SABK AL-MADRASAH AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH POKOK SENA 13220 KEPALA BATAS, SEBERANG PRAI UTARA, PULAU PINANG. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 2024 (10 muka termasuk kulit) Dirasmikan : Tuan Haji Mohamad Nasri Bin Haji Osman Pengetua SABK Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah Tarikh : Masa : Tempat :
3
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SABK AL-MADRASAH AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH POKOK SENA, 13220, KEPALA BATAS, SPU PULAU PINANG Tel: 04-5759385 Fax: 5750476 Kod Sek: PFT2004 ________________________________________________________________________________ Bil. Kami: PIBG/MKI 2021/2022(5) Tarikh: 5 Mei 2024 Tuan/Puan, Ibu Bapa, waris murid, SABK Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah Tuan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG) SABK ALMADRASAH AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH KALI KE-16 Dengan segala sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sebagai makluman pihak tuan, Mesyuarat Agung PIBG SABK Al-Madrasah Al-Khairiah AlIslamiah kali ke-16 akan diadakan pada: Tarikh : 24 Mei 2024 Masa : 3.00 petang Hari : Jumaat Tempat: Dewan Arshad AL-Banjari, SABK Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah 3. Bersama ini disertakan: 3.1 Surat jawapan kehadiran 3.2 Borang usul untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada pihak sekolah sebelum 14 Mei 2024 (Selasa) melalui guru kelas anak tuan/puan. Tuan/puan perlu hadir untuk membahaskan usul yang dicadangkan. Ketidakhadiran tuan/puan akan menyebabkan usul yang dicadangkan tidak akan dibahaskan. 4. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, “MALAYSIA MADANI” “PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, …………………………………………………….. (TUAN HJ. MOHAMAD NASRI BIN HJ. OSMAN) Tuan Penasihat, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SABK Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah sk: 1.YDP PIBG – Encik Md Zain bin Abdul Halim 4
Bil Nama Anak Tingkatan 1 2 3 SURAT JAWAPAN DAN USUL/CADANGAN: Saya…………………………………………………………………………….waris kepada: • DAPAT /TIDAK DAPAT hadir ke Mesyuarat Agong PIBG SABK Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah kali ke-16 pada 24 Mei 2024 (Jumaat). Saya ingin mencadangkan usul/cadangan: 1………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………….. 2………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………….. Yang benar, ………………………………………………… ( ) Perhatian: 1. Sila kembalikan keratan ini kepada pihak sekolah melalui guru kelas anak tuan/puan pada 14 Mei 2024 (Selasa). 2. Pembentang usul diwajibkan hadir dalam mesyuarat tersebut. Jika pembentang usul tidak hadir dalam mesyuarat maka usul akan ditolak. 3. Jawatankuasa PIBG akan menapis usul/cadangan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 5
6
7
8
9
10
11
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 15 SESI 2022/2023 ________________________________________________________________________________ Tarikh / Hari : 16 Jun 2023 / Jumaat Masa : 3.00 petang Tempat : Dewan Arshad Al-Banjari Perasmi : Tuan Haji Ishak Bin Harun Ketua Penolong Pengarah Pendidkan,Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Kehadiran : Waris pelajar Guru 1.0 Ucapan Aluan YDP PIBG 1.1 Beliau mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru dan para waris ke Mesyuarat Agong PIBG kali ke 15. 1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru mendidik anak-anak pelajar sehingga berjaya di dalam peperiksaan SPM. 2.0 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong Kali ke 14 Medium : Bersemuka Kehadiran : 120 orang guru dan waris Disahkan : Encik Romzi Bin Ismail Disokong : Mohd Faisal Bin Mohd Fauzi 3.0 Laporan aktiviti Tahunan PIBG 2022/2023 BIL PERKARA 3.1 Bayar servis, insuran dan roadtax van sekolah Serena 3.2 Bayaran ansuran bulanan penapis air Coway 3.3 Sumbangan sewa khemah untuk kemasukan pelajar asrama 2022/23 3.4 Sumbangan kem rehlah STAM 3.5 Sumbangan cetakan Manual Prosedur Kerja 2023 3.6 Sumbangan untuk anak yatim sempena sambutan Aidilfitri 3.7 Sumbangan kek sempena sambutan Hari