The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD AZRI BIN A RAHMAN -, 2019-04-24 01:41:22

Pertandingan Kawad Kaki Unit Unifom 2019

Modul Kawad kaki

PERTANDINGAN KAWAD KAKI
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SMK MARAN

TAJUK : KAWAD KAKI

SPESIFIKASI : KAWAD ASAS DAN DINAMIK

BILANGAN PESERTA : MINIMUM 13 ORANG(12 DALAM BARIS DAN KETUA
PERBARISAN )

KONSEP AKTIVITI : Peserta dikehendaki mempersembahkan kemahiran kawad kaki
berdasarkan tatacara kawad kaki dengan betul.

SYARAT-SYARAT :

1. BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing-
masing. :

a. Unit di bawa masuk oleh Ketua Perbarisan (KP) ke tapak pertandingan dengan

3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-
tengah) Ketua Hakim.
b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan,
kanan....pusing”.
c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”.
“Pandang......depan”.

e. Melapor.: KP melapor kepada Ketua Hakim. Semasa KP melapor, skuad akan
berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika
melapor ialah “Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Unit/Pasukan ( )
siap untuk diuji, tuan”.

f. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Unit diwajib melakukan
semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.
ii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang

pusing”
iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman : “menghadap ke belakang,

kanan....pusing”.
iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : “ menghadap ke hadapan,

ke belakang pusing “.
g. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa

hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberikan.
i. Hukuman bergerak ke kiri diberi (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa

hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
j. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila

membelok, beri hukuman “kiri belok”.
k. Selepas melintasi kon sebelum melintas para hakim, skuad dikehendaki

melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.

ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
iii. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
iv. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.

v. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari
tengah, cepat jalan”. (KP akan bersama-sama skuad ketika mara
mengadap).

vi. KP melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor keluar ialah “
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Unit/Pasukam ( ) telah
selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan “

l. Tamat.

Peringatan :

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota skuad, kecuali hukuman KP
sahaja. ( contoh : anggota menyebut kiraan masa ; kiri, kanan, kiri ).

2. KP hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad
semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah. KP yang bergerak bersama
skuad semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada
di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan
sengaja berdiri berhampiran skuad. Semasa mara mengadap KP akan masuk
ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama skuadnya.


Click to View FlipBook Version