The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naimin4498, 2021-03-13 00:40:56

BM TINGKATAN 2 (TEMA 5)

RINGKASAN

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2

TEMA 5

BAHASA DAN SASTERA

TAJUK
PETAH BICARA (M/S 56)

SK
3.5 Menulis untuk meringkaskan
dan merumuskan pelbagai bahan
prosa.

SP
3.5.1 Menulis ringkasan dan
merumus pelbagai bahan prosa
dengan betul menggunakan ayat
yang gramatis.

RINGKASAN

Panduan Menjawab Ringkasan

1. Calon diminta menggaris kata kunci yang diberikan dan fahami maksud kata

kunci tersebut. Biasanya kata kunci berbunyi “sebab-sebab”, “faedah-faedah”,

“keistimewaan”, “cara-cara”, dan “faktor-faktor:”.

2. Calon perlu membaca sekurang-kurangnya dua kali. Pada setiap pembacaan,

calon perlu menggariskan ayat yang berkaitan dengan kata kunci yang diberikan.

3. Kemudian calon perlu membuat ringkasan dalam satu perenggan.

4. Elakkan daripada memberikan isi sendiri. Pemarkahan

5. Calon tidak perlu menyertakan pendahuluan dan penutup. 1. Isi (10 markah)

2. Bahasa ( 5 markah)

TIP MENJAWAB

1. Kebiasaanya, setiap petikan mengandungi 8 hingga 10 isi. Calon
digalakkan menulis seberapa banyak isi yang ditemui, asal sahaja tidak
melebihi had perkataan yang ditetapkan.

2. Calon hendaklah menulis antara 80 hingga 100 patah perkataan.
3. Selepas selesai meringkaskan petikan dan mengira jumlah perkataan,

calon hendaklah membaca sekali lalu untuk memastikan tiada kesalahan
ejaan.
4. Akhir sekali, catatkan jumlah perkataan di bahagian bawah di sudut kanan.

CONTOH SOALAN RINGKASAN

CONTOH ISI PENTING DAN SKEMA JAWAPAN

AKTIVITI

Petah Bicara (Buku Teks ms 56)
Ringkasan: Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

Isi-isi Penting:
1. Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu(PABM) dianjurkan sejak tahun 2007.
2. bertaraf projek nasional dan merupakan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dan kementerian-
kementerian lain.
3. Objektif utama ialah memperkukuh kedudukan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
4. untuk melahirkan kebanggaan rakyat terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu antarabangsa
5. Kategori yang pernah ada ialah Kategori Antarabangsa, Kategori Alam Melayu dan Kategori Pelajar Antarabangsa di
Malaysia

Hasilkan ringkasan berdasarkan maklumat
tersebut.

Sekian Terima Kasih….


Click to View FlipBook Version