Guru dan Aidilfitri 3.8 Bayaran jamuan makan mesyuarat AJK PIBG 1 3.9 Bayaran plak cenderahati perasmi, makanan waris dan vip mat 2021/22 3.10 Sumbangan pelajar cemerlang SPM 2020 dan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Mesir 3.11 Bayaran makan mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 3.12 Sumbangan bengkel membina karangan (Panitia LAM) 3.13 Sumbangan kem Lughatul Arabiyah 3.14 Sumbangan pembelian radas makmal 3.15 Sumbangan program Sambutan Merdeka MKI 3.16 Sumbangan Majlis Anugerah Kecemerlangan MKI 2022 3.17 Sumbangan saguhati Muqayyam Arabi 3.18 Sumbangan program Irsyadul Imtiyaz 3.19 Sumbangan program lawatan asrama 12
4.0 Laporan kewangan PIBG Rujuk buku program Disahkan : Encik Romzi Bin Ismail Disokong : Mohd Nizar Bin Mohd Arshad 5.0 Usul dan Cadangan PIBG BIL USUL KEPUTUSAN 1 Memperkenalkan sumbangan RM150 kepada waris pelajar tingkatan 5 dan 6 bagi perbelanjaan Program Kecemerlangan SPM dan STAM Usul disokong dan diterima sebulat suara 2 Menambah mesin penapis air Coway kerana mesin air sedia ada tidak dapat menampung keperluan air minuman pelajar Usul ini disokong sebulat suara 3 Mengaktifkan semula akaun CIMB PIBG untuk dijadikan sebagai tabung infak dan waqaf dan didedahkan kepada awam Usul ini diterima dan disokong 4 Memperkenalkan tindakan membotakkan rambut pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulang sebanyak 3 kali Pengetua meminta kerjasama ibu bapa untuk berbincang mengenai usul ini dan ianya disokong 5 ’Outing’ pelajar asrama diawalkan kepada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang Usul ini ditolak kerana pencadang usul tidak hadir ke Mesyuarat 6 Baju pelajar dan buku aktiviti dikurangkan harga Usul ini ditolak kerana pencadang usul tidak hadir ke Mesyuarat 7 Pembinaan bonggol jalan di hadapan sekolah Perbincangan akan diadakan oleh pihak sekolah dan PIBG dengan JKR 8 Menambah aktiviti selepas sekolah antaranya seni beladiri Taekwando Usul ini ditolak kerana pencadang usul tidak hadir ke Mesyuarat.Selain itu seni beladiri Silat Gayung Pusaka memang sudah diadakan di MKI 9 Sekolah mengadakan Sistem ’Buddy’ antara pelajar (pelajar ’senior’ menjaga pelajar ’junior’) Akan dipertimbangkan oleh Baisan Pentadbir MKI 10 Pelajar asrama pulang bermalam setiap minggu,bukannya 2 minggu sekali seperti sekarang Usul ini ditolak oleh pihak MKI kerana ianya melibatkan polisi MKI 11 Hala tuju pelajar Tahfiz (Perlu penjelasan dari pihak pencadang sebelum dibahaskan Pihak pencadang mengusulkan supaya tahfiz MKI menjalankan sistem yang dilaksanakan Sekolah TMUA iaitu menambah guru tasmik dan pelajar dapat mengkhatamkan hafalan 30 Juzu Al-Quran dalam masa 5 tahun.Pengetua menjelaskan MKI ada memohon kepada KPM untuk menggunakan Silibus Kurikulum Bersepadu Tahfiz namun ditolak dan diminta 13
untuk menggunakan Silibus Kurikulum Bersepadu Dini.Oleh sebab itu bilangan guru tahfiz tidak dapat ditambah.Selain itu,kelas tahfiz MKI sekadar program tambahan,bukannya tahfiz sepenuh masa.Usul dan cadangan ini ditolak 12 Mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk pihak sekolah menggunting rambut pelajar yang panjang dan yang melanggar garis panduan di dalam peraturan sekolah Usul ini dibincang bersama di dalam usul keempat 13 Pelajar asrama diberi kelonggaran untuk mengikuti kelas tambahan di luar sekolah Usul ini ditolak oleh Pentadbiran MKI kerana pihak sekolah sendiri telah menyediakan kelas tambahan.Dikhuatiri akan berlaku pertembungan jadual kelas tambahan luar dan kelas tambahan sekolah.Ini juga akan mendatangkan kekeliruan dalam mengenal pasti keluar masuk pelajar asrama MKI Cadangan Waris 1. Resit pembayaran Yuran LPS atas talian kepada waris – Pentadbir MKI akan berbincang dengan LPS untuk menyelesaikan masalah resit ini 7.0 Sumbangan PIBG sesi 2023/2024 YDP PIBG En. Mohd Zain Bin Abd Halim mencadangkan sumbangan PIBG bagi sesi 2023/2024 dikekalkan sebanyak RM50. Disokong oleh En. Hamdan B Osman. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang Pencatat : 1. Nurul ’Afifah binti Mohd Nazri 2. Ana Binti Nazari 3. Afiqahusna Binti Samad Disediakan oleh : Disemak oleh : ----------------------------------------------------- ---------------------------------------- (MOHD ASLAM B SHUKOR) (EN. MOHD ZAIN ABD HALIM) SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG SABK MKI 14
