulan • Lencana Dunia • Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja • Seluar panjang biru tua • Stoking hitam • Kasut hitam • Tudung hitam (bagi yang Muslim)
Pakaian SERAGAM 1. Pakaian Pandu Puteri Tunas • Kemeja hijau berlengan panjang • Seluar panjang biru tua • Skaf (berwarna coklat) • Lambang kumpulan • Lambang Negeri • Woggle • Lencana dunia • `Shoulder Flashes' • Stoking hitam • Kasut hitam • Tudung hitam (bagi yang Muslim) 2. PAKAIAN PANDU PUTERI REMAJA • Baju kemeja berwarna hijau • Skaf (berwarna kuning) • Jata Negeri • Woggle • `Shoulder Flashes' • Lambang Kumpulan • Lencana Dunia • Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja • Seluar panjang biru tua • Stoking hitam • Kasut hitam • Tudung hitam (bagi yang Muslim)
UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa sopan santun. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun pada masa kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
PIAGAm Persatuan PANDU PUTERI malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilainilai murni Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran
SALAM PANDU PUTERI Cara Hormat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua, dan juga sesama ahli kumpulan. la juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan.
BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. la juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita.
1912 Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Agnes Baden-Powell mengadaptasikan buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, Pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, Lord Robert berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai Perhimpunan Pengakap di Crystal Palace yang merupakan pemangkin kepada Pergerakan Pandu Puteri. Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell telah memilih nama“Girl Guides” dengan rujukan kepada Guides Corps di India. sejarah penubuhan PANDUPUTERI dunia 1918 Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan meneruskan usahanya dengan Lord Robert Baden-Powell dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 1909 1910
sejarah penubuhan PANDUPUTERI dunia 15 lagi negara memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia 1930 1931 Keahlian persatuan ini melebihi satu juta 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary 1945 Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula dan terus berkembang
Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu : a) Mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas; b) Melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; c) Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; d) Untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Tujuan penubuhan PANDU PUTERI
Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah MATLAMAT OBJEKTIF PERLEMBAgaAN PANDU PUTERI Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan Menampilkan ahli yang mempunyai nilainilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa VISI MISI DAn visi MISI NILAI-NILAI TERAS Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: 1.Integriti 4. Toleransi 2.Kejujuran 5. Kasih sayang 3.Hormat-menghormati 6. Bantu-membantu
Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti di peringkat cawangan Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli Meningkatkan prestasi pemimpin Meningkatkan jumlah ahli Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan VISI matlamat & objektif persatuan PANDU PUTERI malaysia Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualiti MATLAMAT
pengasas Pandu Puteri Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert BadenPowell telah mengetuai pertubuhan “Girl Guides” dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai “Girl Scouts”. Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau “Girl Guides”. Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau “Chief Guide”. Beliau telah diberi gelaran “ World Chief Guide” pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun. Lady-Baden Powell
pengasas Pandu Puteri Lord Baden-Powell ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuh beliau ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai versi kepada pengakap wanita dan diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara Agnes memainkan peranan utamasehingga kematiannya, Lady Olave Baden-Powell, isteri Lord Baden Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan Ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930. Lord Baden Powell
Struktur organisasi PANDU PUTERI Struktur organisasi Peringkat antarabangsa
Struktur organisasi PANDU PUTERI Struktur organisasi Peringkat antarabangsa
Struktur organisasi PANDU PUTERI Struktur organisasi Peringkat Daerah
AHLI JAWATANKUASA PANDU PUTERI IPGKG 2024 Pengerusi : MONNA ATTASYA MAJIN Tim. Pengerusi : EVA CALISTA JOSTIN Setiausaha : KEE FRIDARVYNA JAFFRY Bendahari : LAI LI KIUN Ketua patrol 1. Siantan : NICOLEE ERICA BINTI NUILEH 2. Cempaka : FATIMAH WARDINA BINTI FONG SHU KONG 3. Melur : LEE VUN CHE 4. Kesidang : DOROTHY KUNYIE ANAK SELEMAN 5. Kenanga : NURUL AYIN BINTI NORDIN 6. Teratai : SIM SHIANG MOI
Perancangan tahunan
Perancangan tahunan
Perancangan tahunan
Perancangan tahunan
Perancangan tahunan
LAPORAN AKTIVITI
LAPORAN AKTIVITI
LAPORAN AKTIVITI