15
16
17
18
PENYATA KEWANGAN PIBG SABK AL-MADRASAH AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023 BIL PENYATA BANK ISLAM a Penyata Bank 31 Disember 2022 RM 20 944.97 b Penerimaan (1 Jan 2023 sehingga 31 Disember 2023) RM 34 238.69 c Jumlah Keseluruhan (a+b) RM 55 183.66 d Perbelanjaan (1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023) RM 30 229.50 Baki di tangan (tunai) RM 250.00 Baki berakhir 31 Disember 2023 RM 24 704.16 Baki (tunai+ bank) RM24 954.16 PENYATA BANK CIMB Penyata berakhir 31 Disember 2022 RM 288.32 Penerimaan RM 0 Jumlah RM 288.32 Caj Perkhidmatan RM 10.00 Baki berakhir 31 Disember 2023 RM 278.32 B) AKAUN TABUNG AKTIVITI PIBG SABK MKI (8600938648) A) AKAUN PIBG SABK ALMADRASAH ALKHAIRIAH ALISLAMIAH (07043011022476) 19
PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN PIBG 2023 BANK ISLAM BIL PENERIMAAN RM BIL PERBELANJAAN RM 1 Baki di Bank Islam pada 31 Disember 2022 20,944.97 1 Majlis Bacaan Yasin 916.00 2 Kutipan sumbangan PIBG tertunggak tahun 2022 900.00 2 Kos Mesyuarat Agong Tahunan (MAT 2023) i) Jamuan makan ii) Cendera hati perasmi iii) Sumbangan Pelajar cemerlang SPM & STAM 2022 482.00 45.00 1200.00 3 Kutipan sumbangan PIBG 2023 27,000.00 3 Program Akademik (kurikulum) i) Pengangkutan Program STAM ii) Program Irsyadul Imtiaz fasa 3 iii) Modul Perniagaan Tingkatan 5 iv) Program Irsyadul Imtiaz Fasa 4 700.00 1252.00 1460.00 7892.00 4 Insentif Kitar Semula 1300.00 4 HEM & Kokurikulum I. Program Motivasi Awal II. Program Gotong Royong III. Program Motivasi Asrama IV. Kem Motivasi Tingkatan 5 V. Kem Kepimpinan Daie Asrama VI. Sumbangan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2023 VII. Sukan Tahunan Sekolah 300.00 600.00 399.00 580.00 2000.00 4500.00 1400.00 5 Akaun tumpang Gotong Royong KPM 5,000.00 5 Bayaran ansuran 3 buah penapis Air Coway (Disember 2022 – Disember 2023) selama 13 bulan 4029.00 6 Jumlah Faedah Bank 38.69 6 Lain-lain i) Sumbangan cetakan Manual Prosedur Kerja 2023 ii) Sumbangan Sistem Automasi Pusat Sumber 864.00 1,570.00 7 Caj perkhidmatan bank 40.50 JUMLAH PENERIMAAN RM34 238.69 JUMLAH PERBELANJAAN 1 JANUARI SEHINGGA 31 DISEMBER 2023 RM 30 229.50 BAKI DI BANK ISLAM PADA 31 Disember 2023 RM 24 704.16 BAKI DI TANGAN (TUNAI) RM 250.00 BAKI (TUNAI + BANK) RM 24 954.16 JUMLAH KESELURUHAN RM55 183.66 JUMLAH KESELURUHAN RM 55 183.66 20
CATATAN : 1. Baki penyata bank sehingga 31 Disember 2022 = RM20, 944.97 2. Jumlah penerimaan 1 Januari sehingga 31 Disember 2023 = RM34, 238.69 3. Jumlah perbelanjaan (1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023) =RM 30 229.50 4. Jumlah Keseluruhan (penerimaan dan baki pada 31 Disember 2022) = RM34, 238.69 + RM20, 944.97 = RM55 183.66 5. Baki terkini sehingga 31 Disember 2023 = RM 24 954.16 PENYATA BANK CIMB PENYATA BANK CIMB Penyata berakhir 31 Disember 2022 RM 288.32 Penerimaan RM 0 Jumlah RM 288.32 Caj Perkhidmatan RM 10.00 Baki berakhir 31 Disember 2023 RM 278.32 Disediakan oleh, …………………………………… (SITI HAJAR BINTI MOHAMAD) Bendahari PIBG 2023/2024 Disahkan oleh, ………………………………..…. (MD ZAIN BIN ABDUL HALIM) Yang Dipertua PIBG SABK MKI Disemak oleh, ………………………………………. (MUHAMMAD JAMIL BIN ISMAIL) Juruaudit 21
22
23
DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGITINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA : TUAN HAJI MOHAMAD NASRI BIN HAJI OSMAN PENGETUA SABK AL-MADRASAH AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH EN. MD ZAIN BIN ABDUL HALIM YANG DIPERTUA PIBG SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG KALI KE-16 SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SABK MKI WARGA SABK MKI DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN DAN SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SABK AL-MADRASAH AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH 2024 PENGHARGAAN VISI ▪ Pendidikan Berkualiti ▪ Insan Terdidik ▪ Negara Sejahtera MISI Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara